Pages

Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Yang Menjaga, Yang Menolong

Assalamualaikum wbt


Semalam kami berbincang sedikit tentang Hadith 19 ini dari Matan Arba'in, iaitu tentang Penjagaan dan Pertolongan Allah. 


Motivasi dan pujukan Allah itu pelbagai, di kala hati ini sebenarnya dilanda kesempitan dan keresahan, Allah pilih diri ini untuk hadir ke perbincangan ilmu, yang sebenarnya ingin menguatkan hati-hati yang diuji, melapangkan dada orang-orang yang hadir, jadi perisai untuk gelombang resah dan masalah. Hanya untuk mereka yang yakin...


Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas RA melaporkan, "Suatu hari, saya berada di belakang Nabi SAW dan baginda bersabda, 'Wahai anakanda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara; Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, pasti Dia selalu berada di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak dapat memberikan manfaat sedikit pun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu, pasti mereka tidak mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah terangkat dan lembaran telah kering.'"


(Hadis hasan sahih diriwayatkan dari Tirmizi. 


Ada juga riwayat yang merekodkan, "Jagalah Allah, pasti engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. Kenalilah Allah pada waktu lapang, pasti Dia mengenalimu pada waktu susah. Ketahuilah, apa yang ditetapkan luput daripadamu tidak akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu, tidak akan luput daripadamu. Ketahuilah, kemenangan bersama kesabaran dan jalan keluar itu bersama kesusahan dan kesulitan bersama kemudahan."


Daripada ulasan hadis ini dimulakan dengan ulasan sebahagian ulama', "Saya merenungkan hadis ini sehingga membuat saya terkejut dan hampir pengsan. Mustahil jika ada orang yang tidak mengetahui hadis ini dan kurang memahami maknanya."







Dan saya juga faham... 


TERIMA KASIH YA ALLAH(T_T)





Buaya Laparku


Assalamualaikum wbt

My new part time ‘career’…=)

Ini model ‘Hungry Alligator’ dari set LEGO Mindstorm. Secara kasarnya, ianya sebuah robot berbentuk buaya. Model Lego buaya ini menggunakan motor yang akan gerakkan rahangnya dan sensor yang akan kesan objek yang berada di mulut dia.  

Model ini dibina masa trial class minggu lepas. Walaupun cuma 5 orang je sekelas masa tu, tapi boleh tahan jugak letihnya..~_~..  Kanak-kanak zaman sekarang ni sungguh advance. Owh, terima kasih guru-guruku yang telah mendidikku selama ini.

Promoting? Boleh kata jugak lah, for those yang rasa mampu untuk masukkan anak dalam program ni. Basically ada 2 kelas utama, Robotic Class and Junior Engineer (kelas yang saya ajar).

Junior Engineer untuk sekolah rendah. Bermula dari introduction to component, modul2 binatang dll. Setiap modul binatang contohnya Hungry Alligator ni akan menyentuh perkara-perkara seperti Matematik, Sains, dan lain-lain. Silibusnya lengkap. Peserta akan diberi pengenalan topik , cara membina robot, buat programming, discussion dan lain-lain.

Robotic Class pula lebih advance, peserta sepatutnya berumur 12 tahun dan ke atas, tetapi kalau ada peserta dari Junior Engineer yang dikenalpasti capable untuk masuk Robotic Class ni, kita akan bawa dia masuk ke kelas ini. Robotic Class ini juga memang bersedia untuk pertandingan robot seperti Robotic Olympiad dan sebagainya.  Contoh pertandingan boleh tengok di sini,  http://www.wroboto.org/. Orang dewasa pun boleh sertai. Untuk tahu lebih lanjut boleh tanya je.

Teringat masa main Lego ni di sekolah menengah dulu, takde pun introduction sangat. Terus-terus je kena prepare untuk pertandingan. Masa tu namanya Malaysian Junior Robotic Competition. Walaupun menangis dengan cikgu tak mahu pergi ke level pertandingan seterusnya sebab nak exam percubaan SPM, tapi,….. terpaksa jugak pergi.


Menyelit jugaklah nak update blog di musim-musim yang agak busy ni. Busy dunia je ni.. T_T


Friday, February 3, 2012

Aquaria Session

Assalamualaikum wbt=)


Bulan Februari tahun ini dimulakan dengan sesi berjalan-jalan sambil melihat ciptaan Allah di Aquaria KLCC sempena dengan harga tiket yang dikurangkan 30%......=P


Tank pertama ialah...piranha perut merah. Gemuknya mereka-mereka itu. Tapi sesi memberi makan dah selesai. Pukul 4 petang. Kami tiba dalam lepas Asar..sayang betul..tapi tapela.. Solat dulu=)


Berpeluang mencucuk-cucuk perut gamat yang lembutnya macam karpet di Udani Karpet (hiperbola) tapi memang betul-betul lembut. Bila gamat berada under stress condition, dia akan menggemukkan badannya dan mungkin anda terkena cecair yang dikeluarkan dari badannya. Tapi, tak bahaya pun. 

Cuit-cuit tapak sulaiman pulak. Selalunya jumpa yang dah mati kat tepi pantai. Bila mati, dia akan mengeras ala-ala batu kapur dan mereput. 


Kemudian, cuit belakang ikan yu cicak pun. Dia adalah umpama cicak yang ada bintik-bintik, lebih besar dari biasa, tapi dalam rupa seekor ikan....ha...dapat bayangkan? Hebatkan? Subhanallah...


Lepas tu, sambung jalan-jalan lagi. Tahukah anda seekor belut elektrik dari South Amazon boleh menumbangkan seekor lembu dengan kuasa elektriknya.....kagum...



Belut elektrik...macam ikan toman pun ada...


Banyak lagi yang kami tengok. Rasa nak memancing pun ada, tapi takut pun ada jugak, sebab 'sihat-sihat' ikan kat sana. Dari satu tank ke tank yang lain....ada part hutan, air tawar, hutan tenggelam, tengok memerang, katak, buaya, ular, rama-rama, tarantula, labi-labi, geako, ikan....udang, lobster,...ikan lagi.... dan lagi. 


Ikan Arapaima...sungguh besar..... dan ada ikan keli gergasi jugak.... besar..besar...besar



Ikan Arapaima...bukan gambar sebenar...


Ada tank ikan kecil-kecil (laut) yang berwarna-warni ala-ala macam kat Fish Ville (dah tak main dah sekarang..ish..ish). Ralit tengok mereka berenang-renang sambil letak tangan kat dalam air (tank ikan kecik boleh la)....


The most interesting place ialah bila lalu kat bawah kaca melengkung tu... dekat Ocean Tank (ala, yang selalu promote kat TV tu).. its so amazing dan mengujakan... seronok tengok ikan-ikan yang besar rasa macam nak panjat badan dia sambil berenang-renang. Ikan pari yang sangat besar, namanya Kudsia....macam boleh buat selimut. Dari bawah kaca tu, saiz binatang adalah 30% lebih kecil dari saiz asal....haaa sebab kaca melengkung. 




Kudsia....

Ikan jerung lalu atas kepala....kerapu gergasi besar dan gemuks yang berenang laju dan cergas walaupun kadang-kadang terfikir, bagus betul stamina ikan ni. Sambil ikan cermin (rasanya nama dia memang ikan cermin, macam pernah jumpa kat pasaraya) membentuk kawanan main pusing-pusing dalam tank tu. Tak kenal sangat pun ikan-ikan ni...tapi gembira betul tengok mereka..



Kualiti gambar tak begitu memberansangkan...


Selepas satu round berpusing dalam tu...kami bersidai dari cermin tepi tank melihat jerung pasir sedang berehat. Matanya yang kecil, dan rahangnya pun tak sebesar jerung putih atau jerung ganas yang lain. Mulut jerung pasir agak kecil dan dia aktif di waktu malam. Tiba-tiba...... ada penyu berenang-renang. ^_^


Dari jauh nampak jerung yang lalu atas kepala tadi...seriously, they are real big.. Nampak dari celah-celah batu, ada kerapu gergasi yang seekor ni sedang berenang agak statik. Rasanya ni yang paling besar sekali (penyalahgunaan tatabahasa). 


"Agaknya dia besar sangat, tu yang tak gerak-gerak." Saya bersuara dengan teman-teman sambil menunjuk ke arah kerapu tu di celahan batuan.


"Tu tok nyang dia, tu yang rehat je..tu tok nyang dia." Kawan saya membalas. Kami ketawa sama-sama. 


Tak lama kemudian, kerapu tu berenang menuju kami, ke arah cermin kami berdiri....ada seekor lagi meneman...melintas depan kami, dengan kepalanya menghadap kami, lepas tu berenang ke atas menunjukkan badannya yang besar dan sisiknya yang macam boleh buat tutup kelopak mata tu......Whuuuuu~ 'Tula, dia dengar kita cakap pasal dia agaknya.'


Lama kami berdiri di depan cermin tu, melihat pasangan jerung pasir bergurau senda. Sambil buat gaya-gaya nak masuk celahan batu padahal panjang lagi badannya kat belakang yang tak dapat masuk. 


Perjalanan diteruskan dan stesen terakhir adalah kedai cenderahati kat Aquaria=).. Selamat beli mug satu... Mug yang menggembirakan=)




Moral of the trip: Sesungguhnya ciptaan Allah itu salah satu tanda kebesarannya...Subhanallah=)


Teka teki untuk hari ni: Kenapa ikan tak tinggal kat darat=P







Tuesday, December 29, 2009

Jalan-jalan cari buku

Assalamualaikum wbt

Tak banyak idea utk menulis sejak akhir-akhir ini...

Bila keluar idea, tersepit pula dengan masa dek hujung2 sesi praktikal ni..banyak yang ingin segera diselesaikan.. projek masih belum dilepaskan lagi...

Berjalan-jalan di kedai buku beberapa hari yang lain.. I dunno why, i juz cant recall which kedai and with whom did i bought this book..I'm pretty sure I was kinda confused which book i wanna buy on that time, this book or another 'woman's book'...


Dengan kesedaran bahawa pembacaan perlu berbentuk yang lebih serius dan tidak hanya berunsurkan hati dan perasaan semata2, maka ana memilih utk membeli buku ini... [I just realized i got quite a number of books entitle either 'hati' or 'cinta']..Coincidence, i hope so.


Berharap utk menghabiskan baca buku ni dalam masa yang terdekat. Buku Abu Bakar, masih separuh....on da way untuk dihabiskan... Buku Umar Al-Khattab, akan dihabiskan selepas dipulangkan semula...Buku lain2 yang dibeli...akan diselak2 kemudian...


Sekian dulu, posting di penghujung 2009..

"Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka." Mafhum hadith Rasulullah SAW.

Read baby, read~

Saturday, October 31, 2009

Hari ini dalam sejarah 2

Assalamualaikum wbt....

InsyaAllah kali ini saya nak share byk pengalaman menarik sepanjang ke site selama 3 hari berulang alik dari Gombak ke Karak dan ke Simpang Pertang.

Hari 1:

Hari ini saya keluar rumah seawal 630 pagi [tak la awal sangat]...
Target kami hari ini ialah untuk buat reconnaissance survey sepanjang jalan dari simpang Karak ke Simpang Pertang sejauh 80km.

Jalan ini bermula dari pekan Karak di Pahang, melalui beberapa kampung, pekan Manchis, simpang Chemomoi, sempadan Pahang-Negeri Sembilan, Simpang Pelangai, Sungai Serting dan banyak lagi, sehingga sampai ke Simpang Pertang, Negeri Sembilan.

Bayangkan jalan ini average hanya selebar 3m, tapi antara pengguna utamanya ialah lori bergandar lebih daripada 2 [treler 4-7 gandar]. Dan satu lagi, jalan ini sangat berliku2...
dan ada beberapa kawasan yang ada switchback yang agak dahsyat....

