Pages

Monday, May 28, 2012

Ada apa dengan Hector Barbossa, Pirates of The Carribean??

Assalamualaikum wbt... 


Fuh... fuh (tiup blog berhabuk).....=)


Lagu suara kartun "Lonely, I'm so lonely.." terngiang-ngiang kat kepala, sambil menanti kepulangan housemate ku yang tak kunjung tiba... Owh, sudah pukul 9 malam ini...~_~


Ku capai buku, yang tak khatam-khatam lagi... diselak-selak... "25 Pahlawan Islam" tulisan Shafie Abdul Rahman... 


Satu nama tokoh yang macam pernah  ku lihat dan dengar,...tapi di mana ya???


KHAIRUDDIN BARBAROSSA......ha, agak-agak macam pernah dengar tak? Jom baca cerita mengenai tokoh ini..


Beliau adalah seorang panglima armada laut Islam yang terkenal pada abad ke-16. Nama beliau begitu digeruni musuh terutamanya pemerintah-pemerintah Kristian yang berusaha menghancurkan kekuatan umat Islam. Beliau dikenali sebagai Khairuddin Si Janggut Merah, bahkan digelar juga sebagai lanun. 


Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Lesbos, yang terletak di dalam wilayah kekuasaan Turki. Menurut beberapa catatan sejarah, ayahnya seorang bekas tentera yang pernah berjuang di bawah Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau ada 4 orang adik beradik lelaki iaitu Ishak, Aruj, Khairuddin dan Ilyas. 


Ketakutan tentera laut dari negara Eropah terhadap Khairuddin turut dipaparkan dalam filem terkenal 'Pirates of The Carribean' sebagai contoh jelas memaparkan watak seorang ketua lanun berjanggut merah, yang menguasai Laut Tengah. Beliau digambarkan sebagai seorang ketua lanun yang kejam. Tidak langsung dipaparkan watak sebenar Khairuddin sebagai seorang panglima laut Islam yang berjuang menentang kezaliman angkatan perang Kristian. 



Watak yang digambarkan dalam Pirates of The Carribean ialah Hector Barbossa



Ketika negara-negara Eropah yang beragama Kristian bangkit melancarkan siri-siri Perang Salib yang baru, mereka menghalau umat Islam di Sepanyol dan menyerang negara Islam di Afrika Utara. Ketika inilah Khairuddin dan abangnya, Aruj tampil membantu dan dikenali sebagai Barbarossa Bersaudara. 


Dalam satu peristiwa setelah pulang berdagang dari Tripoli, Libya, kapal mereka diserang angkatan laut Kristian. Adiknya, Ilyas terkorban dan Aruj ditawan. Khairuddin melancarkan perang terhadap kapal-kapal milik Eropah dan akhirnya Aruj berjaya dibebaskan setelah 3 tahun menjadi tawanan. 


Ketika Raja Ferdinand bertindak zalim ke atas orang Islam, Khairuddin Barbarossa dan abangnya telah membantu menyelamatkan berpuluh-puluh ribu orang umat Islam dari Sepanyol yang melarikan diri. Mereka dibawa ke Afrika supaya tidak diburu. Bagi menyekat pengaruh dan sokongan terhadap Khairuddin dan abangnya, raja-raja Kristian menggelarkan mereka 'Lanun Bersaudara Berjanggut Merah'.


Dalam hal ini, Khairuddin berkata,: "Jika yang dimaksudkan dengan lanun adalah seorang yang berjuang membela negera-negara Islam, menyelamatkan kaum Muslimin yang tertindas, serta memerangi orang yang memusuhi agama Allah, biarlah seluruh dunia mengetahui bahawa saya seorang lanun."


Menarik lagi, dalam satu peperangan mengusir tentera-tentera Sepanyol di Bougie, Aruj kehilangan tangan kirinya, dan digelar 'Tangan Perak'. (Banyak watak-watak ketua lanun yang tak ada tangan sebelah diganti dengan tangan besi pencangkuk).




Dalam Perang Preveza pada September 1538, Pope Paul III mengumpulkan pasukan tentera Salib yang terdiri daripada Empayar Rom, Sepanyol, Republik Venice, Malta dan Papacy. Satu armada laut yang bersar telah dibentuk untuk menentang armada laut Turki yang dipimpin oleh Khairuddin. Armada laut tentera Salib berjaya dikalahkan. Ini membolehkan angkatan laut Turki menguasai Laut Meditteranean untuk tempoh 33 tahun berikutnya. 


Khairuddin akhirnya bersara pada 1545 selepas mengepalai angkatan laut Islam memenangi berpuluh-puluh pertempuran dengan tentera Kristian diketuai oleh Sepanyol. Nama Khairuddin Barbarossa atau Khairuddin Si Janggut Merah menjadi igauan ngeri kepada angkatan laut Kristian untuk tempoh berpuluh-puluh tahun. 


Memori beliau telah ditulis dalam lima jilid yang bertulisan tangan dan dikenali sebagai 'Penaklukan oleh Khairuddin Pasha'. Memori tersebut kini ada dipamerkan di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. 





0 comments: