Assalamualaikum wbt....
Setelah berbulan-bulan, no new stock for my small-little-book-rack... Semalam alhamdulillah beli juga satu lagi buku...
Terasa hati ini perlukan sesuatu untuk diisi...
"Indahnya Akhlak Rasulullah", karangan Abdul Mun'im Al-Hasyimi. Doakan diri ini terus istiqamah membaca dan menghadam isi-isi dari buku ini..
So, topik untuk hari ini.. Jom Sayangi Rasulullah..
Placing Allah and Rasulullah in your heart, enough to fill your heart completely..
Cukup untuk membuatkan hati ini tidak lagi rajin mengeluh, memberontak atau terasa kekosongan...
Ooo, Allah.. we beg to have you in our heart. Please be close to us. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW....
Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya." Muttafaqun 'Alaih.
*******************************************************
Topik hari ni: Akhlak Rasulullah - Tawaduk
1. Abu Said Al-Khudri berkata:
"Rasulullah SAW meberi makan haiwan-haiwan peliharaan,mengikat unta, membersihkan rumah, memerah susu kambing, memperbaiki kasut, menjahit baju, makan bersama pembantunya, membantu menumbuk (gandum) apabila pembantunya penat, membeli sesuatu dari pasar dan membawanya sendiri ke rumah, berjabat tangan dengan orang kaya, orang fakir, orang tua, orang muda, memulai memberi salam kepada setiap orang yang ditemuinya baik orang itu besar, kecil, orang berkulit hitam atau putih, orang merdeka atau budak."
2. Ketika baginda menyuruh sahabat-sahabatnya memasak kambing, seorang daripada mereka menawarkan diri sebagai penyembelih. Yang lainnya menyiat kulit dan ada yang akan memasaknya. Rasulullah SAW berkata, "Saya yang bertugas mengumpulkan kayu bakar."
Mendengar perkataan baginda ini para sahabat terkejut dan bekata, "Cukup kami yang mengerjakan semunya, wahai Rasulullah."
Namun Baginda menjawab, "Saya tahu kamu mampu menyelesaikan pekerjaan ini, tetapi saya tidak suka diistimewakan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka melihat salah seorang hambanya diistimewakan daripada kawan-kawannya."
3. Saidatina Aisyah RA berkata ," Rasulullah SAW membetulkan sendiri kasutnya, menjahit bajunya, melakukan pekerjaan rumah sebagaimana kamu mengerjakan pekerjaan rumah kamu. Suatu ketika pada malam hari, keluarga Abu Bakar memberi kami seekor kambing, saya memegang kambing itu dan Rasulullah SAW yang memotong lehernya." Rasulullah SAW bersabda, "Wahai manusia, janganlah kalian memuliakan saya melebihi kedudukan saya. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan saya sebagai seorang hamba sebelum Dia mengangkat saya sebagai nabi."
4. Baginda tidak kisah menunggang kenderaan apa pun. Kadang-kadang baginda menunggang kuda, unta, baghal (kuda kecil), atau himar. Bahkan kadang-kadang baginda berjalan tanpa alas kaki, tanpa ridak (selendang) dan tanpa penutup kepala.
5. Rasulullah SAW sering mempersilakan hamba sahaya atau sahabat-sahabatnya membonceng di belakangnya.
6. Rasulullah SAW tidak berasa segan tidur di atas lantai. Apabila para sahabat membentangkan kain, baginda tidur di atasnya. Kalau tiada kain, baginda biasa tidur di atas lantai.
7. Apabila Rasulullah SAW datang dari perjalanan jauh, anak-anak kecil menyambutnya. Baginda mendekati mereka, menggendong salah seorang daripada mereka dan memangkunya. Manakala yang lain ada yang disuruh memboncengnya dan ada yang disuruh membonceng sahabat-sahabatnya. Anak-anak itu pun gembira dan bangga. Antara mereka ada yang berkata, "Tadi Rasulullah SAW memangku saya dan kami membonceng di belakangnya". Ada juga yang berkata,"Dan Rasul menyuruh sahabat-sahabatnya memboncengkan kami."
8. Rasulullah SAW selalu menerima pemberian orang lain dengan senang hati meskipun hanya seteguk susu atau pun sepotong paha arnab. Namun baginda tidak mahu memakan pemberian sedekah.
9. Rasulullah SAW selalu memenuhi undangan orang, sama ada undangan itu datang daripada orang merdeka, budak, orang berkulit hitam mahupun putih.
10. Pernah ada seorang datang menghadapnya dengan tubuh gementar kerana takut kepada baginda. Jawab baginda," Tenanglah, saya bukanlah seorang raja, saya hanyalah anak seorang wanita suku Quraisy yang makanannya daging kering ketika di Mekah."
11. Rasulullah tidak suka sahabatnya berdiri menyambut kedatangannya. "Sesiapa yang suka disambut oleh orang-orang dengan berdiri, hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya daripada api neraka."
12. Rasullah pernah bersabda," Janganlah kaliah berlebih-lebihan menghormati saya, sebagaimana kaum Nasrani berlebih-lebihan menghormati putera Maryam. Saya hanyalah seorang hamba. Panggilah saya dengan Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah."
*************************************************************
Demikian sedikit petikan dari topik tersebut.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wassalam.
Friday, October 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment