Pages

Friday, March 23, 2012

Sahabat: Zaid bin Harithah

Assalamualaikum wbt


Harini, nak share tentang salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang dekat, Zaid bin Harithah...dari buku 25 Pahlawan Islam..


Asalnya Zaid dari Kaum Kalab, Bani Makhdum yang tinggal di sebelah utara kota Mekah. Ditakdirkan Allah, ketika dibawa ibunya menziarahi keluarga sebelah ibunya, perkampungan tersebut telah diserang oleh suku kaum Qais bin Jasar. Zaid RA telah diculik dan dibawa lari. Ibu bapanya bersedihan kerana kehilangan anak lelaki yang disayangi. Bapanya pandai bersyair dan keraplah kedengaran beliau bersyair, meluahkan rasa sedih beliau itu. 

Zaid dijual di pasar Ukaz dan dibeli oleh Saidatina Khadijah RA. Setelah berkahwin dengan Rasulullah SAW, Zaid dihadiahkan kepada Baginda. Setelah beberapa tahun, ayahnya mendapat tahu dari rombongan dari suku Kalab yang mengerjakan haji bahawa Zaid ada di Mekah. Maka bersegeralah bapanya dan pakciknya berangkat ke Mekah mencari Zaid untuk dibawa pulang. 



Bapa Zaid menceritakan perihal yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan sedia membayar ganti rugi kepada Bagnda. Baginda sedia memulangkan Zaid dengan percuma, sekiranya Zaid memilih untuk kembali ke pangkuan mereka. 


Jawapan dari Zaid ternyata mengejutkan ayah dan pakciknya. Dia ingin bersama Rasulullah. Mulanya ayahnya marah, "Apakah engkau memilih untuk menjadi hamba daripada hidup bersama keluargamu dalam keadaan penuh penghormatan?"


Lalu jawab Zaid, "Aku telah melihat pada diri orang ini (Rasulullah SAW) sesuatu yang baik dan tidak ada pada diri orang lain." 


Sebaik dengar jawapan Zaid, Rasulullah terus memeluk Zaid. Walaupun bapa dan pakciknya kecewa tapi mereka gembira kerana Zaid menjadi anak angkat kepada keluarga yang mulia.....


Bahkan Zaid dikenali dengan nama Zaid bin Muhammad sehinggalah perintah Allah turun melarang anak angkat dibinkan dengan bapa angkatnya. Zaid dilayan seperti anak sendiri. Dia pernah dijodohkan dengan Zainab binti Jahsyi dan kemudiannya bercerai. Rasulullah SAW kemudiannya berkahwin dengan Zainab dan kisah ini disebutkan dalam Al-Quran dan Surah Al-Ahzab 36-37. Hal ini membenarkan bekas isteri anak angkat dikahwini ayah angkatnya. 


Zaid kemudian dikahwinkan dengan Ummu Aiman dan dari perkahwinan itu lahirlah seorang anak lelaki yang kemudiannya diangkat oleh Rasulullah menjadi panglima perang di usia 18 tahun, Usamah bin Zaid. 


Dalam Perang Muktah, Zaid telah dikirim oleh Rasulullah dan dibantu dengan  Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Abi Rawahah. Zaid gugur syahid di usia 41 tahun. Panglima Khalid Al-Walid kemudian mengambil alih kepimpinan tentera Islam ketika itu dan berjaya berundur tanpa mampu dikejar oleh musuh. 


Baginda Rasulullah SAW menziarahi keluarga Zaid. Ketika puteri Zaid datang kepada Baginda untuk menangis, Rasulullah SAW ikut menangis teresak-esak kerana begitu sedih. Seorang sahabat, Saad bin Ubadah menegur Rasullah SAW kerana sebelum ini Baginda melarang umat Islam menangisi kematian secara berlebih-lebihan. Lalu dijawab Baginda, "Inilah rindu seorang kekasih kepada kekasihnya."




Blessed Friday..

Kenapa Marah??

Assalamualaikum wbt


Hari itu jiwa dan hati teruji lagi...




Pandangan itu,
Dari sebalik pintu kaca,
Yang hampir tertutup,
"TETT" bunyi akses kadku dikenalpasti,
Untuk masuk ke dalam bahagian 'selamat',
Tangan itu.... menahan pintu dari kubuka, ditekan pintu,
Tertutup....
Sambil dia merenung,
dan tersenyum nipis,
Aku?? terkebil-kebil,
Segera disentuh semula akses kad,
Lantaran tak mahu pandangan berterusan,..
Owh! Gagal, error...


Dahi dikerut,
Hati memanas, hampir ingin mendidih, mual,
Motif apakah 'gurauan' ini???


'Gurauan' yang tak boleh diterima,
Dari orang yang tak boleh diterima,
Dalam bentuk yang tak boleh diterima....


Faham barangkali ketelanjuran,
"Tett", Pintu terbuka,
Masukku melangkah tanpa menoleh,
Terasa panas....


"Barangsiapa mampu menahan amarahnya, Allah swt. akan menutup auratnya;
barangsiapa mampu menahan amarah yang mestinya dapat ia lampiaskan, maka Allah
akan mengisi hatinya dengan keridhaan di hari kiamat; dan barangsiapa berjalan
bersama saudaranya seiman dalam sebuah keperluan sehingga keperluan itu terpenuhi,
maka Allah akan mengokohkan kakinyapada hari di mana semua kaki tergelincir."


Berulangkali pesan Nabi berlegar-legar,
Tapi Allah uji hati ini,
Tak semudah itu mampu reda,
"Semua datang dari Allah"...
Suhu panas mula menurun...
"Aku tersilap barangkali."


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Surah An-Nur:30-31


 












Sunday, March 11, 2012

Ummi nak berubah...

Assalamualaikum wbt...


Terasa nak update blog=)... di samping rumate di sebelah yang sedang memotivasikan diri sendiri dengan lagu-lagu Opick sambil membaca dokumen-dokumen kerja...(owh, beliau sungguh tegar)..


Saya pulak, surfing to find some good ideas on my new plans~...... (idea tersebut terpaksa dirahsiakan buat setakat ni... mcm la ada orang nak tau pun^_^)


Teringat sebahagian dari buku Discipline Without Shouting and Spanking yang saya promote sebelum ni...Kalau ada perangai anak-anak yang tak berapa berkenan di hati kita, fokus satu demi satu untuk diubah. Senang nak dipantau dan dijaga....


Sekarang saya sedar, bukan untuk si anak saja... tapi untuk kita juga (anak, bakal ibu dan bakal bapa,, ibu dan bapa, atau siapa pun anda).
You know yourself well.. Anda tahu apa kekurangan anda, keburukan, dan segala bentuk kelemahan. Walaupun kadang-kadang ada yang hanya dapat dikesan oleh orang sekeliling... tapi apa kekurangan yang kita tahu,...berdasarkan ilmu yang dibekalkan Allah untuk kita jalani hidup seharian kita.... kita tahu kelemahan kita, dosa-dosa kita....


Maka, bagaimana pula kita merancang untuk menangani perangai huduh kita, sifat lemah dan mazmumah kita (nobody is perfect kan?). Sebagaimana teruknya perangai itu, terpulang bagaimana kita sendiri menilainya. Sebelum kita minta orang menilai kita, kita pun sebenarnya ada keupayaan menilai diri kita sendiri. 


Fokus satu persatu perkara yang nak diubah itu, sebagaimana yang diajar dalam buku tadi tu pun boleh jadi salah satu step yang berguna untuk kita...


Kalau bukan sekarang, bila lagi kan?=) Muhasabah dan mujahadah=)





p/s: Ya Allah, menyebut itu amat jauh mudahnya dari membuat.. Bantulah kami..


Monday, March 5, 2012

Jerit dan Tampar

Assalamualaikum wbt...


Mac sudah masuk. Sekejap saja waktu berlalu. Bulan ini dimulakan dengan promosi tanpa komisen buku yang saya tempah dari senior. Buku ni dari UK.


"Discipline without Shouting and Spanking" tulisan Jerry Wyckoff dan Barbara C. Unell


Menarik jugak...memandangkan bakal dapat anak buah June ini insyaAllah, mak ngahnya pula yang lebih excited. Anyway, buku ni basically menerangkan kaedah-kaedah menangani kerenah anak pra sekolah (excited benar si mak ngah ni), few years to come lagi tu=P tape, berguna untuk mak ngah dan kawan-kawannya yang jugak tolong handle program budak-budak juge.




Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya... mendalam tu kalau nk difikir macam mana nak mencorak tu..


Mungkin nnti boleh share sikit2 karenah anak-anak dan cara mengatasinya untuk ibu-ibu dan ibu-ibu mengandung di luar sana=)