Pages

Showing posts with label Buku best. Show all posts
Showing posts with label Buku best. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Read Baby, Read

Assalamualaikum wbt
Hari ini, akhirnya tamat jua misi untuk menghabiskan baca buku. Lama sudah rasanya hilang momentum membaca buku. Sejak dua menjak ni, kurang sudah saya membaca buku. Buku “Belajar dari Perang Uhud” di handbrake kereta terbiar entah sudah lebih beberapa bulan di situ. “Bertemu Janji Allah”, ku bawa ke sana ke mari, hanya dibawa… akhirnya tinggal di office. Dengan harapan kalau tak diri ini yang membaca, ada orang lain yang meminjam. Ada lagi beberapa yang lain, cukup dengan membaca isi kandungan, mencari tajuk dan topik yang menarik, dan seperti selalunya… berhenti lagi. Saya tahu tabiat ini akan sentiasa berlaku, rajin membaca yang bermusim. Atau boleh dikatakan baca buku dengan bersebab.


Malas agaknya. Konklusi mudahnya. Malas untuk berfikir, menghadam dan mentafsir. Atau juga seronok. Lebih seronok untuk menonton atau berborak atau berehat-rehat atau (what else have I done during my leisure time??... I’m repeating the same things again and again….~_~).. Tapi rasanya, bahagian yang berulang-ulang ini tidak dirasakan berat dan susah untuk dibuat berulang kali.

Boleh dikatakan blogging ialah salah satu sebab yang akan memaksa saya membaca. Setelah beberapa bulan saya cuba mulakan semula habit membaca yang semakin memudar. Mula dengan membeli buku-buku baru untuk rak buku kecik comey saya itu (I spend like RM50 and above in a financially-tight month with hope that I will appreciate it more and read it.) Tapi…. tahan beberapa ketika cuma… hmmph… Tak ingat apa yang berlaku dengan diri sendiri. Ianya bertahan dalam 2 hari rasanya ~_~..(or should I say, can’t exactly remember what is the excuse…deng!~) Saya tak rasa, saya sepatutnya memilih bacaan lain daripada buku yang baru dibeli ini, kerana ianya sepatutnya jadi sebahagian kecintaan saya, iman saya… “Indahnya Akhlak Rasulullah”.. Feel bad. The ties probably aren’t yet strong enough in me to resist anything else…T_T…Too bad.
Saya kemas rak buku. Sempit dan berhabuk. Seolah-olah tak saya perasan ianya wujud tersusun di depan mata beberapa ketika ini… (It is not even in the corner.. It is on the TV cabinet, where the TV is not there. Just imagine how visible should it be at the most centre of the house). Bersusun-susun buku di bahagian bawah rak, tak kelihatan kerana kesempitan rak comel saya itu. ‘Buku ni…baru jugak beli ni…’ ‘Buku ni, haritu sempat baca 2 hari je.’ ‘Buku ni, beli sampai ke Serdang masa warehouse sale, tapi tak baca lebih dari 4 muka rasanya.’ ‘Buku ni, berguna ni. Ada sebab beli dulu..tapi tak abes jugak lagi.’  Hmmm..
Saya pegang novel Inggeris “Winter Garden” by Kristin Hannah. Buku kulit keras setebal seinci tak termasuk kulit keras tu saya belek-belek. Terlupa rasanya yang saya pernah beli buku ni dulu. Kulitnya warna putih kebiru-biruan, gambar orang berjalan di atas salji. Hati berkata, ‘Saya patut mula dengan ini dulu..’ (At least)
Akhirnya, sudah beberapa hari saya hilang minat untuk menonton. Borak-borak saya juga mudah terhenti bila saya berborak sambil membaca novel ni.. (Powerful huh?~) Ianya novel.. bukan buku ilmiah “Hadith 40 Imam Nawawi” atau “Risalah Ta’lim”, atau “Bahtera Penyelamat”. Sejenis bentuk hiburan juga sebenarnya, cuma dalam bentuk membaca. Jadi, sentiasa rasa tertarik untuk membacanya. Tapi sekurang-kurangnya, saya tahu saya boleh mengelak untuk menonton, atau berborak, atau membelek twitter dan facebook.
Dalam lebih kurang seminggu, saya tamatkan buku novel tu (I am a working citizen, and even sometimes need to do overtime and go to the meetings after working hours. So, I just don’t have the whole days sitting and reading that book though I wish I can do that).
Secara keseluruhannya, novel itu bukan sekadar novel. Tak pernah saya baca novel tempatan sedemikian rupa. Pernah sekali saya baca, dengan gaya penulisan  dan jalan cerita yang kaya dengan ilmu dan kajian, "Bumi Cinta" novel karangan Habiburrahman Al-Shirazy. Cerita “Winter Garden” sebenarnya menceritakan tentang bagaimana perang, tekanan dan kehilangan akhirnya mengubah seorang wanita Rusia yang penyayang yang lembut, keibuan dan manja menjadi seorang yang memilih untuk menjadi diam, dingin, keras hati untuk terus hidup. Setting tempat terutamanya di Rusia dan masanya sejak perubahan pemerintah Stalin di Rusia dan perang tentera Jerman pimpinan Hitler ke atas Soviet Union.
Mungkin lain kali saja saya kongsikan ceritanya… terlalu kompleks untuk diceritakan. (Somehow, it is about something invisible inside. Feeling).
Ok, cukup untuk misi kali ini.. Kembali semula untuk misi yang lebih baik.. to my newly-bought-book =) Please Allah, guide us to You.




