Assalamualaikum wbt
Lama sakinahummah dah bersawang dan berhabuk.. sejak lebih kurang setahun lepas… memang susah sikit nak online dan teruskan aktiviti mengarang ni. Walaupun pernah sekali sekala mencuba mengarang secara offline… hmm… dapat la barang 2 3 perenggan. Lepas tu langsung terhenti.
Alhamdulillah, terima kasih Allah, telah menamatkan zaman bujang lebih kurang 6 bulan yang lalu. Sejak setahun lalu saya bertukar kerja. Internet access pun kurang. Masa pun sebelum ni banyak terhabis dengan kerja, gerak kerja, persiapan kahwin dll. So…….. tu yang berhabuk bersawang blog ni terbiar.
As I mentioned earlier, good thing about writing a blog, it drives you to read… Baru beli rak buku baru, tu pun dah penuh dengan koleksi saya dan Encik Suami… tapi lately ni dah makin kurang membaca.. so, I know I must make a start again.
Posting pertama sempena sesi mencuci habuk dan sawangan ini ialah, atas request yang empunya badan…. Encik Suami sendiri. Haha, beliau request buat post pasal diri dia. Hm… mana nak start ni….. (grin…..)
Encik Muhammad Syafiq bin Zahar,
Kami kenal sejak di kelas Degree Civil di kampus UTP dahulu kala…. (haha, it was almost 8 years ago we enrolled in the same class on January 2006). Dan selamat diijabkabulkan pada 19 Mei 2013. Berada di kelas yang sama selama 5 tahun, praktikal di tempat yang sama, study group yang sama, majoring sama, aktiviti sama, dan lain-lain.. but believe me, di zaman dulu tu, we were not actually seeking for each other. Buat toye je…
Sampai la melalui Unit Baitul Muslim, hasratnya disampaikan.. Ketika tu hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi sebelum habis belajar. Dalam hati saya mengaku, memang cantik aturan Allah dan Dia Maha Tahu akan setiap hambaNya. Kalau dia tanyakan saya lebih awal lagi mungkin saya akan tolak kerana ke’toye’an dan ke’slumber’an kami selama ini. Heee..
Teringat masa saya bertemu bakal mak mertua ( sekarang dah mak mertua dah.. Alhamdulillah).. Saya mengaku pada bakal mak mertua yang saya perlukan pencerahan tentang perangai anaknya... Saya masih tak rasa kenal bakal suami ketika itu, dah tak lama lagi nak kahwin.. Ujian dalaman pun macam-macam.. Nak buat masjid le katekan... . Maklumlah, masa belajar dulu, cerita hanya pasal study, program, kerja... Sedikit tentang perangai dia mungkin saya tahu tapi dah namanya muslimin, tahap mana je kita kenal. Sebelum kahwin x banyak kami bincang tentang perangai masing-masing.. Tawakal dengan apa yang saya boleh lihat yang terzahir dan istikharah, akhirnya terikat jua pernikahan kami...
Abi,
Thank you for choosing me. Walaupun umi selalu fikir abi garang dulu, haha… tapi sebenarnya ketegasan abi ada kebaikan. It really helps to shape me. Minta maaf la kalau kadang2 umi termerajuk ; p. Tapi sweet jgk. Dia tahu dah banyak fe’el isteri dia ni. Toksah nak berselindung sangat la. First time panggil abi dengan nama ‘abang’, abi bahankan kita.. boleh pulak dia gelakkan. Kita dah la malu, selama ni panggil nama selamba je… hahaha.. sorryla, sekarang… no more~. Umi suka dengar bila abi panggil 'Ummiiiiiiiiiiii', macam suara budak kecik kena tinggal bas sekolah tu... Lucu... Huhu..
Abi,
Umi ni dulu dah dikire quite a successful cook tau masa bujang walaupun tak la sesempurna masakan mak, tapi bila nak masakkan abi yang selalu tulus dan lurus memberi ulasan ala-ala Chef Jo tu, umi rasa confident umi menurun dah… mungkin pulak sebab lama dah tak prektis, lama membujang la katekan... Spageti boleh la:p… minta maaf la ye. Dun worry, kalau tak sedap pun umi paksa abi makan jugak. Kerana abi, umi dok explore resepi macam-macam yang x pernah dibuat sebelum ni. Akhirnya umi tau la few more new recipies.
