Pages

Thursday, October 7, 2010

Kek Batik Gayong

Assalamualaikum wbt

Nak share resepi kek batik pulak. Kek ni perlu dimasak dengan menggunakan peralatan memasak sahaja..tiada kena mengena dengan gayong.

First time dengar dan tahu pasal kek batik, masa di foundation kalau tak silap. Dan resepi ni pun, ada senior dari Silat Gayong yang ajarkan...[banyak pahala dia, sampai sekarang masih apply resepi ni lagi]. So, sesiapa yang makan kek batik ni..insyaAllah pandai bersilat....[gurau je]

Walau bagaimanapun, resepi ini telah diedit sedikit..


Bahan-bahan:

1. Biskut marry
2. Susu Dutch Lady satu kotak kecil [yang biasa buat minum tu, Fresh Milk boleh, Low Fat boleh, Full Cream boleh..nk guna brand lain pun boleh...]
3. Serbuk koko...dalam 3 sudu makan
4. Vico, ikut suka....maybe dalam secawan setengah. Nak lebih lagi pun tak kesah.
5. Telur sebiji
6. Gula dalam 2 senduk. [boleh tambah sikit2 jugak..just nak balance rasa koko n vico]
7. Butter, separuh sahaja

Cara-cara:

1. Patah-patahkan biskut marry. Patah ye, bukan hancurkan. Nak patah 6 ke 4 ke ikut suka. Jangan besar sangat, dan jangan kecil sangat.
2. Cairkan butter dalam periuk/ multipurpose cooker. Pastikan api kecil sekadar nak mencairkan butter.
3. Masukkan telur yang dah dipukul dengan gula, [gula masih boleh tambah sikit lagi nanti kalau perlu]. Kalau api terlalu kuat..takut jadi telur dadar pulak nanti.
4. Boleh terus masukkan serbuk koko, vico dan kacau rata.
5. Then, masukkan susu sedikit demi sedikit. Api sederhana. Terus kacau dan tambahkan susu sehingga habis sekotak dan adunan menjadi pekat. [Kepekatan tu pun ikut citarasa anda. Kalau nak kek batik yang masih ada rasa biskut, boleh biar adunan lebih pekat. Kalau nak rasa kek batik yang lembut, jangan pekat sangat. Then, boleh adjust rasa. Kalau tak rasa manis, boleh tambah gula].
6. Masukkan biskut yang dah dipatahkan dan kacau rata. Kemudian boleh terus angkat dan ratakan permukaan atasnya.
7. Simpan dalam peti ais. Sedap dimakan ketika sejuk.


Tambahan: Ini kaedah bujang, boleh juga simpan sebahagian adunan coklat sebelum dicampur dengan biskut untuk diratakan dipermukaan atas kek batik nanti. Dan taburkan badam yang dipotong kecil atau chocolate rice.

Bukan gambar sebenar




Monday, October 4, 2010

PRK datang lagi!

Assalamualaikum wbt

Masuk minggu ni, saya ada lebih kurang 4 minggu lagi sebelum habis academic session, kemudian study week, dan exam week, kemudian menyiapkan segala keperluan dan persiapan untuk menyudahkan final year project, dan kemudian clearance, dan kemudian clear the room,...dan kemudian...

Nak kena cari kerja pulak lepas ni, hmm...nak kerja apa ea??

*********************************

Sibuk mengejar dateline, project, assignment, test, quiz, final exam, presentation, group work dan sebagainya. Demikianlah selalunya kehidupan seorang mahasiswa. Studying with less supervision rather than pupils or high school students.

Namun, kehidupan selaku mahasiswa tak seharusnya hanya diisi dengan kerja-kerja berunsur akademik semata-mata walaupun memang benar itulah matlamat kita di sini. There are huge differences between producing a Civil Engineering graduate alone than producing a Great Human being with a degree in Civil Engineering.


Pilihanraya kampus sebagai medan mahasiswa

Pilihanraya kampus dilihat sebagai ruang dan peluang untuk mempraktikkan demokrasi di dalam kampus masing-masing. Kalau dilihat pada tujuan pilihanraya kampus itu sendiri, umumnya adalah untuk memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Dan MPP ini secara umum berfungsi sebagai pancaindera pelajar dalam menyuarakan suara pelajar dan menjaga kebajikan pelajar.

Falsafah pendidikan negara dan mana-mana pusat pengajian tinggi di dunia ini mengharapkan untuk melahirkan pelajar yang versatile, serba boleh. Namun, agak malang apabila pendidikan hanya dijadikan alat untuk menghasilkan pekerja mahir semata-mata. Golongan pemimpin mudalah yang diharapkan untuk menerajui kepimpinan negara kelak.

Dipetik dari Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah:

Beliau berkata pilihanraya kampus adalah proses pendidikan politik bagi pelajar, justeru ia wajar menerima sambungan hangat setiap kali diadakan.

"Apa yang perlu menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah, kalau boleh, jangan ada kerusi yang dimenangi tanpa bertanding kerana kalau ada, ini menunjukkan penyertaan mahasiswa sangat rendah."

Sepanjang pengalaman yang cetek terlibat dalam pilihanraya kampus ini, senario ini memang tidak asing lagi di bumi kampus ini. 'KPI' ini dilihat paling merundum dalam pilihanraya kampus tahun 2007 kerana tiada langsung kerusi yang dipertandingkan daripada 20 buah kerusi sama ada di kerusi umum mahupun kerusi program.

Dan untuk kali ini?? Pertandingan hanya untuk kerusi umum, itupun memilih 6 calon bagi memenuhi kerusi HICOM MPP daripada 7 calon keseluruhan. Adakah ini petunjuk yang baik?? 'KPI' di peringkat program pun masih gagal nampaknya.

Pengertian 'mahasiswa' itu tidak seharusnya dihadkan sebagai pelajar/ penuntut di pusat pengajian tinggi semata-mata, tetapi sebagai kelompok rakyat yang berperanan besar dalam perjalanan dan pembentukan sesebuah negara.

Mungkin kita sudah biasa mendengar kebangkitan rakyat Indonesia yang dipimpin oleh golongan mahasiswa, akhirnya menjatuhkan kepimpinan Presiden Suharto. Mereka menzahirkan dan meninggikan kedudukan mahasiswa tidak hanya umpama pelajar tadika yang boleh diperbodohkan dan diperkotak-katik. Tapi mereka lah yang menjadi agen check and balance kepada negara, agen suara rakyat, agen social control dan banyak lagi peranan mahasiswa.

Sekadar gambar hiasan. Tahniah, dik

Mungkin ada yang berpendapat, "tak mampu la nak buat macam tu. Ini Malaysia, bukan Indonesia. Suara mahasiswa di sana dah kuat. Bising banyak-banyak kat Malaysia ini nanti kena AUKU pulak, tak pun AKTA IPTS."

Sememangnya ruang keterlibatan kita banyak disekat, tapi kita masih ada ruang pilihanraya kampus untuk menggahkan suara mahasiswa. Kekuatan itu tak datang tiba-tiba, tapi datang setelah segala macam usaha kecil yang akhirnya menghasilkan impak yang besar. Dan yang pastinya, kita sendirilah yang perlu melaksanakannya...

Demonstrasi aman untuk Palestin

JADI, ambil bahagian dalam pilihanraya kampus. Turunlah mengundi. Choose your best leader. Voice out your choice, and vote. Kalau tak bersetuju dengan calon-calon yang ada, andalah yang sepatutnya bertanding. Mereka yang akan menjadi wakil kita. Maka jangan kata nak bersuara kepada kepimpinan negara kalau di peringkat kampus pun kita gagal laksanakan tanggungjawab kita dengan sejuta macam alasan.


Reference: baca sini, dan sini

p/s: Selamat turun mengundi, 7 Oktober 2010.


“Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”-Prof Diraja Ungku Aziz

Saturday, October 2, 2010

.::Carta Lagu 17|| Pencari Jalan Mu::.

Assalamualaikum wbt...

Sharing lagu lagi..di kala ditinggalkan roomate...

**********************************

Tajuk: Pencari JalanMu
Penyanyi: Afghan

Telah banyak yang ku lewati
jalan hitam di dunia
tak terhitung salah menodai

masihkah ada kesempatan
bagiku mendekatkan
hati dan cinta kasihMu
reff:
ku ingin bersihkan diriku
dari segala dosa
yang tlah ku perbuah hingga kini
ku ingin bersihkan jiwaku
terangilah dengan segala
petunjuk jalanMu
bersihkan, terangi, hidupku
tiada yang ada selainMu
yang selalu menjagaku
meski kadang tinggalkanMu
aku hanyalah manusia
yang mencari jalanMu
yang pasti kembali padaMu


Friday, September 24, 2010

Rendang Tok Mak

Assalamualaikum wbt...

Semalam ada jamuan raya untuk students majoring in Urban Engineering..
Style potluck..jadinya, saya membantu [ beli barang] classmate (baca: syuidah) menyediakan menu Rendang Tok Mak..[nama tu sape ntah bagi dalam class]..

Resepi ni (digoogle jgk), tak terlalu tradisional, tapi tak terlalu moden...resepi ni untuk 5-6 orang makan (orang yang banyak makan)..

Bukan gambar sebenar

Bahan-bahan:

1kg daging dipotong kecik
2 peket kecik rempah kurma
suku cawan kerisik (agak2 je, tak payah letak dalam cawan)
1 biji kelapa - ambil santan, nak guna santan kotak pun boleh...pandai-pandailah agak. Tak payah habiskan yang 250ml pun tape sebab dah pekat.
garam
gula melaka/gula
sedikit air asam jawa

p/s: bahan perasa ni sila letak secukup rasa. Ikut selera dan tahap kesihatan masing-masing.

Bahan kisar:

2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai - saiz sederhana.. boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut saiz serai
1-1/2 cm halia
1-1/2 cm lengkuas
15-20 biji cili kering - just nice je pedas dia..(bagi saya la)

Bahan mayang:

3 helai daun limau purut [lebih sekeping dua pun boleh]
1 helai daun kunyit


Cara-cara:

1. Tumis bahan yang dikisar sampai naik bau. Macam mana nak tahu dah naik bau. Kena lah bau=)
2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan
4. Bila dah lembut sikit dagingnya, masukkan bahan perasa (garam, gula, jawa..eh, asam jawa)
5. Bila dah betul-betul lembut, masukkan kerisik.
6. Lepas tu masukkan daun-daunan...tunggu sampai pekat.
7. Lastly, padamkan api atau suis (for multipurpose cooker atau hotplate), dan boleh hidangkan

Sila masak dengan api sederhana. Masa dah nak kering tu kena lah selalu kacau. Jangan tidur pulak.

Kalau nak resepi yang lagi simple/bujang, sila gunakan perencah rendang je. Senang cerita.

*****************************

Raya-raya ni banyak betul makanan. Rendang ni sahaja ada daging+santan+kerisik..Bayangkan kandungan dalam makanan ni. Nasiblah setahun sekali. Tapi still kenalah berpada-pada.

Satu kebaikan bila tahu resepi ni, sekurang-kurangnya kita aware dengan kandungan makanan tu. Nutritious ke tak, banyak lemak ke tak, tinggi kolestrol ke tak, banyak pewarna dan chemical atau tak. Maka, bolehlah diadjust-adjust supaya mengurangkan kandungan yang tidak sihat bila kita memasak.

Kalau tak pandai masak??

Belajar! [Sendiri pun tengah terkial-kial lagi. Asal nak masak je, pi google kat internet, tak pun kat Puan Zaleha]. Atau paling-paling tak reti pun, tolong basuh pinggan. Ha, masa ni baru kamu tahu bertapa banyaknya lemak dan minyak yang kita makan. Especially masa makan sup tulang atau spageti daging. Susah nak basuh ni. Dah macam planta melekat kat pinggan.


Nabi SAW pernah bersabda " Jadilah seorang muslim kuat yang karena sesungguhnya Allah SWT menyukai muslim yang kuat daripada muslim yang lemah".

p/s: Mari jaga permakanan dan kesihatan..



Dah letak color, tapi tak appear jgk..anyone can help? yang bawah ni boleh pulak..kompius

Wednesday, September 22, 2010

GERAM!! MARAH!!! PANAS!!!

Assalamualaikum wbt

Pernah marah? Selalu? Kenapa marah?

Macam-macam yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari yang melibatkan perasaan dan emosi. Gembira, tenang, bahagia, tertekan, geram, marah...dll..Kemarahan, kekecewaan, kemaafan, dan keceriaan adalah emosi yang diciptakan oleh Allah untuk mewarnai kehidupan.

Saya sendiri, tak suka dimarah dengan suara tinggi. Jadi, seboleh-bolehnya saya akan cuba mengelak dari buat perkara yang buat orang marah..Sejak sekolah lagi. Perkara paling nakal yang saya pernah buat..erm...tidur dalam kelas sekali sekala walaupun berpakaian pengawas...minta tolong dengan junior [itupun adik tu yang nak tolong, lepas tu bagi upah milo sepeket], fly [fly dengan izin jugak ni, sbb guna cikgu untuk bawa keluar..tapi orang lain kena grounded tak boleh keluar]....

Apa yang akan jadi bila marah??

Urat-urat di muka terasa menegang..kening dan dahi berkerut..muka masam...susah nak senyum..kepala pening..not in da mood..diam memanjang atau membebel...mampu menyebabkan menangis [marah tahap tinggi]..boleh menyebabkan berlakunya dosa-dosa yang lain [eg. mengumpat, menyumpah seranah]..dll


Kesannya??

Kadang-kadang orang-orang yang tak berkenaan pun terkena tempiasnya. Kalau kita meluahkan untuk diambil iktibar atau pendapat boleh tahan lagi..tapi kalau orang-orang tersebut terkesan dek suara yang tinggi, muka yang masam dll...mesti kalau kita di tempat orang tersebut pun..kita rasa tak selesa. Silap hari bulan pula, ada yang kena pukui.

Apa pun...lihat balik sebab kita marah. Takkan nak marah atas sebab yang sia-sia kan? Buat pening kepala je. Kalau betul kita marah kerana alasan yang sepatutnya..maka ada masa memang kita perlu marah.


Takut dengan orang marah??
Ada tips menghadapi orang marah...dapat dari Solusi

1. Jangan curahkan minyak tanah [gasolin]
Minyak angin takpe=)..Salah. Maksudnya jangan tambah lagi kemarahannya. Kalau kita yang kena marah, terima shj, kita sudah pun menang.

2. Minta dia duduk dan bertenang
Cakap dengan dia, dia ada banyak masa nak cakap. Sebab kadang-kadang mereka ni bimbang suara mereka tidak 'didengari'. Kasi can la..

3. Dengar apa yang dia perkatakan
Tak payah tergopoh nak berhujah atau berdebat. Biar shj dia luahkan apa yang terpendam. Perkara tu mesti sangat penting bagi dia sehingga dia boleh jadi marah.

4. Sediakan "pentas" yang sama rata
Orang yang marah ni seolah-olah nak mencari kemenangan. Jangan ragu-ragu untuk "merendah" buat seketika. Jika dia berdiri, kita berdiri. Kalau dia duduk, kita duduk

5. Mendengar secara empati
Cuba bersedia untuk memahami.

6. Berfikir seperti pakar kaunseling
Mereka yang marah ni biasanya ada tekanan yang banyak. Cuba jadi pakar kaunseling kejap. Cuba kenal pasti masalah and fokuskan pada tindakan dan isu yang spesifik, bukan umum.

7. Tenangkan dia
Bagi masa untuk bertenang. Guna suara dan bahasa badan yang positif.

8. 'Simpan' dulu ego anda
Untuk situasi ni, ego melampau memburukkan keadaan.

9. Memaafkan, jangan berdendam
Dendam hanya menyusahkan banyak pihak, menyerabutkan jiwa.

10. Berundur bukan beerti kalah
Kalau dia agresif, kita berundur. Bukan pengecut atau kalah, tapi strategi dan lambang kedewasaan. Kita nak selesaikan masalah, bukan tambah masalah. Tapi jangan dayus, perlu berpatutan dan sekadar untuk mempertahankan diri, bukan nak lepaskan geram.



*************************************

"Orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." Ali-Imran:134

Ulama menjelaskan bahawa perkara ini terdapat 3 peringkat:

Peringkat pertama: Orang yang jika diperlakukan secara tidak baik, maka dia mampu menaham kemarahannya. - tingkatan orang seperti kita yang masih kekurangan. Iaitu menahan kemarahan dan tidak ingin membalas dendam terhadap perilaku jahat yang dilakukan serta tidak mahu melakukan perbalahan.

Peringkat kedua: Jika dia menambah lagi kebaikanya "Dan memaafkan (kesalahan) orang.." (Ali Imran: 134). Dia menemui orang itu dan mengatakan, "Semoga Allah memberikan maaf kepadamu."

Peringkat ketiga: Jika dia menambah lagi kebaikannya "Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran:134). Maka dia pergi menemui orang itu dengan membawa hadiah atau menjabat tangan.

*****************

Mesti ada sebab kenapa orang marah. Muhasabahlah diri kita. Kalau memang benar salah, apa salahnya kita mengakui dan berubah, minta maaf pada yang berkenaan. Sampai bila nak menegakkan benang yang basah, mencipta-cipta alasan untuk berhujah.

