Di kesempatan yang singkat ini, saya cuba menulis juga di samping membersihkan ‘habuk2’ di blog ini=)
Ada apa dgn 21 Ogos? Pada 21 Ogos 1969, seorang warga Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga paling mulia bagi penganut Islam. Dalam peristiwa itu, mimbar Al-Aqsa hampir runtuh. Dalam peristiwa kebakaran tersebut, pihak briged bomba tidak pun datang untuk memadamkan kebakaran walaupun balai bomba terletak berhampiran dengan Al-Aqsa. Namun dengan kekuasaan Allah, akhirnya api yang marak itu terpadam dan keadaan masjid kembali selamat. Orang Yahudi berpura-pura mengambil tindakan dengan kononnya ingin menyelesaikan masalah tersebut di mahkamah mereka. Michael mendakwa dia dihantar oleh Tuhan untuk membakar Al-Aqsa dan akhirnya laktullah tersebut dibebaskan atas alasan kurang siuman oleh si Yahudi. Negara-negara Islam bersatu untuk mempertahankan bumi suci Palestin. Semenjak hari itulah, 21 Ogos pada setiap tahun dikenali sebagai Al-Quds Day.
[terjemahan daripada artikel sempena Remembrance of Al-Quds 2008 di UTP]
Pada 21 Ogos 2008 kami bersama-sama mengenakan pakaian serba hitam. Bukanlah sebagai tanda berkabung, sebaliknya sebagai satu tanda bersama-sama berkongsi kesedihan, kegelapan dan kekejaman pada saudara-saudara di Palestin yang sudah beratus tahun dijajah.
Apa yang ingin dikongsi di sini, ada kita sedar dan peduli kesengsaraan saudara-saudara kita yang dilanda kekejaman? Bukan hanya di Palestin, bahkan Iraq, Kosovo, Lubnan, Afghanistan, Thailand, dan banyak lagi. Apakah pertolongan kita pada mereka?
Hadis Rasulullah saw:
“Sesiapa yang bangun pagi tanpa mengingati Allah swt. atau tidak berminat untuk berusaha semata mata untuk Allahs swt. maka Allah swt. tidak kena mengena dengannya. Dan sesiapa yang bangun pagi dengan tiada mengambil berat hal ehwal kaum muslimin bukanlah sebahagian dari kita.”
Sempena mengimbau peristiwa Al-Aqsa, saya ingin mengajak anda memperingati peristiwa-peristiwa kekejaman tentera Zionis dan gerila-gerila Yahudi pada umat Islam di Palestin.
31 Mac 1948, kumpulan militan dan pengganas Yahudi yang dikenali sebagai Hajnah membunuh semua penduduk Kampung Abu Kabir yang cuba melarikan diri.
9 April tahun yang sama, kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Bergin (kemudiannya menjadi perdana menteri Israel) membunuh 250 orang Islam di Dir Yasin, 100 daripadanya wanita. Penduduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak di hadapan penduduk Yahudi untuk dilontar dengan batu.
14 mei 1948, hari British mengakhiri penjajahannya ke atas bumi Palestin, menyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel ke atas 50 umat Islam di Kampung Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak dengan senjata api dan sebahagian yang lain pula dipecahkan kepala mereka dengan kapak.
11 Julai 1948, Komando Yahudi diketuai oleh Moshe Dayan menyerang kampong Al-Lad. Umat Islam lari menyelamatkan diri ke dalam masjid. Namun, mereka dikepung dan dibunuh di situ. Seramai 176 orang dibunuh di masjid berkenaan. Mereka yang hidup dihalau keluar. Sebahagian mereka meninggal dunia di pertengahan jalan kerana kelaparan.
29 Oktober pula pembunuhan kejam di ‘Albiyyun. Semua penduduk diarah berkumpul di sebuah kawasan lapang. Mereka ditembak dari semua arah.
Pada hari terakhir tahun berkenaan 31 Disember 1948, kumpulan Hajnah sekali lagi menyerang dan membunuh 60 penduduk Islam di Kmapung As Syeikh. Kebanyakan mereka dibunuh di dalam rumah sendiri.
Peristiwa yang menggemparkan dunia, di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai umat Islam di dua perkhemahan perlarian iaitu di Sabra dan Syatilla, Selatan Lubnan. Tiga hari berturut-turut (16-18 September), tentera Israel pimpinan Ariel Sharon melakukan keganasan membunuh lebih 3000 orang Islam di situ.
Mari kita imbau juga perjuangan salah seorang mujahid Palestin termasyhur yang syahid Ahmad Ismail Yasin, atau dikenali sbg Syeikh Ahmad Yasin yang juga pengasas Harakatul Muqawamatil Islamiyyah (HAMAS). Sungguhpun seluruh tubuhnya lumpuh, hilang upaya melihat pada maya kanannya dan kabur mata kirinya, pihak Zionis masih gerun dengan tokoh ini. Bahkan berkali-kali serangan untuk membunuhnya dilancarkan. Dan akhirnya, pada hari Isnin 22 Mac 2004, di kala masyarakat Malaysia sibuk menerima keputusan pilihanraya umum, Allah memperkenankan cita-cita tokoh utama perjuangan umat Islam Palestin ini untuk menyertai rombongan syuhada’. Ketika itu, beliau baru sahaja selesai berjemaah solat Subuh di masjid.
Firman Allah :
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya). Surah Al-Ahzab:23
Apakah perasaan anda? Adakah anda masih buat tak endah akan saudara-saudara seIslam kita di luar sana?
Dan untuk peringatan kita pada hari ini dan seterusnya, adakah kita telah mendoakan saudara-saudara kita hari ini??
0 comments:
Post a Comment