Pages

Monday, September 28, 2009

Project 1

Assalamualaikum wbt =)...

hari ini saya nak share antara project2 puteri-puteri Tun Perak=p. Sebenarnya, ada banyak lagi project2 yang pernah dibuat sebelum ni tapi tak dapat nak diabadikan...Makanya, insyaAllah saya akan cuba recall dan share project2 mendatang.


Wut is so good or interesting in this project?
Takde apa sangat pun, but at least u may try it at home=P.

Project 'Trifle'. Saya telah diperkenalkan oleh akak-akak senior dulu yang rajin benar buat trifle tiap kali ada jamuan. Setelah hampir 3 tahun tak mkn trifle, memori ada orang buatkan trifle datang lagi. Tenkiu tu Kak Hajar yang rajin benar belanja kami trifle air tangannya=)

Tiba-tiba, dalam bulan puasa yang lepas, teringin aka mengidam plak nk makan trifle. [Biasalah, time-time puasa ni la mengidam nk makan macam-macam].

Makanya, selepas bermesyuarat akan menu berbuka puasa pada suatu petang...muncullah idea untuk membuat trifle sendiri...hmmm~
Ha, selepas berusaha beberapa ketika...akhirnya sebekas trifle berjaya dihasilkan dengan 'agak' cemerlang=P...

Untuk yang berminat untuk cuba jaya buat trifle ni di kala teringin atau kebosanan...boleh la cuba resipi kat bawah ni...[ni pun dapat dari internet..boleh di'adjust' sesuka hati mengikut selera sendiri].

*******************************

Trifle Sedap


Bahan:

1 gulung swiss roll/kek coklat/kek buah
1 tin fruit koktail
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastard
2-3 sudu gula
1 kotak serbuk jeli perisa strawberi


Cara:


Lapisan 1.

1. Buka gulungan kek gulung tu, dan letak dalam bekas yang besar sket.Nak potong and then susun rapat2 pun boleh jgak


Lapisan 2.

1. Mula2, bukak tin coktail [haha, ni nk kene masukkan sekali ke=P]. Asingkan air sirap coktail tu dengan buahnya.

2. Larutkan tepung kastard dengan air sirap.

3. Panaskan susu cair dengan gula dalam periuk dengan api sederhana.

4. Masukkan larutan tepung kastard tadi.
5. Boleh tambah juga esen vanila.

6. Teruskan kacau sehingga kastard tu jadi pekat.

7. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan kek gulung yang dibentang tadi dan biarkan sejuk.

8. Boleh susun2kan buah koktail yang ditapis tadi atas kastard.

Lapisan 3.

1. Larutkan serbuk jeli dengan air

2. Kacau atas api sederhana sehingga ia jadi jeli sikit.

3. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan2 tadi.
Tadaaa.. da siap. Untuk lebih sedap, simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum dimakan.

Sebenarnya, resepi ini juga boleh diadjust sesuka hati seperti tambah potongan buah epal ke, kekacang, tambah ais krim ke, tukar jeli straberi tu kepada jeli rebina ke...dan sebagainya.keke~=P

Kat bawah ni beberapa contoh rupa trifle..tapi bukan trifle yang ni=)



Ngap!~=P

Sunday, September 27, 2009

Post Raya

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua..
Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis selembar entri picisan mengenai raya yang lepas...

Again, neither so important, nor so interesting, tapi raya kali ini tetap ada kenangan yang tersendiri.

Warna tema keluarga yang tidak dirancang sama sekali ialah cyan dan biru...
Selesai ber'raya' dengan keluarga, kami ke rumah MakLong di Skudai. Ni lah port yang selalu saya pegi tak kira raya waima ketika pulang bercuti. Sudah pasti rumah Mak Long lebih meriah time2 raya ni...huhu..[memang meriah pun]

Ke rumah kawan kakak kejap, rumah Que Haidar [ jumpa dia, isteri (Linda Jasmin) dan anak diorg]. Balik kampung mak...rumah pakcik makcik yang dan yang sewaktu dengannya.

Another interesting story ialah pegi beraya di rumah kawan-kawan dan mini reUnion kat rumah Afzan. Walau pun berapa orang shj yang ada, tapi gembira sangat jumpa anda-anda semua=). Jangan percaya gosip2 Afzan yang melata itu..

Tak kurang juga dengan jemputan-jemputan walimah yang kedua-duanya tak dapat dihadiri~_~ [sori to Kak Wan Anis n Kak Huda. My kakaks kahwin alreadyT_T]

Tapi masih banyak lagi tak sempat nak beraya...schedule dah padat sepanjang seminggu cuti beraya....Bubye weekly report, kerja2 ofis, project etc.....

Dan kini, saya sudah kembali...dah mula kena fikir perjalanan kerja dan hidup seterusnya...tanpa cuti yang panjang...jauh dari famili...jauh dari Gemok [kuceng manje lagi kuat merajuk]....=)

Sebut tentang raya...mesti menjadi scene di setiap kali Raya, dalam keluarga mahupun bersama teman-teman, kenalan dan jiran tetangga untuk kita saling bermaaf-maafan. Walaupun, ada yang mengumpul stok salah dan silap untuk setahun.

Apapun, ada sedikit 'sharing' menarik yang saya dapat dari buku "Indahnya Cinta", karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni...

