Pages

Tuesday, April 13, 2010

AA :: Ayah & Anak (Gej Sosial Part 1)

Assalamualaikum wbt

"Kita bercakap pasal anak-anak remaja perempuan berpakaian tidak senonoh, berbuat zina, buang anak dan sebagainya. MANA??? MANA AYAHNYA?? MANA SAUDARA LELAKINYA?? MANA DATUKNYA??" hadirin sekalian sunyi, tersentak barangkali dengan soalan-soalan ini.


"Tuan-tuan sudah menCUAIkan tanggungjawab menjaga kami, kaum muslimat," pedas, tajam berbaur sebak teguran puan penceramah, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj dan ceramah terbuka minggu lepas bersama beberapa lagi orang penceramah yang lain. Perkataan CUAI ditekan tinggi.

Pengalaman speaker sebagai pakar dalam bidang Obstetriks & Ginekologi selama lebih 20 tahun mendedahkannya dengan begitu banyak kes gejala sosial melibatkan prototype-prototype sex education yang semakin meruncing.

"Berapa banyak kali di sini, tuan-tuan puji anak-anak perempuan tuan-tuan??" suara penceramah semakin tinggi.. dari kejauhan, nampak dahinya berkerut menahan sedih. Tiba-tiba terasa tekakku perit, bergetar.

Betapa kekurangan mengucap kata-kata pujian semudah 'cantik anak ayah' menyebabkan remaja perempuan ini tercari-cari dan mendambakan kata-kata pujian ini daripada lelaki yang tidak selayaknya baginya. Lelaki yang ajnabi.
Maka, layulah anak-anak ini dek layanan, kata-kata manis, pujian, pelukan dan apa sahaja lagi yang tidak sepatutnya diterima sebelum masanya oleh orang-orang yang tidak sepatutnya.


Sedangkan anak-anak yang sudah biasa menerima pujian dari ayahnya sendiri sudah punyai perisai mendepani rayuan, kata-kata manis lelaki yang cuba mengambil kesempatan.

Semudah kata-kata pujian dari sang ayah. Kata-kata dan didikan ayah itu lebih terkesan berbanding didikan ibu.


Nah, fikir2kan...



p/s: Mungkin ada kelainan dari segi dialog speaker, tapi maksudnya insyaAllah masih sama.

2 comments:

AHMAD said...

which talk is this eh?

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

ceramah untuk fiqhul awlawiyat