Assalamualaikum wbt
update sket lagi..walau bukan tulisan sendiri..
tapi kredit utk sahabiah kita ini...hasil sharing sesama sahabat..
http://muharikah.wordpress.com/2009/08/22/ubat-kefuturan/
********************
Terkadang kita tak sedar yang kita sedang futur
Kita tak sedar terkadang iman makin melemah
Semangat makin merudum
Badan makin malas
ibadah makin sumbang
duniawi telah memamah hati
dan sedikit demi sedikit kita merasa jengkel dengan mereka yang semangat untuk islam dan dakwah.
Kita mula tertanya-tanya, kenapa mereka semangat sangat untuk islam ini? Kita ini dah lebih makan garam ok? Tak semangatpun ok je? Korang semangat2 sebab apa?
Mulalah kita berideologi, cuba mencari alasan-alasan melarikan diri supaya kita boleh selesa dengan kefuturan kita.
Maka alasan demi alasan diberi.
Penat kerjalah.
kerja rumah tak siaplah.
Anak sakitlah.
Husband takde nak jaga rumahlah.
Kenduri kahwin kakak/abanglah.
Dan sebagainya.
Maka di detik di mana hati makin kering dengan semangat, maksiat mula bermaharajalela dalam diri, maka di situlah perlu cepat disedari.
Perlu bangkit dan laksanakan sesuatu.
Jangan kalah dengan keadaan kita! kerana kita sahaja dapat kawal keadaan kita!
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita
Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya
bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas
berusahalah untuk menggerakkan orang yang berdiam diri
Mulakanlah dengan kaum keluargamu apabila bertugas menjalankan dakwah
kerana mereka itu lebih utama dan lebih hampir untuk dinasihati
Allah menyuruh dakwah kepada kaum keluarga kita terlebih dahulu
dan selepas itu, urusan menjadi mudah ( petikan dari Muntalaq)
Maka di saat tiada yang menyelamatkan, maka kitalah perlu selamatkan diri kita sendiri!
Kerana itu, ajaibnya ubat kefuturan ini.
Dahulu, aku merasakan ubat futur ini adalah menghadiri majlis tarbiyah.
Namun keadaan yang mencengkam tidak selalunya ideal dengan menyajikan kita makanan ruhiyah untuk kita tiap masa.
Maka kitalah yang harus menciptakan ubat futur kita itu.
Ubatnya itulah dakwah.
Tapikan, bagaimana dapat memberi jika kita tak mendapat apa-apa?
Sedarlah bekalan itu terlalu banyak. Terkadang membuka buku dan berkongsi kefahaman buat adik-adik yang sentiasa dahagakan bimbingan itu sendiri menghidupkan cahaya yang mula malap dalam diri.
Apatah lagi ketika dapat membaca sebuah buku fiqh dakwah di dalam kereta berlatar belakangkan lagu Langkah Tercipta, cukup banyak menyedarkan nurani ini bahawa, tiada yang dapat selamatkan diri kita sendiri, melainkan kita juga!
Terkadang tiada sapa dapat menyedarkan kita. Namun kita juga yang tahu hati ini perlu dikejutkan. Maka bentanglah buku. Berdiskusi dengan ramai orang.Jangan quit dengan dakwah.Teruskan memberi, kerana memberi itu sendiri satu bekalan.
Cubalah. Antum tahu apa ana maksudkan.
Alhamdulillah Ya Rab pada hadiah hari pertama ramadhanku ini.
di sini telah kutemui kekuatanku semula.
Anak kecil pun mampu puasa, takkan tidak anda??
0 comments:
Post a Comment