Pages

Featured Posts

Thursday, May 28, 2015

Persediaan Menyambut Anak - Trimester Pertama

Bismillahirrahmaanirrahiim… 
Akhirnya harini berkesempatan untuk menulis sikit pengalaman pertama kali mengandung, so, jika anda sedang dalam perjalanan menjadi seorang ibu/ayah, ini antara perkara/checklist yang perlu anda lakukan:

TRIMESTER 1:

1. Pengesahan ujian mengandung – biasanya kita akan buat di rumah dan pengesahan semula di klinik dan/atau check sendiri di rumah . Tapi saya pulak terbalik, check kat klinik (sebab ingatkan penyakit lain) dan sahkan kat rumah. Haha~. Bila dah sah,.. ALHAMDULILLAH!!!=) You are a mother-to-be!~

2. Menangani alahan. Alahan ni memang sinomin la dengan trimester pertama. Setiap orang ada pelbagai macam karenah alahan. Ada yang berat, ada yang ringan. Boleh dapatkan konsultasi yang lebih pakar tentang cara menanganinya. Maklumlah, kadang-kadang pengalaman orang berbeza. Namun begitu, secara emosinya, segala rasa lemah ‘wahnan ‘ala wahnin’ yang dilalui di peringkat awal ini, mujahadah dan cubalah dilalui dengan emosi yang positif. Doa dan zikir banyak-banyak diberikan kekuatan mengharungi tempoh ini. Cuba fahamkan suami keadaan anda serta ruang, perhatian dan rehat yang anda perlukan sebab dia tak rasa sakit pening anda. Bila mommy marah-marah… emo-emo… kita bayangkan orang lain tak suka, even baby pun tak suka. Sakit alahan tadi akan lebih terasa beratnya. So, bertenang, bersabar. Start to be happy a mom=) because you baby wanna live in a happy family=).

3. Pemeriksaan antenatal @ Maternity checkup – pilih tempat untuk buat checkup sama ada di KKM (klinik kesihatan Malaysia) dan/atau klinik biasa. Disarankan untuk buat di KKM jua… sebab biasanya pemeriksaan mereka lebih murah tetapi terperinci dan anda akan bisa bersalin di hospital kerajaan. Kalau pilih klinik biasa, pastikan anda mendapat pemeriksaan wajib dan wajar seperti yang dilalui di KKM. Biasanya ia akan berterusan hingga masuk 7/8 bulan baru sambung ke hospital yang dirancang untuk bersalin.

4. Supplement – Di tempoh ini, perkembangan embrio sedang pesat pada bahagian saraf tunjang dan otak. Saya ambil asid folik seperti disaran doktor. Ada yang menambah atau menggantikan dengan supplement yang lain. Terpulanglah, yang penting pastikan dimakan, ye mommies..

5. Jaga makanan/minuman – sebab ada ibu-ibu yang sensitif kandungannya. Jadi, ambillah tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai dimakan oleh ibu mengandung.

6. Jaga aktiviti fizikal – untuk peringkat awal, disarankan banyakkan berehat dan kurangkan aktiviti fizikal yang lasak dan berat. Kita tak tahu kekuatan diri dan janin kita untuk peringkat awal ini.

7. Perjalanan jauh – ada jugak yang kandungan tidak tahan bila berjalan jauh atau menaiki kapal terbang. Mungkin mitos pada sesetengah orang tapi kenyataan pada sesetengah orang yang lain yang tidak begitu kuat kandungannya. Jangan mendesak kalau badan kepenatan dan perlukan rehat. Rancang perjalanan anda supaya tidak membebankan atau membahayakan kesihatan.

8. Rancang kewangan – Berbeza orang, berbeza pendapatan dan keperluan kewangannya setiap bulan. Bagi yang tidak begitu terbeban dari segi kewangan, mungkin belanja bersalin, barang keperluan bayi dan ibu untuk bersalin dan sebagainya tidak menjadi beban pada mereka walaupun jika dirancang disaat-saat akhir. Tapi tidak untuk kebanyakan insan marhaen yang lain. Jadi, mulakan rancang kewangan anda. Ini akan saya sentuhkan lagi nanti.

9. Amalan – anak itukan amanah. Untuk terima amanah, tak lain tak bukan, kita perlu kembali kepada Allah untuk mendapat segala kekuatan lahiriah dan dalaman sepanjang tempoh bersalin dan membesarkan anak amanah Allah. So, seek for Him. Semoga anak kita menjadi saham di akhirat nanti. Antara yang boleh disarankan ialah jaga ibadah wajib, banyakkan mengaji Quran, zikir dan ibadah sunat yang lain.

