Assamualaikum wbt..
[Petikan dari buku 'Aqidah dan
Perjuangan, tulisan Almarhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor]
Dalam suatu peperangan,
setelah Khalid ibn Walid dengan sepuluh
ribu tentera Islam dapat
mengalahkan seratus ribu
tentera Farsi, seorang ketua tentera Farsi bertanya: "Bagaimana
tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera Farsi yang ramai?"
Beliau menjawab,"Kami
mencintai mati seperti kamu mencintai hidup. Kamu berjuang untuk hidup, kami
berjuang untuk mati. Kami mencintai mati, sebab itu kami menang."
Orang-orang yang dilatih
untuk hidup, tidak akan hidup dan dia sentiasa merasakan dirinya tidak selamat.
Sebaliknya, orang-orang yang dilatih untuk mati akan hidup.
"...dan jangan
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" Surah Ali-'Imran:102
Kita diajar bagaimana caranya
untuk mati kerana di dalam kita mengenali kematianlah, kita akan hidup.
*******************************************
Dalam usia melangkah ke alam
dewasa, alam pekerjaan, alam rumah tangga dan sebagainya, kita punya banyak
perancangan. Perancangan kewangan, rumahtangga, anak-anak, karier dan
sebagainya.
Punya banyak masa dan wang
dilaburkan untuk perancangan-perancangan ini dirancang mahupun untuk
dilaksanakan. Terpulang pula pada individu tersebut, akan bentuk-bentuk
perancangan yang nak dirancangkan, serta hasil yang nak dihasilkan. Sama ada
semata-mata perancangan hidup kita, yang akhirnya akan tamat selepas terhelanya
nafas terakhir...atau sebenarnya kita menjadikan dunia ini sebagai ladang
mencarum saham akhirat.
Contoh mudah, tentang perancangan anak-anak. Bertapa
si bakal ibu atau bakal bapa ini belajar dan bekerja bersungguh-sungguh untuk
mendapat pekerjaan yang baik. Ber'hubungan' bersungguh-sungguh untuk mencari
pasangan dan bakal ibubapa yang baik. Merancang kewangan sesempurna mungkin
supaya anak-anak itu cukup makan, pakai, pelajaran...dsb.
Direncanakan seawal isteri
mengandung, apa nama yang menarik (lain dari yang lain), mahu di sekolahlah di
sekolah yang berprestij. Kalau berkemampuan, di sekolah swasta yang dirasakan
terjamin kesihatan sosial dan sistem pendidikan yang baik. Dikaji dan terus
menkaji kaedah pendidikan yang sesuai di setiap peringkat tumbesaran anak-anak
dan sebagainya (saya pun tak ada anak lagi).
Namun, di sebalik itu semua,
pernahkah sebenarnya difikirkan sama bahawa, aku berusaha apabila berumahtangga
bahkan mungkin lebih dari sebelum aku berumahtangga supaya hujung matlamatnya, semoga anak ini
akhirnya menjadi saham aku selepas aku tinggalkan dunia.
Aku merancang supaya anak aku
terdidik dengan baik bukan hanya dari sudut pendidikan dunia, tetapi pendidikan
akhiratnya. Ku carikan nama yang baik supaya dia sentiasa didoakan dengan hal
yang baik dari namanya dan sebagainya. Ku merancang pendidikannya supaya itu
menjadi bekal dan perisainya di kemudian hari dalam usaha membangunkan jiwa dan
agama...dll, supaya di selamat dunia akhirat.
Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka
terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Taken
from another blog
***************************************************
Kata-kata daripada Imam
Asy-Syahid Hasan Al-Banna:
"Kematian itu adalah suatu
yang boleh diusahakan, dan
merupakan suatu usaha, bergantung kepada manusia untuk memperelokkannya. Maka dia akan
mengetahui bagaimana kematian yang mulia, dan bagaimana untuk dia memilih
tempat yang mulia untuk meletakkan kematiannya pada waktu yang sesuai.."
"Sesungguhnya ummah yang
sentiasa menyempurnakan amalan di dalam persediaannya untuk mati dan mereka
tahu bagaimana cara yang
paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia. Maka mereka itu
mencagarkan kepada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayanginya itu serta
menharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Dan tidaklah perasaan
Al-Wahn yang menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap
duniawi serta bencikan kematian. Oleh itu hendaklah kamu mempersiapkan diri
kamu dengan amalan yang mulia ini (mati syahid), serta hendaklah kamu berasa
haloba terhadap kesyahidan itu. Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak
kehidupan yang sebenar-benarnya (hidup di alam akhirat nanti).
"Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah satu perkara
yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikan ia
(kematian) itu di jalan Allah, maka ia adalah keuntungan di dunia serta
ganjarannya di akhirat. Dan apa yang menimpa kamu, itu semuanya adalah
ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu."
"Ketahuilah olehmu bahawa
untuk mencapai kematian yang mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini. Maka Allah akan memberikannya (syahid)
kepadamu, sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalannya."
p/s: Merancang untuk dunia,
supaya berkeadaan baik mati dan selepas mati... (mode planner ni)
0 comments:
Post a Comment