Pages

Friday, August 5, 2011

Merancang Mati vs Merancang Hidup


Assamualaikum wbt..

[Petikan dari buku 'Aqidah dan Perjuangan, tulisan Almarhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor]

Dalam suatu peperangan, setelah Khalid ibn Walid dengan sepuluh ribu tentera Islam dapat mengalahkan seratus ribu tentera Farsi, seorang ketua tentera Farsi bertanya: "Bagaimana tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera Farsi yang ramai?" 

Beliau menjawab,"Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup. Kamu berjuang untuk hidup, kami berjuang untuk mati. Kami mencintai mati, sebab itu kami menang.

Orang-orang yang dilatih untuk hidup, tidak akan hidup dan dia sentiasa merasakan dirinya tidak selamat. Sebaliknya, orang-orang yang dilatih untuk mati akan hidup. 

"...dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" Surah Ali-'Imran:102

Kita diajar bagaimana caranya untuk mati kerana di dalam kita mengenali kematianlah, kita akan hidup. 

*******************************************

Dalam usia melangkah ke alam dewasa, alam pekerjaan, alam rumah tangga dan sebagainya, kita punya banyak perancangan. Perancangan kewangan, rumahtangga, anak-anak, karier dan sebagainya.

Punya banyak masa dan wang dilaburkan untuk perancangan-perancangan ini dirancang mahupun untuk dilaksanakan. Terpulang pula pada individu tersebut, akan bentuk-bentuk perancangan yang nak dirancangkan, serta hasil yang nak dihasilkan. Sama ada semata-mata perancangan hidup kita, yang akhirnya akan tamat selepas terhelanya nafas terakhir...atau sebenarnya kita menjadikan dunia ini sebagai ladang mencarum saham akhirat.

Contoh mudah, tentang perancangan anak-anak. Bertapa si bakal ibu atau bakal bapa ini belajar dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapat pekerjaan yang baik. Ber'hubungan' bersungguh-sungguh untuk mencari pasangan dan bakal ibubapa yang baik. Merancang kewangan sesempurna mungkin supaya anak-anak itu cukup makan, pakai, pelajaran...dsb.

Direncanakan seawal isteri mengandung, apa nama yang menarik (lain dari yang lain), mahu di sekolahlah di sekolah yang berprestij. Kalau berkemampuan, di sekolah swasta yang dirasakan terjamin kesihatan sosial dan sistem pendidikan yang baik. Dikaji dan terus menkaji kaedah pendidikan yang sesuai di setiap peringkat tumbesaran anak-anak dan sebagainya (saya pun tak ada anak lagi). 

Namun, di sebalik itu semua, pernahkah sebenarnya difikirkan sama bahawa, aku berusaha apabila berumahtangga bahkan mungkin lebih dari sebelum aku berumahtangga supaya hujung matlamatnya, semoga anak ini akhirnya menjadi saham aku selepas aku tinggalkan dunia

Aku merancang supaya anak aku terdidik dengan baik bukan hanya dari sudut pendidikan dunia, tetapi pendidikan akhiratnya. Ku carikan nama yang baik supaya dia sentiasa didoakan dengan hal yang baik dari namanya dan sebagainya. Ku merancang pendidikannya supaya itu menjadi bekal dan perisainya di kemudian hari dalam usaha membangunkan jiwa dan agama...dll, supaya di selamat dunia akhirat. 



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah). 
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.





Taken from another blog

***************************************************

Kata-kata daripada Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna:

"Kematian itu adalah suatu yang boleh diusahakan, dan merupakan suatu usaha, bergantung kepada manusia untuk memperelokkannya. Maka dia akan mengetahui bagaimana kematian yang mulia, dan bagaimana untuk dia memilih tempat yang mulia untuk meletakkan kematiannya pada waktu yang sesuai.."

"Sesungguhnya ummah yang sentiasa menyempurnakan amalan di dalam persediaannya untuk mati dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia. Maka mereka itu mencagarkan kepada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayanginya itu serta menharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Dan tidaklah perasaan Al-Wahn yang menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian. Oleh itu hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan yang mulia ini (mati syahid), serta hendaklah kamu berasa haloba terhadap kesyahidan itu. Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-benarnya (hidup di alam akhirat nanti). 

"Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah satu perkara yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikan ia (kematian) itu di jalan Allah, maka ia adalah keuntungan di dunia serta ganjarannya di akhirat. Dan apa yang menimpa kamu, itu semuanya adalah ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu."



"Ketahuilah olehmu bahawa untuk mencapai kematian yang mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini. Maka Allah akan memberikannya (syahid) kepadamu, sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalannya."

p/s: Merancang untuk dunia, supaya berkeadaan baik mati dan selepas mati... (mode planner ni)

Tuesday, August 2, 2011

Sayur Campur (API) Suka Hati - Cendawan Shittake

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sudah masuk 2 Ramadhan 1432H..

Terasa ingin masa berhenti, lapang bernafas dengan udara Ramadhan (sebelum ni bernafas jugak).
Bulan yang digembirakan akan kedatangannya, dan disedihkan akan kepergiannya. Bulan yang berlumba-lumba manusia berbuat amal dan ibadah (walaupun ada lagi yang keterlupaan)..

Sengaja nak share resepi, my friend masakkan masa potluck office..
Gambar, terlalu exclusive untuk disharekan:)

Sayuran (cara pemotongan dan kuantitinya, ikut suka dan selera anda. Sebahagiannya, kalau tak mahu dipotong pun tak apa. Depends.):-

-Kacang pea (ada orang panggil kacang pes, kacang sepat dsb); saya pun tak pasti namanya apa sebenarnya. Kesimpulannya bukan isinya yang biasa buat makan jajan masa driving tu, tapi keseluruhan kacang tu. Macam mana nak cerita ni..

Ala..silap pulak..

-Cendawan shittake yang menggembirakan (^_^); ikut la nak sebut macam mana pun. Kalau tak ada yang shittake, gunalah apa-apa cendawan sekalipun.
-Lobak merah (recommended untuk dihiris tidak terlalu tebal)

-Lada benggala merah (bukan benggali, atau belanga, atau bangla)

-Baby corn (antara baby yang boleh dimakan..)
-Kobis bunga

* Kalau tak ada semua sayuran tu, guna sebahagian pun memadai. Boleh juga ganti dengan yang lainnya seperti celery, brokoli, asparagus dan lain-lain --> ikut suka hati

Bahan perencah dan perasa:-

- Bawang besar 1 biji dihiris

- Bawang putih 2 biji -dihiris
- Sedikit ikan bilis - dihiris
- Lada merah 1 biji - dihiris
- Cili padi 3 biji - dihiris atau diketuk sahaja

- Sos tiram secukup rasa
- Black pepper (coarse) secubit je

- Garam secukup rasa


* kalau nak tambah serbuk ikan bilis Tumix, atau lain-lain, adalah dipersilakan. Ajinamoto is highly NOT recommended.


Kalau nak pedas lagi, boleh la tambah apa-apa yang patut.


Cara-cara memasak bujang ala API:


1. Panaskan minyak sekadar cukup untuk menumis. Sila kurangkan minyak dalam makanan anda (pesanan ikhlas dari penaja).
2. Goreng ikan bilis dulu. Sebelum garing sepenuhnya, masukkan bahan-bahan ditumis. (Style ikut suka hati).
3. Selepas naik bau, masukkan carrot dan kobis bunga dan sedikit air. Boleh juga masukkan bahan-bahan perasa yang lain (garam, sos tiram, black pepper, TUMIX ke).

4. Setelah dalam seminit, masukkan kacang, lada benggala dan baby corn yang telah dipotong dengan comelnya dalam setengah minit.
5. Last sekali, masukkan cendawan. Cendawan shittake ni ada rasa dan bau yang tersendiri. Jadi, sila adjust rasa masakan anda selepas masukkan cendawan.

6. Selepas dalam setengah minit, boleh dihidangkan.


Moral of the cooking
: Jangan masak lama sangat untuk mengelakkan hilangnya nutrien dan zat-zat dari sayuran tersebut.

p/s: Masak, masak juga.. tapi ibadah jangan lupa. Terlalu kenyang nanti susah pulak nak beribadah. ^_^ Thenkies to ma hosmet yang pasrah memakan apa sahaja hasil yang muncul...walaupun kadang-kadang....