Pages

Tuesday, December 29, 2009

Jalan-jalan cari buku

Assalamualaikum wbt

Tak banyak idea utk menulis sejak akhir-akhir ini...

Bila keluar idea, tersepit pula dengan masa dek hujung2 sesi praktikal ni..banyak yang ingin segera diselesaikan.. projek masih belum dilepaskan lagi...

Berjalan-jalan di kedai buku beberapa hari yang lain.. I dunno why, i juz cant recall which kedai and with whom did i bought this book..I'm pretty sure I was kinda confused which book i wanna buy on that time, this book or another 'woman's book'...


Dengan kesedaran bahawa pembacaan perlu berbentuk yang lebih serius dan tidak hanya berunsurkan hati dan perasaan semata2, maka ana memilih utk membeli buku ini... [I just realized i got quite a number of books entitle either 'hati' or 'cinta']..Coincidence, i hope so.


Berharap utk menghabiskan baca buku ni dalam masa yang terdekat. Buku Abu Bakar, masih separuh....on da way untuk dihabiskan... Buku Umar Al-Khattab, akan dihabiskan selepas dipulangkan semula...Buku lain2 yang dibeli...akan diselak2 kemudian...


Sekian dulu, posting di penghujung 2009..

"Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka." Mafhum hadith Rasulullah SAW.

Read baby, read~

Saturday, December 5, 2009

Nak cakap ke tak cakap??

Assalamualaikum wbt..

Nak cakap ke tak nak cakap?? Mesti pernah kita terasa adakah sesuatu tu perlu dicakap atau tidak. Satu masa yang lain, kita memang jenis pendiam, jadi lagi banyak la perkara yang kita tidak cakap..


Tapi kali ini, saya nak sebut lebih tentang bercakap mengenai perkara yang tidak biasa utk kita cakap. Macam mana contohnya?? "Saya sayang abah!~" [Ini ayat yang sangat luar biasa bagi sesetengah orang dalam waktu yang biasa]...=)


Semalam (4 Dis) hari lahir abah. Pagi-pagi lagi di ofis, saya telefon abah.

"Assalamualaikum abah. Kat mana??"

"Ha, wa'alaikum salam. Kat Tebrau."

"Hehe, epi besday abah."

"Ok."
[nada perlahan]

"Hahaha, ok. Babai. Assalamualaikum."
"Wa'alaikumsalam."


Huhu, tu la abah. Saya? Sikit-sikit macam abah. Malam tu kakak telefon pulak. Rupanya mereka tgh makan di kedai makan sedang meraikan hari lahir abah.

"Mok pon ikut," suara Babang dari jauh. Mesti loudspeaker ni. Mok tu seekor kuceng merangkap adik beradik yang kelima -_-". Berjalan je kejenye. "Ha...ada ikan siakap, bla2...." menu disebut satu persatu.....-____-" [kenapa ku sering tersisih]

"Tape2. Tak jeles pun....tade2," padahal kat rumah ni makan mee goreng je. Tak jeles apenye.
Tapi tula abah, kalau anak dia tak cukup masa family outing atau makan satu famili di luar, mesti yang tercicir tu akan dicontact.

"Cakap la ape2....," suara kakak pulak. Er, ..cakap ape ea. "Selamat hari raya...eh silap. Selamat hari lahir, semoga panjang umur."
"Terima kasih," suara abah... Ha, dua perkataan~

Okla tu... Haha


****************************************

Tajuk : Lafaz Yang Tersimpan
Munsyid : UNIC
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Friday, November 20, 2009

Carta Lagu 10

Assalamualaikum wbt

Another song utk halwa telinga~


**********************


Tajuk : Jalan ku Pulang

Munsyid : UNIC


Tundukku Malu Didepanmu

Kernaku Insan Berdosa

Kuadukan Sesalanku

Apakah Kan Kau Terima


Kesunyian ini Sedarkan Diriku Yang Lena

Tinggalkan Semalam Yang Nanah

Lantas Meratap Hina Kan ku Pada SempurnaMu
Terpaut aku Tak Berpaling

ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan

Kau Temukan Laluan Bermula

dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga


Suburkan Cahaya Menerangi Langkahku

Semaikan Segala Hiasan Indah Cintamu


ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan

Kau Tunjukkan Laluan ku Pulang

dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga


ku Mohon Kau Tenangkan
Gusar Hatiku Yang Rawan

Bimbang Kau Singkirkan Taubatku

Kurayu Kau Hulurkan Keampunanmu Padaku

Kelakku Zalimi Diriku


Janjiku Padamu Abdikan Seluruh Jiwa

Sehingga Masanya Kau Seru Hujung Nyawakux2


ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan

Kau Tunjukkan Laluan ku Pulang

dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga


Tak Jemu Dimanakah Hentinya Rayuan Taubatku Padamu

Sunday, November 8, 2009

Anda kenyang ke lapar??

Assalamualaikum wbt

Kenyang? Lapar? Yang pasti, saya tidak bercadang nak memasak untuk anda pun...
Cuma suatu soalan...apa yang ada sedang rasa sekarang?

Kenyang atau lapar?
Kalau kenyang, alhamdulillah. Kalau lapar, erm..boleh la dapatkan makanan yang berdekatan..can't help..