Jalan kecil, pengguna banyak heavy lorry, jalan berliku-liku, shoulder jalan pulak ada yang less dan 1 m. Cuba anda bayangkan di corner yang tajam, kereta anda berselisih dengan lori treler 4 gandar. Sudah pasti dengan jalan selebar 3 m, treler ini akan makan jalan anda [ jalan ini takda median ye, hanya 2 lane single yang berselisih], shoulder nak mengelak pula tak sampai 1m, terus ada longkang. Saya boleh kata mencabar jugak la=). Nasib la hanya sedikit corner yang berlebar jalan kecil. Kebanyakan yang lain diperbesarkan bahagian corner.

Kali pertama kami melakukan survey sepanjang jalan tersebut, kami berhenti dan ambil gambar serta merekod bahagian-bahagian penting sepanjang jalan. Kali kedua, kami merekod travel time untuk kelajuan yang selesa bermula dari Simpang Pertang ke Karak. Kali ketiga, kami merekod travel time dari Karak ke Simpang Pertang. Dan kali keempat, kami merekod bilangan corner yang ada sepanjang jalan tersebut untuk setiap 5 km. Ada bahagian yang ada hampir 40 corners untuk 5km. @_@

Hasilnya, salah seorang daripada kami muntah [ setelah 4 kali berulangalik jalan yang sama].


Hari 2:

Hari ini saya keluar rumah 6suku pagi [sepatutnya masa ini dah berada di tempat survey]. Kami akan melakukan junction counting survey di Simpang Karak. Tersengguk-sengguk jugak la dibuatnya.=_+.

4 orang kami akan mengira kenderaan daripada 6 arah di simpang 3 Karak tersebut. Maka, duduklah kami di sebuah bangsal kecil [bekas tempat berniaga agaknya]. Kenderaan yang dibanci ialah dari kenderaan kelas kereta, small lorry, heavy lorry, bus dan motosikal.

Tiba-tiba...

"Eh, tu nak kira jugak ke??" seorang teman menuding ke arah sekumpulan kambing yang sedang melintas jalan....

Kambing tu dari pagi lagi ada di kawasan kami survey. Berjalan-jalan di sekitar simpang untuk mencari makan.

Pulang dari makan tengahari dan bersolat, kami meneruskan survey bermula pukul 4 petang. Hujan renyai-renyai. Kami mengangkut peralatan ke pondok tempat kami melakukan survey.

"Erk, kambing!~" terkesima kami seketika. Kambing-kambing ada di bawah pondok tersebut. Hujan~...patutlah. Kambing tumpang berteduh sama. Maka, itulah buat kali pertama dalam sejarah, kami melakukan counting survey bersama-sama kambing.

Yang lucunya, kambing masih boleh faham bila ada antara kami suruh mereka senyap =P.

Sekadar gambar hiasan

Hari 3:

Hari ini kami bertolak seawal 530 pagi. Link counting survey akan dibuat di 2 tempat iaitu Kampung Shafi'e dan tadika orang asli selepas sempadan Pahang-Negeri Sembilan. Nu'man dan Syafiq ditinggalkan di Kampung Shafi'e, manakala saya, Kak Zulfa dan supervisor saya, Hj Shamshuddin di tadika orang asli.

Tengahari...

Seorang lelaki Cina tiba-tiba berhenti di tempat kami sambil menyuakan handset di tangannya kepada Kak Zulfa.

"Tolong bukak. Bukakkan."Blur sekejap kami dibuatnya. Nak buka bateri atau nak 'on'kan telefon. "Handset sendiri takkan tak tahu nak buka" dalam hati berkata. Tapi takpelah, tak baik bersangka buruk. Walaupun kedatangan dan kepergian uncle tu tergesa-gesa dan badannya sedikit menggigil.

Petang...

Sebuah lori 4 gandar mengangkut sisa balak berhenti berhampiran tempat kami survey. Pemandunya singgah di tempat kami dan berborak dengan En Din. Orang Kelantan juga. Adalah setengah jam pakcik tersebut berborak. Letih katanya. Rehat sekejap. Dari padi dia perasan kami ada di situ.

"Akak dah ada visitor Cina, Encik Din Melayu, awak pulak lepas ni. India pulak," usik Kak Zulfa. Saya tak ambil pusing pun. Sambil gelak, takkan la ada. Lagi pun kami di depan kawasan orang asli. Patutnya, orang asli yang ziarah saya.

Tiba-tiba...

"Tuan! Dari tadi saya nampak tuan kat sini. Ada apa-apa masalah ke?" Seorang lelaki India menaiki motor tiba-tiba berhenti menghampiri kami..

"Tak ada pape masalah, uncle. Kami banci kenderaan. Motor uncle pun dah masuk dalam banci kami."

"Owh, saya ingat ada masalah kereta ka," kata uncle sambil tersenyum. Dia pun berlalu pergi...

Saya dan Kak Zulfa sambung gelak. Tak sangka masin mulut. Akhirnya datang juga seorang India sebagai visitor saya. Cukup 1 Malaysia di Simpang Pelangai =).

******************************************

Walaupun kehadiran kami cuma 3 hari di sana, tapi rasa agak dekat dengan penduduk di sini. Saya dapat melihat cara kehidupan mereka. Mereka pun sungguh ramah berkongsi pengalaman dan perasaan tentang jalan tersebut.

"Jalan ni, daripada atok saya dulu yang bukak. Dulu atok saya kerja dengan JKR," bagitau seorang makcik di situ.

"Ini kawasan Menteri Besar Pahang. Tapi jalan kat sini tak diluruskan pun," sambung makcik meluahkan perasaan. Sepanjang 37 tahun kehidupannya di situ, mereka hanya bergantung dengan jalan tersebut sebagaimana yang saya deskripsikan sebagai agak berbahaya.

Tambahan lagi, pagi hari ketiga ketika kami on da way ke tempat survey, ada sebuah lori balak terbalik di salah sebuah corner switchback yang tajam.


******************************************

Teringat kisah Saidina Umar Al-Khattab yang menyamar menjadi orang biasa di waktu malam untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya.

Monday, September 28, 2009

Project 1

Assalamualaikum wbt =)...

hari ini saya nak share antara project2 puteri-puteri Tun Perak=p. Sebenarnya, ada banyak lagi project2 yang pernah dibuat sebelum ni tapi tak dapat nak diabadikan...Makanya, insyaAllah saya akan cuba recall dan share project2 mendatang.


