Pages

Tuesday, March 2, 2010

Tahun Akhir yang belum berakhir

Assalamualaikum wbt

Lama tak sempat menulis...insyaAllah kuselitkan juga masa untuk memaintainkan bilangan post blog ini sekurang2nya satu post sebulan..berusaha!~

Masuk minggu ni dah minggu keenam sebagai pelajar tahun akhir semester pertama, Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Awam, majoring in Urban Engineering...

Rasanya, baru kelmarin saya datang untuk Educamp...melalui process screening dan interview oleh pihak UTP dan PETRONAS. Masih ingat lagi ketika Educamp bulan Disember 2005 itu, mereka tahu saya ingin menjadi seorang medical practitioner (doktor). Mereka yang dimaksudkan ialah fasilitator, ketua fasilitator dan interviewer saya sendiri..susah juga nak percaya bila baca offer letter tak sampai sebulan kemudian bahawa saya diterima masuk ke UTP..

Sewaktu bentang modul Bungaku dalam Educamp, saya dikehendaki menceritakan cita-cita saya. Jelas saya tulis dalam salah satu kelopak bunga tu, DOCTOR! Ketika presentation itu jugalah ketua fasi seakan cuba memujuk;

"You can still be a doctor in engineering field, as you go for PhD....," lebih kurang begitulah ayat ketua fasi. Seingat saya dia adalah Dr Shahrina, lecturer English.

"Yes, but my satisfaction is in the operation teather," saya menekankan bahawa saya ingin menjadi seorang doktor perubatan, bukan doktor falsafah.


"Why do you apply for this placement if you want to be a doctor?" tanya interviewer (ayat sebenar tak ingat tapi beginilah maksudnya).

"It is true that I want to be a doctor and I apply this placement for my second choice," saya menjawab dengan tak rasa bersalah.

"Awak amik medic di mana, Zila?" cikgu terbaik sekolah saya bertanya ketika sudah hampir setahun dalam foundation di UTP. Memori untuk menjadi seorang doktor kembali menyebabkan kadang-kadang air mata ini tumpah juga. Mana tidaknya, di zaman sekolah lagi saya punyai gelaran Dr. Zila. Biologi adalah mata pelajaran yang saya paling gemar dan selalu skor berbanding Kimia dan Fizik. (Senang kata dulu paling tak suka Fizik, sebab tak nampak apa yang dikiranya).

Pula dengan cermin mata frameless ketika itu, dan pencapaian akademik yang boleh dikatakan layak untuk apply medic course, ramai menyangka saya sudah ke Ireland, Rusia, Indonesia atau ke Timur Tengah untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.


Namun yang demikian, Allah jua yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya di sini, dan masih di sini..menghabiskan baki-baki tahun pengajian yang hanya tinggal tak sampai setahun sahaja lagi dalam Kejuruteraan Awam [yang banyak aplikasi fiziknya].

Kekuatan yang Allah berikan sahaja menyebabkan saya terus kekal dan mula meminati sedikit demi sedikit bidang ini. Antara salah satu faktornya, ialah apa yang saya belajar adalah melibatkan subjek dan objek yang boleh dilihat, dirasa dan disentuh. Jadi lebih mudah membayangkan=)


Banyak perkara yang berlaku ketika cuba mengapply medic yang akhirnya membuatkan saya redha dan yakin, sesungguhnya ada sesuatu menunggu saya di sini. Alhamdulillah, syukur dengan apa yang telah saya lalui dan punyai sepanjang 4 tahun di sini.

Im growing anyway, thats the fact. Becoming older and older. Last time I was 18 (actually 17 years old and a few days), when I first time entered UTP as a student. Now, I almost leaving (still got to finish this tough semester so as my next very-last-semester). I am growing older, my adik-adik are getting bigger and maturer, fuel price is getting higher, city and town are getting bigger and more complex, number of vehicles is increasing, pollution also becoming worse, new diseases are found, prototypes of sex education are found almost everywhere, crime and social crisis also seems to be uncontrolled, world is becoming older and older...the others, you can think by your own.


Tapelah, mungkin itu dulu setakat ini. Next sem, saya akan berkongsi lagi. Mari berusaha! Yakin berjaya!