Abi,
Pelan-pelan umi banyak jugak belajar, kita tak boleh nak jadikan orang lain macam apa yang kita nak. Tapi kita boleh untuk jadikan diri kita sentiasa positif untuk terima kekurangan atau kelebihan orang lain. Words are easy tapi nak buat tu memangla kadang-kadang teruji mujahadah, keimanan, pengorbanan. Minta ampun salah silap, selamat hari raya :P. Thanks for everything you give. Shine our home with laughter and jokes. Somehow, just like yourself, umi akan senyum sendiri bila teringat macam mana abi cakap sensorang dengan kipas or kerusi bila umi tak reply soalan atau kata-kata abi sebab khusyuk dok buat mende lain, atau bila main kejar-kejar dalam rumah, atau masa main kereta api nak nek tangga. You makes me eager to be at home as soon as possible. Always think and rethink again on what else quality should I improve. Thank you sebab sabar dengan umi and tegur umi dengan sabar and lembut. Abi memang pemujuk yang awesome..
Abi yang awesome cikibum cikibum,
Yang paling umi suka, suka sangat… bila solat dengan abi.. sebab nanti bila umi doa kat Allah, “Ya Allah, kurniakan aku suami yang soleh, ampunkan dosa-dosa suamiku, kurniakan kami anak yang soleh dan solehah”, …..senang umi nak tengok kata abi. Lagi bila umi ngantok-ngantok baca Mathurat tepi abi. Abi sorang je tengok Mathurat, kot umi tersengguk or terskip, abi boleh tolong ingatkan. Heeee… Baca Quran sama-sama.. pegi program sama-sama… lagi yang paling best, merempit pegi surau sama-sama. Sambil ronda-ronda taman perumahan ke, ke kedai mamak ke atau ke funfair… hoho~
Abi....
Just in case umur umi tak panjang... Umi doakan dan berharap sangat kita redha segala ketentuan.. Selalulah maafkan umi... Umi jugak berdoa umi sangat tabah kalau abi pergi dulu... Even masa kita baru kahwin pun umi dah sebut pasal ni... We never know when the time comes...
Thank you for belanja me a pokok bunga rose yang sebenarnya umi tak la berbakat jaga pokok pun. Let’s see how long will it last.
Last but not least, a lesson learnt of life… Biarpun dulu orang kata saya anti lelaki, syadid dan apa pun… Alhamdulillah, Allah will always send a right person for us. My husband is just a precious present from Allah to me. Allah takkan hampakan kita kalau benar-benar kita menjaga diri kerana peraturanNya.. bila kita tolak yang haram, yang halal itu kemudiannya akan terasa sangat manis. Lidah mana yang tak tergigit, inikan pula suami isteri… so, always pray and pray to Allah. Dia yang Maha Berkuasa melembutkan hati-hati. Dan kepada Encik Suami… I’m done with my duty menulis pasal abi ni. Sila tulis pasal umi pulak yerk:p... Karangan tidak kurang 1000 patah perkataan, please.... Huhu.
Thursday, November 7, 2013
Sunday, March 31, 2013
Blup blup blup
Assalamualaikum wbt :)
Owh, hati ini berbunga-bunga, tenggelam timbul seperti ikan emas yang tidak berada statik dalam air:).. seperti biasa, ini adalah disebabkan keterujaan sebab Allah still gives me chance to get keyboard, internet and write in my blog. =)
Banyakkk sungguh nak tulis, nak share, nak cerita banyak-banyak... walaupun saya bukanlah insan yang special, melalui hari-hari atau pengalaman-pengalaman yang special, but hey, Allah never left me behind:) and you too.... so, still ada perkara-perkara yang saya lalui significant untuk memberi pengajaran dalam hidup saya setiap hari.. yes! Alhamdulillah...
Hopefully akan istiqamah dalam menulis ni.. hiyah~
Short restart first... nnt sambung lagi..
Sharing:
Rasulullah SAW sering bangun malam bertahajjud kepada Allah sehingga basah tanah tempat baginda solat kerana air matanya. Sehingga pada suatu hari Aisyah RA bertanyakan, bukankah Rasulullah itu diampunkan dosanya oleh Allah. Balas Rasulullah, "Salahkah aku jadi hamba yang bersyukur kepada Allah." Kemudian Rasulullah berdoa, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Aisyah yang telah berlaku dan yang akan datang, yang nampak dan yang tidak nampak... Aisyah RA nampaknya berbunga-bunga kegembiraan kerana Rasulullah SAW mendoakan pengampunan untuknya sepanjang hidupnya. "Kamu seronok wahai Aisyah?" tanya baginda. Aisyah membalas, bagaimana mungkin beliau tidak seronok dengan doa tersebut... Maka, balas Rasulullah, "Itulah doa aku setiap malam untuk umat aku."T_T

Labels:
Tazkirah,
Truely from me
Subscribe to:
Posts (Atom)