Pages

Monday, June 22, 2009

::Tag & Award::

Assalamualaikum wbt...

Saya dikehendaki meng'share'kan tag dan award ini oleh orang yg berikut...sekian trime kaseh=)

a)
Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Miss Afzan bt Mahmad. Beliau ini, adelah kawan sejak di sekolah rendah. Masa di sekolah rendah, tak kawan sangat dengan dia=P, sbb mak dia cikgu, dia eksen sket.[terbukak cite plak Jan, sowi] hehe

Seterusnya di sekolah agama dan sekolah menengah rendah serta di asrama, kami bersama-sama ibarat belangkas yang disepitkan bersama Intan.

Kamilah warga library yang tidak jemu-jemu menjadi penunggu setia library sekolah mahupun library asrama. Kami jualah yang punyai label-label pelik.

Incik Afzan ini jga, pernah bergelar deskmate, dormmate, groupmate, table dewan makan mate, table prep mate, dan sebagainya. Kini, merangkap jiran, walaupun jauh sket.

Apabila beliau diganggu rakyat-rakyat sekolah, kamilah ibarat bodyguard tak bergaji. huhu... Kami saling membodyguardkan antara satu sama lain.

Bila sudah smbung stady, beliau di UIA, Intan di UTM. Kami masih lagi berhubung. Balik cuti boleh singgah rumah, atau pegi beli buku di Badan. Betulkan kawan-kawan?=)

Kini, beliau sudah semakin dewasa. Mungkinkah tidak lama lagi, saya akan menerima kad wangi??Mungkin jga...hmm...

=)


b) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri

1. Susah nak cakap pasal diri sendiri, jadi mungkin tak smpai 10
2. Haih, susah la nak ckp...
3. Ape nak ckp ni
4. Saya
5. Erm..
6. Sebenarnya saya,
7. Uhuk2 [terbatuk plak]
8. Semula2
9. Sebenarnya saya,
10. Inilah saya. Sekian terima kasih=)

Sekadar gambar hiasan=)


Thursday, June 18, 2009

Carta Lagu 6

Assalamualaikum wbt

Satu lagi lagu untuk dishare buat semua...
Hampir menitis air mata tatkala mendengar lagu ni...

semoga dapat kita hayati akan liriknya...


*********************************************

Hamzah Asadullah
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
http://liriknasyid.com

Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada',
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,
huwa saidina hamzah asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,
Berjuang berkorban demi Allah.

Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.

Sunday, June 14, 2009

Tangga Berat

Assalamualaikum wbt..

Mesti ramai tertanya-tanya tangga apa yang berat ini??
Tidak ada kena-mengena dengan kejadian memikul tangga mahupun jatuh ditimpa tangga=)

Departmentmates saya barangkali sudah pernah dengar ungkapan ini.
"Tangga ofis ni berat."

"Bila pula awak angkut tangga tu."
"Tak kira, tangga tu tetap berat." (-__-)"

Teori sendiri. Tangga tu ada karpet. Extra forces are needed to climb the stairs up to the fifth level. Hmm..Tapi kenapa berat? Perkataan tu yang muncul yang otak ^_^. So, terima saje ye. Tangga tu berat. Minta maaf kepada pakar-pakar bahasa. Nanti saya tgk balik apa-apa perkataan lain yang lebih sesuai. Tapi faktanya...

Berat (tangga+karpet) [eg, tangga ofis] > Berat (tangga) [eg. tangga rumah]

Jadi, in physical... memang tangga tu lebih berat. Saya tidak salah rasanya=)
Jadi, apa yang menarik sangat dengan tangga berat ni....
Bagi saya, tangga itu seperti sebuah kehidupan.
Dan berat itu, dengan segala dugaan dan badai dalam hidup.. apatah lagi dengan dugaan di jalan Islam...
Dugaan dalam kita memikul amanah-amanah yang ada...
Sudah pasti ada masanya kita berasa berat jga bukan?

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." Surah At-Taubah: 41

Disebut dalam suatu siri ceramah akan cerita berkaitan seorang sahabat Nabi yang mulia. Beliaulah Mus'ab bin Umair r.a.

Mus'ab bin Umair salah seorang sahabat Nabi yang datang dari keluarga yang kaya-raya serta suka berpakaian kemas, mahal dan indah sebelum beliau memeluk Islam. Beliau dibesarkan dari keluarga yang mewah, anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik-beradiknya yang lain, serta memiliki rupa yang kacak dan menjadi kegilaan gadis di Mekah.