"Awat la lembik semacam kamu ni? Baru pukul 9 pagi..takkan kamu berlari 10 padang pagi tadi?? Na mungkin..na mungkin," ujar Zainal (bukan nama sebenar)

"Alah...malam tadi tak dinner. Arini pulak tak sempat breakfast,"
Hafiz(bukan nama sebenar) menjawab tunduk dan bongkok, sambil tangannya dilonglaikan ke bawah serupa Zombi Kampung Pisang.


Jelas kelihatan di muka orang-orang lapar akan ketidaksenangannya pada kelaparan. Bahkan ada orang yang mampu berubah seperti harimau ketika lapar. Unless orang itu lapar dalam iman (puasa)...=)



Teringat pula petikan dari buku "Nota Hati Seorang Lelaki" karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi,

Dalam satu bahagian, penulis bermonolog dalam diri tentang beza hidup dan kehidupan. Kita membina kedua-duanya tapi yang manakah yang lebih penting? Sudah pasti kehidupan. Dan apa beza keduanya?
Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih sayang, cinta dan kemesraan.


Keperluan hidup lebih bersifat fizikal dan material. Tapi keperluan kehidupan sungguh abstrak, tiada jisim dan jirim. Not measureable..tapi effect kekurangannya bukankah masih dirasai?

Kadang-kala kita terlalu asyik dan sibuk mencari dan menambah keperluan hidup..tapi keperluan kehidupan??


Kasih sayang, cinta dan kemesraan yang disebut oleh Ustaz Pahrol cuma suatu contoh. Bagaimana dengan makanan rohani, taqwa dan iman kita?? Laparkan rohani kita?? Sunyikah kita dari memberi hati kita makanan yang sewajarnya...bila kami terakhir jiwa kita diberi makanan. Sedarkah kita pada sebarang tanda-tanda kelaparan jiwa, rohani?? Kenyang atau laparkan ianya??


P/s: Taqwa itu adalah bila kita merasa takut Allah tidak sayangkan kita lagi~_~

Saturday, November 7, 2009

Air mata itu mengalir lagi

Assalamualaikum wbt...

Air mata
..salah satu kurniaan Allah pada manusia...
Banyak sebab kenapa manusia mengalirkan air mata...munasabah atau tidak...terpulang pada manusia.

Ada manusia terdorong dengan rasa emosi yang terlebih sehingga mampu menangis atas sebab-sebab yang ringan....kalau anak-anak menangis sebab nak gula-gula nak cakap macam mana ye??...Tak sempat lagi nk mengkaji hal yg seperti ini...


Ada juga wanita menangis kerana ditinggalkan teman lelaki....ada lelaki menangis kerana kereta kesayangan kena curi...ada anak yang menangis kerana tak dapat apa yang dihajati...ada ibu yang menangis kerana kecewa dengan sikap buruk anaknya...ada ayah yang menangis melihat kejayaan si anak...ada insan menangis melihatkan ciptaan Tuhannya...
begitu banyaknya sebab kenapa manusia menangis..

Disebut dalam buku "Indahnya Cinta" tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni, tangisan ada yang terpuji dan ada pula tangisan yang tercela. Di antara jenis tangisan ialah:


Pertama
:-

Menangis sedih kerana kehilangan. Tangis terbesar yang tercatat dalam sejarah umat manusia adalah tangisan Ya'qub a.s atas hilangnya Yusuf, salah seorang putera yang paling dicintainya. (Surah Yusuf: 84)..


Kedua
:-

Menangis kerana takut. Hamba Allah yang paling takut kepadaNya adalah Rasulullah SAW. Ibnu Mardawaih dan Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Bilal pernah menghampiri Rasulullah SAW sebelum solat subuh untuk mengumandangkan azan dan ternyata Bilal mendapati baginda sedang menangis. Bilal berkata, "Ya Rasulullah, solat!"

Baginda bersabda,"Wahai Bilal, baru saja turun beberapa ayat kepadaku. Celaka orang yang membacanya, akan tetapi tidak merenunginya." Baginda pun membacakan ayat-ayat tersebut dan kemudia baginda mula menangis sehingga tulang rusuk baginda seakan-akan nyaris terpisah. Ayat-ayat tersebut adalah firman Allah swt:


" Sesunggunya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka." (Ali-Imran: 190-191)


Ketiga
:-

Menangis kerana keluh kesah dan menangis kerana takut dan ketidak-berdayaan. Ini adalah tangisan yang tercela. Misalnya, jika seseorang ditimpa musibah, lalu dia menangis sekian lama. Tetapi, jika dia menangis sebentar saja, maka tidak mengapa dan memang demikianlah fitrah manusia itu. Yang tercela adalah jika dia terus saja menangis dan tidak rela terhadap ketetapan daripada Allah.

Keempat :-
Menangis kerana gembira.

Limpahan kebahagiaan yang aku dapatkan Menjadikanku menangis, kerana betapa besar bahagia yang aku rasakan.

Anas berkata,"Aku tidak pernah menyangka sebelumnya bahawa manusia itu jika dapat kebahagiaan boleh menangis, hingga aku melihat sendiri kaum Ansar menangis ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah." (Mereka sangat bahagia dengan kedatangan baginda)


Rasulullah SAW
adalah seorang yang sederhana dalam membawa risalah baginda. Baginda bukanlah seorang yang banyak ketawa, yang berlebihan dalam hal ketawa atau lebih banyak aspek ketawanya. Demikian juga, baginda bukanlah seorang yang menjelmakan peribadi yang penuh dengan rasa sedih, dukacita, gundah gulana dan menyesal. Baginda adalah seoang yang sederhana dalam segala perkara dalam hal ibadah, dalam keyakinan, dalam peraturan syariat, dalam adab dan dalam perilaku sehari-hari.

P/s: Menangislah jika ia mampu melembutkan hati kamu dan mendekatkan kamu dengan Tuhan kamu. Janganlah tangisan kamu kerana perkara yang sia-sia. Air mata itu mahal=)

Wednesday, November 4, 2009

Carta Lagu 9

Assalamualaikum wbt...

Sungguh, nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya...

***************************************

Tajuk : Damba CintaMu
Munsyid : Raihan

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu

Dalam sedar ataupun tidak

Ku sering meninggalkan suruhanMu

Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali

Kepada fitrah sebenar

Pagi kuingat petang kualpa

Begitulah silih berganti


Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu

Aku lemah aku jahil

Tanpa pimpinan dariMu


Ku sering berjanji di depanMu

Sering jua ku memungkiri

Ku pernah menangis keranaMu

Kemudian ketawa semula


Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu

Seribu langkah Kau padaku
Tuhan,

Diri ini tidak layak ke surgaMu

Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat

Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat


Tenangkanlah hati kami tatkala ketetapanMu yang terbaik buat kami menguji goyah iman dan hati kami, Wahai Tuhan yang mengetahui segala isi hati

Saturday, October 31, 2009

Hari ini dalam sejarah 2

Assalamualaikum wbt....

InsyaAllah kali ini saya nak share byk pengalaman menarik sepanjang ke site selama 3 hari berulang alik dari Gombak ke Karak dan ke Simpang Pertang.

Hari 1:

Hari ini saya keluar rumah seawal 630 pagi [tak la awal sangat]...
Target kami hari ini ialah untuk buat reconnaissance survey sepanjang jalan dari simpang Karak ke Simpang Pertang sejauh 80km.

Jalan ini bermula dari pekan Karak di Pahang, melalui beberapa kampung, pekan Manchis, simpang Chemomoi, sempadan Pahang-Negeri Sembilan, Simpang Pelangai, Sungai Serting dan banyak lagi, sehingga sampai ke Simpang Pertang, Negeri Sembilan.

Bayangkan jalan ini average hanya selebar 3m, tapi antara pengguna utamanya ialah lori bergandar lebih daripada 2 [treler 4-7 gandar]. Dan satu lagi, jalan ini sangat berliku2...
dan ada beberapa kawasan yang ada switchback yang agak dahsyat....

Jalan kecil, pengguna banyak heavy lorry, jalan berliku-liku, shoulder jalan pulak ada yang less dan 1 m. Cuba anda bayangkan di corner yang tajam, kereta anda berselisih dengan lori treler 4 gandar. Sudah pasti dengan jalan selebar 3 m, treler ini akan makan jalan anda [ jalan ini takda median ye, hanya 2 lane single yang berselisih], shoulder nak mengelak pula tak sampai 1m, terus ada longkang. Saya boleh kata mencabar jugak la=). Nasib la hanya sedikit corner yang berlebar jalan kecil. Kebanyakan yang lain diperbesarkan bahagian corner.

Kali pertama kami melakukan survey sepanjang jalan tersebut, kami berhenti dan ambil gambar serta merekod bahagian-bahagian penting sepanjang jalan. Kali kedua, kami merekod travel time untuk kelajuan yang selesa bermula dari Simpang Pertang ke Karak. Kali ketiga, kami merekod travel time dari Karak ke Simpang Pertang. Dan kali keempat, kami merekod bilangan corner yang ada sepanjang jalan tersebut untuk setiap 5 km. Ada bahagian yang ada hampir 40 corners untuk 5km. @_@

Hasilnya, salah seorang daripada kami muntah [ setelah 4 kali berulangalik jalan yang sama].


Hari 2:

Hari ini saya keluar rumah 6suku pagi [sepatutnya masa ini dah berada di tempat survey]. Kami akan melakukan junction counting survey di Simpang Karak. Tersengguk-sengguk jugak la dibuatnya.=_+.

4 orang kami akan mengira kenderaan daripada 6 arah di simpang 3 Karak tersebut. Maka, duduklah kami di sebuah bangsal kecil [bekas tempat berniaga agaknya]. Kenderaan yang dibanci ialah dari kenderaan kelas kereta, small lorry, heavy lorry, bus dan motosikal.

Tiba-tiba...

"Eh, tu nak kira jugak ke??" seorang teman menuding ke arah sekumpulan kambing yang sedang melintas jalan....

Kambing tu dari pagi lagi ada di kawasan kami survey. Berjalan-jalan di sekitar simpang untuk mencari makan.

Pulang dari makan tengahari dan bersolat, kami meneruskan survey bermula pukul 4 petang. Hujan renyai-renyai. Kami mengangkut peralatan ke pondok tempat kami melakukan survey.

"Erk, kambing!~" terkesima kami seketika. Kambing-kambing ada di bawah pondok tersebut. Hujan~...patutlah. Kambing tumpang berteduh sama. Maka, itulah buat kali pertama dalam sejarah, kami melakukan counting survey bersama-sama kambing.

