Bismillahirrahmaanirrahiim…
Akhirnya
harini berkesempatan untuk menulis sikit pengalaman pertama kali
mengandung, so, jika anda sedang dalam perjalanan menjadi seorang
ibu/ayah, ini antara perkara/checklist yang perlu anda lakukan:
TRIMESTER 1:
1. Pengesahan ujian mengandung
– biasanya kita akan buat di rumah dan pengesahan semula di klinik
dan/atau check sendiri di rumah . Tapi saya pulak terbalik, check kat
klinik (sebab ingatkan penyakit lain) dan sahkan kat rumah. Haha~. Bila
dah sah,.. ALHAMDULILLAH!!!=) You are a mother-to-be!~
2. Menangani alahan.
Alahan ni memang sinomin la dengan trimester pertama. Setiap orang ada
pelbagai macam karenah alahan. Ada yang berat, ada yang ringan. Boleh
dapatkan konsultasi yang lebih pakar tentang cara menanganinya.
Maklumlah, kadang-kadang pengalaman orang berbeza. Namun begitu, secara
emosinya, segala rasa lemah ‘wahnan ‘ala wahnin’ yang dilalui di
peringkat awal ini, mujahadah dan cubalah dilalui dengan emosi yang
positif. Doa dan zikir banyak-banyak diberikan kekuatan mengharungi
tempoh ini. Cuba fahamkan suami keadaan anda serta ruang, perhatian dan
rehat yang anda perlukan sebab dia tak rasa sakit pening anda. Bila
mommy marah-marah… emo-emo… kita bayangkan orang lain tak suka, even
baby pun tak suka. Sakit alahan tadi akan lebih terasa beratnya. So,
bertenang, bersabar. Start to be happy a mom=) because you baby wanna
live in a happy family=).
3. Pemeriksaan antenatal @ Maternity checkup –
pilih tempat untuk buat checkup sama ada di KKM (klinik kesihatan
Malaysia) dan/atau klinik biasa. Disarankan untuk buat di KKM jua… sebab
biasanya pemeriksaan mereka lebih murah tetapi terperinci dan anda akan
bisa bersalin di hospital kerajaan. Kalau pilih klinik biasa, pastikan
anda mendapat pemeriksaan wajib dan wajar seperti yang dilalui di KKM.
Biasanya ia akan berterusan hingga masuk 7/8 bulan baru sambung ke
hospital yang dirancang untuk bersalin.
4. Supplement –
Di tempoh ini, perkembangan embrio sedang pesat pada bahagian saraf
tunjang dan otak. Saya ambil asid folik seperti disaran doktor. Ada yang
menambah atau menggantikan dengan supplement yang lain. Terpulanglah,
yang penting pastikan dimakan, ye mommies..
5. Jaga makanan/minuman – sebab ada ibu-ibu yang sensitif kandungannya. Jadi, ambillah tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai dimakan oleh ibu mengandung.
6. Jaga aktiviti fizikal –
untuk peringkat awal, disarankan banyakkan berehat dan kurangkan
aktiviti fizikal yang lasak dan berat. Kita tak tahu kekuatan diri dan
janin kita untuk peringkat awal ini.
7. Perjalanan jauh – ada
jugak yang kandungan tidak tahan bila berjalan jauh atau menaiki kapal
terbang. Mungkin mitos pada sesetengah orang tapi kenyataan pada
sesetengah orang yang lain yang tidak begitu kuat kandungannya. Jangan
mendesak kalau badan kepenatan dan perlukan rehat. Rancang perjalanan
anda supaya tidak membebankan atau membahayakan kesihatan.
8. Rancang kewangan –
Berbeza orang, berbeza pendapatan dan keperluan kewangannya setiap
bulan. Bagi yang tidak begitu terbeban dari segi kewangan, mungkin
belanja bersalin, barang keperluan bayi dan ibu untuk bersalin dan
sebagainya tidak menjadi beban pada mereka walaupun jika dirancang
disaat-saat akhir. Tapi tidak untuk kebanyakan insan marhaen yang lain.
Jadi, mulakan rancang kewangan anda. Ini akan saya sentuhkan lagi nanti.
9. Amalan –
anak itukan amanah. Untuk terima amanah, tak lain tak bukan, kita perlu
kembali kepada Allah untuk mendapat segala kekuatan lahiriah dan
dalaman sepanjang tempoh bersalin dan membesarkan anak amanah Allah. So,
seek for Him. Semoga anak kita menjadi saham di akhirat nanti. Antara
yang boleh disarankan ialah jaga ibadah wajib, banyakkan mengaji Quran,
zikir dan ibadah sunat yang lain.
10. Bersihkan tabiat dan perangai –
Anda akan mula menjadi ibu/bapa tidak lama lagi. Jadi, mulalah
menyediakan diri untuk menjadi seorang ibu/bapa. Cuba tinggalkan
perangai dan tabiat buruk sedikit demi sedikit untuk si kenit yang
sedang membesar dengan penuh cinta.. See, our family now is growing to
be good too.. no only growing in number=)
11. Ilmu - sama ada baca buku, pergi seminar, tengok video, google atau attend class. Buatlah sesuatu untuk meningkatkan pengetahuan anda. Jangan hanya berharap dengan sharing di fb ya=) Rajin mencari. Percayalah, terlalu banyak yang perlu kita gali ilmu, dari ilmu mengandung, bersalin, berpantang, jaga dan didik anak dll. Bila baby sudah lahir, semuanya berlalu terlalu pantas ^_^/
11. Ilmu - sama ada baca buku, pergi seminar, tengok video, google atau attend class. Buatlah sesuatu untuk meningkatkan pengetahuan anda. Jangan hanya berharap dengan sharing di fb ya=) Rajin mencari. Percayalah, terlalu banyak yang perlu kita gali ilmu, dari ilmu mengandung, bersalin, berpantang, jaga dan didik anak dll. Bila baby sudah lahir, semuanya berlalu terlalu pantas ^_^/