Yang marah pula, berpada-padalah. Semoga tak terlalu melayan perasaan marah. Usually explanation is necessary and helpful, so lend your ears to hear.

p/s: Berpesan pada diri sendiri. Jauhi kami dari sikap pemarah dan kemarahanMu, Ya Allah T_T


Tak tahu kenapa tak boleh ubah-ubah warna skrg...mesti ada explanation..hmm


Sunday, September 19, 2010

=)



Assalamualaikum wbt..

Jumpa sesuatu yang menarik semasa baca buku How to Win Friends and Influence People, tulisan Dale Carnegie.


It costs nothing, but creates much
It enriches those who receive,
without impoverishing those who give
It happens in a flash and the memory of it
sometimes lasts forever
None are so rich they can get along without it,
and none so poor but are richer for its benefits
It creates happiness in the home, fosters good will in a business,
and is the countersign of friends
It is rest to the weary, daylight to the discouraged, sunshine to the sad,
and Nature's best antidote for trouble
Yet it cannot be bought, begged, borrowed, or stolen,
for it is something that is no earthly good to anybody till it is given away

For nobody needs a smile so much as those who have none left to give!




******************************

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


So, SMILE=). Selamat hari raya, maaf zahir batin



Wednesday, September 1, 2010

Halal vs Haram, yang mana menang????

Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang kita suka sangat akan sesuatu, akan seseorang...
sampai hati begitu teruja, terlupa, tertinggal aqal dalam bertindak..dek kerana kesukaan yang sangat..

Boleh jadi juga kita berkehendakkan sesuatu, teramat mahu..sampai lupa mempertimbang yang baik dan buruk dalam bertindak..mengenangkan hajat kita perlu dipenuhi, tak peduli yang lain..PERLU! Noktah.


Bahkan tidak mustahil kerana kebencian dan ammarah melampau, kita bertindak..sekali lagi tidak menghiraukan batasan hukum dan adab tatasusila.. Hilang waras. Hilang rasional. Sekali lagi emosi menang konflik perang dalaman.

HALAL vs HARAM

Kita perlu selalu membuat keputusan dalam kehidupan. Semenjak bangun tidur, kita membuat perlu membuat keputusan sama ada untuk bangun solat subuh atau tidak. Untuk bersarapan pagi atau tidak. Untuk menonton tv atau mengemas rumah. Bahkan berterusan sehingga kita tidur semula.

Melihatkan contoh kondisi konflik yang disebut awal tadi, itu cuma sekadar contoh. Contoh di mana hati, aqal, emosi dan nafsu berperang empat penjuru, bahkan kadang kala kita berada di tebing hukum halal dan haram dalam menentukan sesuatu keputusan.

Keputusan, oh keputusan. Susahnya membuat keputusan. Memang kadang kala keputusan amat sukar dibuat. Tapi Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Sudah dibekalkan kita bermacam panduan untuk membuat keputusan. Berhujahlah dengan panduan Allah dan Rasul, bukan panduan emosi dan hawa nafsu senteng dan singkat kita semata-mata. Maka, marilah kita merenung kembali hujahan kita. Hujahan atau alasan.

Dan lihatlah di sekeliling kita, bahkan di dalam diri kita sendiri, ada masanya kita atau mereka menanggung beban dan kesan yang teramat besar dan berterusan dek kerana tersilap membuat keputusan di dalam hidup.

Konflik ini bukan hanya kita alami. Sahabat Rasulullah SAW juga pernah alami. Sirah tauladan untuk kita ambil pengajaran. Tinggalkan yang haram, kita akan dapat yang halal.


**********************************************************

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, “Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal.”

Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, “Tinggalkan yang haram, dapat yang halal.”

Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar…datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, ” Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal.”

Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.

Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya.

Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. “Saya seorang duda,” jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.

Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.


p/s: Jika Allah berkehendakkan sesuatu pasti amat mudah untuk Allah berikan. Maka, malulah pada Allah yang di pengetahuanNya segala aib kita, salah dan silap kita. Dan jika Allah mengkehendaki rahsia salah dan dosa yang kita sembunyikan serapi-rapinya terbuka juga, bukankah semuanya mudah bagiNya?

Ya Allah, pimpinlah hati-hati kamu untuk memilih jalanMu yang halal serta meninggalkan yang haram. Selamatkan kami dari nerakaMu.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." Al-Baqarah: 286