Pages

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Persediaan Menyambut Anak - Trimester Pertama

Bismillahirrahmaanirrahiim… 
Akhirnya harini berkesempatan untuk menulis sikit pengalaman pertama kali mengandung, so, jika anda sedang dalam perjalanan menjadi seorang ibu/ayah, ini antara perkara/checklist yang perlu anda lakukan:

TRIMESTER 1:

1. Pengesahan ujian mengandung – biasanya kita akan buat di rumah dan pengesahan semula di klinik dan/atau check sendiri di rumah . Tapi saya pulak terbalik, check kat klinik (sebab ingatkan penyakit lain) dan sahkan kat rumah. Haha~. Bila dah sah,.. ALHAMDULILLAH!!!=) You are a mother-to-be!~

2. Menangani alahan. Alahan ni memang sinomin la dengan trimester pertama. Setiap orang ada pelbagai macam karenah alahan. Ada yang berat, ada yang ringan. Boleh dapatkan konsultasi yang lebih pakar tentang cara menanganinya. Maklumlah, kadang-kadang pengalaman orang berbeza. Namun begitu, secara emosinya, segala rasa lemah ‘wahnan ‘ala wahnin’ yang dilalui di peringkat awal ini, mujahadah dan cubalah dilalui dengan emosi yang positif. Doa dan zikir banyak-banyak diberikan kekuatan mengharungi tempoh ini. Cuba fahamkan suami keadaan anda serta ruang, perhatian dan rehat yang anda perlukan sebab dia tak rasa sakit pening anda. Bila mommy marah-marah… emo-emo… kita bayangkan orang lain tak suka, even baby pun tak suka. Sakit alahan tadi akan lebih terasa beratnya. So, bertenang, bersabar. Start to be happy a mom=) because you baby wanna live in a happy family=).

3. Pemeriksaan antenatal @ Maternity checkup – pilih tempat untuk buat checkup sama ada di KKM (klinik kesihatan Malaysia) dan/atau klinik biasa. Disarankan untuk buat di KKM jua… sebab biasanya pemeriksaan mereka lebih murah tetapi terperinci dan anda akan bisa bersalin di hospital kerajaan. Kalau pilih klinik biasa, pastikan anda mendapat pemeriksaan wajib dan wajar seperti yang dilalui di KKM. Biasanya ia akan berterusan hingga masuk 7/8 bulan baru sambung ke hospital yang dirancang untuk bersalin.

4. Supplement – Di tempoh ini, perkembangan embrio sedang pesat pada bahagian saraf tunjang dan otak. Saya ambil asid folik seperti disaran doktor. Ada yang menambah atau menggantikan dengan supplement yang lain. Terpulanglah, yang penting pastikan dimakan, ye mommies..

5. Jaga makanan/minuman – sebab ada ibu-ibu yang sensitif kandungannya. Jadi, ambillah tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai dimakan oleh ibu mengandung.

6. Jaga aktiviti fizikal – untuk peringkat awal, disarankan banyakkan berehat dan kurangkan aktiviti fizikal yang lasak dan berat. Kita tak tahu kekuatan diri dan janin kita untuk peringkat awal ini.

7. Perjalanan jauh – ada jugak yang kandungan tidak tahan bila berjalan jauh atau menaiki kapal terbang. Mungkin mitos pada sesetengah orang tapi kenyataan pada sesetengah orang yang lain yang tidak begitu kuat kandungannya. Jangan mendesak kalau badan kepenatan dan perlukan rehat. Rancang perjalanan anda supaya tidak membebankan atau membahayakan kesihatan.

8. Rancang kewangan – Berbeza orang, berbeza pendapatan dan keperluan kewangannya setiap bulan. Bagi yang tidak begitu terbeban dari segi kewangan, mungkin belanja bersalin, barang keperluan bayi dan ibu untuk bersalin dan sebagainya tidak menjadi beban pada mereka walaupun jika dirancang disaat-saat akhir. Tapi tidak untuk kebanyakan insan marhaen yang lain. Jadi, mulakan rancang kewangan anda. Ini akan saya sentuhkan lagi nanti.

9. Amalan – anak itukan amanah. Untuk terima amanah, tak lain tak bukan, kita perlu kembali kepada Allah untuk mendapat segala kekuatan lahiriah dan dalaman sepanjang tempoh bersalin dan membesarkan anak amanah Allah. So, seek for Him. Semoga anak kita menjadi saham di akhirat nanti. Antara yang boleh disarankan ialah jaga ibadah wajib, banyakkan mengaji Quran, zikir dan ibadah sunat yang lain.

10. Bersihkan tabiat dan perangai – Anda akan mula menjadi ibu/bapa tidak lama lagi. Jadi, mulalah menyediakan diri untuk menjadi seorang ibu/bapa. Cuba tinggalkan perangai dan tabiat buruk sedikit demi sedikit untuk si kenit yang sedang membesar dengan penuh cinta.. See, our family now is growing to be good too.. no only growing in number=)

11. Ilmu - sama ada baca buku, pergi seminar, tengok video, google atau attend class. Buatlah sesuatu untuk meningkatkan pengetahuan anda. Jangan hanya berharap dengan sharing di fb ya=) Rajin mencari. Percayalah, terlalu banyak yang perlu kita gali ilmu, dari ilmu mengandung, bersalin, berpantang, jaga dan didik anak dll. Bila baby sudah lahir, semuanya berlalu terlalu pantas ^_^/

Wednesday, May 27, 2015

Anak Kurang Selera Makan???

Assalamualaikum wbt....

Hari ni saya semangat nak kongsi pasal anak buah saya yang seketui tu:) Muhammad Dani dah hampir berumur setahun 5 bulan. Dan berlari dah dia... Cuma tula masalahnya... Selera makan kurang. Paling canggeh pun dalam 2 -3 sudu je bubur kalau mama dia bagi. Kalau mak ngah dia ni yang bagi.. Dapat la barang 5 - 6 sudu.. Itupun dengan hard n toil.. Ikut dia serata atau dipenuhi dengan insiden2 seperti mangkuk terbalik atau mak ngah bermandikan bubur Dani.. Payah bebenor.

Satu lagi... Tiap hari la dok kira dan tunggu dia dah buang air besar ke belum. Kadang-kadang satu hari tak buang. Udahla perut tu kecik, tak buang pulak... Tak pelikla kalau dia tak berapa nak makan walaupun aktif. Makin lama badan makin meninggi, lagilah nampak dia semakin kudut kurus. Kalau ada dia nak buang air besar sampai menggigil tangan sambil dia tenung lantai... Kitorang yang kat tepi ni pulak yang berguling-guling buat bunyi meneran nak galakkan dia untuk meneran.

Selalu jugak demam. Kadang-kadang sebulan tu 2 kali demam. Ada pernah demam tak kebah walaupun dan 2 ke 3 klinik pegi.. Melepek jela mamat hensem ni kat rumah. Menangis je serba tak kena.

Kawan saya kenalkan produk Shaklee dan akhirnya saya berkenalan dengan Meal Shake Shaklee. Setelah buat sedikit homework dan keyakinan yang tinggi pada produk Shaklee, saya usulkan pada kakak untuk berikan Meal Shake pada Dani.

Selepas dua hari saya tanya perkembangan Dani... "Dia makan sampai separuh mangkuk... Baru teringat dia ambil Meal Shake... Buang air besar pun dah steady je. Lebih banyak daripada biasa,"kata kakak dengan nada gembira. Tak sangka pulak kesannya segera!

Selepas 4 hari, saya tanya lagi perkembangan Dani... "Makan pun da banyak sikit. Susu pun da banyak. Buang da lebih mudah. Najis dah tak sekeras dulu. Dah terasa sikit bila dukung dia. Husband pun perasan," kakak lebih teruja. Alhamdulillah. Semoga perkembangan baik ni berterusan. Sekadar sharing...

Kepada ibu yang punyai masalah yang sama.... Ini berita baik utk anda. Sebalang Meal Shake boleh tahan berbulan2. Mana taknya.. Hanya sesudu kecil sehari sahaja! Hanya untuk setahun ke atas. Mak ayah pun boleh pakai. Nnt saya kongsikan lagi kebaikannya:)


Friday, September 14, 2012

Journey to be a 'Mak Ngah'

Assalamualaikum wbt

“Baby tak keluar lagi, tunggu mak ngah balik,” dialog mak di saat-saat kami menanti kelahiran ahli baru, anak saudara saya. Dari lepas zuhur kakak dah masuk labour room, tapi masih tak bersalin lagi. Sejak semalamnya sudah dimasukkan ke wad. Baju, tilam, toiletries, bedak-bedak, pampers etc keperluaannya dah siap sedia untuk digunakan. 
Mak ngahnya? Tika itu sedang bertungkus lumus betul menyiapkan kerja-kerja duniawi mana termampu di hari SABTU!~… Cadangnya nak memecut pulang awal pagi Sabtu, akhirnya, sekitar pukul 3 ptg juga…. Sendiri memandu pulang ke Johor. Bujang la katakan… mestilah sorang.. ye dop?

Sebenarnya dulu saya tak berapa berkenan dengan title 'mak ngah' tersebut... 'Aunty Zila' sounds better. Haaa... but at last, kena jugalah pasrah dengan norma-norma kebiasaan panggilan melayu ni. 
Akhirnya cik kenit itu keluar juga melalui operation ketika hari hampir menjelang tengah malam. Esoknya kami berjumpa dengan cik kenit... Yaaa, dia agak besar di situ.. Huhu~

Bulan pertama sangat mencabar menjaga cik kenit. Asyik nangis je... Sian my kakak, staying up, burning the mid night oil I would say, EVERYDAY~... Mujur encik abang ipar sangat membantu untuk take turn, though akan pergi kerja awal pagi. Cik kenit pulak menangis lebih kurang setiap sejam..Hu~ Mampu??

Akhirnya, masuk bulan kedua... cik kenit sudah mula behave. Baru nak berbedung sebab selama ni dia tanak bedung, dia menangis dengan dahsyatnya sebab tak dapat main bola macam masa dalam perut mama dia kot (hiperbola~)... Tapi, dia asyik tidur je... Sedikit boring di situ..

Nak masuk bulan ketiga, mak ngah selalu paksa cik kenit borak-borak.. Ya, dia sudah pandai berborak. Dengan mak ngah saja...Haha~ pakang muke (padan muka) mama dia... Disebabkan mak ngah selalu tak ada, skill bercakap dengan 2 months infant dah dipaskan pada mama dia. So, cik kenit kena layan mama dia pulak cakap-cakap. 

Cik Kenit juga sudah pandai senyum dan mula recognize people. Dia sudah boleh bezakan orang besar dan kecik... Bila jumpa geng-geng sebaya dia, mula lah dia excited nak implement skill bercakap yang dia baru belajar dari mak ngah dia... Gud boy~

Ok, please wait for me for another new skills to be found out. 

Cik kenit terus membesar,.... dengan cepatnya. Buat mak ngah terfikir... anda sepatutnya telah lama menyediakan diri untuk being a mother. Sebab, untuk belajar ketika cik kenit sedang membesar, you might be missing something for him. 

Thank you Allah, kerana mengizinkan cik kenit bersama kami. Banyak yang dapat saya belajar. Dan yang saya fikir. Semoga cik kenit aka  Muhammad Dani jadi anak soleh. Aminn~











Thursday, November 11, 2010

.::Atok||Nenek::.

Assalamualaikum wbt

Update lagi blog ni...

Zaman kecik-kecik, selalu main dengan arwah atok. Nenek kandung sebelah mak, tak sempat jumpa. Sempat dengan nenek sebelah abah je.

Teringat bila boring tak dapat main dengan kakak, makcik dan pakcik [umur mereka lebih kurang je]..atok belah mak bawa jalan-jalan pegi Johor [orang johor refer 'Johor' kepada bandara JB]...bila orang pegi main, kena cabut uban atok. Atok ada kerusi sendiri. Bila salam atok, atok gosok tapak tangan pada dagu dia yang tak habis cukur. Geli la tok...

Arwah atok belah abah, selalu duduk atas kerusi depan pintu..kami balik je kampung, rebut panjat peha atok. Kakak sebelah, saya sebelah. Layan atok hisap rokok daun. Ingat lagi 'secret' dengan atok dan kakak. Seminggu sebelum atok meninggal dunia, kami balik kampung. Saya tidur dengan atok.

Sekarang atok dua-dua dah tak ada. Rindu..(Al-Fatihah)..Arwah atok belah abah meninggal dunia masa darjah 1. Arwah atok belah mak, masa nak masuk darjah 3. Masa tu tak faham sangat..feeling sedih pun kurang.

Arwah nenek belah abah, suka cerita. Malam-malam tidur dengan nenek, dengar dia cerita, walaupun kadang-kadang tak la faham sangat...tapi dia pun dah tak ada..