Wut is so good or interesting in this project?
Takde apa sangat pun, but at least u may try it at home=P.

Project 'Trifle'. Saya telah diperkenalkan oleh akak-akak senior dulu yang rajin benar buat trifle tiap kali ada jamuan. Setelah hampir 3 tahun tak mkn trifle, memori ada orang buatkan trifle datang lagi. Tenkiu tu Kak Hajar yang rajin benar belanja kami trifle air tangannya=)

Tiba-tiba, dalam bulan puasa yang lepas, teringin aka mengidam plak nk makan trifle. [Biasalah, time-time puasa ni la mengidam nk makan macam-macam].

Makanya, selepas bermesyuarat akan menu berbuka puasa pada suatu petang...muncullah idea untuk membuat trifle sendiri...hmmm~
Ha, selepas berusaha beberapa ketika...akhirnya sebekas trifle berjaya dihasilkan dengan 'agak' cemerlang=P...

Untuk yang berminat untuk cuba jaya buat trifle ni di kala teringin atau kebosanan...boleh la cuba resipi kat bawah ni...[ni pun dapat dari internet..boleh di'adjust' sesuka hati mengikut selera sendiri].

*******************************

Trifle Sedap


Bahan:

1 gulung swiss roll/kek coklat/kek buah
1 tin fruit koktail
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastard
2-3 sudu gula
1 kotak serbuk jeli perisa strawberi


Cara:


Lapisan 1.

1. Buka gulungan kek gulung tu, dan letak dalam bekas yang besar sket.Nak potong and then susun rapat2 pun boleh jgak


Lapisan 2.

1. Mula2, bukak tin coktail [haha, ni nk kene masukkan sekali ke=P]. Asingkan air sirap coktail tu dengan buahnya.

2. Larutkan tepung kastard dengan air sirap.

3. Panaskan susu cair dengan gula dalam periuk dengan api sederhana.

4. Masukkan larutan tepung kastard tadi.
5. Boleh tambah juga esen vanila.

6. Teruskan kacau sehingga kastard tu jadi pekat.

7. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan kek gulung yang dibentang tadi dan biarkan sejuk.

8. Boleh susun2kan buah koktail yang ditapis tadi atas kastard.

Lapisan 3.

1. Larutkan serbuk jeli dengan air

2. Kacau atas api sederhana sehingga ia jadi jeli sikit.

3. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan2 tadi.
Tadaaa.. da siap. Untuk lebih sedap, simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum dimakan.

Sebenarnya, resepi ini juga boleh diadjust sesuka hati seperti tambah potongan buah epal ke, kekacang, tambah ais krim ke, tukar jeli straberi tu kepada jeli rebina ke...dan sebagainya.keke~=P

Kat bawah ni beberapa contoh rupa trifle..tapi bukan trifle yang ni=)



Ngap!~=P

Sunday, September 27, 2009

Post Raya

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua..
Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis selembar entri picisan mengenai raya yang lepas...

Again, neither so important, nor so interesting, tapi raya kali ini tetap ada kenangan yang tersendiri.

Warna tema keluarga yang tidak dirancang sama sekali ialah cyan dan biru...
Selesai ber'raya' dengan keluarga, kami ke rumah MakLong di Skudai. Ni lah port yang selalu saya pegi tak kira raya waima ketika pulang bercuti. Sudah pasti rumah Mak Long lebih meriah time2 raya ni...huhu..[memang meriah pun]

Ke rumah kawan kakak kejap, rumah Que Haidar [ jumpa dia, isteri (Linda Jasmin) dan anak diorg]. Balik kampung mak...rumah pakcik makcik yang dan yang sewaktu dengannya.

Another interesting story ialah pegi beraya di rumah kawan-kawan dan mini reUnion kat rumah Afzan. Walau pun berapa orang shj yang ada, tapi gembira sangat jumpa anda-anda semua=). Jangan percaya gosip2 Afzan yang melata itu..

Tak kurang juga dengan jemputan-jemputan walimah yang kedua-duanya tak dapat dihadiri~_~ [sori to Kak Wan Anis n Kak Huda. My kakaks kahwin alreadyT_T]

Tapi masih banyak lagi tak sempat nak beraya...schedule dah padat sepanjang seminggu cuti beraya....Bubye weekly report, kerja2 ofis, project etc.....

Dan kini, saya sudah kembali...dah mula kena fikir perjalanan kerja dan hidup seterusnya...tanpa cuti yang panjang...jauh dari famili...jauh dari Gemok [kuceng manje lagi kuat merajuk]....=)

Sebut tentang raya...mesti menjadi scene di setiap kali Raya, dalam keluarga mahupun bersama teman-teman, kenalan dan jiran tetangga untuk kita saling bermaaf-maafan. Walaupun, ada yang mengumpul stok salah dan silap untuk setahun.

Apapun, ada sedikit 'sharing' menarik yang saya dapat dari buku "Indahnya Cinta", karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni...

Ditampilkan beberapa contoh terbaik dalam kehidupan RasulullahSAW yang dicoretkan oleh para sahabat baginda. Antara contoh-contoh tersebut adalah:

Pertama:
Abu Dzar pernah mencela Bilal berkenaan dengan ibunya, lalu Bilal mengadukan perkara itu kepada Nabi SAW. Abu Dzar pun akhirnya menyesali perkataan yang telah diucapkannya kepada Bilal. Dia pun meletakkan pipinya ke atas tanah, kemudian berkata kepada Bilal,"Demi Allah, aku tidak akan mengangkat pipiku sehingga kamu mahu memijaknya dengan tapak kakimu!" Akhirnya, keduanya pun saling berpelukan dan berjabat tangan.

Kedua:
Hampir sahaja kaum Muhajirin dan Ansar saling berperang setelah mereka memeluk Islam. Mereka sudah menghunus pedang dan telah menyiapkan diri untuk berperang. Rasulullah SAW segera keluar menemui mereka dan bersabda,"Ada apa gerangan dengan seruan jahiliah itu?"
Mereka pun menangis, menjatuhkan pedang dari tangan mereka dan kemudian saling berpelukan.