Friday, October 5, 2012

Jom Sayangi.. : Tawaduk

Assalamualaikum wbt....

Setelah berbulan-bulan, no new stock for my small-little-book-rack... Semalam alhamdulillah beli juga satu lagi buku...

Terasa hati ini perlukan sesuatu untuk diisi...
"Indahnya Akhlak Rasulullah", karangan Abdul Mun'im Al-Hasyimi. Doakan diri ini terus istiqamah membaca dan menghadam isi-isi dari buku ini..

So, topik untuk hari ini.. Jom Sayangi Rasulullah..

Placing Allah and Rasulullah in your heart, enough to fill your heart completely..
Cukup untuk membuatkan hati ini tidak lagi rajin mengeluh, memberontak atau terasa kekosongan...

Ooo, Allah.. we beg to have you in our heart. Please be close to us. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW....

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya." Muttafaqun 'Alaih.

*******************************************************

Topik hari ni: Akhlak Rasulullah - Tawaduk

1. Abu Said Al-Khudri berkata:

"Rasulullah SAW meberi makan haiwan-haiwan peliharaan,mengikat unta, membersihkan rumah, memerah susu kambing, memperbaiki kasut, menjahit baju, makan bersama pembantunya, membantu menumbuk (gandum) apabila pembantunya penat, membeli sesuatu dari pasar dan membawanya sendiri ke rumah, berjabat tangan dengan orang kaya, orang fakir, orang tua, orang muda, memulai memberi salam kepada setiap orang yang ditemuinya baik orang itu besar, kecil, orang berkulit hitam atau putih, orang merdeka atau budak."

2. Ketika baginda menyuruh  sahabat-sahabatnya memasak kambing, seorang daripada mereka menawarkan diri sebagai penyembelih. Yang lainnya menyiat kulit dan ada yang akan memasaknya. Rasulullah SAW berkata, "Saya yang bertugas mengumpulkan kayu bakar."

Mendengar perkataan baginda ini para sahabat terkejut dan bekata, "Cukup kami yang mengerjakan semunya, wahai Rasulullah."

Namun Baginda menjawab, "Saya tahu kamu mampu menyelesaikan pekerjaan ini, tetapi saya tidak suka diistimewakan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka melihat salah seorang hambanya diistimewakan daripada kawan-kawannya."


3. Saidatina Aisyah RA berkata ," Rasulullah SAW membetulkan sendiri kasutnya, menjahit bajunya, melakukan pekerjaan rumah sebagaimana kamu mengerjakan pekerjaan rumah kamu. Suatu ketika pada malam hari, keluarga Abu Bakar memberi kami seekor kambing, saya memegang kambing itu dan Rasulullah SAW yang memotong lehernya."   Rasulullah SAW bersabda, "Wahai manusia, janganlah kalian memuliakan saya melebihi kedudukan saya. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan saya sebagai seorang hamba sebelum Dia mengangkat saya sebagai nabi."  

4. Baginda tidak kisah menunggang kenderaan apa pun. Kadang-kadang baginda menunggang kuda, unta, baghal (kuda kecil), atau himar. Bahkan kadang-kadang baginda berjalan tanpa alas kaki, tanpa ridak (selendang) dan tanpa penutup kepala.  

5. Rasulullah SAW sering mempersilakan hamba sahaya atau sahabat-sahabatnya membonceng di belakangnya.  

6. Rasulullah SAW tidak berasa segan tidur di atas lantai. Apabila para sahabat membentangkan kain, baginda tidur di atasnya. Kalau tiada kain, baginda biasa tidur di atas lantai.  

7. Apabila Rasulullah SAW datang dari perjalanan jauh, anak-anak kecil menyambutnya. Baginda mendekati mereka, menggendong salah seorang daripada mereka dan memangkunya. Manakala yang lain ada yang disuruh memboncengnya dan ada yang disuruh membonceng sahabat-sahabatnya. Anak-anak itu pun gembira dan bangga. Antara mereka ada yang berkata, "Tadi Rasulullah SAW memangku saya dan kami membonceng di belakangnya". Ada juga yang berkata,"Dan Rasul menyuruh sahabat-sahabatnya memboncengkan kami."  

8. Rasulullah SAW selalu menerima pemberian orang lain dengan senang hati meskipun hanya seteguk susu atau pun sepotong paha arnab.  Namun baginda tidak mahu memakan pemberian sedekah.  

9. Rasulullah SAW selalu memenuhi undangan orang, sama ada undangan itu datang daripada orang merdeka, budak, orang berkulit hitam mahupun putih.  

10. Pernah ada seorang datang menghadapnya dengan tubuh gementar kerana takut kepada baginda. Jawab baginda," Tenanglah, saya bukanlah seorang raja, saya hanyalah anak seorang wanita suku Quraisy yang makanannya daging kering ketika di Mekah."  

11. Rasulullah tidak suka sahabatnya berdiri menyambut kedatangannya. "Sesiapa yang suka disambut oleh orang-orang dengan berdiri, hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya daripada api neraka."  

12. Rasullah pernah bersabda,"  Janganlah kaliah berlebih-lebihan menghormati saya, sebagaimana kaum Nasrani berlebih-lebihan menghormati putera Maryam. Saya hanyalah seorang hamba. Panggilah saya dengan Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah."  

*************************************************************

Demikian sedikit petikan dari topik tersebut.  

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wassalam.  

Monday, May 28, 2012

Ada apa dengan Hector Barbossa, Pirates of The Carribean??

Assalamualaikum wbt... 


Fuh... fuh (tiup blog berhabuk).....=)


Lagu suara kartun "Lonely, I'm so lonely.." terngiang-ngiang kat kepala, sambil menanti kepulangan housemate ku yang tak kunjung tiba... Owh, sudah pukul 9 malam ini...~_~


Ku capai buku, yang tak khatam-khatam lagi... diselak-selak... "25 Pahlawan Islam" tulisan Shafie Abdul Rahman... 


Satu nama tokoh yang macam pernah  ku lihat dan dengar,...tapi di mana ya???


KHAIRUDDIN BARBAROSSA......ha, agak-agak macam pernah dengar tak? Jom baca cerita mengenai tokoh ini..


Beliau adalah seorang panglima armada laut Islam yang terkenal pada abad ke-16. Nama beliau begitu digeruni musuh terutamanya pemerintah-pemerintah Kristian yang berusaha menghancurkan kekuatan umat Islam. Beliau dikenali sebagai Khairuddin Si Janggut Merah, bahkan digelar juga sebagai lanun. 


Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Lesbos, yang terletak di dalam wilayah kekuasaan Turki. Menurut beberapa catatan sejarah, ayahnya seorang bekas tentera yang pernah berjuang di bawah Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau ada 4 orang adik beradik lelaki iaitu Ishak, Aruj, Khairuddin dan Ilyas. 


Ketakutan tentera laut dari negara Eropah terhadap Khairuddin turut dipaparkan dalam filem terkenal 'Pirates of The Carribean' sebagai contoh jelas memaparkan watak seorang ketua lanun berjanggut merah, yang menguasai Laut Tengah. Beliau digambarkan sebagai seorang ketua lanun yang kejam. Tidak langsung dipaparkan watak sebenar Khairuddin sebagai seorang panglima laut Islam yang berjuang menentang kezaliman angkatan perang Kristian. 



Watak yang digambarkan dalam Pirates of The Carribean ialah Hector Barbossa. 



Ketika negara-negara Eropah yang beragama Kristian bangkit melancarkan siri-siri Perang Salib yang baru, mereka menghalau umat Islam di Sepanyol dan menyerang negara Islam di Afrika Utara. Ketika inilah Khairuddin dan abangnya, Aruj tampil membantu dan dikenali sebagai Barbarossa Bersaudara. 


Dalam satu peristiwa setelah pulang berdagang dari Tripoli, Libya, kapal mereka diserang angkatan laut Kristian. Adiknya, Ilyas terkorban dan Aruj ditawan. Khairuddin melancarkan perang terhadap kapal-kapal milik Eropah dan akhirnya Aruj berjaya dibebaskan setelah 3 tahun menjadi tawanan. 


Ketika Raja Ferdinand bertindak zalim ke atas orang Islam, Khairuddin Barbarossa dan abangnya telah membantu menyelamatkan berpuluh-puluh ribu orang umat Islam dari Sepanyol yang melarikan diri. Mereka dibawa ke Afrika supaya tidak diburu. Bagi menyekat pengaruh dan sokongan terhadap Khairuddin dan abangnya, raja-raja Kristian menggelarkan mereka 'Lanun Bersaudara Berjanggut Merah'.


Dalam hal ini, Khairuddin berkata,: "Jika yang dimaksudkan dengan lanun adalah seorang yang berjuang membela negera-negara Islam, menyelamatkan kaum Muslimin yang tertindas, serta memerangi orang yang memusuhi agama Allah, biarlah seluruh dunia mengetahui bahawa saya seorang lanun."


Menarik lagi, dalam satu peperangan mengusir tentera-tentera Sepanyol di Bougie, Aruj kehilangan tangan kirinya, dan digelar 'Tangan Perak'. (Banyak watak-watak ketua lanun yang tak ada tangan sebelah diganti dengan tangan besi pencangkuk).




Dalam Perang Preveza pada September 1538, Pope Paul III mengumpulkan pasukan tentera Salib yang terdiri daripada Empayar Rom, Sepanyol, Republik Venice, Malta dan Papacy. Satu armada laut yang bersar telah dibentuk untuk menentang armada laut Turki yang dipimpin oleh Khairuddin. Armada laut tentera Salib berjaya dikalahkan. Ini membolehkan angkatan laut Turki menguasai Laut Meditteranean untuk tempoh 33 tahun berikutnya. 


Khairuddin akhirnya bersara pada 1545 selepas mengepalai angkatan laut Islam memenangi berpuluh-puluh pertempuran dengan tentera Kristian diketuai oleh Sepanyol. Nama Khairuddin Barbarossa atau Khairuddin Si Janggut Merah menjadi igauan ngeri kepada angkatan laut Kristian untuk tempoh berpuluh-puluh tahun. 


Memori beliau telah ditulis dalam lima jilid yang bertulisan tangan dan dikenali sebagai 'Penaklukan oleh Khairuddin Pasha'. Memori tersebut kini ada dipamerkan di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. 





Friday, March 23, 2012

Sahabat: Zaid bin Harithah

Assalamualaikum wbt


Harini, nak share tentang salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang dekat, Zaid bin Harithah...dari buku 25 Pahlawan Islam..


Asalnya Zaid dari Kaum Kalab, Bani Makhdum yang tinggal di sebelah utara kota Mekah. Ditakdirkan Allah, ketika dibawa ibunya menziarahi keluarga sebelah ibunya, perkampungan tersebut telah diserang oleh suku kaum Qais bin Jasar. Zaid RA telah diculik dan dibawa lari. Ibu bapanya bersedihan kerana kehilangan anak lelaki yang disayangi. Bapanya pandai bersyair dan keraplah kedengaran beliau bersyair, meluahkan rasa sedih beliau itu. 

Zaid dijual di pasar Ukaz dan dibeli oleh Saidatina Khadijah RA. Setelah berkahwin dengan Rasulullah SAW, Zaid dihadiahkan kepada Baginda. Setelah beberapa tahun, ayahnya mendapat tahu dari rombongan dari suku Kalab yang mengerjakan haji bahawa Zaid ada di Mekah. Maka bersegeralah bapanya dan pakciknya berangkat ke Mekah mencari Zaid untuk dibawa pulang. 



Bapa Zaid menceritakan perihal yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan sedia membayar ganti rugi kepada Bagnda. Baginda sedia memulangkan Zaid dengan percuma, sekiranya Zaid memilih untuk kembali ke pangkuan mereka. 


Jawapan dari Zaid ternyata mengejutkan ayah dan pakciknya. Dia ingin bersama Rasulullah. Mulanya ayahnya marah, "Apakah engkau memilih untuk menjadi hamba daripada hidup bersama keluargamu dalam keadaan penuh penghormatan?"


Lalu jawab Zaid, "Aku telah melihat pada diri orang ini (Rasulullah SAW) sesuatu yang baik dan tidak ada pada diri orang lain." 


Sebaik dengar jawapan Zaid, Rasulullah terus memeluk Zaid. Walaupun bapa dan pakciknya kecewa tapi mereka gembira kerana Zaid menjadi anak angkat kepada keluarga yang mulia.....


Bahkan Zaid dikenali dengan nama Zaid bin Muhammad sehinggalah perintah Allah turun melarang anak angkat dibinkan dengan bapa angkatnya. Zaid dilayan seperti anak sendiri. Dia pernah dijodohkan dengan Zainab binti Jahsyi dan kemudiannya bercerai. Rasulullah SAW kemudiannya berkahwin dengan Zainab dan kisah ini disebutkan dalam Al-Quran dan Surah Al-Ahzab 36-37. Hal ini membenarkan bekas isteri anak angkat dikahwini ayah angkatnya. 


Zaid kemudian dikahwinkan dengan Ummu Aiman dan dari perkahwinan itu lahirlah seorang anak lelaki yang kemudiannya diangkat oleh Rasulullah menjadi panglima perang di usia 18 tahun, Usamah bin Zaid. 


Dalam Perang Muktah, Zaid telah dikirim oleh Rasulullah dan dibantu dengan  Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Abi Rawahah. Zaid gugur syahid di usia 41 tahun. Panglima Khalid Al-Walid kemudian mengambil alih kepimpinan tentera Islam ketika itu dan berjaya berundur tanpa mampu dikejar oleh musuh. 


Baginda Rasulullah SAW menziarahi keluarga Zaid. Ketika puteri Zaid datang kepada Baginda untuk menangis, Rasulullah SAW ikut menangis teresak-esak kerana begitu sedih. Seorang sahabat, Saad bin Ubadah menegur Rasullah SAW kerana sebelum ini Baginda melarang umat Islam menangisi kematian secara berlebih-lebihan. Lalu dijawab Baginda, "Inilah rindu seorang kekasih kepada kekasihnya."




Blessed Friday..

Sunday, March 11, 2012

Ummi nak berubah...

Assalamualaikum wbt...


Terasa nak update blog=)... di samping rumate di sebelah yang sedang memotivasikan diri sendiri dengan lagu-lagu Opick sambil membaca dokumen-dokumen kerja...(owh, beliau sungguh tegar)..


Saya pulak, surfing to find some good ideas on my new plans~...... (idea tersebut terpaksa dirahsiakan buat setakat ni... mcm la ada orang nak tau pun^_^)


Teringat sebahagian dari buku Discipline Without Shouting and Spanking yang saya promote sebelum ni...Kalau ada perangai anak-anak yang tak berapa berkenan di hati kita, fokus satu demi satu untuk diubah. Senang nak dipantau dan dijaga....


Sekarang saya sedar, bukan untuk si anak saja... tapi untuk kita juga (anak, bakal ibu dan bakal bapa,, ibu dan bapa, atau siapa pun anda).
You know yourself well.. Anda tahu apa kekurangan anda, keburukan, dan segala bentuk kelemahan. Walaupun kadang-kadang ada yang hanya dapat dikesan oleh orang sekeliling... tapi apa kekurangan yang kita tahu,...berdasarkan ilmu yang dibekalkan Allah untuk kita jalani hidup seharian kita.... kita tahu kelemahan kita, dosa-dosa kita....


Maka, bagaimana pula kita merancang untuk menangani perangai huduh kita, sifat lemah dan mazmumah kita (nobody is perfect kan?). Sebagaimana teruknya perangai itu, terpulang bagaimana kita sendiri menilainya. Sebelum kita minta orang menilai kita, kita pun sebenarnya ada keupayaan menilai diri kita sendiri. 


Fokus satu persatu perkara yang nak diubah itu, sebagaimana yang diajar dalam buku tadi tu pun boleh jadi salah satu step yang berguna untuk kita...


Kalau bukan sekarang, bila lagi kan?=) Muhasabah dan mujahadah=)





p/s: Ya Allah, menyebut itu amat jauh mudahnya dari membuat.. Bantulah kami..


Monday, March 5, 2012

Jerit dan Tampar

Assalamualaikum wbt...


Mac sudah masuk. Sekejap saja waktu berlalu. Bulan ini dimulakan dengan promosi tanpa komisen buku yang saya tempah dari senior. Buku ni dari UK.


"Discipline without Shouting and Spanking" tulisan Jerry Wyckoff dan Barbara C. Unell


Menarik jugak...memandangkan bakal dapat anak buah June ini insyaAllah, mak ngahnya pula yang lebih excited. Anyway, buku ni basically menerangkan kaedah-kaedah menangani kerenah anak pra sekolah (excited benar si mak ngah ni), few years to come lagi tu=P tape, berguna untuk mak ngah dan kawan-kawannya yang jugak tolong handle program budak-budak juge.




Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya... mendalam tu kalau nk difikir macam mana nak mencorak tu..


Mungkin nnti boleh share sikit2 karenah anak-anak dan cara mengatasinya untuk ibu-ibu dan ibu-ibu mengandung di luar sana=)

Thursday, January 12, 2012

Yang Nipis

Assalamualaikum wbt


Teringat pula soalan yang terlontar semasa kami dalam musafir beberapa hari lepas..


"Kalau saya tak dapat tarbiyah begini, agaknya apelah yang jadi pada saya...mungkin dah bercouple dah." dan mungkin jugak lebih teruk daripada itu. Bersyukur nikmat yang besar ini....Alhamdulillah...


Walaupun iman dan petunjuk ini 'hadiah' pemberian ini mampu diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki, namun kepada yang sudah merasai dan memilikinya (walaupun dirasakan hanyalah lebih nipis dari kulit bawang sekalipun), ianya masih memerlukan penjagaan dan pemeliharaan. 


Hanya 2 perenggan dari buku "Pemuda Islam yang Dijanjikan" tulisan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi boleh menyimpulkan pengajaran dari dialog di atas.


"Sesungguhnya kemenangan tidak akan diperolehi melainkan bagi orang mukmin, dan dengan orang mukmin, kerana mereka tidak turun dari langit sebaliknya tumbuh dari bumi."


"Mereka bukanlah tumbuhan liar, yang tumbuh tanpa semaian, kemudian membesar tanpa arah, dan menghasilkan buah tanpa penjagaan. Bahkan ia adalah tumbuhan yang memerlukan kepada petani yang baik lagi cekal. Sentiasa menyiranm dan membajainya, melawan segala penyakit perosak, sehingga akhirnya ia tegak berdiri dan membuahkan hasilnya dengan izin Tuhannya." 





Nah, bagaimana kita menjaga iman kita? I am not good example though.
Untuk panduan kita semua, sedikit ambilan dari kitab 'Bidayatul Hidayah' karangan Imam AL-Ghazali. Semoga berguna:


1. Menuntut ilmu. 


Kata Imam Al-Ghazali: "Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap Deen, iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah, membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat di dalam dirimu. Memperdalamkan makrifat terhadap ibadah kepada Allah. Mengurangkan hasrat kamu yang berlebih-lebihan terhadap dunia dan menambah penglibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak. Ilmu ini dapat membuka luas mata hatimu terhadap cacat cela segala macam amal perbuatanmu, sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih waspada dan berhati-hati sekali terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya."


2. Mentaati perintah Allah


Dalam mentaati peringah Allah SWT, seorang mukmin mestilah menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan (solat, puasa, zakat dan haji), amar makruf nahi munkar dan meningkatkan diri dengan amalan-amalan sunat. 


3. Menjauhi maksiat


Ini kerana kebiasaanya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya. Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan. Adab-adab ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, ia bersangkutan dengan:


- Mata dan apa yang dilihatnya
- Telinga dan apa yang didengarinya
- Lidah dan apa yang diucapkannya
- Perut dan dari sumber yang bagaimana dimasukkan ke dalamnya
- Tangan dan apa yang dilakukannya
- Kaki dan ke mana diarahkannya
- Kemaluan dan bagaimana dijaganya
- Hati dan dosa-dosa yang dilakukannya





Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). 
Surah Al-Anfal: 94




p/s: Ingat apa yang kamu tulis, Zila!






Friday, August 5, 2011

Merancang Mati vs Merancang Hidup


Assamualaikum wbt..

[Petikan dari buku 'Aqidah dan Perjuangan, tulisan Almarhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor]

Dalam suatu peperangan, setelah Khalid ibn Walid dengan sepuluh ribu tentera Islam dapat mengalahkan seratus ribu tentera Farsi, seorang ketua tentera Farsi bertanya: "Bagaimana tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera Farsi yang ramai?" 

Beliau menjawab,"Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup. Kamu berjuang untuk hidup, kami berjuang untuk mati. Kami mencintai mati, sebab itu kami menang." 

Orang-orang yang dilatih untuk hidup, tidak akan hidup dan dia sentiasa merasakan dirinya tidak selamat. Sebaliknya, orang-orang yang dilatih untuk mati akan hidup. 

"...dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" Surah Ali-'Imran:102

Kita diajar bagaimana caranya untuk mati kerana di dalam kita mengenali kematianlah, kita akan hidup. 

*******************************************

Dalam usia melangkah ke alam dewasa, alam pekerjaan, alam rumah tangga dan sebagainya, kita punya banyak perancangan. Perancangan kewangan, rumahtangga, anak-anak, karier dan sebagainya.

Punya banyak masa dan wang dilaburkan untuk perancangan-perancangan ini dirancang mahupun untuk dilaksanakan. Terpulang pula pada individu tersebut, akan bentuk-bentuk perancangan yang nak dirancangkan, serta hasil yang nak dihasilkan. Sama ada semata-mata perancangan hidup kita, yang akhirnya akan tamat selepas terhelanya nafas terakhir...atau sebenarnya kita menjadikan dunia ini sebagai ladang mencarum saham akhirat.

Contoh mudah, tentang perancangan anak-anak. Bertapa si bakal ibu atau bakal bapa ini belajar dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapat pekerjaan yang baik. Ber'hubungan' bersungguh-sungguh untuk mencari pasangan dan bakal ibubapa yang baik. Merancang kewangan sesempurna mungkin supaya anak-anak itu cukup makan, pakai, pelajaran...dsb.

Direncanakan seawal isteri mengandung, apa nama yang menarik (lain dari yang lain), mahu di sekolahlah di sekolah yang berprestij. Kalau berkemampuan, di sekolah swasta yang dirasakan terjamin kesihatan sosial dan sistem pendidikan yang baik. Dikaji dan terus menkaji kaedah pendidikan yang sesuai di setiap peringkat tumbesaran anak-anak dan sebagainya (saya pun tak ada anak lagi). 

Namun, di sebalik itu semua, pernahkah sebenarnya difikirkan sama bahawa, aku berusaha apabila berumahtangga bahkan mungkin lebih dari sebelum aku berumahtangga supaya hujung matlamatnya, semoga anak ini akhirnya menjadi saham aku selepas aku tinggalkan dunia. 

Aku merancang supaya anak aku terdidik dengan baik bukan hanya dari sudut pendidikan dunia, tetapi pendidikan akhiratnya. Ku carikan nama yang baik supaya dia sentiasa didoakan dengan hal yang baik dari namanya dan sebagainya. Ku merancang pendidikannya supaya itu menjadi bekal dan perisainya di kemudian hari dalam usaha membangunkan jiwa dan agama...dll, supaya di selamat dunia akhirat. 



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah). 
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.





Taken from another blog

***************************************************

Kata-kata daripada Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna:

"Kematian itu adalah suatu yang boleh diusahakan, dan merupakan suatu usaha, bergantung kepada manusia untuk memperelokkannya. Maka dia akan mengetahui bagaimana kematian yang mulia, dan bagaimana untuk dia memilih tempat yang mulia untuk meletakkan kematiannya pada waktu yang sesuai.."

"Sesungguhnya ummah yang sentiasa menyempurnakan amalan di dalam persediaannya untuk mati dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia. Maka mereka itu mencagarkan kepada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayanginya itu serta menharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Dan tidaklah perasaan Al-Wahn yang menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian. Oleh itu hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan yang mulia ini (mati syahid), serta hendaklah kamu berasa haloba terhadap kesyahidan itu. Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-benarnya (hidup di alam akhirat nanti). 

"Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah satu perkara yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikan ia (kematian) itu di jalan Allah, maka ia adalah keuntungan di dunia serta ganjarannya di akhirat. Dan apa yang menimpa kamu, itu semuanya adalah ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu."



"Ketahuilah olehmu bahawa untuk mencapai kematian yang mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini. Maka Allah akan memberikannya (syahid) kepadamu, sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalannya."

p/s: Merancang untuk dunia, supaya berkeadaan baik mati dan selepas mati... (mode planner ni)

Thursday, November 11, 2010

.::Atok||Nenek::.

Assalamualaikum wbt

Update lagi blog ni...

Zaman kecik-kecik, selalu main dengan arwah atok. Nenek kandung sebelah mak, tak sempat jumpa. Sempat dengan nenek sebelah abah je.

Teringat bila boring tak dapat main dengan kakak, makcik dan pakcik [umur mereka lebih kurang je]..atok belah mak bawa jalan-jalan pegi Johor [orang johor refer 'Johor' kepada bandara JB]...bila orang pegi main, kena cabut uban atok. Atok ada kerusi sendiri. Bila salam atok, atok gosok tapak tangan pada dagu dia yang tak habis cukur. Geli la tok...

Arwah atok belah abah, selalu duduk atas kerusi depan pintu..kami balik je kampung, rebut panjat peha atok. Kakak sebelah, saya sebelah. Layan atok hisap rokok daun. Ingat lagi 'secret' dengan atok dan kakak. Seminggu sebelum atok meninggal dunia, kami balik kampung. Saya tidur dengan atok.

Sekarang atok dua-dua dah tak ada. Rindu..(Al-Fatihah)..Arwah atok belah abah meninggal dunia masa darjah 1. Arwah atok belah mak, masa nak masuk darjah 3. Masa tu tak faham sangat..feeling sedih pun kurang.

Arwah nenek belah abah, suka cerita. Malam-malam tidur dengan nenek, dengar dia cerita, walaupun kadang-kadang tak la faham sangat...tapi dia pun dah tak ada..

Bukan gambar sebenar

Kenapa pulak tiba-tiba cerita syahdu di petang Khamis, study week ni..

Terselak ruangan 'pesannenek' kat Majalah Solusi ni sebenarnya..


'Nenek' pesan untuk lawan rasa malas. Jom baca sikit..

Cucu-cucu yang dikasihi,

Rasa malas sering menyerang kita. Malas untuk solat, terutamanya solat subuh, malas untuk menelaah buku sekolah, malas untuk mengemas dan menjaga kebersihan dan pelbagai lagi.

Islam tidak membenarkan malas menguasai diri kita kerana memberi impak jangka pendek dan jangka panjang. Malas membaca boleh menyebabkan kita gagal dalam peperiksaan. Akibat jangka panjang, malas membaca menjadikan kita kurang ilmu. Hakikat dunia sekarang jika pelbagai masalah yang datang kita perlu tangani dengan ilmu.

Tahukah cucu, sikap malas adalah daripada nafsu dan syaitan. Syaitan tidak putus asa mengajak kita selalu ingkar perintah Allah swt. Syaitan gembira jika kita menurut dan melayan rasa malas. Kesannya pada jangka panjang, kita susah untuk berdikari dan ketinggalan dalam kemajuan. Masa suka dibuang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Antara PUNCA malas ialah:

1. Tidak nampak ganjaran pahala.
Bukan mudah untuk meyakinkan, terutama anak-anak, untuk berasa ghairah mengejar pahala-pahala yang tidak nampak itu.

2. Biasa dengan hidup senang.
Kesenangan hidup boleh menjadi sebab seseorang itu bersifat malas.

3. Tiada visi hidup.
Jika tiada visi, tiadalah sikap mahu berusaha atau berlumba-lumba untuk kemajuan.

Cucu-cucu yang dikasihi,

Marilah LAWAN jika datang rasa malas. Antara yang nenek boleh syorkan:

1. Mencari kekuatan dengan berkumpulan atau berpersatuan.
Kita boleh mewujudkan kumpulan atau mencari kawan-kawan yang boleh memotivasikan diri untuk membuat kebaikan. [Setuju sangat ni nek]

2. Datangkan rasa banyak tanggungjawab yang belum beres.
Kita rasa bertanggungjawab untuk memiliki sebanyak-banyak ilmu, bertanggungjawab memberi imej baik kepada agama, bertindak agresif dalam pekerjaan dan sebagainya. [tanggungjawab yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada]

3. Berikan tanggungjawab kepada anak-anak.
Latih mereka supaya rajin berdikari.

4. Berdoa.
Malas adalah hasutan syaitan. Amalkan doa Rasulullah SAW:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kesedihan dan gundah-gulana. Dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan. Dan daripada ketakutan dan kebakhilan. Ya Allah, aku juga berlindung denganMu daripada tekanan hutang piutang dan penguasa yang zalim."


Terima kasih, nek.


p/s: jom belajar. 4 flat. Ayuh berubah, yakin berjaya



Wednesday, November 10, 2010

Sod Ba Ro

Assalamualaikum wbt

Akhirnya dapat lagi menulis, selepas beberapa minggu berhempas pulas dengan begitu banyak perkara..test, quiz, FYP, dissertation, presentation dan sebagainya..

Sedang mencari kekuatan hati, sedikit untuk dikongsi lagi dari koleksi buku yang sedia ada, 'Bertemu Janji Allah' siri 2, tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rasulullah SAW mengingatkan Ka'ab bin 'Ujrah:
"Bahawa sabar itu adalah perisai."


Perisai adalah alat pelindung diri sama ada masa damai atau masa perang. Masa damai manusia perlukan perlindungan daripada sebarang bahaya termasuk jangkitan penyakit. Dalam masa perang terutama pasukan bersenjata sudah semestinya mereka mempunyai pasukan perisai yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan.

Perisai untuk manusia menyelamatkan iman mereka daripada serangan syaitan dan iblis menurut sabda Rasulullah SAW ialah perisai 'sabar'.

Sabar ketika menerima ujian Allah seperti menghadapi kemelaratan hidup disebabkan kemiskinan, kepayahan disebabkan suasana yang tidak aman, sabar menghadapi bala daripada Allah SWT.

Terutama sekali sabar daripada kemewahan hidup, kerana tidak kurang juga manusia yang tidak mampu mengawal diri apabila mereka dianugerahi kesenangan oleh Allah SWT, lebih teruk daripada keadaan mereka ketika hidup susah.

Bagi mereka yang sabar itu, mereka tidak akan dijilat oleh api neraka, disebabkan perisai sabar telah melindungi diri mereka dengan izin Allah SWT.


*********************

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." At-Taubah: 41

p/s: Sabarlah wahai hati..sabarlah demi Allah dan Rasul, kalaupun bukan untuk dirimu.

tq cik semut!

Sunday, September 19, 2010

=)



Assalamualaikum wbt..

Jumpa sesuatu yang menarik semasa baca buku How to Win Friends and Influence People, tulisan Dale Carnegie.


It costs nothing, but creates much
It enriches those who receive,
without impoverishing those who give
It happens in a flash and the memory of it
sometimes lasts forever
None are so rich they can get along without it,
and none so poor but are richer for its benefits
It creates happiness in the home, fosters good will in a business,
and is the countersign of friends
It is rest to the weary, daylight to the discouraged, sunshine to the sad,
and Nature's best antidote for trouble
Yet it cannot be bought, begged, borrowed, or stolen,
for it is something that is no earthly good to anybody till it is given away

For nobody needs a smile so much as those who have none left to give!




******************************

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


So, SMILE=). Selamat hari raya, maaf zahir batin



Monday, August 9, 2010

Bisikan Rahsia

Assalamualaikum wbt..

Perkongsian lagi....

********************************

Musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan. Ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka padaNya. Renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.

Fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapanNya. Bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, ia agar ternakannya kembali ke kandang.

Kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau menlanggar ajaranNya. Hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegera bertaubat dan sujud kepadaNya.

Yakinilah, Allah tidak menzalimi hambaNya, Allah amat menyayangi dirimu. InsyaAllah pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

"..dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya." Fussilat:46


********************************************

Ombak dan angin hanyalah pukulan cemeti
untuk menguji sang kekasihNya
kepedihan dan kesakitan
diterima dengan senyuman kegembiraan

Kekasih yang tenggelam dalam cinta
tiada melihat cemeti pada jiwanya
segalanya bagaikan belaian dan pelukan sang kekasihnya
tiada mahu dirinya jauh daripada dakapanNya

Bagaimana mahu memahami ini
jika ammarah menyelubungi jiwa
pandangannya menjadi kabur
cemeti dianggap kemarahan
timbulnya sangkaan terhadap penciptaNya

Ibu yang melahirkan pasti menyayangi
apalagi diriNya yang mencipta
dengan namaNya Ar-Rahman dan Ar-Rahim

dari tiada menjadi air
dari air menjadi darah
darah menjadi daging
kemudian dicipta tulang
dan dibungkusnya dengan sifat yang indah
kemudian ditetapkan takdirNya
dipeliharaNya dengan sifat RabbNya

hati yang disihir
tiada merasai kasih sayangNya
tiada merasai belaianNya
tiada mendengar bisikan cintaNya
tiada merasai kehampiranNya

Sebutlah namaNya degnan penuh renungan kecintaan
necaya Dia akan menyebut namany dengan kecintaanNya
jangan diisi nama yang lain dalam istanaNya
nanti istanaNya akan suram tanpa cahaya dan keindahan

Marilah,
Marilah kembali kepada cintaNya
kembali dalam dakapanNya
kembaku menghadap pada WajahNya
Dia menunggumu dan sentiasa membuka tanganNya
untuk memelukmu kekasihNya

Dipetik keduanya dari Bisikan Sirr


p/s: Ya Allah, jadikanlah kami tergolong dalam hambaMu yang sabar..