Memandangkan minggu depan sudah masuk ke bulan Ramadan, maka dengan ini dimulakan dengan ucapan “Ramadhan Kareem” untuk semua=)
Semalam, sempat dengar tazkirah seorang ustazah. Ada orang tanya pada dia, “Syaitan diikat secara hakikat atau majazi (bukan makna sebenar/kiasan)?”
Then, ustazah tu kata, “Syaitan diikat secara hakikat.” Tapi rupanya, budak yang bertanya ni ada sixth sense selalu dengar suara-suara ghaib sejak kecik lagi.
Yang dipelikkan ialah, kenapa bulan puasa pun dia dengar suara-suara tu?? Dia dengar suara orang menangis yang panjang bunyinya. Dan sudah dipastikan tak ada orang lain masa tu, melainkan diri dia. (Memang bukan suara homo sapiens aka manusia lah kesimpulannya).
Ustazah ni mentafsirkan makna yang dikatakan ‘HANTU’ ialah à bila makhluk ghaib ( sama ada ruh manusia, syaitan, jin) muncul dan boleh dilihat di alam nyata.
Pada bulan puasa, syaitan dah diikat, tapi ruh-ruh manusia ini dilepaskan semula, direhatkan dari seksaan.
Maka, kembalilah ruh-ruh tersebut menyaksikan golongan manusia di dunia ini sedang beribadah di bulan puasa. Maka, terasa penyesalan yang teramat sangat tiada tolok bandingnya kerana sesalkan kesilapan-kesilapan yang dibuat, sedang tak mungkin lagi mereka dihidupkan semula dan berpeluang melakukan ibadah walaupun sesaat. Maka mereka menangis, dan tiada orang yang pernah menangis seperti mereka kerana menyesal yang tiada apa mampu dibuat untuk menebus penyesalan tersebut.
Sedang ruh orang yang soleh, menyertai bersama-sama orang yang beribadat di bulan Ramadhan. Maka yang demikian, Allah ceritakan dalam Al-Quran akan penyesalan-penyesalan tersebut, seperti dalam Surah
As-Sajadah (Sujud):12,
“Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): `Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.”
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa. Jom kita memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud;
"Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.”
p/s: Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita?
Pesanan untuk diri ini yang berpesan:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-saf:2-3)
0 comments:
Post a Comment