Mendengarkan berita keislamnya, ibunya amat marah. Dia dikurung dan diseksa oleh ibu bapanya. Namun, keyakinannya sedikitpun tidak berubah bahkah dia tidak jemu-jemu menujuk ibunya memeluk Islam kerana kasihkan ibunya.

Sehinggalah suatu hari, ibunya pucat lesi kerana mogok lapar, tidak mahu makan dan minum sehingga Mus'ab meninggalkan Islam. Tapi, apa kata Mus'ab walaupun hatinya amat kasihnya ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali. Sungguh, jalan Islam tidak mudah..

Akhirnya, Mus'ab dihalau keluar. Dalam siri hijrah ke Habsyah, beliau mengikut rombongan tersebut. Pulang dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah menjadi kurus kering dan berpakaian compang-camping. Rasulullah yang sedih melihatkan keadaan Mus'ab berkata:

" Segala puji bagi Allah yang telah menukarkan dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus'ab seorang pemuda yang mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan RasulNya.

Dalam siri perang Uhud, kisah Mus'ab sekali lagi menyentuh perasaan kaum Muslimin. Ketika fasa kekalahan tentera muslimin, Mus'ab yang memegang panji Islam telah dilibas tangannya oleh tentera Quraisy, Ibn Qamiah. Dari satu tangan ke satu tangan, panji masih terus dijulang, sehingga akhirnya beliau terus menyambut dan memeluk panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya, Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Gugurlah Mus'ab sebagai syuhada.

Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus'ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Banyak lagi perihal sahabat Nabi nan seorang ini yang diceritakan dalam buku-buku sirah. Dan dengan jalan yang dipenuhi dugaan yang berat ini, adakah kita mampu mencontohi Mus'ab?

"Ya Allah, tetap thabatkan kaki kami di jalanMu."

Sunday, June 7, 2009

Makhluk kenit

Assalamualaikum wbt

tertarik nak share video makhluk kenit ni..=)


video

Friday, June 5, 2009

Jurutera Perunding Zaaba Sdn Bhd

Assalamualaikum wbt

Akhirnya hari ni, berjaya meng'connect'kan diri dgn internet..
Selepas beberapa hari menempuh perjalanan yang menguji kekuatan diri selepas balik bekerja mencari-cari broadband. Sampai ke Kajang kami mencarinya. Huih..

Hari pertama masuk kerja...
Alhamdulillah tak rasa nervous sangat. Mana taknya, dah bergurau senda dengan Kak Rai, Kak Umi dan Kak Izzah. Ada 5 orang senior UTP yang akan menamatkan intership tak lama lagi. Dan kamilah kemasukan internship dari UTP yang ramai. 9 org. Boleh buat kelas...huhu

Angkatan 9 orang tersebut adalah Dya di Land Development Dept, Hayatul Husna dan Syuidah di Hydrology Dept, Amir Azfar dan Nasrol di Structure Dept, Nu'man, Bart, Kak Zulfa dan saya sendiri di Road dan Highway Dept.

Dalam Road dan Highway Dept ni pula ada 2 bahagian, saya dan Nu'man di transportation planning manakala Bart dan Kak Zulfa di bahagian Highway Design.

Kami di JPZ masuk kerja pkul 830pgi-530ptg. =) Kami mendapat briefing dari Tuan Hj Ahmad dari administrator dan Kak Zanariah dari Finance Dept. Kemudian kami berjalan-jalan di dept2 yang ada dan diperkenalkan dengan staf-staf yang ada. Macam bos baru pulak rasanya.Huhu..

Supervisor kami, Tuan Haji Shamsuddin b Abd Jalal dan Kak Norma Nun. Kali pertama ini jga kami dibrief dengan SV tentang perjalanan internship dan perkara-perkara berkaitan dengan company ini. Report dan proposal setebal 3 buku Water and Wasterwater Engineering. Bersama dengan beberapa buku rujukan.

Begitulah perjalanan hari pertama. Tak mampu den nak update hari-hari. Setakat mana yang larat je ye. Hari ini masih lagi berusaha menyiapkan tugasan mengira billing bagi diversion jalan.

Buat teman-teman lagi yang sedang berinternship, bertanam anggur, bekerja mahupun di bumi UTP, selamat meneruskan perjuangan=)

Wassalam