Pages

Tuesday, July 20, 2010

..::Carta Lagu 15 :: Satu Cinta::..

Assalamualaikum wbt..

Lagu yang menarik..


**********************************

Tajuk : Satu Cinta
Munsyid: Star Five

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku...

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku...


Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu
Ku pasrahkan...



Oh Tuhan... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia



video

Sunday, July 18, 2010

::Check kalendar sekejap::

Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari lahir sahabat saya, begitu juga semalam dan kelmarin...bulan Julai..



Dalam kita menghitung-hitung tarikh kalendar masihi, menunggu sampainya tarikh-tarikh penting tertentu, kadang-kala ada yang terlupa untuk cakna tarikh di bulan hijriah pula...

Sila tengok kalendar di page ini, kepada sesiapa yang mungkin masih terlupa, kita sudah di bulan kelapan takwim Hijriah, Syaaban.. Kelebihan dan keistimewaannya? Boleh anda baca di sini.


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

*************************************************

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

*****************************************************

Satu video yang menarik untuk dikongsi. Semoga kita sama-sama mengambil manfaat, dan menambah serta mencambahkan lagi rasa sayang kepada Rasulullah SAW.



video

Dan semoga ingatan dan rasa sayang ini menguatkan lagi mujahadah dan istiqamah kita...dan semoga dengan kekuatan itu, Allah kirimkan juga kekuatan buat orang-orang yang kita serukan untuk kita sama-sama laksanakan apa yang disuruh Allah dan Rasulnya...


p/s: Bila nak buat nakal, ingat [ I love Rasulullah SAW] =). Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wassalam.. Tak lama lagi kedatangan Ramadhan yang dinanti..semoga sempat..

Friday, July 16, 2010

"Kamu sayang Palestin?"

Assalamualaikum wbt..

Selepas ratusan kapal membawa misi kemanusiaan disekat dan diserang, kini Hope, kapal bantuan Libya pula menerima nasib yang sama.

Kapal bantuan kemanusiaan daripada pertubuhan yang diketuai anak pemimpin Libya, Moamar Gaddafi, Yayasan Gaddafi telah berlepas dari Greece ke Gaza 10 July yang lalu. Kapal itu memuatkan 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan, di samping beberapa aktivis kemanusiaan yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Seperti biasa, Yahudi laknatullah itu terus-terus memasang strategi dan bertindak menyekat segala bentuk bantuan buat saudara-saudara kita di Genting Gaza, bahkan tidak teragak-agak untuk bertindak secara kekerasan. Dikatakan kapal dari Libya itu dipercayai mengalami kerosakan teknikal yang kecil. Kerosakan itu disebabkan gangguan pihak tentera Zionis. Dan semalam, 15 July, kapal tersebut mengubah haluan ke Mesir.


***************************************************

"Kamu sayang kepada Palestin?" demikian soalan seorang budak kecil, dengan pandangan mata yang redup, kepada salah satu rombongan Malaysia ketika melawat khemah perlarian di Gaza.

"Sayang kepada Palestin, juga pada kamu semua," jawab salah seorang dari ahli rombongan dengan santun..

[Dipetik dari buku Cinta di Langit Gaza tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor]

Membayangkan kanak-kanak kecil tersebut, buat hati saya sayu seketika. Berlegar-legar persoalan tersebut di fikiran..
'Saya sayang Palestin??'

Cuba saya cari ayat yang sesuai untuk menjawab, tapi seakan gagal menyusun ayat, seolah hilang vocabulary....mengenangkan apakah perasaan ini dinamakan sayang...dan apakah sudah cukup manifestasi sayang tersebut dilaksanakan selama ini..

Anda pula bagaimana??

***************************************************