Pages

Sunday, January 10, 2010

Ends of 32 memorable weeks

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah telah tamat secara rasminya berpraktikal di Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd. selama 32 minggu. Dan bersyukur juga kerana final presentation berjalan lancar. Terima kasih diucapkan buat groupmate yang bersama-sama membuat yang terbaik.

Buat semua, semua warga JPZ terutamanya Road and Highway Department serta SV terbaik, Tuan Hj Shamshuddin dan Madam Norma Nun=P, terima kasih banyak-banyak=P.

Pictures speak louder than word...






Eh..







Mana gambarnye?






Ada, ada..

















loading...




Taleh masuk lagi sebab internet lambat sikit...ha lain kali saya masukkan...terima kasih kerana membaca=)

ok...ni dia...

Hj Amran, the Head of Department of Road and Highway Department

Nu'man dan Hj Shamshuddin Ab Jalal, our supervisor

Incik Syafiq Zahar dan Hj Ibrahim kesayangannya. Berkongsi SV dengan Cik Siti Zulfa Hanim

Er,..abaikan wajah-wajah kelaparan ni ye..Madam Norma, Kak Aleen dan Abang Fendi. Sedang mencari peluang mendekati kek Secret Recipe ~_~

Ha, senang sikit. Semua ada. Ketika kami 'menjuarai' pertandingan bowling interdepartment. Sowi Structure Department =). Gaya Incik Syafiq sama dengan gaya Amar de budak kecik.


Friday, January 1, 2010

Jendela dan Daun Pintu

Assalamualaikum wbt

Sekarang sedang mode sedikit cemas, barangkali dek kerana preparation presentation slide utk praktikal ni masih boleh dikatakan 30-40%....


Cemas-cemas jgak..bak kata SV, Tuan Hj Shamshuddin Ab Jalal,

" When the going gets tough, the tough gets going."

[Itulah yang sedang berlaku ketika ini, sedang mengtoughkan diri]


Tajuk kali ni abstrak sikit. Selalu orang sebut tentang Kenangan di Jendela 2009 atau yang sewaktu dengannya. Maka saya pun nak selak-selak sedikit jendela '2009' yang telah pun berlalu semalam.

Tiada kaitan dengan iklan TM (Through my window)

Malam tadi saya berpeluang lalu di Dataran Merdeka..selepas stay back di office untuk menyiapkan slide yang tidak siap lagi, dan sedikit perbincangan dengan teman-teman. Sedang kereta berhenti di suatu simpang, menghadap bangunan deretan kedai. Yang dihadapan kami ini satu premis office, pintu masuknya dihiasi dengan gerbang metal yang mampu melantunkan bayang.. Sambil berborak di telefon, tiba-tiba saya terkedu melihat gelagat seorang pemuda yang berjalan di koridor office tersebut.

Dia berseluar pendek atas lutut, baju yang agak sendat, dan gaya jalan yang lemah lenggok sedang membetul-betulkan baju sambil melihat ke arah pintu gerbang office yang berkilau itu ibarat sedang melihat diri di cermin yang panjang.
Seorang lagi temannya datang berskirt pendek hitam, dengan renda-renda sambil memegang beg tangan di lengannya. Mereka jalan sambil menoleh ke kiri dan kanan..hilang dari pandangan.

Bukan gambar sebenar. [Ni versi sopan sikit]

Perbualan saya di telefon sekejap-sekejap terganggu dengan panorama yang baru berlalu...
Kami meneruskan perjalanan lagi, suasana di Dataran Merdeka agak gegak gempita..Polis trafik tabah menjalankan tugas memandangkan ada jalan-jalan yang ditutup...Bunyi wisel pelbagai bunyi untuk memeriahkan suasana malam sambutan tahun baru kedengaran di sana sini.. tak termasuk dengan skarf2 mickey mouse dan tanduk-tanduk yang berlampu...

Di tengah-tengah lautan orang yang ramai, masih sempat saya melilau melihat sekeliling. Seorang pakcik sekitar umur 50an sedang memaut perempuan muda awal 20an sambil pakcik itu memakai topeng berlampu yang bermisai, cermin mata dan berhidung besar. Anak diakah? Hati cuba bersangka baik..tapi gelagatnya buat saya terkedu kali kedua...


Ramai orang datang berbondong-bondong menuju ke arah Dataran Merdeka...ada yang menyorong pram anak, ada yang mendukung baby yang tidur yang serasa saya hanya berumur sebulan atau kurang daripada itu...tiba-tiba mata saya tertancap pada segolongan anak muda lelaki dan perempuan yang berpakaian ketat, ala-ala gothic dengan rambut yang pelbagai warna. Usia mereka?? Saya boleh katakan sekitar 13-15 tahun...hati mengucap panjang..


Sambutan apakah yang sedang diraikan ini...sambutan melihat bertapa ramainya anak bangsa yang rosak sekitar tahun 2009? Kalau dikatakan ibu bapa teruja membawa anak-anak melihat bunga api, adakah mereka sanggup mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka dek bau asap rokok yang ada di sekitar [kebanyakan yang hadir merokok, sedang ada makcik yang meriba anaknya di sebelah orang yang merokok]. Tak cukup itu, anak-anak berumur bawah 2 tahun tu didedahkan dengan suasana bingar. Sedang kita saja tidak tahan bunyi sedemikian bising.

Di sepanjang perjalanan pulang, hati ni tiba-tiba sayu...Semoga Allah buka Daun Pintu hati mereka. Semoga mereka diberikan hidayah dan petunjuk..


Pagi 1 Januari..


Kami menonton berita pagi yang memaparkan suasana sambutan malam tahun baru di banyak negara antaranya Australia dengan persembahan bunga api di Jambatan Harbour, begitu juga di Malaysia, Korea dan kebanyakan tempat yang lain, di Jepun, rakyatnya beramai-ramai mengadakan upacara keagamaan di kuil..


Kita??Kenapa tidak di masjid atau majlis solat hajat atau doa-doa?? Aneh rasanya perkara yang dibudayakan ini...
Apa yang berlaku selepas anak-anak muda ini bertemu dan bersama selepas lewat malam? Adakah masalah sosial yang menjadi penyeri usai tutupnya jendela 2009 dan bukanya daun pintu 2010??

Sama-sama kita fikirkan dan muhasabahkan..