Update lagi untuk kali ini...
Weekend yang lepas, kami bertiga bergerak ke Uniten Muadzam Shah untuk IPTS Student Caucus. Bergerak sekitar 430 pagi, selepas tidur selama 2 jam meredah malam, kabus dan kegelapan malam menuju ke Pahang, sambil bertemankan note peta yang diexplore daripada Google Earth dan Google map serta 2 orang hulubalang di belakang yang sedang berehat. [huu, ayat~]
Setibanya di bumi Muadzam, segera kami bersiap untuk program yang telah pun bermula sejak semalam. Terus saya menuju ke kumpulan peserta yang membincangkan isu mentor-mentee. Antara tajuk lain ialah, One Malaysia, sukan, research dsb. Perbincangan dan pertukaran idea yang menarik. Seterusnya, perbincangan dengan ahli kampus sendiri.
Forum malam itu, Students: Towards Shaping The Nation.Mujur tak mengantuk. Menarik.
Moral of the story, ketahuilah dan studylah perkara yang ingin dikritik.
Keesokan harinya, satu lagi perbincangan diadakan untuk mengfinalizekan resolusi diikuti pembentangan. Malangnya tak dapat kami bertiga [saya, hasmadi dan hafiz] ikuti program ke penghujung rancangan lantaran ada urusan rumahtangga yang perlu diselesaikan. Maka, terpaksalah kami meninggalkan tuan Presiden dan bodyguardnya, Amin SNR meneruskan perjuangan.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di KL sekitar maghrib. Hasmadi dan Hafiz didropkan di Pudu untuk meneruskan perjalanan ke bumi UTP. Akhirnya, tiba di rumah sekitar pukul 9. Fu~
Wut so interesting? Dapat bertukar-tukar pendapat dan idea. Alhamdulillah jua, Allah perkenalkan saya dengan sahabat-sahabat dari uni yang lain. Buat teman dari Kolej Universiti Kuis Selangor, kak Zahidah dan teman-teman. Terima kasih untuk buku yang menarik tu..
InsyaAllah akan dikongsikan dalam post yang akan datang=).
2 comments:
macam mana boleh tak terjumpa zila? kita berselisih agaknya. akak on the way ke kuantan lalu muadzam, zila pula on the way balik KL.. huhu. all da best sis
tula, kalau nmpk pun tak perasan dah.. tak toleh kiri kanan...sbb nak sampai cepat..
[lagi satu sbb jalan tu mmg stret pun, so tgk depan je la=P]
Post a Comment