Yang lucunya, kambing masih boleh faham bila ada antara kami suruh mereka senyap =P.

Sekadar gambar hiasan

Hari 3:

Hari ini kami bertolak seawal 530 pagi. Link counting survey akan dibuat di 2 tempat iaitu Kampung Shafi'e dan tadika orang asli selepas sempadan Pahang-Negeri Sembilan. Nu'man dan Syafiq ditinggalkan di Kampung Shafi'e, manakala saya, Kak Zulfa dan supervisor saya, Hj Shamshuddin di tadika orang asli.

Tengahari...

Seorang lelaki Cina tiba-tiba berhenti di tempat kami sambil menyuakan handset di tangannya kepada Kak Zulfa.

"Tolong bukak. Bukakkan."Blur sekejap kami dibuatnya. Nak buka bateri atau nak 'on'kan telefon. "Handset sendiri takkan tak tahu nak buka" dalam hati berkata. Tapi takpelah, tak baik bersangka buruk. Walaupun kedatangan dan kepergian uncle tu tergesa-gesa dan badannya sedikit menggigil.

Petang...

Sebuah lori 4 gandar mengangkut sisa balak berhenti berhampiran tempat kami survey. Pemandunya singgah di tempat kami dan berborak dengan En Din. Orang Kelantan juga. Adalah setengah jam pakcik tersebut berborak. Letih katanya. Rehat sekejap. Dari padi dia perasan kami ada di situ.

"Akak dah ada visitor Cina, Encik Din Melayu, awak pulak lepas ni. India pulak," usik Kak Zulfa. Saya tak ambil pusing pun. Sambil gelak, takkan la ada. Lagi pun kami di depan kawasan orang asli. Patutnya, orang asli yang ziarah saya.

Tiba-tiba...

"Tuan! Dari tadi saya nampak tuan kat sini. Ada apa-apa masalah ke?" Seorang lelaki India menaiki motor tiba-tiba berhenti menghampiri kami..

"Tak ada pape masalah, uncle. Kami banci kenderaan. Motor uncle pun dah masuk dalam banci kami."

"Owh, saya ingat ada masalah kereta ka," kata uncle sambil tersenyum. Dia pun berlalu pergi...

Saya dan Kak Zulfa sambung gelak. Tak sangka masin mulut. Akhirnya datang juga seorang India sebagai visitor saya. Cukup 1 Malaysia di Simpang Pelangai =).

******************************************

Walaupun kehadiran kami cuma 3 hari di sana, tapi rasa agak dekat dengan penduduk di sini. Saya dapat melihat cara kehidupan mereka. Mereka pun sungguh ramah berkongsi pengalaman dan perasaan tentang jalan tersebut.

"Jalan ni, daripada atok saya dulu yang bukak. Dulu atok saya kerja dengan JKR," bagitau seorang makcik di situ.

"Ini kawasan Menteri Besar Pahang. Tapi jalan kat sini tak diluruskan pun," sambung makcik meluahkan perasaan. Sepanjang 37 tahun kehidupannya di situ, mereka hanya bergantung dengan jalan tersebut sebagaimana yang saya deskripsikan sebagai agak berbahaya.

Tambahan lagi, pagi hari ketiga ketika kami on da way ke tempat survey, ada sebuah lori balak terbalik di salah sebuah corner switchback yang tajam.


******************************************

Teringat kisah Saidina Umar Al-Khattab yang menyamar menjadi orang biasa di waktu malam untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya.

Friday, October 16, 2009

Nak Lari??

Assalamu'alaikum wbt

Sejak akhir-akhir ni lagu 'Lari' nyanyian The Fabulous Cats ft Kombat memang agak femes
di corong-corong radio...kecuali siaran IKIM.fm...

Mula-mula, pening jugak mengenang lirik yang disebut laju-laju, jangan kata lidah nk sebut tergeliat, telinga yang nak dengar ni pon tersekat-sekat....


Tapi, kalau difaham-fahamkan, lagu ni nak tegur kaum remaja sekarang yang menganggap pergaulan bebas tu tak salah dan semakin dibudayakan...


*******************************************

Lari

Korus:
Lari, lari lari aku lari
Lari lari lari dari mimpi
Lari lari aku lari dari sepi
Lari lari terus dari diri ini

Biar ku sendiri Biar ku sendiri Menanggung sepi Menghilangkan diri Menenangkan hati meneruskan mimpi
Menebus kembali
Maruah diri

Dia buluh yang tak dilentur
Penagih kasih sayang harapan si penghulur
Didikan tiada dari orang tua nya
Rangkaian kaca yahudi
Menemani jalan hidup.. (jalan hidup)

Dia dah kenal cinta
Dia mula dah suka
Sudah berteman teman
Sudah berpegang tangan
Cuba ringan ringan dah sampai tak ke lengan

Suka sama suka hina dosalah santapan
Dinoda goda tiba-tiba duka dah diduga dah berbadan dua
Mana angkara hilang entah
Kemana terpinga pinga bencana menimpa

Tersorong sorang orang tua
Meradang tangan melayang
Marah yang tak henti memanjang
Tiada yang mandang tiada bahu disandang
Terkapai duyong meraba capai bayang dayung

Salah siapa salahkah kita
Salahkah aku atau kamu
Siapa ditanggung
Siapa mengendung
Siapa menanggung yang dikendung

Korus

Sayang sayang kan dah jadi nangka
Taburan kertas kemewahan menelan si manja
Pinta papa saja papa hidangkan ya
Destinasi mana mama ku turutkan juga

Didikan cukup disediakan sempurna
Cuma papa mama lupa nak ada bersama
Anakanda merana ketagih belaian jiwa
Mengemis kasih sayang bibik teman saudara

Taku cukup rasa memang tak serupa
Berkenalan pula dengan kokaina
Khayal khayalnya kebas sentiasa
Diampunya itulah cintanya

Jamah jamuan santapan harian
Gigilan badan bagaikan taufan
Terlantar dikamarnya samar
Terpejam dipejam tercerai dari badan

Salah siapa salahkah kita
Salahkah aku atau kamu
Siapa ditanggung
Siapa mengendung
Siapa menanggung yang dikendung

Korus

Aku lari aku terus lari..
woo. oo ooo
Terus berlari..
Berlari..

Berbagai cara untuk meneruskan
Perjalanan yang tiada akhir
(Perjalanan tiada akhir)
Aku sendiri mencari jalan pasti
Biarpun ku berlari pastikan ku temui

Berbagai cara untuk meneruskan
Dosa dosa yang tiada henti
(Yang tiada henti)
Aku Sendiri meraba cari erti
Pastikan ku temui
Pastikan ku temui

*************************************

Tapi apa yang menarik sangat dengan lagu ni?

Ada few lines yang buatkan saya nak terus mendengar..sbb mood tgh sama masa tu kan=)

[Line tu diboldkan], padahal sikit je pun..huhu

*************************************

Maka teringat akan suatu kisah, orang yang ingin lari dari Tuhannya:


Seorang murid bertanya kepada gurunya, "Tuan guru, apakah boleh aku lakukan maksiat?"

Tuan guru menjawab; "Boleh. Kau boleh melakukan maksiat dengan 5 syarat;

1. Jangan makan rezeki Allah.

2. Jangan duduk di bumi Allah.

3. Lakukanlah maksiat itu di tempat di mana Allah tidak boleh nampak.

4. Jika datang malaikat maut untuk mencabut nyawamu, katakanlah padanya; "Lewatkanlah ajalku untuk aku beramal dan bertaubat."

5. Dan yang terakhir, di akhirat nanti, apabila malaikat Zabaniyah mengheretmu untuk dicampak ke dalam api neraka, katakan kepada malaikat Zabaniyah: "Tempatku di syurga. Bukan di neraka."

Setelah mendengar kelima-lima syarat itu, anak murid itu menangis. Ia pun berkata;

"Tidak mungkin aku melakukan dosa. Tidak mungkin aku ingkar, melakukan maksiat kepada Allah, yang telah mencipta, yang telah mengurniakan segala nikmat, segala kemudahan untuk tinggal di muka bumi, yang menentukan ajalku, dan nasibku di syurga atau di neraka."


Lalu, bagaimanakah caranya lagi untuk ku melarikan diri dari Tuhan?

Ternyata, aku tidak mampu dan tak berupaya untuk melarikan dari Tuhan kerana nyawa dan jasad ini berada dalam genggamanNya.

*****************************************

"....dan bahawasanya Dia lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.." (An-Najm:43)

*****************************************

Bukanlah orang asing itu yang berpisah dari negerinya.
Tetapi orang asing itu adalah orang yang melihat manusia
di sekitarnya bermain-main,
ia membangunkan manusia sekitarnya yang tertidur,
dan ia di atas jalan kebaikan ketika manusia di sekitarnya terbawa kesesatan.
Benarlah perkataan penyair, ketika ia berkata:

Seorang sahabat berkata, engkau terlihat asing
Di antara manusia, engkau tidak memiliki kekasih
Aku berkata: Sekali-kali tidak, bahkan manusia itulah yang terasing
Aku berada pada duniaNya dan mendapat petunjuk di atas jalanNya
Demikianlah orang terasing. Orang terasing di sisi manusia ia laksana terpenjara, tetapi ia mulia di sisi Rabb mereka.

[ intro nasyid Syaikh Saad al Ghamidi]

*************************************

p/s: Majulah sukan untuk negara. Berlari meningkatkan stamina diri=P



Thursday, October 15, 2009

Bila Cawan Berbicara

Assalamualaikum wbt..

Sedang mencari-cari bahan bacaan tambahan di ofis..
terjumpa artikel simple lagi menarik=)

Sharing buat teman-teman...


********************


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantk yang pernah aku lihat," ujar si datuk.


Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cankgir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar.

Kemudia ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata,'Belum!'
Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang ini berkata,'Belum!'

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.
Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata,'Belum!'.

Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan Penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang itu tidak peduli dengan teriakkanku. Ia terus membakarku.
Setelah puas "menyiksaku", kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik.

Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku".
Datuk dan nenek itu terdian membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.


Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda.

Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).


