Pages

Wednesday, September 14, 2011

Ramadhan yang Terpaling~

Assalamualaikum wbt...=)

Selamat Hari Raya...maaf zahir dan batin..
Mode yang agak gembira malam ini, mungkin seronok menggunakan wifi free kat KFC ni...^_^ Bukankah yang percuma itu memang selalunya menggembirakan=)

Topik kali ni? Carca marba, I guess.. why? Tak tahulah..


Let us start with the function and effect of blogging. One of the function, to expose the unexposed part of yourself (I mean here is in terms of feeling. Hmm, agaknya.. yeke?)
And the effect is, (ada banyak, ni antaranya) mampu meredakan your unexplainable emotions and feelings sebagaimana mengalirnya idea ke ruang mencatat entri baru ini.

Namun, jika kita cuba mentafsirkan perenggan di atas ibarat sedang menkaji KOMSAS novel dulu, dapat membayangkan jiwa penulisnya yang memang agak carca marba, tapi sebenarnya maksud yang tersirat memungkinkan penulis sebenarnya ingin meluahkan sesuatu...............yang....... tidak terluah~=)


Kesimpulannya dari pendahuluan di atas, pemilik blog ini mendapati blog banyak digunakan ibarat diari untuk meluahkan apa-apa sahaja perasaan, pendapat dan pendangan peribadi. Itu saja.


Tajuk seterusnya,

Ramadhan yang Terpaling~..

Ramadhan kali ini, benar-benar diuji.... Syawal juga,...sebenarnya dari Rejab dan Syaaban juga... dan sekarang sudah nak masuk ZulKaedah...~~. 
More on mentally and spiritually. One of my best friends once said, "Kamu kuat, sebab tu Allah uji kamu." 
"Allah sayang kamu la tu, Dia uji kamu." 
Wahai sahabat, tahukah kamu beban ini terasa seolah terangkat walaupun untuk sementara... how it make me so relief...dan tenang. Thanks ~_~...

Though sometimes, hati ini terasa carca marbanya.... emosi berkata "Boleh saja doa orang teraniaya, biar dia rasa apa yang kita rasa. Biar Allah balas kat dunia dan akhirat." Fuuhhs~ (emosi sungguh)...

Tapi iman kata, "Sabar, semua orang buat salah. Mungkin bila kita sabar kali ini, mereka tersedar dan ambil pengajaran seumur hidup menjadi insan yang lebih baik." (owh, sungguh teruji).....................[tunduk~]



Teringat pula perjalanan dalam bas ekspress dari Johor ke KL di suatu hari yang tenang. Ada 2 orang pakcik berusia, Tabligh rasanya.. Terasa 'meriah' juga perjalanan tersebut, mendengar pakcik berdua tersebut bercerita... atau dengan kata lainnya, berdakwah. Sepanjang perjalanan itu sarat dengan pesanan-pesanan kepada si pemandu bas. Satu yang saya kenangkan, "Dunia ini ibarat bangkai kambing."
Ya, ada hadis Rasululllah SAW berkenaan itu..

Tapi memang dunia inilah ujian  kepada manusia... orang lain termasuk kita... dalam apa bentuk sekali pun keseronokan, harta, hiburan, kecantikan atau apa pun. Dan kali ini, saya (kami sebenarnya) yang jadi mangsa orang yang ralit ini. 

Firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8;
"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita."


p/s: Saya juga tidak lepas berbuat silap.. hari ini sahaja entah berapa banyak silap yang saya buat... berapa banyak hati yang telah saya sakiti...berapa banyak orang yang terkesan dek tindak tanduk saya... dalam sedar atau tidak. Yang pastinya, diri ini juga akan mengharap kemaafan mereka nanti. Jadi, Incik Hati --> 'Sila Bersabar yah!'

Mungkinkah kita juga akan menjadi sedemikian jika diuji dengan kesenangan seperti mereka...Nau'zubillah. Ya Allah, peliharalah kami.  

Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemaaf.. Ampunkan kami, dan ampunkan mereka.. Berikan petunjuk hidayahmu atas kami, dan juga petunjuk hidayah ke atas mereka.. Sabarkanlah kami, dan sabarkanlah mereka... Insafkanlah kami, dan insafkanlah mereka...Aminn.



Isi yang memang carca marba...sigh~