Pages

Friday, September 28, 2007

Kilas Sirna Cermin

Assalamualaikum wbt


Orang yang hilang tidak jumpa petunjuk. Betapa cepat lupa langkah yang sebelum yang telah diambil-sedang ia menyesatkan.


Betapa mudah mengeluarkan airmata dan mohon maaf. Betapa mudah pula selepas itu mengkafirkan diri- nafikan murka Allah yang bakal diterima.

Hati sudah hitam. Cahaya hanya sekadar dapat berlegar. Tidak cukup untuk menerangi semula.

Aku tidak tahu kesudahan kepada penyesalan palsu yang aku reka sendiri.

Menulis, Bukan semata untuk diterjemah kepada orang lain. Bukan semata penulisan yang diharap menyentuh hati yang lain. Bukan semata menyatakan luahan yang terpendam lalu tercabut akarnya, semua dipertontonkan.

Lalu apa yang tinggal daki dan benih kotor yang sebenar belum lagi berhasil dibuang.

Hati masih lagi kotor tapi hati masih lagi mahu jadi bersih. Tapi hati masih lagi rapuh, sejenak dinaungi cahaya sejenak hati berbias-bias, terang sedikit tapi sekejap.

Sejenak dihurungi kabus maksiat berterusan pula keinginan kotor menyuruh otak berfikir. Kaki bergerak, tangan pun sama, maksiat terzahir.

Sejenak pula dirundung rasa rasa insaf, sejenak kembali kafir semula.


Hati mudah ikut cabang, ikut jalan yang tidak keruan. Hati sedar jalan itu salah, tapi hati juga yang mendesak pergi.

Nanti benda bodoh akan berulang, kafir,insaf berulang kali.


Entah giliran apa yang bakal tiba tika aku berdampingan dengan kematian kelak. Kafir dan mati atau insaf dan mati?

Aku suka menulis, aku sedih aku menulis, aku melukis. Aku bersemangat juga aku menulis. Sekarang mungkin aku menulis dalam keadaan insaf palsu lagi.

Oh Allah bencinya aku keadaan ini…
Lepas ini entah apa pula maksiat yang nafsu suruh buat. Badan dan tangan tak melawan. Otak pula, ia yang lebih genius fikirkan cara buat maksiat.

Hati aku tidak kuat, hati aku lemah dan longlai. Aku Islam pagi, aku juga kafir di petang.
Aku dah tak bermaya, aku hampir tewas, aku mesti bangun. Sebelum aku terus tutup mata, akhiri bicara, tiada lagi pena bergerak. Aku mesti berusaha.

Menulis adalah cermin, apa dalam hati maka aku pantulkan. Tapi hati juga membias. Tulisanku indah dibaca, tapi hati aku kotor juga. Semua kerana hati bijak membias. Hati aku pandai berbahasa, perdaya diri perdaya sesiapa.

Juga hati aku keji dengan Allah, hati aku, diri aku banyak menipu.
Tangan boleh menulis, boleh terus menulis. Tapi hati tidak tentu lagi dapat diubah oleh tangan yang menulis.
Maka dari hatilah segala itu perlu datang. Menulis dengan hati yang bersih, suci dan bercahaya.

~moga hatiku lurus ke arah Allah, tiada cabang~ tersentuh, mengecam dan mengecam..

somhow these are wut i felt when the first time i read it... sumhow its happening to us..rasa sayu..insaf...kembali pada Yang Maha Satu...tapi...pada certain masa n ketika...its not really there [dlm hati] always...kenapa?

kita mahu hati terus dekat dgnNya..tidak rasa ingin yg lain selain bersamaNya,
kita mahu mata terus menangis kerana takut padaNya... kita mahu sentiasa rasa didengar,dipelihara.. kita mahu jadi hambanya yg ikhlas..paling tulus bila beramal utkNya


Dipetik dari sebuah forum

0 comments: