Assalamualaikum wbt
My new part time ‘career’…=)
Ini model ‘Hungry
Alligator’ dari set LEGO Mindstorm. Secara kasarnya, ianya sebuah robot
berbentuk buaya. Model Lego buaya ini menggunakan motor yang akan gerakkan
rahangnya dan sensor yang akan kesan objek yang berada di mulut dia.
Model ini dibina masa trial
class minggu lepas. Walaupun cuma 5 orang je sekelas masa tu, tapi boleh
tahan jugak letihnya..~_~.. Kanak-kanak
zaman sekarang ni sungguh advance. Owh,
terima kasih guru-guruku yang telah mendidikku selama ini.
Promoting? Boleh
kata jugak lah, for those yang rasa
mampu untuk masukkan anak dalam program ni. Basically
ada 2 kelas utama, Robotic Class and Junior Engineer (kelas yang saya
ajar).
Junior Engineer
untuk sekolah rendah. Bermula dari
introduction to component, modul2 binatang dll. Setiap modul binatang
contohnya Hungry Alligator ni akan
menyentuh perkara-perkara seperti Matematik, Sains, dan lain-lain. Silibusnya
lengkap. Peserta akan diberi pengenalan topik , cara membina robot, buat programming, discussion dan lain-lain.
Robotic Class pula
lebih advance, peserta sepatutnya
berumur 12 tahun dan ke atas, tetapi kalau ada peserta dari Junior Engineer yang dikenalpasti capable untuk masuk Robotic Class ni, kita akan bawa dia masuk ke kelas ini. Robotic Class ini juga memang bersedia
untuk pertandingan robot seperti Robotic
Olympiad dan sebagainya. Contoh
pertandingan boleh tengok di sini,
http://www.wroboto.org/.
Orang dewasa pun boleh sertai. Untuk tahu lebih lanjut boleh tanya je.
Teringat masa main Lego ni di sekolah menengah dulu, takde
pun introduction sangat. Terus-terus
je kena prepare untuk pertandingan. Masa
tu namanya Malaysian Junior Robotic
Competition. Walaupun menangis dengan cikgu tak mahu pergi ke level pertandingan seterusnya sebab nak exam percubaan SPM, tapi,….. terpaksa
jugak pergi.
Menyelit jugaklah nak update blog di musim-musim yang agak
busy ni. Busy dunia je ni.. T_T
0 comments:
Post a Comment