10. Bersihkan tabiat dan perangai – Anda akan mula menjadi ibu/bapa tidak lama lagi. Jadi, mulalah menyediakan diri untuk menjadi seorang ibu/bapa. Cuba tinggalkan perangai dan tabiat buruk sedikit demi sedikit untuk si kenit yang sedang membesar dengan penuh cinta.. See, our family now is growing to be good too.. no only growing in number=)

11. Ilmu - sama ada baca buku, pergi seminar, tengok video, google atau attend class. Buatlah sesuatu untuk meningkatkan pengetahuan anda. Jangan hanya berharap dengan sharing di fb ya=) Rajin mencari. Percayalah, terlalu banyak yang perlu kita gali ilmu, dari ilmu mengandung, bersalin, berpantang, jaga dan didik anak dll. Bila baby sudah lahir, semuanya berlalu terlalu pantas ^_^/

Wednesday, May 27, 2015

Anak Kurang Selera Makan???

Assalamualaikum wbt....

Hari ni saya semangat nak kongsi pasal anak buah saya yang seketui tu:) Muhammad Dani dah hampir berumur setahun 5 bulan. Dan berlari dah dia... Cuma tula masalahnya... Selera makan kurang. Paling canggeh pun dalam 2 -3 sudu je bubur kalau mama dia bagi. Kalau mak ngah dia ni yang bagi.. Dapat la barang 5 - 6 sudu.. Itupun dengan hard n toil.. Ikut dia serata atau dipenuhi dengan insiden2 seperti mangkuk terbalik atau mak ngah bermandikan bubur Dani.. Payah bebenor.

Satu lagi... Tiap hari la dok kira dan tunggu dia dah buang air besar ke belum. Kadang-kadang satu hari tak buang. Udahla perut tu kecik, tak buang pulak... Tak pelikla kalau dia tak berapa nak makan walaupun aktif. Makin lama badan makin meninggi, lagilah nampak dia semakin kudut kurus. Kalau ada dia nak buang air besar sampai menggigil tangan sambil dia tenung lantai... Kitorang yang kat tepi ni pulak yang berguling-guling buat bunyi meneran nak galakkan dia untuk meneran.

Selalu jugak demam. Kadang-kadang sebulan tu 2 kali demam. Ada pernah demam tak kebah walaupun dan 2 ke 3 klinik pegi.. Melepek jela mamat hensem ni kat rumah. Menangis je serba tak kena.

Kawan saya kenalkan produk Shaklee dan akhirnya saya berkenalan dengan Meal Shake Shaklee. Setelah buat sedikit homework dan keyakinan yang tinggi pada produk Shaklee, saya usulkan pada kakak untuk berikan Meal Shake pada Dani.

Selepas dua hari saya tanya perkembangan Dani... "Dia makan sampai separuh mangkuk... Baru teringat dia ambil Meal Shake... Buang air besar pun dah steady je. Lebih banyak daripada biasa,"kata kakak dengan nada gembira. Tak sangka pulak kesannya segera!

Selepas 4 hari, saya tanya lagi perkembangan Dani... "Makan pun da banyak sikit. Susu pun da banyak. Buang da lebih mudah. Najis dah tak sekeras dulu. Dah terasa sikit bila dukung dia. Husband pun perasan," kakak lebih teruja. Alhamdulillah. Semoga perkembangan baik ni berterusan. Sekadar sharing...

Kepada ibu yang punyai masalah yang sama.... Ini berita baik utk anda. Sebalang Meal Shake boleh tahan berbulan2. Mana taknya.. Hanya sesudu kecil sehari sahaja! Hanya untuk setahun ke atas. Mak ayah pun boleh pakai. Nnt saya kongsikan lagi kebaikannya:)


Thursday, November 7, 2013

Surat untuk Suami

Assalamualaikum wbt

Lama sakinahummah dah bersawang dan berhabuk.. sejak lebih kurang setahun lepas… memang susah sikit nak online dan teruskan aktiviti mengarang ni. Walaupun pernah sekali sekala mencuba mengarang secara offline… hmm… dapat la barang 2 3 perenggan. Lepas tu langsung terhenti.

Alhamdulillah, terima kasih Allah, telah menamatkan zaman bujang lebih kurang 6 bulan yang lalu. Sejak setahun lalu saya bertukar kerja. Internet access pun kurang. Masa pun sebelum ni banyak terhabis dengan kerja, gerak kerja, persiapan kahwin dll. So…….. tu yang berhabuk bersawang blog ni terbiar.

As I mentioned earlier, good thing about writing a blog, it drives you to read… Baru beli rak buku baru, tu pun dah penuh dengan koleksi saya dan Encik Suami… tapi lately ni dah makin kurang membaca.. so, I know I must make a start again.

Posting pertama sempena sesi mencuci habuk dan sawangan ini ialah, atas request yang empunya badan…. Encik Suami sendiri. Haha, beliau request buat post pasal diri dia. Hm… mana nak start ni….. (grin…..)


Encik Muhammad Syafiq bin Zahar,

Kami kenal sejak di kelas Degree Civil di kampus UTP dahulu kala…. (haha, it was almost 8 years ago we enrolled in the same class on January 2006). Dan selamat diijabkabulkan pada 19 Mei 2013. Berada di kelas yang sama selama 5 tahun, praktikal di tempat yang sama, study group yang sama, majoring sama, aktiviti sama, dan lain-lain.. but believe me, di zaman dulu tu, we were not actually seeking for each other. Buat toye je…

Sampai la melalui Unit Baitul Muslim, hasratnya disampaikan.. Ketika tu hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi sebelum habis belajar. Dalam hati saya mengaku, memang cantik aturan Allah dan Dia Maha Tahu akan setiap hambaNya. Kalau dia tanyakan saya lebih awal lagi mungkin saya akan tolak kerana ke’toye’an dan ke’slumber’an kami selama ini. Heee..

Teringat masa saya bertemu bakal mak mertua ( sekarang dah mak mertua dah.. Alhamdulillah).. Saya mengaku pada bakal mak mertua yang saya perlukan pencerahan tentang perangai anaknya... Saya masih tak rasa kenal bakal suami ketika itu, dah tak lama lagi nak kahwin.. Ujian dalaman pun macam-macam.. Nak buat masjid le katekan... . Maklumlah, masa belajar dulu, cerita hanya pasal study, program, kerja... Sedikit tentang perangai dia mungkin saya tahu tapi dah namanya muslimin, tahap mana je kita kenal. Sebelum kahwin x banyak kami bincang tentang perangai masing-masing.. Tawakal dengan apa yang saya boleh lihat yang terzahir dan istikharah, akhirnya terikat jua pernikahan kami...

Abi,

Thank you for choosing me. Walaupun umi selalu fikir abi garang dulu, haha… tapi sebenarnya ketegasan abi ada kebaikan. It really helps to shape me. Minta maaf la kalau kadang2 umi termerajuk ; p. Tapi sweet jgk. Dia tahu dah banyak fe’el isteri dia ni. Toksah nak berselindung sangat la. First time panggil abi dengan nama ‘abang’, abi bahankan kita.. boleh pulak dia gelakkan. Kita dah la malu, selama ni panggil nama selamba je… hahaha.. sorryla, sekarang… no more~. Umi suka dengar bila abi panggil 'Ummiiiiiiiiiiii', macam suara budak kecik kena tinggal bas sekolah tu... Lucu... Huhu..

Abi,

Umi ni dulu dah dikire quite a successful cook tau masa bujang walaupun tak la sesempurna masakan mak, tapi bila nak masakkan abi yang selalu tulus dan lurus memberi ulasan ala-ala Chef Jo tu, umi rasa confident umi menurun dah… mungkin pulak sebab lama dah tak prektis, lama membujang la katekan... Spageti boleh la:p… minta maaf la ye. Dun worry, kalau tak sedap pun umi paksa abi makan jugak. Kerana abi, umi dok explore resepi macam-macam yang x pernah dibuat sebelum ni. Akhirnya umi tau la few more new recipies.

Abi,

Pelan-pelan umi banyak jugak belajar, kita tak boleh nak jadikan orang lain macam apa yang kita nak. Tapi kita boleh untuk jadikan diri kita sentiasa positif untuk terima kekurangan atau kelebihan orang lain. Words are easy tapi nak buat tu memangla kadang-kadang teruji mujahadah, keimanan, pengorbanan. Minta ampun salah silap, selamat hari raya :P. Thanks for everything you give. Shine our home with laughter and jokes. Somehow, just like yourself, umi akan senyum sendiri bila teringat macam mana abi cakap sensorang dengan kipas or kerusi bila umi tak reply soalan atau kata-kata abi sebab khusyuk dok buat mende lain, atau bila main kejar-kejar dalam rumah, atau masa main kereta api nak nek tangga. You makes me eager to be at home as soon as possible. Always think and rethink again on what else quality should I improve. Thank you sebab sabar dengan umi and tegur umi dengan sabar and lembut. Abi memang pemujuk yang awesome..

Abi yang awesome cikibum cikibum,

Yang paling umi suka, suka sangat… bila solat dengan abi.. sebab nanti bila umi doa kat Allah, “Ya Allah, kurniakan aku suami yang soleh, ampunkan dosa-dosa suamiku, kurniakan kami anak yang soleh dan solehah”, …..senang umi nak tengok kata abi. Lagi bila umi ngantok-ngantok baca Mathurat tepi abi. Abi sorang je tengok Mathurat, kot umi tersengguk or terskip, abi boleh tolong ingatkan. Heeee… Baca Quran sama-sama.. pegi program sama-sama… lagi yang paling best, merempit pegi surau sama-sama. Sambil ronda-ronda taman perumahan ke, ke kedai mamak ke atau ke funfair… hoho~

Abi....

Just in case umur umi tak panjang... Umi doakan dan berharap sangat kita redha segala ketentuan.. Selalulah maafkan umi... Umi jugak berdoa umi sangat tabah kalau abi pergi dulu... Even masa kita baru kahwin pun umi dah sebut pasal ni... We never know when the time comes...

Thank you for belanja me a pokok bunga rose yang sebenarnya umi tak la berbakat jaga pokok pun. Let’s see how long will it last.

Last but not least, a lesson learnt of life… Biarpun dulu orang kata saya anti lelaki, syadid dan apa pun… Alhamdulillah, Allah will always send a right person for us. My husband is just a precious present from Allah to me. Allah takkan hampakan kita kalau benar-benar kita menjaga diri kerana peraturanNya.. bila kita tolak yang haram, yang halal itu kemudiannya akan terasa sangat manis. Lidah mana yang tak tergigit, inikan pula suami isteri… so, always pray and pray to Allah. Dia yang Maha Berkuasa melembutkan hati-hati. Dan kepada Encik Suami… I’m done with my duty menulis pasal abi ni. Sila tulis pasal umi pulak yerk:p... Karangan tidak kurang 1000 patah perkataan, please.... Huhu.

Sunday, March 31, 2013

Blup blup blup

Assalamualaikum wbt :)

Owh, hati ini berbunga-bunga, tenggelam timbul seperti ikan emas yang tidak berada statik dalam air:).. seperti biasa, ini adalah disebabkan keterujaan sebab Allah still gives me chance to get keyboard, internet and write in my blog. =)




Banyakkk sungguh nak tulis, nak share, nak cerita banyak-banyak... walaupun saya bukanlah insan yang special, melalui hari-hari atau pengalaman-pengalaman yang special, but hey, Allah never left me behind:) and you too.... so, still ada perkara-perkara yang saya lalui significant untuk memberi pengajaran dalam hidup saya setiap hari.. yes! Alhamdulillah...

Hopefully akan istiqamah dalam menulis ni.. hiyah~

Short restart first... nnt sambung lagi..




Sharing:



Rasulullah SAW sering bangun malam bertahajjud kepada Allah sehingga basah tanah tempat baginda solat kerana air matanya. Sehingga pada suatu hari Aisyah RA bertanyakan, bukankah Rasulullah itu diampunkan dosanya oleh Allah. Balas Rasulullah, "Salahkah aku jadi hamba yang bersyukur kepada Allah." Kemudian Rasulullah berdoa, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Aisyah yang telah berlaku dan yang akan datang, yang nampak dan yang tidak nampak... Aisyah RA nampaknya berbunga-bunga kegembiraan kerana Rasulullah SAW mendoakan pengampunan untuknya sepanjang hidupnya. "Kamu seronok wahai Aisyah?" tanya baginda. Aisyah membalas, bagaimana mungkin beliau tidak seronok dengan doa tersebut... Maka, balas Rasulullah, "Itulah doa aku setiap malam untuk umat aku."T_T








Sunday, November 25, 2012

Perjalanan Bersambung...



Hari ini saya berjalan perlahan, cuba mengingati permandangan, batu-batuan di jalan, landskap di depan Tabung Haji, bau-bauan di sepanjang ruang pejalan kaki. Redup matahari sekitar pukul 850 pagi, tak begitu terik, tak begitu malap. Berjalan di waktu pagi tak begitu terasa penatnya, melainkan di hari-hari saya terpaksa berlari kerana kelambatan. 

10 minit berjalan, tiba di destinasi. Akan saya ingat destinasi ini, Menara Tan & Tan. Sapaan pak cik keselamatan masih seperti biasa. Morning!.” 

Tingkat 16. Saya masih ingat lagi sofa hitam di sudut lobi tempat saya menunggu untuk interview kali pertamanya. Dengan kalkulator saintifik di tangan, bersedia kalau-kalau disuruh buat kira-kira. Malangnya, hanya persediaan fizikal… persediaan ilmu entah ke mana. Dan handphone yang sudah nyawa-nyawa ikan untuk kehabisan bateri. Hati mengeluh, ‘Kalau tak ingat rumus nanti, boleh google kat phone. Macam mana ni.’ Cemas di situ. Tapi memang sudahnya, handphone tak dapat membantu di saat-saat genting.

Tempat saya, berhadapan dengan pintu pantry. Mulanya, mudah terasa terganggu. But not very much later, I feel happy with that place. Easy and fast access to get ‘supplements’ from pantry.=) Whenever there are extraordinary additional foods in the pantry, my kind leader will announce it to me or my department fellows earlier than anybody else. We will bustle into the pantry and caught some people’s attention to follow.

Nota-nota di papan cubical ini tidak banyak.. Hanya beberapa helai kertas untuk saiz piping sebagai rujukan. Saya lebih suka meja ini berkeadaan lapang. No trays, no files, no bunch of unnecessary recycle papers. Just my few little books, stationaries and a fridge magnet from Vietnam given by my sifu (I stick it onto the CPU). Helpful to make my mind widely open. 

Hari pertama, saya berblouse merah hati. Diperkenalkan kepada seluruh ahli syarikat. Mereka tak ramai. Dan saya perempuan pertama di bahagian teknikal. Semuanya 3 orang perempuan sahaja daripada lebih kurang 25 orang. Malu, segan.. rasa nak masuk bawah meja pun ada. Hari pertama, saya tidak ke pantry langsung walaupun ianya hanya di belakang cuma. Malu melampau=)

Surau kecil, tempat kami berkongsi ruang untuk solat. Berkongsi, untuk perempuan dan sebahagian lelaki yang tidak sempat berjemaah di ruang solat jemaah di celahan cubical yang tak terpakai. 

Sifu, ajarkan saya banyak perkara. Sabar, walau kadang-kadang diri ini lambat, minta mengulang, banyak soal, tak tahu buat, buat salah dan banyak lagi. Cuma sekali saya rasa dimarah. Tapi, sifu perasan itu. Kejap saja saya takut bertanya. Kemudian semua kembali seperti biasa.

Jujurnya, hati ini lapang. Gembira bekerja bersama mereka. Bak kata Wonderpet, “Kami tidak besar dan kami tidak kuat. Bila bekerjasama kerja jadi mudah.” We are yet a big established company. We may not know a lot of things, but we still manage to sort things out, up until now. Alhamdulillah. There are also times when I got stuck, fed up and despair, but Allah somehow just us want us to work a little harder. There are always way out from it. 

When I felt like I could not breath anymore, my head ached and my vision blurred, I stood up and make my way straight to the best ‘port’ to release tension in my head. “She is a good process engineer,” Atok once said=). I used to be there most of the time when I need some space. Not meant to talk or disturb, just want a sit there. Looking at other people working, gather my thought and start restructuring my work and my own mind-set. But sometimes they also came up with topics for discussions, and it usually ends long once it started. 

Or even sometimes I’m going to stare my department colleague, touch and change place of her things on the table. She will then ask me, “Why?” with smiles, cause she knew I just need to do something to distract myself from the over bundled works or unsolved matters. 

As I walked pass through the receptionist area to the lifts, I realized that there are not white-bright lamps along the corridor, there are yellow. And the big poster of jacket platform on the wall opposite the entrance door always be a catch-eye view to be seen. I even stood there sometimes and stared at the structures. 

Today is my last day there. Like any other day, Atok will greet anyone he meets on his way, “Are you OK?”. Atok, a British cool, kind and good looking veteran guy (Very-Important-Person though), always smile. That day, Atok came to my table, looking for me. ‘I even planned to see and announce it to you, Atok, that today is my last day. But you come to me just a few minutes earlier’. We had a talk in his room. Do you know when had the conversation suddenly made me sad? When I said, ‘Stay healthy,’ and you replied, ‘Be happy is the secret of living in the old age.’ I could feel my eyes watering at that moment, when I heard the word ‘old’ and you started to look away. At last, Atok gave me his name card I haven’t once received after more than a year there. Do you know that I’m just happy when I called you ‘Atok’ (behind you, of course). 

Ok, bahasa tulisan ini semakin bertukar.. Membacanya berulang kali, saya sedar sesuatu. Tidak mudah menjadi seorang translator. Jadi, saya biarkan saja. Buat kali ini. Biar saja jari-jari sihat ini terus menaip idea sementara ianya masih mengalir keluar. Fuh~ (idea ke membebel ni:P)

Saya pernah juga dipertemukan dengan seorang trainer yang sudah lanjut usianya dan kursus software Primavera P6 dengannya. Badannya tak begitu gagah lagi, baru sahaja keluar wad tapi sebaik sihat, dia kembali mengajar semula. Sedang kami makan tengah hari, saya ingat kata-kata beliau lebih kurang, “You need to know the difference between job and career. What are you doing right now? Job or career? Job is what you do, for the sake of you need to do it. Career is more than that. Career is what you want to grow and develop with.” Ayatnya simple, tapi difahami dalam dalam fikiran saya. Buat saya terfikir buat beberapa ketika, apa yang saya ingin buat sebenarnya, kerja atau kerjaya. 

Saya mahukan kerjaya. Saya mahukan kerja yang saya boleh berkembang dan belajar bersama-sama dengannya. Kerja yang ada ‘saya’ secara fizikal, emosi dan mentalnya. Bukan kerja yang semata-mata kerana menuntut tulisan dalam pay slip di hujung bulan. Yang kemudiannya setelah beberapa tahun saya terpaksa menyeret diri memaksa untuk meneruskan kerja ini semata-mata untuk mencukupkan keperluan keluarga atau membayar hutang-hutang di bank. 

I just love to be here. To be with them, kind people with good atmosphere. Where I don’t have any hesitation of going to work. Tapi, bila peluang muncul di depan mata, I really think about it. Akhirnya, I rather choose kerjaya, untuk masa ini. Ianya masa untuk saya keluar seketika dari zon selesa. Mengembalikan semula diri yang lebih bersungguh-sungguh dan berusaha untuk belajar. 

Saya simpankan kenangan dan pengalaman di sini untuk terus menggembirakan dan menjadi panduan saya meneruskan hari-hari mendatang. 

Allah, please be with me. Give me strength to go through this.



 *************
dah sebulan di tempat baru.. Baru sempat nk update blog:)


Monday, October 22, 2012

Read Baby, Read

Assalamualaikum wbt
Hari ini, akhirnya tamat jua misi untuk menghabiskan baca buku. Lama sudah rasanya hilang momentum membaca buku. Sejak dua menjak ni, kurang sudah saya membaca buku. Buku “Belajar dari Perang Uhud” di handbrake kereta terbiar entah sudah lebih beberapa bulan di situ. “Bertemu Janji Allah”, ku bawa ke sana ke mari, hanya dibawa… akhirnya tinggal di office. Dengan harapan kalau tak diri ini yang membaca, ada orang lain yang meminjam. Ada lagi beberapa yang lain, cukup dengan membaca isi kandungan, mencari tajuk dan topik yang menarik, dan seperti selalunya… berhenti lagi. Saya tahu tabiat ini akan sentiasa berlaku, rajin membaca yang bermusim. Atau boleh dikatakan baca buku dengan bersebab.


Malas agaknya. Konklusi mudahnya. Malas untuk berfikir, menghadam dan mentafsir. Atau juga seronok. Lebih seronok untuk menonton atau berborak atau berehat-rehat atau (what else have I done during my leisure time??... I’m repeating the same things again and again….~_~).. Tapi rasanya, bahagian yang berulang-ulang ini tidak dirasakan berat dan susah untuk dibuat berulang kali.