Ketiga:
Para ahli sejarah menyebutkan bahawa para sahabat keluar dalam perang Bani Mushthaliq. Ketikka itu Umar mempunyai hamba yang bernama Juhjuhah. Dia bertengkar dengan seorangdaripada kalangan ansar yang bernama Sinan bin Wabrah. Orang yang kedua marah dengan luar biasa sehingga akhirnya kedua-duanya saling berteriak.

Juhjuhah berkata," Wahai kaum Muhajirin, tolong bela aku!"

Sedangkan Sinan bin Wabrah berkata," Wahai kaum Ansar, tolong bantu aku!"

Akhirnya, kedengkian dan permusuhnan itu merasuk ke dalam hati mereka. Kejadian ini sampai ke telinga pemimpin kaum munafik dan kaum murtad, 'Abdullah bin Ubay bin Salul. Dia pun berkata, "Benar pepatah yang mengatakkan 'Buatlah anjingmu lapar, nescaya ia akan mengikutmu. Gemukkan anjingmu nescaya dia akan memakanmu.' Jika kami asingkan mereka dari negeri kami, tentu mereka tidak akan melakukan perkara ini. Jika kami pulan gkembali ke Madinah, tentu orang-orang kuat akan mengusir yang lemah."

Kalimat ini sampai ke telinga Rasulullah SAW yang dibawa oleh Zaid b Arqam. Baginda pun akhirnya memerintahkan para sahabat agar segera pergi sehingga orang munafik tidak terus berbicara mengenai masalah ini. Ini kerana, kaum munafik itu sangat suka terhadap desas-desus. Memang ada saha di dalam masyarakat itu orang-orang yang suka menyebarkan desas-desus serta mencari kesilapan orang, lalu mereka pun melakukan perkara yang bukan-bukan, menambahkannya dan menjilat kehormatan orang seperti halnya anjing menjilat air.

Kebijaksanaan yang dilakukan baginda dengan memerintahkan para sahabat segera pergi, agar mereka tidak terus membicarakan permasalah yang terjadi, sehingga mereka disibukkan degnan perintah tersebut. Oleh kerana itu, penyelesaian yang paling besar untuk mematikan desas-desus itu serta menghindari apa yang kadang-kadang terjadi di antara satu sama lain yang saling mencintai adalah dengan menyibukkan manusia dengan kesungguhan, ilmu dan masalah-masalah yang bersifar ilmiah serta melontarkan kepada mereka persoalan umat yang besar.

Baginda SAW juga mendatangi Sa'd bin 'Ubadah untuk memberitahu masalh ini. maka Sa'd kemudia berkata. "Ya Rasulullah, jika kamu menginginkan, kami sedia membunuhnya (Abdullah b Ubay) atau kami benar-benar akan menghalang dia untuk memasuki Kota Madinah, kerana kamulah yang mulia sedangkan dia yang hina."

Sedangkan Umar berkata, "Izinkan aku untuk membunuhnya, Ya Rasulullah."

Baginda menjawab, "Wahai Umar, jangan sampai orang ramai nanti mengatakan bahawa Muhammad sanggup membunuh sahabatnya."

Keempat:
Orang-orang yang tidak ikut berperang daripada glongan kamu munafik yang berbuat jahat, meninggalkan perang, menyelisihi perintah Nabi SAW dan menderhakai Allah, datang menghadap Rasulullah SAW. Kemudian salah seorang daripada mereka ada yang memberi alasan dengan mengatakan, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku ini sakit."

Baginda bersabda, "Kamu benar." Padahal orang itu tidaklah sakit fizikalnya, akan tetapi hatinya yang sakit.

Orang kedua datang dengan memberi alasan, "Isteriku sedang sakit ketika terjadi peperangan itu."

Baginda bersabda, "Alasanmu boleh dibenarkan."

Orang ketiga datang dengan mengatakan, "Aku ini seorang miskin yang tidak mampu membeli sesuatu (untuk keperluan perang)."

Baginda bersabda, "Alasanmu boleh dibenarkan."

Allah SWT berfirman:
"Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu mengetahui orang-orang yang dusta." At-Taubah:43

Dengan akhlak seperti ini, apa yang kemudian dihasilkan oleh baginda?
Baginda berjaya menghimpun hati dengan dakwah baginda dan berjaya meyatukan roh dengan hikmah baginda. Buktinya ada salah seorang daripada mereka yang datang menghadap baginda seraya berkata, "Demi Zat yang tidak ada sembahan yang berhak disembahi selain hanya Dia, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri."

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin=)

Thursday, August 27, 2009

Terowong

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sempat lagi nak mengupdate blog yang tak seberapa ni...

telah masuk hari ke 6 bulan Ramadhan...

sambil2 menunggu loading map di Wikimapia ni,
terasa ingin berkongsi kerja buat di ofis buat kala ini...

Sudah lebih kurang sebulan, saya diberi tugas menyiapkan dan mencetak zooming map di Makkah City [betul ke tak ayat ni]..serta map utk 58 terowong yang akan berada dalam project rehalibitation...

Punyalah study pasal map Makkah...tapi tak pernah smpai lagi~_~ [semoga diberikan rezki nnt]
Apa yang mencabarnya...utk tugas ini saya menggunakan software Adobe Photoshop lebih daripada AutoCAD mahupun aaSIDRA....percaya tak??....asalnya tak percaya jgk...tapi dalam tak percaya tu, masih lagi tengah menghadap software tersebut.....


Sedang ralit2 study tentang tunnel ni, sambil menunggu wikimapia meloading imej map Mekah..
terjumpa beberapa gambar tunnel di Mekah ni di blog orang...yang menunjukkan salah satu daripada tunnel yg termasuk di dalam project tersebut...iaitu Ajyad Tunnel.


*************


Selit sikit cerita pasal terowong..=)


Tentang cubaan orang-orang Yahudi yg nak curi jasad Baginda Rasulullah.


Sultan Nuruddin Zangki
(Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.


Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.


Pernah suatu hari beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi.


Beliau merahsiakan akan mimpi tersebut, namun setelah beberapa kali bermimpikan yang sama, beliau semakin risau. "Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.
Setelah bermunajat, berzikir dan memohon petunjuk hidayah, akhirnya beliau menceritakan mimpi tersebut serta meminta pandangan kepada seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly.

Setelah berbincang, akhirnya Raja Nuruddin membuat keputusan untuk berangkat ke maqam Rasulullah di Madinah. Ketika berdoa di Taman Raudhah, tempat jasad Nabi dimaqamkan, air matanya mengalir. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”


Akhirnya, beliau memanggil gabenor Madinah dan memintanya mengumpulkan semua rakyat di Madinah kerana beliau ingin berjumpa dengan mereka. Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai.
Namun, orang yang dicari-cari masih tidak lagi ditemui.

“Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”

Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT.

Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.”
Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oleh keduanya?" Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin.

Risikan demi risikan telah dibuat tapi masih tidak menjumpai apa-apa jawapan yang kukuh. Mesyuarat dengan Jamaluddin diadakan lagi. Raja Nuruddin kemudiannya membuat rumah terbuka serta menjemput kedua orang tersebut. Setelah pasti mereka telah keluar rumah menuju ke majlis diraja, Raja Nuruddin, menterinya serta beberapa orang pengawal menuju ke rumah mereka.

Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”


Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut.

Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga.
Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW.

Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.


-tammat-


Friday, July 17, 2009

Hati ini

Assalamualaikum wbt

Astaghfirullahal'azhim..


Lafaz istighfar sebelum memulakan entri kali ini. Tatkala dosa zahir dan tersembunyi terus kita lakukan secara sedar mahupun tidak...

Semalam, kali pertama saya berpengalaman ke tempat kerja dengan menaiki tren.


"Macam nk pegi perang,"
Kak Norma, SV saya ketawa ketika saya sibuk kalut mahu pulang segera.
"Adalah sikit," dalam hati mengakuinya. Perjalanan pergi dan pulang sungguh mencabar. [Takut nak lintas jalan.Hu~]
Selesai isyak dan dinner, Allah kurniakan kami kesempatan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di are Bandar Mahkota. Mulai 16-19 July ada Ekstival (Ekspo+Festival) untuk konvokesyen KUIS. Walau tiba agak lewat, sempat jugak kami mengikuti forum menarik dari tuan moderator, Ustaz Dr Badrul Amin dan Ustaz Yusaini (kalau tak salah telinga mendengar). Forum bertajuk "Mahasiswa mendominasi tamadun dunia" [lebih kurang la].

Antara yang menarik ialah formulasi REMAJA yang disampai oleh Ust Badrul Amin:


R = relax. Remaja ni suka benar 'relax'2. Ajak ke masjid dengan ceramah, 'Relax la brother.' Atasilah ia dengan rajin.
E = Emosi tak terkawal. Sikit-sikit merajuk, memuncung. Remaja kenalah kuat emosinya. Disebut suatu sirah sahabat nabi, seorang remaja yang bertemu dengan raja Parsi meredah gurun pasir berbulan-bulan lamanya semata-mata ingin mengatakan kedatangannya ialah untuk mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliyah kepada keterangan dan kebenaran Islam.

M = meniru. Memang di usia ini, remaja suka meniru-niru orang lain. Tapi hendaklah kita tiru yang baik sahaja.Boleh juga jadi mental yang kuat.

A = aktif, jangan pasif. Dan kalau boleh be proactive. Aktif itu ibarat pahat dan tukul. Sekali ketuk, sekali pahat berjalan. 'Aktif betul pahat ni.' Manakala yang disebutkan sebagai proactive ialah, belum diketuk lagi pahat dah berjalan. 'Berhantu pahat ni.'=)

J = Jati diri. Remaja perlu ada jatidiri yang kuat. Biar di mana sahaja kita berada.
A = KIV. Tak berapa ingat. Agama barangkali.


Sekadar perkongsian=)


****


Hati ini gembira dan terharu dapat hadiah buku dari sahabat dari KUIS. Tak sampai 2 hari kami berkenalan, saya sudah terima 4 buah buku=)



****

Hati tiba-tiba berkata,
"Hai budak, apa amalanmu?

Yang kamu katakan ingin membawa Islam. Falsafah atau amali?

Budak, kau dengar berita orang lain kembali kepada Pencipta, sungguh baik keadaan mereka. Kau rasa kau bagaimana?

Budak, amalan kamu ikhlaskah semua?

Budak, apa yang selalu kau jadikan matlamat dalam amalanmu?

Diri, benarkah ada taqwa di dalammu?

Hati, apa yang selalu yang zikirkan?
Budak, adakah kau fikirkan Tuhan menerima amalmu?
Budak, kepada siapa kamu waqafkan dirimu?
Berapa banyak pula kesalahan dan dosa yang kamu lakukan setiap hari?
Budak, masih banyak kurang dirimu bukan??"

Aqal ,"Kau tahu juga jawapannya, hati."


Diri, kaku. Aqal terus-terus berfikir. Mencari jawapan, merancang tindakan.


************************

Tuhan, tatkala kami memilihMu, Kau pilihlah kami menjadi hamba yang dekat padaMu. dan Tuhan, tatkala kami leka dan alpa, jangan Kau terus-terusan menguji kami dengan keseronokan dunia. Allah, ampuni kami, rahmati kami, berkati kehidupan kami..

Tuesday, July 14, 2009

Muadzam Shah

Assalamualaikum wbt

Update lagi untuk kali ini...

Weekend yang lepas, kami bertiga bergerak ke Uniten Muadzam Shah untuk IPTS Student Caucus. Bergerak sekitar 430 pagi, selepas tidur selama 2 jam meredah malam, kabus dan kegelapan malam menuju ke Pahang, sambil bertemankan note peta yang diexplore daripada Google Earth dan Google map serta 2 orang hulubalang di belakang yang sedang berehat. [huu, ayat~]

Setibanya di bumi Muadzam, segera kami bersiap untuk program yang telah pun bermula sejak semalam. Terus saya menuju ke kumpulan peserta yang membincangkan isu mentor-mentee. Antara tajuk lain ialah, One Malaysia, sukan, research dsb. Perbincangan dan pertukaran idea yang menarik. Seterusnya, perbincangan dengan ahli kampus sendiri.

Forum malam itu, Students: Towards Shaping The Nation.Mujur tak mengantuk. Menarik.
Moral of the story, ketahuilah dan studylah perkara yang ingin dikritik.

Keesokan harinya, satu lagi perbincangan diadakan untuk mengfinalizekan resolusi diikuti pembentangan. Malangnya tak dapat kami bertiga [saya, hasmadi dan hafiz] ikuti program ke penghujung rancangan lantaran ada urusan rumahtangga yang perlu diselesaikan. Maka, terpaksalah kami meninggalkan tuan Presiden dan bodyguardnya, Amin SNR meneruskan perjuangan.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di KL sekitar maghrib. Hasmadi dan Hafiz didropkan di Pudu untuk meneruskan perjalanan ke bumi UTP. Akhirnya, tiba di rumah sekitar pukul 9. Fu~

Wut so interesting? Dapat bertukar-tukar pendapat dan idea. Alhamdulillah jua, Allah perkenalkan saya dengan sahabat-sahabat dari uni yang lain. Buat teman dari Kolej Universiti Kuis Selangor, kak Zahidah dan teman-teman. Terima kasih untuk buku yang menarik tu..
InsyaAllah akan dikongsikan dalam post yang akan datang=)
.




Wednesday, July 1, 2009

Muda yang Tua

Assalamualaikum wbt..

Lama juga tak berkesempatan menulis...

Sepanjang berintensi, hampir setiap malam dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti..
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tidaklah menjadi penonton setia Keliwon, Datin Wan Abe, Nur Kasih mahupun BioNik. Kami ibarat pengkritik tak berbayar melihatkan cerita yang tersiar. Cinta, konflik cinta, khurafat, harta....begitulah seterusnya.

Cerita hantu, maka akan ada bomoh, asap, jeritan, kadang-kadang tiada pun takbir, azan mahupun doa....[contoh2 kritikan=)]

Pernah sekali saya menghadiri satu ceramah. Kami tiba agak terlambat sebenarnya. Tiba di rumah sekitar maghrib tadi, bergegas warga rumah memasak dinner. Usai solat isyak, kami pun berangkat ke tempat ceramah yang jauhnya lebih kurang 15 minit perjalanan. Ramai orang sudah memenuhi tempat ceramah. Bersimpuh kami di lantai surau bersama-sama sebilangan muslimat yang lain. Dari kanak-kanak perempuan seumur 2 tahun hinggalah kepada makcik yang boleh ku panggil nenek.

Sedang semua warga hadirin hadirat tekun mendengar ceramah, sekali sekala disampuk gelak ketawa, lucu dengan kata-kata tuan penceramah. Melangkah ke depan beberapa orang makcik, mengajak seorang nenek yang duduk bersandar di sliding door surau.

Makcik itu mengajak nenek ke depan, supaya dapat mereka melihat tuan penceramah dan lebih jelas menekuni ceramah.

"Kamu pergi dulu, nanti aku ikut," balas nenek itu. Sebelah tangannya mengurut-ngurut kaki yang dilunjur. Beberapa kali makcik-makcik tersebut mengajak, nenek itu tetap mengatakan dia akan menuruti kemudian.

Selepas kawan-kawannya berlalu, perlahan-lahan nenek itu bangun. Nampak susah untuk bangun, tapi dikuatkan juga dirinya untuk berdiri. Dia bangun perlahan-lahan, bongkok sambil berpaut pada sliding door. Dan perlahan-lahan juga dia melangkah sedikit terhincut-hincut meninggalkan kami menuju kepada kawannya, yang kini sudah berada di hadapan.

Saya? Ingin sangat menolong, tapi tiba-tiba rasa kelu, kaku. Air mata rasa bergenang. Besarnya nikmatMu ya Allah. Nikmat kesihatan, nikmat usia muda, nikmat hidayah. Dan nenek itu, lesap dari pandangan, lebih depan, lebih ingin memenuhi dada dengan ilmu. Saya? masih kaku..

Orang yang kurang nikmat kesihatan masih mahu bersungguh-sungguh mencari ilmu, inikan pula kita yang masih Allah berikan nikmat kesihatan...Subhanallah.


Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun r.a, bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki dengan sabdanya yang bermaksud:

" Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."

Disebut dalam buku "Taqwa" karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b Nik Mat:

Masa muda itu diberi dengan tidak payah diminta. Masa muda jangan dibiar berlalu tanpa erti, kerana masa muda itu pernuh dengan kecergasan fizikla dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal, dan mental remaja yang segar memberikan ruang yang cukup bagi mencapai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda tidak akan bertahan, kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah SWT itu, akan ditanya semula pada hari perhitungan kelak kerana usia muda itu bukan sahaja suatu anugerah tetapi juga adalah suatu amanah.

Dan sekarang, ku sudah menginjak dewasa. Dua lagi level hidup yang insyaAllah akan ditempuhi. Alam perkahwinan, alam ibu bapa. Kemudian, tidak akan banyak berubah, sehingga tiba masa kita dipanggil pulang.


" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus." Surah at-Tin:4-6

p/s: Masih tidak bersedia untuk pulang. Ampuni kami, Ya Allah.

Sunday, May 24, 2009

Cerita kali ini

Assalamualaikum wbt

Lama rasanya tidak menulis

Terhimpit dengan keperluan dan kekangan yang ada..

Alhamdulillah masih mampu terus menulis


Sebenarnya terlalu byk perkara yang ingin dikongsikan sejak bulan 3 yang lalu..


antaranya...


1.Perjalanan ke Vietnam. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali untuk trip ke Vietnam selama 3 hari 2 malam. Bukan pergi bercuti semata shabat, bnyak perkara dan matlamat yang dibawa. Byk perkara yang menarik dapat saya secara personal belajar.


Bukan hnya tentang budaya dan suasana yang agak berbeza, tapi bagaimana kita sebagai muslim ingin mem'potray' Islamnya kita di mana sahaja kita berada. Mungkin di kesempatan yang lain, saya akan updatekan gambar2 yang ada.


2. Bercuti bersama sahabat2 di tepi pantai. =) part ni yang gembira. Bersyukur yang teramat pada Allah Taala kerana mengurniakan ana sahabat2 yang baik dan bersama-sama di jalan perjuangan. Semoga kami istiqamah.
Di kala kesempitan masa dan fikiran dek beberapa perkara yang perlu diselesaikan dari segi gerak kerja waima akademik, ternyata percutian tersebut bukan hanya untuk gembira. Bertambah sikit semangat ana ingin meneruskan perjuangan minggu2 seterusnya yang sgt pack. Dan sedikit sebanyak mengubat homesick yang ada.

Teringat, pernah disuarakan dengan teman2 muslimat di kala kami dihambat ketensionan. "Jom gi bercuti tepi pantai." Namun, masih tidak dikurniakan kesempatan. Sahabat2 sedia memenuhi tuntutan yang lebih penting demi kemaslahatan umum berbanding diri sendiri. Alhamdulillah, kami dikurniakan kesempatan yang lebih manis. Bukan hanya dapat bercuti di tepi pantai, tapi dapat berkumpul hampir kesemuanya dan beraktiviti bersama.=)


Buat sahabat2, kita bervariasi. Raikanlah variasi itu untuk menjadikannya indah=)
Saya sayang sahabat2 saya semuanya kerana Allah.


Aktiviti bersama teman2=P

3. Masa terus berlalu. Dan tiap masa yang berlalu boleh jadi merupakan detik terakhir untuk kita. Seorang student perempuan final year kembali ke rahmatullah kerana lemas di air terjun. Juga buat sahabat2 yang ditinggalkan orang yang tersayang semester ini. Juga buat salah seorang lecturer kami yang kembali di kala anak2 didikannya sibuk mentelaah. Alfatihah. Zikrulmaut untuk kita semua.


4. ETP ke EDX. Alhamdulillah, walaupun di peringkat awal terasa berat untuk meneruskan perjuangan ke EDX di kala himpitan tanggungjawab akademik yang bertimbun2 di kala hujung semester, kami meneruskan misi di EDX, exhibition untuk project2 student di UTP.


Alhamdulillah dan syukran atas groupmate yang bersama-sama dalam menjayakan pembentangan dan pameran di EDX walaupun ada yang terpaksa berlari-lari ke sana ke mari untuk test dan sebagainya. Tahniah group 23 untuk EDX 23=)


5. Sakit itu tarbiyah. Seingatnya, inilah kali seterusnya selepas siri demam selama seminggu lebih sewaktu tingkatan 4, 5 tahun yang lepas. Jarang saya demam, tapi kalau dah demam tu, susah untuk 2 3 hari. Di kala study week yang baru bermula, saya diuji dengan ketidaksihatan yang dah lama tak diuji dengannya.

Terima kasih byk buat sahabat2 sekelas yang sudi membackup dan memberi tunjuk ajar di kala diri ini tidak mampu untuk belajar sendiri dan tertinggal untuk revision exam week yang mendatang. Buat roomate dan housemate yang concern, terima kasih byk=) Juga buat teman2 yang sudi membekalkan stok2 air badak, air kelapa, cool fever, breacol dan sebagainya. Tq2=)


6. Exam week. Exam kali ini mengingatkan tentang zaman foundation pula. Exam berderet. Ya, itu kami hadapi di zaman foundation. Kini berulang lagi. Tapi bukan dengan subject physics, chemistry, thinking skill lagi. Tapi dengan subject design, wastewater, highway dan sebagainya.
Mencabar juga bagi saya yang memang badhabitnya suka study last minit. Ini tidak sihat teman2.=) Nak study last minit boleh tapi jangan semua. Pengsan nanti.

Bermula dengan paper Design of Steel, Timber and Prestressed Concrete pada hari Sabtu minggu pertama exam week, diikuti dengan Engineering Economics, Water and Wastewater Engineering, Highway Engineering dan Design of Reinforced Concrete Structures pada hari Isnin terus hingga ke hari Khamis. Ala-ala zombi jgk la=) InsyaAllah, tawakalkan keputusannya. Syukran Ya Allah atas urusan2 yang Kau permudahkan sepanjang exam ini.

7. "Jom pegi Kellie's Castle." Walau tak banyak masa terluang selepas exam misi ini masih diteruskan. Roomate masih ditinggal2kan sejak study week hingga lepas exam. Huhu~

Pulang dari Bangi, berziarah datuk saudara Kak Sa'diah, kami meneruskan perjalanan ke Batu Gajah. Misi berjalan yang ilmiah dimulakan dengan menganalize jalan2 yang kami lalui sesuai dengan subject transportation dan highway engineering. Seterusnya, meneliti sedikit sebanyak bentuk binaan dan cerita mengenai Kellie's Castle. [Dah habis exam ni barulah nak analyze semua yang dibelajar].

Percaya atau tidak lawatan tersebut hanya setengah jam=). huhu~. Mana taknya, sampai pun pukul 6.Mujur pakcik kaunter tiket tu masih sudi bagi kami masuk walaupun dia da tutup kaunter.

8. Hari ini, update blog secara cumulative untuk semester ini. huhu~. Esok insyaAllah jika tiada aral melintang akan bergerak ke KL. Mengurus kehidupan yang belum berapa terurus. Tak habis fikir lagi bagaimana nak uruskan. Bersiap sedia untuk perjalanan semester baru yang lebih mencabar di Zaaba Consultant untuk intership selama 8 bulan. [ Dan intern rupanya, rasa mcm baru je register untuk masuk UTP].


Mungkin cukup dulu untuk itu, gambar2 akan menyusul kemudian insyaAllah=)


Sekadar renungan,


Kita bercita-cita sekian banyak cita-cita dan ingin memetik buahnya,

Padahal barangkali kematian lebih dekat daripada apa yang kita harapkan,

Kita bina istana menjulang ke angkasa,
Padahal kita sedar bahawa kita akan segera mati dan binasa

[Indahnya Cinta : Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni]