Thursday, April 29, 2010
FATHER FORGETS
Tuesday, April 13, 2010
AA :: Ayah & Anak (Gej Sosial Part 1)
"Kita bercakap pasal anak-anak remaja perempuan berpakaian tidak senonoh, berbuat zina, buang anak dan sebagainya. MANA??? MANA AYAHNYA?? MANA SAUDARA LELAKINYA?? MANA DATUKNYA??" hadirin sekalian sunyi, tersentak barangkali dengan soalan-soalan ini.
"Tuan-tuan sudah menCUAIkan tanggungjawab menjaga kami, kaum muslimat," pedas, tajam berbaur sebak teguran puan penceramah, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj dan ceramah terbuka minggu lepas bersama beberapa lagi orang penceramah yang lain. Perkataan CUAI ditekan tinggi.
Pengalaman speaker sebagai pakar dalam bidang Obstetriks & Ginekologi selama lebih 20 tahun mendedahkannya dengan begitu banyak kes gejala sosial melibatkan prototype-prototype sex education yang semakin meruncing.
"Berapa banyak kali di sini, tuan-tuan puji anak-anak perempuan tuan-tuan??" suara penceramah semakin tinggi.. dari kejauhan, nampak dahinya berkerut menahan sedih. Tiba-tiba terasa tekakku perit, bergetar.
Betapa kekurangan mengucap kata-kata pujian semudah 'cantik anak ayah' menyebabkan remaja perempuan ini tercari-cari dan mendambakan kata-kata pujian ini daripada lelaki yang tidak selayaknya baginya. Lelaki yang ajnabi. Maka, layulah anak-anak ini dek layanan, kata-kata manis, pujian, pelukan dan apa sahaja lagi yang tidak sepatutnya diterima sebelum masanya oleh orang-orang yang tidak sepatutnya.
Sedangkan anak-anak yang sudah biasa menerima pujian dari ayahnya sendiri sudah punyai perisai mendepani rayuan, kata-kata manis lelaki yang cuba mengambil kesempatan.
Semudah kata-kata pujian dari sang ayah. Kata-kata dan didikan ayah itu lebih terkesan berbanding didikan ibu.
Nah, fikir2kan...
p/s: Mungkin ada kelainan dari segi dialog speaker, tapi maksudnya insyaAllah masih sama.
Yang Berbeza::Yang Tidak Serupa (Part 1)
sekadar perkongsian:
KONSERT JOM HEBOH DI KELANTAN CIPTA SEJARAH
KOTA BHARU, 28 Mac - Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan. Selain itu, hanya artis lelaki - tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya - yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas perlancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato' Sri Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini. Sambil melahirkan rasa kagumnya di atas sambutan amat menggalakkan, Ahmad Farid secara jujur mengakui Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya bagi penganjuran program Jom Heboh selama dua hari bermula 26 hingga 27 Mac.
Menurut beliau, TV3 selaku penganjur program Jom Heboh tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan 1998 termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan melibatkan artis wanita.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kita akur akan syarat dikenakan.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.
“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka di bahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.
Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.
Antara artis yang mengadakan persembahan malam tadi termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin.
Sumber = http://bbckelantan.comTuesday, April 6, 2010
Kongsi apa yang ingin dikongsi
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta
yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.