Boleh dikatakan blogging ialah salah satu sebab yang akan memaksa saya membaca. Setelah beberapa bulan saya cuba mulakan semula habit membaca yang semakin memudar. Mula dengan membeli buku-buku baru untuk rak buku kecik comey saya itu (I spend like RM50 and above in a financially-tight month with hope that I will appreciate it more and read it.) Tapi…. tahan beberapa ketika cuma… hmmph… Tak ingat apa yang berlaku dengan diri sendiri. Ianya bertahan dalam 2 hari rasanya ~_~..(or should I say, can’t exactly remember what is the excuse…deng!~) Saya tak rasa, saya sepatutnya memilih bacaan lain daripada buku yang baru dibeli ini, kerana ianya sepatutnya jadi sebahagian kecintaan saya, iman saya… “Indahnya Akhlak Rasulullah”.. Feel bad. The ties probably aren’t yet strong enough in me to resist anything else…T_T…Too bad.
Saya kemas rak buku. Sempit dan berhabuk. Seolah-olah tak saya perasan ianya wujud tersusun di depan mata beberapa ketika ini… (It is not even in the corner.. It is on the TV cabinet, where the TV is not there. Just imagine how visible should it be at the most centre of the house). Bersusun-susun buku di bahagian bawah rak, tak kelihatan kerana kesempitan rak comel saya itu. ‘Buku ni…baru jugak beli ni…’ ‘Buku ni, haritu sempat baca 2 hari je.’ ‘Buku ni, beli sampai ke Serdang masa warehouse sale, tapi tak baca lebih dari 4 muka rasanya.’ ‘Buku ni, berguna ni. Ada sebab beli dulu..tapi tak abes jugak lagi.’  Hmmm..
Saya pegang novel Inggeris “Winter Garden” by Kristin Hannah. Buku kulit keras setebal seinci tak termasuk kulit keras tu saya belek-belek. Terlupa rasanya yang saya pernah beli buku ni dulu. Kulitnya warna putih kebiru-biruan, gambar orang berjalan di atas salji. Hati berkata, ‘Saya patut mula dengan ini dulu..’ (At least)
Akhirnya, sudah beberapa hari saya hilang minat untuk menonton. Borak-borak saya juga mudah terhenti bila saya berborak sambil membaca novel ni.. (Powerful huh?~) Ianya novel.. bukan buku ilmiah “Hadith 40 Imam Nawawi” atau “Risalah Ta’lim”, atau “Bahtera Penyelamat”. Sejenis bentuk hiburan juga sebenarnya, cuma dalam bentuk membaca. Jadi, sentiasa rasa tertarik untuk membacanya. Tapi sekurang-kurangnya, saya tahu saya boleh mengelak untuk menonton, atau berborak, atau membelek twitter dan facebook.
Dalam lebih kurang seminggu, saya tamatkan buku novel tu (I am a working citizen, and even sometimes need to do overtime and go to the meetings after working hours. So, I just don’t have the whole days sitting and reading that book though I wish I can do that).
Secara keseluruhannya, novel itu bukan sekadar novel. Tak pernah saya baca novel tempatan sedemikian rupa. Pernah sekali saya baca, dengan gaya penulisan  dan jalan cerita yang kaya dengan ilmu dan kajian, "Bumi Cinta" novel karangan Habiburrahman Al-Shirazy. Cerita “Winter Garden” sebenarnya menceritakan tentang bagaimana perang, tekanan dan kehilangan akhirnya mengubah seorang wanita Rusia yang penyayang yang lembut, keibuan dan manja menjadi seorang yang memilih untuk menjadi diam, dingin, keras hati untuk terus hidup. Setting tempat terutamanya di Rusia dan masanya sejak perubahan pemerintah Stalin di Rusia dan perang tentera Jerman pimpinan Hitler ke atas Soviet Union.
Mungkin lain kali saja saya kongsikan ceritanya… terlalu kompleks untuk diceritakan. (Somehow, it is about something invisible inside. Feeling).
Ok, cukup untuk misi kali ini.. Kembali semula untuk misi yang lebih baik.. to my newly-bought-book =) Please Allah, guide us to You.




Friday, October 5, 2012

Jom Sayangi.. : Tawaduk

Assalamualaikum wbt....

Setelah berbulan-bulan, no new stock for my small-little-book-rack... Semalam alhamdulillah beli juga satu lagi buku...

Terasa hati ini perlukan sesuatu untuk diisi...
"Indahnya Akhlak Rasulullah", karangan Abdul Mun'im Al-Hasyimi. Doakan diri ini terus istiqamah membaca dan menghadam isi-isi dari buku ini..

So, topik untuk hari ini.. Jom Sayangi Rasulullah..

Placing Allah and Rasulullah in your heart, enough to fill your heart completely..
Cukup untuk membuatkan hati ini tidak lagi rajin mengeluh, memberontak atau terasa kekosongan...

Ooo, Allah.. we beg to have you in our heart. Please be close to us. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW....

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya." Muttafaqun 'Alaih.

*******************************************************

Topik hari ni: Akhlak Rasulullah - Tawaduk

1. Abu Said Al-Khudri berkata:

"Rasulullah SAW meberi makan haiwan-haiwan peliharaan,mengikat unta, membersihkan rumah, memerah susu kambing, memperbaiki kasut, menjahit baju, makan bersama pembantunya, membantu menumbuk (gandum) apabila pembantunya penat, membeli sesuatu dari pasar dan membawanya sendiri ke rumah, berjabat tangan dengan orang kaya, orang fakir, orang tua, orang muda, memulai memberi salam kepada setiap orang yang ditemuinya baik orang itu besar, kecil, orang berkulit hitam atau putih, orang merdeka atau budak."

2. Ketika baginda menyuruh  sahabat-sahabatnya memasak kambing, seorang daripada mereka menawarkan diri sebagai penyembelih. Yang lainnya menyiat kulit dan ada yang akan memasaknya. Rasulullah SAW berkata, "Saya yang bertugas mengumpulkan kayu bakar."

Mendengar perkataan baginda ini para sahabat terkejut dan bekata, "Cukup kami yang mengerjakan semunya, wahai Rasulullah."

Namun Baginda menjawab, "Saya tahu kamu mampu menyelesaikan pekerjaan ini, tetapi saya tidak suka diistimewakan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka melihat salah seorang hambanya diistimewakan daripada kawan-kawannya."


3. Saidatina Aisyah RA berkata ," Rasulullah SAW membetulkan sendiri kasutnya, menjahit bajunya, melakukan pekerjaan rumah sebagaimana kamu mengerjakan pekerjaan rumah kamu. Suatu ketika pada malam hari, keluarga Abu Bakar memberi kami seekor kambing, saya memegang kambing itu dan Rasulullah SAW yang memotong lehernya."   Rasulullah SAW bersabda, "Wahai manusia, janganlah kalian memuliakan saya melebihi kedudukan saya. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan saya sebagai seorang hamba sebelum Dia mengangkat saya sebagai nabi."  

4. Baginda tidak kisah menunggang kenderaan apa pun. Kadang-kadang baginda menunggang kuda, unta, baghal (kuda kecil), atau himar. Bahkan kadang-kadang baginda berjalan tanpa alas kaki, tanpa ridak (selendang) dan tanpa penutup kepala.  

5. Rasulullah SAW sering mempersilakan hamba sahaya atau sahabat-sahabatnya membonceng di belakangnya.  

6. Rasulullah SAW tidak berasa segan tidur di atas lantai. Apabila para sahabat membentangkan kain, baginda tidur di atasnya. Kalau tiada kain, baginda biasa tidur di atas lantai.  

7. Apabila Rasulullah SAW datang dari perjalanan jauh, anak-anak kecil menyambutnya. Baginda mendekati mereka, menggendong salah seorang daripada mereka dan memangkunya. Manakala yang lain ada yang disuruh memboncengnya dan ada yang disuruh membonceng sahabat-sahabatnya. Anak-anak itu pun gembira dan bangga. Antara mereka ada yang berkata, "Tadi Rasulullah SAW memangku saya dan kami membonceng di belakangnya". Ada juga yang berkata,"Dan Rasul menyuruh sahabat-sahabatnya memboncengkan kami."  

8. Rasulullah SAW selalu menerima pemberian orang lain dengan senang hati meskipun hanya seteguk susu atau pun sepotong paha arnab.  Namun baginda tidak mahu memakan pemberian sedekah.  

9. Rasulullah SAW selalu memenuhi undangan orang, sama ada undangan itu datang daripada orang merdeka, budak, orang berkulit hitam mahupun putih.  

10. Pernah ada seorang datang menghadapnya dengan tubuh gementar kerana takut kepada baginda. Jawab baginda," Tenanglah, saya bukanlah seorang raja, saya hanyalah anak seorang wanita suku Quraisy yang makanannya daging kering ketika di Mekah."  

11. Rasulullah tidak suka sahabatnya berdiri menyambut kedatangannya. "Sesiapa yang suka disambut oleh orang-orang dengan berdiri, hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya daripada api neraka."  

12. Rasullah pernah bersabda,"  Janganlah kaliah berlebih-lebihan menghormati saya, sebagaimana kaum Nasrani berlebih-lebihan menghormati putera Maryam. Saya hanyalah seorang hamba. Panggilah saya dengan Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah."  

*************************************************************

Demikian sedikit petikan dari topik tersebut.  

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wassalam.