Pages

Showing posts with label Resepi bujang. Show all posts
Showing posts with label Resepi bujang. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Sayur Campur (API) Suka Hati - Cendawan Shittake

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sudah masuk 2 Ramadhan 1432H..

Terasa ingin masa berhenti, lapang bernafas dengan udara Ramadhan (sebelum ni bernafas jugak).
Bulan yang digembirakan akan kedatangannya, dan disedihkan akan kepergiannya. Bulan yang berlumba-lumba manusia berbuat amal dan ibadah (walaupun ada lagi yang keterlupaan)..

Sengaja nak share resepi, my friend masakkan masa potluck office..
Gambar, terlalu exclusive untuk disharekan:)

Sayuran (cara pemotongan dan kuantitinya, ikut suka dan selera anda. Sebahagiannya, kalau tak mahu dipotong pun tak apa. Depends.):-

-Kacang pea (ada orang panggil kacang pes, kacang sepat dsb); saya pun tak pasti namanya apa sebenarnya. Kesimpulannya bukan isinya yang biasa buat makan jajan masa driving tu, tapi keseluruhan kacang tu. Macam mana nak cerita ni..

Ala..silap pulak..

-Cendawan shittake yang menggembirakan (^_^); ikut la nak sebut macam mana pun. Kalau tak ada yang shittake, gunalah apa-apa cendawan sekalipun.
-Lobak merah (recommended untuk dihiris tidak terlalu tebal)

-Lada benggala merah (bukan benggali, atau belanga, atau bangla)

-Baby corn (antara baby yang boleh dimakan..)
-Kobis bunga

* Kalau tak ada semua sayuran tu, guna sebahagian pun memadai. Boleh juga ganti dengan yang lainnya seperti celery, brokoli, asparagus dan lain-lain --> ikut suka hati

Bahan perencah dan perasa:-

- Bawang besar 1 biji dihiris

- Bawang putih 2 biji -dihiris
- Sedikit ikan bilis - dihiris
- Lada merah 1 biji - dihiris
- Cili padi 3 biji - dihiris atau diketuk sahaja

- Sos tiram secukup rasa
- Black pepper (coarse) secubit je

- Garam secukup rasa


* kalau nak tambah serbuk ikan bilis Tumix, atau lain-lain, adalah dipersilakan. Ajinamoto is highly NOT recommended.


Kalau nak pedas lagi, boleh la tambah apa-apa yang patut.


Cara-cara memasak bujang ala API:


1. Panaskan minyak sekadar cukup untuk menumis. Sila kurangkan minyak dalam makanan anda (pesanan ikhlas dari penaja).
2. Goreng ikan bilis dulu. Sebelum garing sepenuhnya, masukkan bahan-bahan ditumis. (Style ikut suka hati).
3. Selepas naik bau, masukkan carrot dan kobis bunga dan sedikit air. Boleh juga masukkan bahan-bahan perasa yang lain (garam, sos tiram, black pepper, TUMIX ke).

4. Setelah dalam seminit, masukkan kacang, lada benggala dan baby corn yang telah dipotong dengan comelnya dalam setengah minit.
5. Last sekali, masukkan cendawan. Cendawan shittake ni ada rasa dan bau yang tersendiri. Jadi, sila adjust rasa masakan anda selepas masukkan cendawan.

6. Selepas dalam setengah minit, boleh dihidangkan.


Moral of the cooking
: Jangan masak lama sangat untuk mengelakkan hilangnya nutrien dan zat-zat dari sayuran tersebut.

p/s: Masak, masak juga.. tapi ibadah jangan lupa. Terlalu kenyang nanti susah pulak nak beribadah. ^_^ Thenkies to ma hosmet yang pasrah memakan apa sahaja hasil yang muncul...walaupun kadang-kadang....

Thursday, October 7, 2010

Kek Batik Gayong

Assalamualaikum wbt

Nak share resepi kek batik pulak. Kek ni perlu dimasak dengan menggunakan peralatan memasak sahaja..tiada kena mengena dengan gayong.

First time dengar dan tahu pasal kek batik, masa di foundation kalau tak silap. Dan resepi ni pun, ada senior dari Silat Gayong yang ajarkan...[banyak pahala dia, sampai sekarang masih apply resepi ni lagi]. So, sesiapa yang makan kek batik ni..insyaAllah pandai bersilat....[gurau je]

Walau bagaimanapun, resepi ini telah diedit sedikit..


Bahan-bahan:

1. Biskut marry
2. Susu Dutch Lady satu kotak kecil [yang biasa buat minum tu, Fresh Milk boleh, Low Fat boleh, Full Cream boleh..nk guna brand lain pun boleh...]
3. Serbuk koko...dalam 3 sudu makan
4. Vico, ikut suka....maybe dalam secawan setengah. Nak lebih lagi pun tak kesah.
5. Telur sebiji
6. Gula dalam 2 senduk. [boleh tambah sikit2 jugak..just nak balance rasa koko n vico]
7. Butter, separuh sahaja

Cara-cara:

1. Patah-patahkan biskut marry. Patah ye, bukan hancurkan. Nak patah 6 ke 4 ke ikut suka. Jangan besar sangat, dan jangan kecil sangat.
2. Cairkan butter dalam periuk/ multipurpose cooker. Pastikan api kecil sekadar nak mencairkan butter.
3. Masukkan telur yang dah dipukul dengan gula, [gula masih boleh tambah sikit lagi nanti kalau perlu]. Kalau api terlalu kuat..takut jadi telur dadar pulak nanti.
4. Boleh terus masukkan serbuk koko, vico dan kacau rata.
5. Then, masukkan susu sedikit demi sedikit. Api sederhana. Terus kacau dan tambahkan susu sehingga habis sekotak dan adunan menjadi pekat. [Kepekatan tu pun ikut citarasa anda. Kalau nak kek batik yang masih ada rasa biskut, boleh biar adunan lebih pekat. Kalau nak rasa kek batik yang lembut, jangan pekat sangat. Then, boleh adjust rasa. Kalau tak rasa manis, boleh tambah gula].
6. Masukkan biskut yang dah dipatahkan dan kacau rata. Kemudian boleh terus angkat dan ratakan permukaan atasnya.
7. Simpan dalam peti ais. Sedap dimakan ketika sejuk.


Tambahan: Ini kaedah bujang, boleh juga simpan sebahagian adunan coklat sebelum dicampur dengan biskut untuk diratakan dipermukaan atas kek batik nanti. Dan taburkan badam yang dipotong kecil atau chocolate rice.

Bukan gambar sebenar




Friday, September 24, 2010

Rendang Tok Mak

Assalamualaikum wbt...

Semalam ada jamuan raya untuk students majoring in Urban Engineering..
Style potluck..jadinya, saya membantu [ beli barang] classmate (baca: syuidah) menyediakan menu Rendang Tok Mak..[nama tu sape ntah bagi dalam class]..

Resepi ni (digoogle jgk), tak terlalu tradisional, tapi tak terlalu moden...resepi ni untuk 5-6 orang makan (orang yang banyak makan)..

Bukan gambar sebenar

Bahan-bahan:

1kg daging dipotong kecik
2 peket kecik rempah kurma
suku cawan kerisik (agak2 je, tak payah letak dalam cawan)
1 biji kelapa - ambil santan, nak guna santan kotak pun boleh...pandai-pandailah agak. Tak payah habiskan yang 250ml pun tape sebab dah pekat.
garam
gula melaka/gula
sedikit air asam jawa

p/s: bahan perasa ni sila letak secukup rasa. Ikut selera dan tahap kesihatan masing-masing.

Bahan kisar:

2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai - saiz sederhana.. boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut saiz serai
1-1/2 cm halia
1-1/2 cm lengkuas
15-20 biji cili kering - just nice je pedas dia..(bagi saya la)

Bahan mayang:

3 helai daun limau purut [lebih sekeping dua pun boleh]
1 helai daun kunyit


Cara-cara:

1. Tumis bahan yang dikisar sampai naik bau. Macam mana nak tahu dah naik bau. Kena lah bau=)
2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan
4. Bila dah lembut sikit dagingnya, masukkan bahan perasa (garam, gula, jawa..eh, asam jawa)
5. Bila dah betul-betul lembut, masukkan kerisik.
6. Lepas tu masukkan daun-daunan...tunggu sampai pekat.
7. Lastly, padamkan api atau suis (for multipurpose cooker atau hotplate), dan boleh hidangkan

Sila masak dengan api sederhana. Masa dah nak kering tu kena lah selalu kacau. Jangan tidur pulak.

Kalau nak resepi yang lagi simple/bujang, sila gunakan perencah rendang je. Senang cerita.

*****************************

Raya-raya ni banyak betul makanan. Rendang ni sahaja ada daging+santan+kerisik..Bayangkan kandungan dalam makanan ni. Nasiblah setahun sekali. Tapi still kenalah berpada-pada.

Satu kebaikan bila tahu resepi ni, sekurang-kurangnya kita aware dengan kandungan makanan tu. Nutritious ke tak, banyak lemak ke tak, tinggi kolestrol ke tak, banyak pewarna dan chemical atau tak. Maka, bolehlah diadjust-adjust supaya mengurangkan kandungan yang tidak sihat bila kita memasak.

Kalau tak pandai masak??

Belajar! [Sendiri pun tengah terkial-kial lagi. Asal nak masak je, pi google kat internet, tak pun kat Puan Zaleha]. Atau paling-paling tak reti pun, tolong basuh pinggan. Ha, masa ni baru kamu tahu bertapa banyaknya lemak dan minyak yang kita makan. Especially masa makan sup tulang atau spageti daging. Susah nak basuh ni. Dah macam planta melekat kat pinggan.


Nabi SAW pernah bersabda " Jadilah seorang muslim kuat yang karena sesungguhnya Allah SWT menyukai muslim yang kuat daripada muslim yang lemah".

p/s: Mari jaga permakanan dan kesihatan..



Dah letak color, tapi tak appear jgk..anyone can help? yang bawah ni boleh pulak..kompius

Monday, September 28, 2009

Project 1

Assalamualaikum wbt =)...

hari ini saya nak share antara project2 puteri-puteri Tun Perak=p. Sebenarnya, ada banyak lagi project2 yang pernah dibuat sebelum ni tapi tak dapat nak diabadikan...Makanya, insyaAllah saya akan cuba recall dan share project2 mendatang.


Wut is so good or interesting in this project?
Takde apa sangat pun, but at least u may try it at home=P.

Project 'Trifle'. Saya telah diperkenalkan oleh akak-akak senior dulu yang rajin benar buat trifle tiap kali ada jamuan. Setelah hampir 3 tahun tak mkn trifle, memori ada orang buatkan trifle datang lagi. Tenkiu tu Kak Hajar yang rajin benar belanja kami trifle air tangannya=)

Tiba-tiba, dalam bulan puasa yang lepas, teringin aka mengidam plak nk makan trifle. [Biasalah, time-time puasa ni la mengidam nk makan macam-macam].

Makanya, selepas bermesyuarat akan menu berbuka puasa pada suatu petang...muncullah idea untuk membuat trifle sendiri...hmmm~
Ha, selepas berusaha beberapa ketika...akhirnya sebekas trifle berjaya dihasilkan dengan 'agak' cemerlang=P...

Untuk yang berminat untuk cuba jaya buat trifle ni di kala teringin atau kebosanan...boleh la cuba resipi kat bawah ni...[ni pun dapat dari internet..boleh di'adjust' sesuka hati mengikut selera sendiri].

*******************************

Trifle Sedap


Bahan:

1 gulung swiss roll/kek coklat/kek buah
1 tin fruit koktail
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastard
2-3 sudu gula
1 kotak serbuk jeli perisa strawberi


Cara:


Lapisan 1.

1. Buka gulungan kek gulung tu, dan letak dalam bekas yang besar sket.Nak potong and then susun rapat2 pun boleh jgak


Lapisan 2.

1. Mula2, bukak tin coktail [haha, ni nk kene masukkan sekali ke=P]. Asingkan air sirap coktail tu dengan buahnya.

2. Larutkan tepung kastard dengan air sirap.

3. Panaskan susu cair dengan gula dalam periuk dengan api sederhana.

4. Masukkan larutan tepung kastard tadi.
5. Boleh tambah juga esen vanila.

6. Teruskan kacau sehingga kastard tu jadi pekat.

7. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan kek gulung yang dibentang tadi dan biarkan sejuk.

8. Boleh susun2kan buah koktail yang ditapis tadi atas kastard.

Lapisan 3.

1. Larutkan serbuk jeli dengan air

2. Kacau atas api sederhana sehingga ia jadi jeli sikit.

3. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan2 tadi.
Tadaaa.. da siap. Untuk lebih sedap, simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum dimakan.

Sebenarnya, resepi ini juga boleh diadjust sesuka hati seperti tambah potongan buah epal ke, kekacang, tambah ais krim ke, tukar jeli straberi tu kepada jeli rebina ke...dan sebagainya.keke~=P

Kat bawah ni beberapa contoh rupa trifle..tapi bukan trifle yang ni=)



Ngap!~=P