Pages

Thursday, October 7, 2010

Kek Batik Gayong

Assalamualaikum wbt

Nak share resepi kek batik pulak. Kek ni perlu dimasak dengan menggunakan peralatan memasak sahaja..tiada kena mengena dengan gayong.

First time dengar dan tahu pasal kek batik, masa di foundation kalau tak silap. Dan resepi ni pun, ada senior dari Silat Gayong yang ajarkan...[banyak pahala dia, sampai sekarang masih apply resepi ni lagi]. So, sesiapa yang makan kek batik ni..insyaAllah pandai bersilat....[gurau je]

Walau bagaimanapun, resepi ini telah diedit sedikit..


Bahan-bahan:

1. Biskut marry
2. Susu Dutch Lady satu kotak kecil [yang biasa buat minum tu, Fresh Milk boleh, Low Fat boleh, Full Cream boleh..nk guna brand lain pun boleh...]
3. Serbuk koko...dalam 3 sudu makan
4. Vico, ikut suka....maybe dalam secawan setengah. Nak lebih lagi pun tak kesah.
5. Telur sebiji
6. Gula dalam 2 senduk. [boleh tambah sikit2 jugak..just nak balance rasa koko n vico]
7. Butter, separuh sahaja

Cara-cara:

1. Patah-patahkan biskut marry. Patah ye, bukan hancurkan. Nak patah 6 ke 4 ke ikut suka. Jangan besar sangat, dan jangan kecil sangat.
2. Cairkan butter dalam periuk/ multipurpose cooker. Pastikan api kecil sekadar nak mencairkan butter.
3. Masukkan telur yang dah dipukul dengan gula, [gula masih boleh tambah sikit lagi nanti kalau perlu]. Kalau api terlalu kuat..takut jadi telur dadar pulak nanti.
4. Boleh terus masukkan serbuk koko, vico dan kacau rata.
5. Then, masukkan susu sedikit demi sedikit. Api sederhana. Terus kacau dan tambahkan susu sehingga habis sekotak dan adunan menjadi pekat. [Kepekatan tu pun ikut citarasa anda. Kalau nak kek batik yang masih ada rasa biskut, boleh biar adunan lebih pekat. Kalau nak rasa kek batik yang lembut, jangan pekat sangat. Then, boleh adjust rasa. Kalau tak rasa manis, boleh tambah gula].
6. Masukkan biskut yang dah dipatahkan dan kacau rata. Kemudian boleh terus angkat dan ratakan permukaan atasnya.
7. Simpan dalam peti ais. Sedap dimakan ketika sejuk.


Tambahan: Ini kaedah bujang, boleh juga simpan sebahagian adunan coklat sebelum dicampur dengan biskut untuk diratakan dipermukaan atas kek batik nanti. Dan taburkan badam yang dipotong kecil atau chocolate rice.

Bukan gambar sebenar




Monday, October 4, 2010

PRK datang lagi!

Assalamualaikum wbt

Masuk minggu ni, saya ada lebih kurang 4 minggu lagi sebelum habis academic session, kemudian study week, dan exam week, kemudian menyiapkan segala keperluan dan persiapan untuk menyudahkan final year project, dan kemudian clearance, dan kemudian clear the room,...dan kemudian...

Nak kena cari kerja pulak lepas ni, hmm...nak kerja apa ea??

*********************************

Sibuk mengejar dateline, project, assignment, test, quiz, final exam, presentation, group work dan sebagainya. Demikianlah selalunya kehidupan seorang mahasiswa. Studying with less supervision rather than pupils or high school students.

Namun, kehidupan selaku mahasiswa tak seharusnya hanya diisi dengan kerja-kerja berunsur akademik semata-mata walaupun memang benar itulah matlamat kita di sini. There are huge differences between producing a Civil Engineering graduate alone than producing a Great Human being with a degree in Civil Engineering.


Pilihanraya kampus sebagai medan mahasiswa

Pilihanraya kampus dilihat sebagai ruang dan peluang untuk mempraktikkan demokrasi di dalam kampus masing-masing. Kalau dilihat pada tujuan pilihanraya kampus itu sendiri, umumnya adalah untuk memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Dan MPP ini secara umum berfungsi sebagai pancaindera pelajar dalam menyuarakan suara pelajar dan menjaga kebajikan pelajar.

