Teringat pula soalan yang terlontar semasa kami dalam musafir beberapa hari lepas..
"Kalau saya tak dapat tarbiyah begini, agaknya apelah yang jadi pada saya...mungkin dah bercouple dah." dan mungkin jugak lebih teruk daripada itu. Bersyukur nikmat yang besar ini....Alhamdulillah...
Walaupun iman dan petunjuk ini 'hadiah' pemberian ini mampu diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki, namun kepada yang sudah merasai dan memilikinya (walaupun dirasakan hanyalah lebih nipis dari kulit bawang sekalipun), ianya masih memerlukan penjagaan dan pemeliharaan.
Hanya 2 perenggan dari buku "Pemuda Islam yang Dijanjikan" tulisan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi boleh menyimpulkan pengajaran dari dialog di atas.
"Sesungguhnya kemenangan tidak akan diperolehi melainkan bagi orang mukmin, dan dengan orang mukmin, kerana mereka tidak turun dari langit sebaliknya tumbuh dari bumi."
"Mereka bukanlah tumbuhan liar, yang tumbuh tanpa semaian, kemudian membesar tanpa arah, dan menghasilkan buah tanpa penjagaan. Bahkan ia adalah tumbuhan yang memerlukan kepada petani yang baik lagi cekal. Sentiasa menyiranm dan membajainya, melawan segala penyakit perosak, sehingga akhirnya ia tegak berdiri dan membuahkan hasilnya dengan izin Tuhannya."
Nah, bagaimana kita menjaga iman kita? I am not good example though.
Untuk panduan kita semua, sedikit ambilan dari kitab 'Bidayatul Hidayah' karangan Imam AL-Ghazali. Semoga berguna:
1. Menuntut ilmu.
Kata Imam Al-Ghazali: "Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap Deen, iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah, membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat di dalam dirimu. Memperdalamkan makrifat terhadap ibadah kepada Allah. Mengurangkan hasrat kamu yang berlebih-lebihan terhadap dunia dan menambah penglibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak. Ilmu ini dapat membuka luas mata hatimu terhadap cacat cela segala macam amal perbuatanmu, sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih waspada dan berhati-hati sekali terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya."
2. Mentaati perintah Allah
Dalam mentaati peringah Allah SWT, seorang mukmin mestilah menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan (solat, puasa, zakat dan haji), amar makruf nahi munkar dan meningkatkan diri dengan amalan-amalan sunat.
3. Menjauhi maksiat
Ini kerana kebiasaanya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya. Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan. Adab-adab ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, ia bersangkutan dengan:
- Mata dan apa yang dilihatnya
- Telinga dan apa yang didengarinya
- Lidah dan apa yang diucapkannya
- Perut dan dari sumber yang bagaimana dimasukkan ke dalamnya
- Tangan dan apa yang dilakukannya
- Kaki dan ke mana diarahkannya
- Kemaluan dan bagaimana dijaganya
- Hati dan dosa-dosa yang dilakukannya
Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).
Surah Al-Anfal: 94
p/s: Ingat apa yang kamu tulis, Zila!