Bukan gambar sebenar

Kenapa pulak tiba-tiba cerita syahdu di petang Khamis, study week ni..

Terselak ruangan 'pesannenek' kat Majalah Solusi ni sebenarnya..


'Nenek' pesan untuk lawan rasa malas. Jom baca sikit..

Cucu-cucu yang dikasihi,

Rasa malas sering menyerang kita. Malas untuk solat, terutamanya solat subuh, malas untuk menelaah buku sekolah, malas untuk mengemas dan menjaga kebersihan dan pelbagai lagi.

Islam tidak membenarkan malas menguasai diri kita kerana memberi impak jangka pendek dan jangka panjang. Malas membaca boleh menyebabkan kita gagal dalam peperiksaan. Akibat jangka panjang, malas membaca menjadikan kita kurang ilmu. Hakikat dunia sekarang jika pelbagai masalah yang datang kita perlu tangani dengan ilmu.

Tahukah cucu, sikap malas adalah daripada nafsu dan syaitan. Syaitan tidak putus asa mengajak kita selalu ingkar perintah Allah swt. Syaitan gembira jika kita menurut dan melayan rasa malas. Kesannya pada jangka panjang, kita susah untuk berdikari dan ketinggalan dalam kemajuan. Masa suka dibuang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Antara PUNCA malas ialah:

1. Tidak nampak ganjaran pahala.
Bukan mudah untuk meyakinkan, terutama anak-anak, untuk berasa ghairah mengejar pahala-pahala yang tidak nampak itu.

2. Biasa dengan hidup senang.
Kesenangan hidup boleh menjadi sebab seseorang itu bersifat malas.

3. Tiada visi hidup.
Jika tiada visi, tiadalah sikap mahu berusaha atau berlumba-lumba untuk kemajuan.

Cucu-cucu yang dikasihi,

Marilah LAWAN jika datang rasa malas. Antara yang nenek boleh syorkan:

1. Mencari kekuatan dengan berkumpulan atau berpersatuan.
Kita boleh mewujudkan kumpulan atau mencari kawan-kawan yang boleh memotivasikan diri untuk membuat kebaikan. [Setuju sangat ni nek]

2. Datangkan rasa banyak tanggungjawab yang belum beres.
Kita rasa bertanggungjawab untuk memiliki sebanyak-banyak ilmu, bertanggungjawab memberi imej baik kepada agama, bertindak agresif dalam pekerjaan dan sebagainya. [tanggungjawab yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada]

3. Berikan tanggungjawab kepada anak-anak.
Latih mereka supaya rajin berdikari.

4. Berdoa.
Malas adalah hasutan syaitan. Amalkan doa Rasulullah SAW:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kesedihan dan gundah-gulana. Dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan. Dan daripada ketakutan dan kebakhilan. Ya Allah, aku juga berlindung denganMu daripada tekanan hutang piutang dan penguasa yang zalim."


Terima kasih, nek.


p/s: jom belajar. 4 flat. Ayuh berubah, yakin berjaya



Sunday, August 29, 2010

.::Rasa::.

Assalamualaikum wbt

Sharing lagi.. taken from here

************************

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.



Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…


p/s: Telah tercatat seungkap nama lelaki/perempuan di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama. [also taken from iluvislam]

“Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar daripada pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka pada jalan Allah, tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar.” Surah Ali-Imran:146

Thursday, August 12, 2010

Amir dan 1 Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Ramadhan Kareem...




CERITA 1:

POCOYO cuma satu rancangan kartun 3D di TV3 yang menarik dan comel..
Bila Pocoyo senyum, macam tak nampak mata..



Sama macam Amir..



17 Julai 2010

Perjalanan balik ke kampus kali ini panjang dan agak meletihkan kerana singgah ke KL sekejap untuk ke Zaaba. Setibanya di Medan Gopeng, escort dan bodyguard sekalian masih belum sampai lagi...tapi senyuman Amir buat saya pandang ke arahnya dua kali...
[dan kemudian banyak-banyak kali]

Walaupun dalam ribaan ibunya, Amir tak takut orang..mudah saja dia tersenyum...matanya macam mata Pocoyo tersenyum..nampak gigi dua batang baru nak tumbuh, dengan pipi yang sangat tembam...adorable...subhanallah


Tak jadi saya nak ke arah kedai, terus duduk di kerusi belakang Amir dan ibunya. Kerana Amir, saya berborak-borak dengan ibunya,
[dan tahu namanya Amir]. Baby 9 bulan tu tak banyak kerenah walaupun sudah lama di ribaan ibunya yang hampir menjejak usia 40 tahun. Di usia baby yang baru mula nak menapak, biasanya jarang mahu duduk diam.


Bunyi bising dan hangat di stesen bas tak mengganggu Amir..dia ralit bermain kunci di tangan ibunya..Sekali diagah ibunya, dia ketawa senang hati..


"Sejuk hati tengok dia," kata ibu Amir.'Mana taknya, kak, saya tengok pun rasa sejuk hati,' hati saya berkata.

"Doktor dengan nurse pun nak ambil dia dulu," si ibu bercerita pengalaman selepas bersalinkan Amir."Ada Cina nak bayar beribu-ribu untuk dapatkan dia," si ibu terus bercerita sambil memandang buah hati kesayangannya. Memang kalau kata Amir tu anak cina pun orang percaya. Boleh masuk Pa&Ma. Bagi sejuta pun, si ibu dan sang ayah tak akan bagi kepada orang lain.
Si ibu dan Amir sedang menunggu sang ayah yang bekerja di stesen bas. Dari kisah Amir, sehingga kisah silam rumahtangga si ibu, dia bercerita kepada saya. Terasa seperti tidak wajar untuk tahu, tapi sudah diceritakan..saya memasang telinga memberi perhatian..Walaupun sekali sekala perhatian itu beralih kepada Amir yang sungguh comel dan gembira.
"Akak bukan orang sini, akak orang Johor. Keluarga pun tiada, adik beradik pun tiada kat sini," si ibu seolah mengadu nasib. Seronok bertemu orang senegeri agaknya, mudah dia bercerita pengalaman dan kisah hidupnya.

"Masa mengandung Amir, akak rasa tiap-tiap hari akak menangis. Lepas kemas rumah dan siap-siap masak semua, akak suka terperap dalam bilik, solat, mengaji. Masa nak bersalin, sekejap je. Masa sakit akak cakap dengan dia, 'Mak sakit ni, janganlah seksa mak. Kalau anak soleh keluarlah.' Sungguhlah, tak lama selepas itu, Amir pun lahir dengan selamat.

Kalau sekarang ni pun akak menangis depan Amir, dia gelak dan pegang dahi akak. Agaknya dia nak cakap, 'Sudahla tu, ma.' Kalau akak merajuk dengan dia, dia jerit, 'Ma! Ma!' sambil tarik-tarik."

"Nak jaga dia ni yang paling senang. Kalau akak nak buat kerja di dapur, letak dalam kerusi baby, suruh dia duduk diam-diam. Mak nak buat kerja. Dia pun duduk tengok tv,"
si ibu bercerita bahagia tentang Amir nan seorang.


Mendengarkan kisah hidupya dulu hingga sekarang, ternyata Allah Maha Adil.. Ini merupakan perkahwinannya yang kedua, tetapi yang kelima buat suaminya. Amir adalah anak ke 13 untuk suaminya. Perkahwinannya yang pertama runtuh selepas mendapat tahu adiknya yang dijaga selepas didera adik iparnya [suami adiknya] mempunyai hubungan sulit dengan bekas suaminya [masih lagi suaminya ketika itu] sendiri. Anak-anaknya di Johor seramai 4-5 orang dijaga oleh makciknya yang tidak memiliki anak. Sekali-sekala dia mengirim berita kepada anak-anak yang dirindui. Ternyata perkahwinannya ini pun tidaklah seindah yang disangka. Masih ada ujian yang menimpa...

Walau ujian-ujian yang menimpa si ibu ibarat cerita-cerita sedih di novel mahupun cerpen, tapi Allah hadiahkan sesuatu yang sangat berharga untuk dia yang tak didapati pada kebanyakan orang yang lain.

Seusia 9 bulan pun, Amir sudah faham dan merasai keperitan-keperitan si ibu. Bahkan sudah pun menjadi mangsa buli abang dan kakak tirinya [muka dengan tangannya pernah kena conteng dengan adik beradik tirinya]. Tapi, Allah campakkan rasa bahagia di hati-hati mereka. Melihatkan gelagat Amir, sesiapa pun pasti terhibur. Terasa lupa kepenatan tadi...


Semoga menjadi anak soleh, penyejuk mata.


****************************************

CERITA 2

12 Ogos 2010

1 Ramadhan, cuaca terik dirasai memandangkan ku mula meninggalkan bilik sejak tengahari, untuk perhentian-perhentian yang pelbagai..

Pulang dari bazar Ramadhan yang sendat dengan orang, kami singgah di Rahmat, membeli keperluan..
Jam menunjukkan sudah lebih kurang pukul 7.00 mlm..waktu berbuka hampir tiba..kami tersenyum mengenangkan destinasi perjalanan hari ini akan tamat sebaik sahaja tiba di kampus..maka tidaklah kami menunggu lama masuknya waktu berbuka..

Sebaik melepasi traffic light di simpang 4 Taman Maju menghala ke kampus, terlihat seorang wanita mengendong bayi dan memimpin seorang anak kecil menuju ke arah yang sama..

Hati mula pelik, di tepi highway, di waktu begini..bukannya ada rumah di kawasan berhampiran..
Kami berhenti, menyapa kakak tersebut.

"Nak ke mana, kak? Nak kami tumpangkan?" manalah tahu sedang menunggu suami...

Terus wanita tersebut menangis tersedu-sedu...Kami terkesima..Sah, something really goes wrong somewhere...

"Akak kena pukul dengan suami. Akak tak tahan dah. Dah tiga tahun dah," kelihatan muka akak tersebut bengkak..sehinggakan butir katanya pun ada yang tak jelas..

"Masuk kak, biar kami hantarkan," terkedu...Dengar sendu si ibu sambil memangku anak-anak yang tak faham apa yang berlaku...Asalnya kakak tersebut mahu kami hantarkan ke rumah ibunya di Tronoh, tapi kemudiannya dia meminta kami singgah ke rumah kakak iparnya [kakak suaminya] untuk melihat kalau-kalau si suami yang 'berbudi bahasa amalan mulia' tersebut ada di sana. Tiada.

"Suami akak memang ada sakit jiwa sikit. Kena ambil ubat. Tak boleh tertekan. Kerana nak buang kobis busuk je, terus dia angin sampai jadi macam ni."

"Sabarlah kak," kami cuba menenangkan. "Akak puasa?"

"Puasa. Kita jaga anak, kemas rumah, puasa pun tak ada marah-marah. Akak tak mahu duduk dengan dia lagi. Biarlah akak jaga anak-anak," setiap bait jawapannya diiringi tangisan...

"Kalau akak cerita dengan mak akak pun, dia marah akak juga. Akak kahwin ni pilihan mak akak. Akak tak bantah pun walaupun akak ada pilihan sendiri. Ingatkan pilihan mak ni baik, rupanya jadi macam ni."

"Masa kahwin dulu, tak tahu ke suami akak sakit?" terasa ingin tahu pula.

"Dah pilihan mak, dik." Bertambah-tambah terkedu. Hanya mampu minta dia bersabar. Tabah sungguh. Tiba-tiba dia menghulur tangan kanannya dari belakang. Terganggu seketika pemanduan ketika itu. Apa yang cuba ditunjuk akak ni.

"Tengok ni, jari akak pun sampai patah dibuatnya," tergamam lagi....Panas hati. Kami memintanya he hospital atau klinik, tapi dia enggan.

"Macam mana suami akak pukul?" "Dengan tangan, jari akak ni dia pijak. Pernah juga pisau sampai ke leher."

'Tak boleh jadi ni,' hati berbisik...

Sedang kami menghala ke Tronoh, akak tersebut meminta tolong kami menghantarnya ke rumah seorang pakcik dan makcik di Belanja. Dia dan suami memang kenal keluarga yang baik tersebut, bahkan mereka pernah saling bertandang ke rumah masing-masing. Tak putus-putus dia meminta maaf kerana menyusahkan. Tapi bagaimana kami mampu meninggalkan dia menangis sendirian di waktu orang lain sedang berpusu-pusu berbuka puasa 1 Ramadhan di rumah.

Si kecil Zaid [baby] mula merengek. Kami singgah sebentar di rumah akak tersebut untuk mengambil keperluan anak-anak kecil tersebut, setelah memastikan rumah tersebut kosong dan suaminya tiada di rumah. Sudah terbayang juga buah-buah silat yang semakin berkarat yang akan dikeluarkan andai kata perkara tak diingini terjadi. Bahkan sudah terfikir orang-orang yang nak dihubungi sebagai bodyguard jika tiba-tiba suami akak tersebut muncul dan membuat haru.

Sekadar gambar hiasan

Berbuka kami di dalam kereta sementara tiba di daerah yang dituju..Setibanya di rumah yang berkenaan, akak tersebut meluru masuk. Diluahkan segala yang terbuku. Pakcik tersebut menggeleng kepala.... Selesai berurusan, kami meminta diri...

Sepanjang perjalanan pulang, yang semakin gelap, kami masih berbincang akan cerita tersebut...
Semoga apa yang kami lakukan ini bermanfaat... masih rasa gagal menjadi konsultan yang baik, sebab saya sendiri tak jelas apa langkah seterusnya jika hal sedemikian berlaku..
Seolah-olah drama tv3 berlaku depan mata...

**********************************


p/s: Wahai suami, isterimu adalah amanah!!
Kasihan pada anak-anak yang menjadi mangsa..


Sunday, May 23, 2010

Bakal Keluarga dan Keluarga

Assalamualaikum wbt

Untuk yang bakal berkeluarga, a very nice and interesting article to be read taken from this link..



2 more papers to go for this semester...
wondering on when will i sit for my very final last paper...

meninggalkan itu lebih menarik dari ditinggalkan...they are leaving..
yet one day, I'll be leaving as well...[phm ke? tak paham tape]

*********************

Misi jalan ke Ipoh semalam, singgah sebentar di Petronas [bukan pantun]
sempat mencapai paper Metro [bayar dulu]

Tajuk muka depan cukup membuat diri ini tertarik + geram + byk lagi...

"Isteri dalam pantang ditendang suami"

- Sedikit ulasan, suami menendang perut dan muka mangsa yang sedang dalam pantang melahirkan anak ketiga dengan kasut but [suami seorang bomba] dan dibelasah sebab isteri nak minta guna kereta menyebabkan isterinya pengsan selama sejam. Dan kereta itu adalah kereta isteri dia [geram dah ni]...dan suami dikatakan ada hubungan dengan wanita lain dan tidak pedulikan keluarga."

Sekadar gambar hiasan

"Anak kongsi beg sekolah"

- Ulasan lagi, seorang ibu tunggal membesarkan 4 anak sendirian selepas ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu. 2 anak bersekolah. Kadang-kadang anak tak bersekolah kerana tiada wang belanja, malah yuran sekolah belum dibayar. 2 anaknya jguga menghidap asma dan lebih teruk jika demam. Sebahagian pendapatan (RM450) terpaksa disimpan untuk membeli ubat.

"Isteri dibelasah depan anak"

- Ulasan, cerita pertama oleh Kak Mawar (bukan nama sebenar) tidak mengalami masalah sebelum dikurniakan anak untuk 10 tahun pertama perkahwinan. Suami bertukar panas baran selepas anak pertama, kedua dan ketiga. Pernah dia dipukul depan anak-anak, anak menangis ketakutan dan merayu dia tidak membantah apa yang dilakukan suami bagi mengelakkan tindakan yang lebih teruk. Pernah ditumbuk sekuat hati di muka dan badan serta dibelasah semahunya hanya kerana menegur tanggungjawab yang diabaikannya selama ini.

- Cerita kedua oleh Kak Hani (bukan nama sebenar), juga sering dipukul walaupun ketika mengandung. Pada bulan kelima mengandung, dia pernah dicekik suami [layak ke nak jadi suami ni,heh~] disebabkan tidak berpuas hati dengan perbuatannya ketika itu dan pernah suami ini memukul hingga pecah bibir kerana terlalu marah. Bahkan sepanjang 9 bulan mengandung tak pernah bagi bantuan kewangan sebaliknya Kak Hani menggunakan wang simpanannya sendiri.


Sama-sama kita renungkan...Inikah bentuk keluarga muslim yang lahir hari ini. Berita-berita ini hanya ada pada paper METRO semalam..paper lain? hari lain? masa lain? yang tak masuk paper? pukul, simbah asid, parang isteri...dll


Tak terfikir nak berceloteh panjang...rasanya anda pun boleh menyumbang dalam entri ini..

Tuhanku berfirman : "Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri).." An-Nisa': 34

Kalau melihat orang pukul kucing pun kita marah, inikan pula seorang ibu....