Falsafah pendidikan negara dan mana-mana pusat pengajian tinggi di dunia ini mengharapkan untuk melahirkan pelajar yang versatile, serba boleh. Namun, agak malang apabila pendidikan hanya dijadikan alat untuk menghasilkan pekerja mahir semata-mata. Golongan pemimpin mudalah yang diharapkan untuk menerajui kepimpinan negara kelak.

Dipetik dari Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah:

Beliau berkata pilihanraya kampus adalah proses pendidikan politik bagi pelajar, justeru ia wajar menerima sambungan hangat setiap kali diadakan.

"Apa yang perlu menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah, kalau boleh, jangan ada kerusi yang dimenangi tanpa bertanding kerana kalau ada, ini menunjukkan penyertaan mahasiswa sangat rendah."

Sepanjang pengalaman yang cetek terlibat dalam pilihanraya kampus ini, senario ini memang tidak asing lagi di bumi kampus ini. 'KPI' ini dilihat paling merundum dalam pilihanraya kampus tahun 2007 kerana tiada langsung kerusi yang dipertandingkan daripada 20 buah kerusi sama ada di kerusi umum mahupun kerusi program.

Dan untuk kali ini?? Pertandingan hanya untuk kerusi umum, itupun memilih 6 calon bagi memenuhi kerusi HICOM MPP daripada 7 calon keseluruhan. Adakah ini petunjuk yang baik?? 'KPI' di peringkat program pun masih gagal nampaknya.

Pengertian 'mahasiswa' itu tidak seharusnya dihadkan sebagai pelajar/ penuntut di pusat pengajian tinggi semata-mata, tetapi sebagai kelompok rakyat yang berperanan besar dalam perjalanan dan pembentukan sesebuah negara.

Mungkin kita sudah biasa mendengar kebangkitan rakyat Indonesia yang dipimpin oleh golongan mahasiswa, akhirnya menjatuhkan kepimpinan Presiden Suharto. Mereka menzahirkan dan meninggikan kedudukan mahasiswa tidak hanya umpama pelajar tadika yang boleh diperbodohkan dan diperkotak-katik. Tapi mereka lah yang menjadi agen check and balance kepada negara, agen suara rakyat, agen social control dan banyak lagi peranan mahasiswa.

Sekadar gambar hiasan. Tahniah, dik

Mungkin ada yang berpendapat, "tak mampu la nak buat macam tu. Ini Malaysia, bukan Indonesia. Suara mahasiswa di sana dah kuat. Bising banyak-banyak kat Malaysia ini nanti kena AUKU pulak, tak pun AKTA IPTS."

Sememangnya ruang keterlibatan kita banyak disekat, tapi kita masih ada ruang pilihanraya kampus untuk menggahkan suara mahasiswa. Kekuatan itu tak datang tiba-tiba, tapi datang setelah segala macam usaha kecil yang akhirnya menghasilkan impak yang besar. Dan yang pastinya, kita sendirilah yang perlu melaksanakannya...

Demonstrasi aman untuk Palestin

JADI, ambil bahagian dalam pilihanraya kampus. Turunlah mengundi. Choose your best leader. Voice out your choice, and vote. Kalau tak bersetuju dengan calon-calon yang ada, andalah yang sepatutnya bertanding. Mereka yang akan menjadi wakil kita. Maka jangan kata nak bersuara kepada kepimpinan negara kalau di peringkat kampus pun kita gagal laksanakan tanggungjawab kita dengan sejuta macam alasan.


Reference: baca sini, dan sini

p/s: Selamat turun mengundi, 7 Oktober 2010.


“Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”-Prof Diraja Ungku Aziz

Saturday, October 2, 2010

.::Carta Lagu 17|| Pencari Jalan Mu::.

Assalamualaikum wbt...

Sharing lagu lagi..di kala ditinggalkan roomate...

**********************************

Tajuk: Pencari JalanMu
Penyanyi: Afghan

Telah banyak yang ku lewati
jalan hitam di dunia
tak terhitung salah menodai

masihkah ada kesempatan
bagiku mendekatkan
hati dan cinta kasihMu
reff:
ku ingin bersihkan diriku
dari segala dosa
yang tlah ku perbuah hingga kini
ku ingin bersihkan jiwaku
terangilah dengan segala
petunjuk jalanMu
bersihkan, terangi, hidupku
tiada yang ada selainMu
yang selalu menjagaku
meski kadang tinggalkanMu
aku hanyalah manusia
yang mencari jalanMu
yang pasti kembali padaMu