*******************************************

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar,dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.
Surah al-Ankabut ayat 2-3 -

Ada yang diuji dengan keluarga,
ada yang diuji dengan kesihatan,
kewangan, agama, anak2, pengajian,
pembelajaran, pekerjaan, kehidupan dan bla bla yg lain..


lalu ujian yg bagaimana yg kita hadapi?? dan apakah makna ujian pada kita??

apa erti ujian dan nikmat bagi kita?

sedang nikmat itu adalah ujian…

sedang ujian itu adalah nikmat..

bergembiralah menyambut ujian
sepertimana kita suka pada nikmat..
maka siapalah kita untuk membezakan ujian dan nikmat..

sedangkan keduanya dari DIA…

yang MAHA PENYAYANG dan lagi MAHA MENGETAHUI…

*************************************

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?


al-Quran menjawab : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Surah al-Baqarah ayat 286 -

Lalu kenapa kita masih juga berkeluh kesah..
meratap sedih.. menangis meraung..
memekik2
sedangkan semua ujian itu sudah sememangnya insyallah kita mampu menghadapi dan menanganinya dengan baik..
mungkin boleh untuk menangis seketika bagi meluahkan rasa yg memberat dijiwa,
tapi bukan untuk selamanya.. mesti berpada2..

kerna kadang2 ada yang terlalu ego
terlalu tabah untuk tidak melepaskan dengan tangisan
lalu menyebabkan jiwa semakin merusuh..

Menangislah …

Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis

Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia.



********************

Kita bertanya : Aku tak tahan!


al-Quran menjawab : .... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. Surah Yusuf ayat 12

*********************


Kita bertanya : Sampai bila kita akan merana begini?


al-Quran menjawab : Kerana seseungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Surah al-Insyirah ayat 5-6

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,

yang menimpakan ujian,

yang menjadikan sakit hatimu,

yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu…

Pasti akan damailah hatimu,
kerana,

masakan ALLAH sengaja mentakdirkan,

segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…

Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,

retaknya hatimu,

tapi mungkin itulah yang DIA mahu,
kerana,
DIA tahu hati yang sebeginilah,
yang selalunya lebih lunak
dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..

******************************

p/s: Teman-teman, beradalah di belakangku ketika kata-kataku ini diuji...Hasbunallah wani'malwakil

Monday, October 5, 2009

Carta Lagu 7

Assalamualaikum wbt

Sambungan carta yang seterusnya..
dorongan buat diri ini, atau diri2 yang lain, ketika terasa berat menghadapi ujian=).....

****************

Langkah Tercipta


Munsyid: Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Monday, September 28, 2009

Project 1

Assalamualaikum wbt =)...

hari ini saya nak share antara project2 puteri-puteri Tun Perak=p. Sebenarnya, ada banyak lagi project2 yang pernah dibuat sebelum ni tapi tak dapat nak diabadikan...Makanya, insyaAllah saya akan cuba recall dan share project2 mendatang.


Wut is so good or interesting in this project?
Takde apa sangat pun, but at least u may try it at home=P.

Project 'Trifle'. Saya telah diperkenalkan oleh akak-akak senior dulu yang rajin benar buat trifle tiap kali ada jamuan. Setelah hampir 3 tahun tak mkn trifle, memori ada orang buatkan trifle datang lagi. Tenkiu tu Kak Hajar yang rajin benar belanja kami trifle air tangannya=)

Tiba-tiba, dalam bulan puasa yang lepas, teringin aka mengidam plak nk makan trifle. [Biasalah, time-time puasa ni la mengidam nk makan macam-macam].

Makanya, selepas bermesyuarat akan menu berbuka puasa pada suatu petang...muncullah idea untuk membuat trifle sendiri...hmmm~
Ha, selepas berusaha beberapa ketika...akhirnya sebekas trifle berjaya dihasilkan dengan 'agak' cemerlang=P...

Untuk yang berminat untuk cuba jaya buat trifle ni di kala teringin atau kebosanan...boleh la cuba resipi kat bawah ni...[ni pun dapat dari internet..boleh di'adjust' sesuka hati mengikut selera sendiri].

*******************************

Trifle Sedap


Bahan:

1 gulung swiss roll/kek coklat/kek buah
1 tin fruit koktail
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastard
2-3 sudu gula
1 kotak serbuk jeli perisa strawberi


Cara:


Lapisan 1.

1. Buka gulungan kek gulung tu, dan letak dalam bekas yang besar sket.Nak potong and then susun rapat2 pun boleh jgak


Lapisan 2.

1. Mula2, bukak tin coktail [haha, ni nk kene masukkan sekali ke=P]. Asingkan air sirap coktail tu dengan buahnya.

2. Larutkan tepung kastard dengan air sirap.

3. Panaskan susu cair dengan gula dalam periuk dengan api sederhana.

4. Masukkan larutan tepung kastard tadi.
5. Boleh tambah juga esen vanila.

6. Teruskan kacau sehingga kastard tu jadi pekat.

7. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan kek gulung yang dibentang tadi dan biarkan sejuk.

8. Boleh susun2kan buah koktail yang ditapis tadi atas kastard.

Lapisan 3.

1. Larutkan serbuk jeli dengan air

2. Kacau atas api sederhana sehingga ia jadi jeli sikit.

3. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan2 tadi.
Tadaaa.. da siap. Untuk lebih sedap, simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum dimakan.

Sebenarnya, resepi ini juga boleh diadjust sesuka hati seperti tambah potongan buah epal ke, kekacang, tambah ais krim ke, tukar jeli straberi tu kepada jeli rebina ke...dan sebagainya.keke~=P

Kat bawah ni beberapa contoh rupa trifle..tapi bukan trifle yang ni=)



Ngap!~=P

Sunday, September 27, 2009

Post Raya

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua..
Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis selembar entri picisan mengenai raya yang lepas...

Again, neither so important, nor so interesting, tapi raya kali ini tetap ada kenangan yang tersendiri.

Warna tema keluarga yang tidak dirancang sama sekali ialah cyan dan biru...
Selesai ber'raya' dengan keluarga, kami ke rumah MakLong di Skudai. Ni lah port yang selalu saya pegi tak kira raya waima ketika pulang bercuti. Sudah pasti rumah Mak Long lebih meriah time2 raya ni...huhu..[memang meriah pun]

Ke rumah kawan kakak kejap, rumah Que Haidar [ jumpa dia, isteri (Linda Jasmin) dan anak diorg]. Balik kampung mak...rumah pakcik makcik yang dan yang sewaktu dengannya.

Another interesting story ialah pegi beraya di rumah kawan-kawan dan mini reUnion kat rumah Afzan. Walau pun berapa orang shj yang ada, tapi gembira sangat jumpa anda-anda semua=). Jangan percaya gosip2 Afzan yang melata itu..

Tak kurang juga dengan jemputan-jemputan walimah yang kedua-duanya tak dapat dihadiri~_~ [sori to Kak Wan Anis n Kak Huda. My kakaks kahwin alreadyT_T]

Tapi masih banyak lagi tak sempat nak beraya...schedule dah padat sepanjang seminggu cuti beraya....Bubye weekly report, kerja2 ofis, project etc.....

Dan kini, saya sudah kembali...dah mula kena fikir perjalanan kerja dan hidup seterusnya...tanpa cuti yang panjang...jauh dari famili...jauh dari Gemok [kuceng manje lagi kuat merajuk]....=)

Sebut tentang raya...mesti menjadi scene di setiap kali Raya, dalam keluarga mahupun bersama teman-teman, kenalan dan jiran tetangga untuk kita saling bermaaf-maafan. Walaupun, ada yang mengumpul stok salah dan silap untuk setahun.

Apapun, ada sedikit 'sharing' menarik yang saya dapat dari buku "Indahnya Cinta", karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni...

Ditampilkan beberapa contoh terbaik dalam kehidupan RasulullahSAW yang dicoretkan oleh para sahabat baginda. Antara contoh-contoh tersebut adalah:

Pertama:
Abu Dzar pernah mencela Bilal berkenaan dengan ibunya, lalu Bilal mengadukan perkara itu kepada Nabi SAW. Abu Dzar pun akhirnya menyesali perkataan yang telah diucapkannya kepada Bilal. Dia pun meletakkan pipinya ke atas tanah, kemudian berkata kepada Bilal,"Demi Allah, aku tidak akan mengangkat pipiku sehingga kamu mahu memijaknya dengan tapak kakimu!" Akhirnya, keduanya pun saling berpelukan dan berjabat tangan.

Kedua:
Hampir sahaja kaum Muhajirin dan Ansar saling berperang setelah mereka memeluk Islam. Mereka sudah menghunus pedang dan telah menyiapkan diri untuk berperang. Rasulullah SAW segera keluar menemui mereka dan bersabda,"Ada apa gerangan dengan seruan jahiliah itu?"
Mereka pun menangis, menjatuhkan pedang dari tangan mereka dan kemudian saling berpelukan.

Ketiga:
Para ahli sejarah menyebutkan bahawa para sahabat keluar dalam perang Bani Mushthaliq. Ketikka itu Umar mempunyai hamba yang bernama Juhjuhah. Dia bertengkar dengan seorangdaripada kalangan ansar yang bernama Sinan bin Wabrah. Orang yang kedua marah dengan luar biasa sehingga akhirnya kedua-duanya saling berteriak.

Juhjuhah berkata," Wahai kaum Muhajirin, tolong bela aku!"

Sedangkan Sinan bin Wabrah berkata," Wahai kaum Ansar, tolong bantu aku!"

Akhirnya, kedengkian dan permusuhnan itu merasuk ke dalam hati mereka. Kejadian ini sampai ke telinga pemimpin kaum munafik dan kaum murtad, 'Abdullah bin Ubay bin Salul. Dia pun berkata, "Benar pepatah yang mengatakkan 'Buatlah anjingmu lapar, nescaya ia akan mengikutmu. Gemukkan anjingmu nescaya dia akan memakanmu.' Jika kami asingkan mereka dari negeri kami, tentu mereka tidak akan melakukan perkara ini. Jika kami pulan gkembali ke Madinah, tentu orang-orang kuat akan mengusir yang lemah."

Kalimat ini sampai ke telinga Rasulullah SAW yang dibawa oleh Zaid b Arqam. Baginda pun akhirnya memerintahkan para sahabat agar segera pergi sehingga orang munafik tidak terus berbicara mengenai masalah ini. Ini kerana, kaum munafik itu sangat suka terhadap desas-desus. Memang ada saha di dalam masyarakat itu orang-orang yang suka menyebarkan desas-desus serta mencari kesilapan orang, lalu mereka pun melakukan perkara yang bukan-bukan, menambahkannya dan menjilat kehormatan orang seperti halnya anjing menjilat air.

Kebijaksanaan yang dilakukan baginda dengan memerintahkan para sahabat segera pergi, agar mereka tidak terus membicarakan permasalah yang terjadi, sehingga mereka disibukkan degnan perintah tersebut. Oleh kerana itu, penyelesaian yang paling besar untuk mematikan desas-desus itu serta menghindari apa yang kadang-kadang terjadi di antara satu sama lain yang saling mencintai adalah dengan menyibukkan manusia dengan kesungguhan, ilmu dan masalah-masalah yang bersifar ilmiah serta melontarkan kepada mereka persoalan umat yang besar.

Baginda SAW juga mendatangi Sa'd bin 'Ubadah untuk memberitahu masalh ini. maka Sa'd kemudia berkata. "Ya Rasulullah, jika kamu menginginkan, kami sedia membunuhnya (Abdullah b Ubay) atau kami benar-benar akan menghalang dia untuk memasuki Kota Madinah, kerana kamulah yang mulia sedangkan dia yang hina."

Sedangkan Umar berkata, "Izinkan aku untuk membunuhnya, Ya Rasulullah."

Baginda menjawab, "Wahai Umar, jangan sampai orang ramai nanti mengatakan bahawa Muhammad sanggup membunuh sahabatnya."

Keempat:
Orang-orang yang tidak ikut berperang daripada glongan kamu munafik yang berbuat jahat, meninggalkan perang, menyelisihi perintah Nabi SAW dan menderhakai Allah, datang menghadap Rasulullah SAW. Kemudian salah seorang daripada mereka ada yang memberi alasan dengan mengatakan, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku ini sakit."

Baginda bersabda, "Kamu benar." Padahal orang itu tidaklah sakit fizikalnya, akan tetapi hatinya yang sakit.

Orang kedua datang dengan memberi alasan, "Isteriku sedang sakit ketika terjadi peperangan itu."

Baginda bersabda, "Alasanmu boleh dibenarkan."

Orang ketiga datang dengan mengatakan, "Aku ini seorang miskin yang tidak mampu membeli sesuatu (untuk keperluan perang)."

Baginda bersabda, "Alasanmu boleh dibenarkan."

Allah SWT berfirman:
"Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu mengetahui orang-orang yang dusta." At-Taubah:43

Dengan akhlak seperti ini, apa yang kemudian dihasilkan oleh baginda?
Baginda berjaya menghimpun hati dengan dakwah baginda dan berjaya meyatukan roh dengan hikmah baginda. Buktinya ada salah seorang daripada mereka yang datang menghadap baginda seraya berkata, "Demi Zat yang tidak ada sembahan yang berhak disembahi selain hanya Dia, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri."

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin=)

Thursday, August 27, 2009

Terowong

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sempat lagi nak mengupdate blog yang tak seberapa ni...

telah masuk hari ke 6 bulan Ramadhan...

sambil2 menunggu loading map di Wikimapia ni,
terasa ingin berkongsi kerja buat di ofis buat kala ini...

Sudah lebih kurang sebulan, saya diberi tugas menyiapkan dan mencetak zooming map di Makkah City [betul ke tak ayat ni]..serta map utk 58 terowong yang akan berada dalam project rehalibitation...

Punyalah study pasal map Makkah...tapi tak pernah smpai lagi~_~ [semoga diberikan rezki nnt]
Apa yang mencabarnya...utk tugas ini saya menggunakan software Adobe Photoshop lebih daripada AutoCAD mahupun aaSIDRA....percaya tak??....asalnya tak percaya jgk...tapi dalam tak percaya tu, masih lagi tengah menghadap software tersebut.....


Sedang ralit2 study tentang tunnel ni, sambil menunggu wikimapia meloading imej map Mekah..
terjumpa beberapa gambar tunnel di Mekah ni di blog orang...yang menunjukkan salah satu daripada tunnel yg termasuk di dalam project tersebut...iaitu Ajyad Tunnel.


*************


Selit sikit cerita pasal terowong..=)


Tentang cubaan orang-orang Yahudi yg nak curi jasad Baginda Rasulullah.


Sultan Nuruddin Zangki
(Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.


Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.


Pernah suatu hari beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi.


Beliau merahsiakan akan mimpi tersebut, namun setelah beberapa kali bermimpikan yang sama, beliau semakin risau. "Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.
Setelah bermunajat, berzikir dan memohon petunjuk hidayah, akhirnya beliau menceritakan mimpi tersebut serta meminta pandangan kepada seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly.

Setelah berbincang, akhirnya Raja Nuruddin membuat keputusan untuk berangkat ke maqam Rasulullah di Madinah. Ketika berdoa di Taman Raudhah, tempat jasad Nabi dimaqamkan, air matanya mengalir. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”


Akhirnya, beliau memanggil gabenor Madinah dan memintanya mengumpulkan semua rakyat di Madinah kerana beliau ingin berjumpa dengan mereka. Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai.
Namun, orang yang dicari-cari masih tidak lagi ditemui.

“Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”

Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT.

Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.”
Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oleh keduanya?" Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin.

Risikan demi risikan telah dibuat tapi masih tidak menjumpai apa-apa jawapan yang kukuh. Mesyuarat dengan Jamaluddin diadakan lagi. Raja Nuruddin kemudiannya membuat rumah terbuka serta menjemput kedua orang tersebut. Setelah pasti mereka telah keluar rumah menuju ke majlis diraja, Raja Nuruddin, menterinya serta beberapa orang pengawal menuju ke rumah mereka.

Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”


Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut.

Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga.
Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW.

Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.


-tammat-