Pages

Sunday, July 18, 2010

::Check kalendar sekejap::

Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari lahir sahabat saya, begitu juga semalam dan kelmarin...bulan Julai..



Dalam kita menghitung-hitung tarikh kalendar masihi, menunggu sampainya tarikh-tarikh penting tertentu, kadang-kala ada yang terlupa untuk cakna tarikh di bulan hijriah pula...

Sila tengok kalendar di page ini, kepada sesiapa yang mungkin masih terlupa, kita sudah di bulan kelapan takwim Hijriah, Syaaban.. Kelebihan dan keistimewaannya? Boleh anda baca di sini.


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

*************************************************

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

*****************************************************

Satu video yang menarik untuk dikongsi. Semoga kita sama-sama mengambil manfaat, dan menambah serta mencambahkan lagi rasa sayang kepada Rasulullah SAW.





Dan semoga ingatan dan rasa sayang ini menguatkan lagi mujahadah dan istiqamah kita...dan semoga dengan kekuatan itu, Allah kirimkan juga kekuatan buat orang-orang yang kita serukan untuk kita sama-sama laksanakan apa yang disuruh Allah dan Rasulnya...


p/s: Bila nak buat nakal, ingat [ I love Rasulullah SAW] =). Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wassalam.. Tak lama lagi kedatangan Ramadhan yang dinanti..semoga sempat..

1 comments:

AHMAD said...

Harini birthday khabir plop