Ditampilkan beberapa contoh terbaik dalam kehidupan RasulullahSAW yang dicoretkan oleh para sahabat baginda. Antara contoh-contoh tersebut adalah:

Pertama:
Abu Dzar pernah mencela Bilal berkenaan dengan ibunya, lalu Bilal mengadukan perkara itu kepada Nabi SAW. Abu Dzar pun akhirnya menyesali perkataan yang telah diucapkannya kepada Bilal. Dia pun meletakkan pipinya ke atas tanah, kemudian berkata kepada Bilal,"Demi Allah, aku tidak akan mengangkat pipiku sehingga kamu mahu memijaknya dengan tapak kakimu!" Akhirnya, keduanya pun saling berpelukan dan berjabat tangan.

Kedua:
Hampir sahaja kaum Muhajirin dan Ansar saling berperang setelah mereka memeluk Islam. Mereka sudah menghunus pedang dan telah menyiapkan diri untuk berperang. Rasulullah SAW segera keluar menemui mereka dan bersabda,"Ada apa gerangan dengan seruan jahiliah itu?"
Mereka pun menangis, menjatuhkan pedang dari tangan mereka dan kemudian saling berpelukan.

Ketiga:
Para ahli sejarah menyebutkan bahawa para sahabat keluar dalam perang Bani Mushthaliq. Ketikka itu Umar mempunyai hamba yang bernama Juhjuhah. Dia bertengkar dengan seorangdaripada kalangan ansar yang bernama Sinan bin Wabrah. Orang yang kedua marah dengan luar biasa sehingga akhirnya kedua-duanya saling berteriak.

Juhjuhah berkata," Wahai kaum Muhajirin, tolong bela aku!"

Sedangkan Sinan bin Wabrah berkata," Wahai kaum Ansar, tolong bantu aku!"

Akhirnya, kedengkian dan permusuhnan itu merasuk ke dalam hati mereka. Kejadian ini sampai ke telinga pemimpin kaum munafik dan kaum murtad, 'Abdullah bin Ubay bin Salul. Dia pun berkata, "Benar pepatah yang mengatakkan 'Buatlah anjingmu lapar, nescaya ia akan mengikutmu. Gemukkan anjingmu nescaya dia akan memakanmu.' Jika kami asingkan mereka dari negeri kami, tentu mereka tidak akan melakukan perkara ini. Jika kami pulan gkembali ke Madinah, tentu orang-orang kuat akan mengusir yang lemah."

Kalimat ini sampai ke telinga Rasulullah SAW yang dibawa oleh Zaid b Arqam. Baginda pun akhirnya memerintahkan para sahabat agar segera pergi sehingga orang munafik tidak terus berbicara mengenai masalah ini. Ini kerana, kaum munafik itu sangat suka terhadap desas-desus. Memang ada saha di dalam masyarakat itu orang-orang yang suka menyebarkan desas-desus serta mencari kesilapan orang, lalu mereka pun melakukan perkara yang bukan-bukan, menambahkannya dan menjilat kehormatan orang seperti halnya anjing menjilat air.

Kebijaksanaan yang dilakukan baginda dengan memerintahkan para sahabat segera pergi, agar mereka tidak terus membicarakan permasalah yang terjadi, sehingga mereka disibukkan degnan perintah tersebut. Oleh kerana itu, penyelesaian yang paling besar untuk mematikan desas-desus itu serta menghindari apa yang kadang-kadang terjadi di antara satu sama lain yang saling mencintai adalah dengan menyibukkan manusia dengan kesungguhan, ilmu dan masalah-masalah yang bersifar ilmiah serta melontarkan kepada mereka persoalan umat yang besar.

Baginda SAW juga mendatangi Sa'd bin 'Ubadah untuk memberitahu masalh ini. maka Sa'd kemudia berkata. "Ya Rasulullah, jika kamu menginginkan, kami sedia membunuhnya (Abdullah b Ubay) atau kami benar-benar akan menghalang dia untuk memasuki Kota Madinah, kerana kamulah yang mulia sedangkan dia yang hina."

Sedangkan Umar berkata, "Izinkan aku untuk membunuhnya, Ya Rasulullah."

Baginda menjawab, "Wahai Umar, jangan sampai orang ramai nanti mengatakan bahawa Muhammad sanggup membunuh sahabatnya."

Keempat:
Orang-orang yang tidak ikut berperang daripada glongan kamu munafik yang berbuat jahat, meninggalkan perang, menyelisihi perintah Nabi SAW dan menderhakai Allah, datang menghadap Rasulullah SAW. Kemudian salah seorang daripada mereka ada yang memberi alasan dengan mengatakan, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku ini sakit."

Baginda bersabda, "Kamu benar." Padahal orang itu tidaklah sakit fizikalnya, akan tetapi hatinya yang sakit.

Orang kedua datang dengan memberi alasan, "Isteriku sedang sakit ketika terjadi peperangan itu."

Baginda bersabda, "Alasanmu boleh dibenarkan."

Orang ketiga datang dengan mengatakan, "Aku ini seorang miskin yang tidak mampu membeli sesuatu (untuk keperluan perang)."

Baginda bersabda, "Alasanmu boleh dibenarkan."

Allah SWT berfirman:
"Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu mengetahui orang-orang yang dusta." At-Taubah:43

Dengan akhlak seperti ini, apa yang kemudian dihasilkan oleh baginda?
Baginda berjaya menghimpun hati dengan dakwah baginda dan berjaya meyatukan roh dengan hikmah baginda. Buktinya ada salah seorang daripada mereka yang datang menghadap baginda seraya berkata, "Demi Zat yang tidak ada sembahan yang berhak disembahi selain hanya Dia, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri."

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin=)