Pages

Tuesday, December 13, 2011

Syaitan Pun Takut


Assalamualaikum wbt

I went for a ceramah past few days. What have I learn that night somehow buat saya rasa nak share dengan anda-anda pulak. 

Dari satu hadis dihurai:

Rasulullah SAW bersabda: Orang mu'min sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah: --> Rasulullah mmg suruh kita bersedia sbb dugaan ni memang ada. 
1. Mu'min yang dengki kepadanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

                                 

Sebut tentang syaitan yang menyesatkan... ada satu sirah sahabat Rasulullah yang namanya Muhammad bin Wasi' tentang doanya yang selalu dibaca selepas subuh

Maksudnya: Wahai Allah engkau telah mentakdirkan kepada kami menghadapi musuh yang sangat arif tentang kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami dan kami tidak melihat mereka. Ya Allah engkau jadikanlah ia berputus asa untuk menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatmu, haramkanlah ia bagi kami, sebagaimana engkau mengharamkan ia dari mendapat keampunanmu. Jauhkanlah kami darinya sebagaimana engkau jauhkan dia dari rahmatmu. Sesungguhnya engkau berkuasa melakukan apa sahaja.

                                           

Muhammad bin Wasi’ mengatakan bahawa pada suatu hari ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, iblis muncul dihadapannya dan berkata “Wahai anak Wasi’ engkau kenalkah aku?” 
 Beliau menjawab “ Siapa engkau ini?”
Ujar iblis, “Aku iblis”.
Engkau mahu apa?. Tanya Muhammad. 
Iblis menjawab sambil merayu “Engkau jangan ajarkan kepada sesiapa pun doa itu dan aku berjanji tidak akan menganggumu.

Muhammad bin Wasi’ menjawab dengan tegas “ Demi Allah aku tidak akan halang sesiapa pun untuk mempelajarinya dan engkau buatlah apa yang engkau hendak buat.


Sebab memang syaitan tahu benar kelemahan kita. Ada orang yang lemah pada matanya (contoh, selalu ngantuk. Maka, tak susahlah syaitan jika orang tu pegi ceramah...terus diserang matanya.....dan tidurlah dia.....)



Surah Dhuha:4

"Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya." 

Sesungguhnya Allah tengok kesudahan untuk kesempurnaan sesuatu. Contoh...ada orang yang bersungguh-sungguh bersedia untuk solat. Dari wudu'nya di ambil dengan bersungguh-sungguh dan khusyu'.. sebelum solat, baca 3 Qul untuk elakkan gangguan syaitan... pakaian baik dll.... solat dengan penuh faham dan khusyu'...tapi
sebaik sebelum bagi salam...terbatal wudu'nya..dia terkentut. Adakah solatnya yang diusahakan bersungguh-sungguh sebelum itu diterima? tidak. Dia perlu ulangi semula. 

Begitulah kita, siapa pun kita, yang penting pengakhiran kita. Kalau pengakhiran itu baik, insyaAllah  baiklah kita di sisi Allah. Kalau sebaliknya, buruklah kita di sisi Allah. 
Sebaik mana pun keadaan seseorang itu waktu ini, belum tentu lagi baik pengakhiran. Seburuk mana pun amalan seseorang, belum tentu buruk lagi pengakhirannya. 
Cuma, diusahakan hidup kita ini untuk selalu berbuat baik, harap-harap baiklah pengakhiran kita nanti. 

Laluan dan cerita hidup dan hidayah setiap orang itu berbeza-beza. kita tak perlu terlambat selagi masih ada nyawa dikandung badan. Bukankah Saidina Umar RA pun pernah membunuh anaknya sendiri, garang, bencikan Islam dll...tapi akhir hidupnya menjadi orang yang dijanjikan syurga. 

Okes..sambung lagi nnt=)





Monday, December 12, 2011

No More DOCTOR=)


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...akhirnya sekali lagi...berjaya mengepost selepas kesunyian kali yang keseterusnya pada Hasanah. 

Semakin besar umur ni, semakin banyak tanggungjawab.. banyak yang ada di fikiran, tapi tak berkesempatan menulis semuanya. InsyaAllah.... akan terus melahirkan post2 seterusnya walaupun mungkin selang masa tu tidak menentu. 
Sudah masuk bulan Disember 2011.....cukup setahun sudah bergraduasi..saya melihat belakang semula...

Mula bergelar seorang 'pekerja' bermula Februari 2011, sehingga kini. Perjalanan kerjaya ini juga tidak sentiasa tenang dan menarik.. Percaya atau tidak, perasaan untuk jadi seorang doktor tu bahkan muncul membuak semula selepas pun diri ini bekerja dalam bidang engineering. Why??

Namun, semalam sahabat-sahabat menunjukkan salah satu hikmahnya..
"Awak sesuai jadi cikgu, boleh juga seorang lawyer atau debater tapi memang bukan doktor..." Mulanya bising juga saya. Teruk sangatkah character diri ini sampaikan langsung tidak sesuai atau menampakkan gaya mahupun ciri-ciri seorang doktor. Haa~


                                                    



"Kamu berjiwa sensitif.. Doktor itu berurusan dengan kesakitan, kedukaan dan kematian setiap hari. Setiap keputusan boleh jadi melibatkan hal hidup dan mati. Kamu tak boleh terlalu larut dengan setiap kes pesakit kamu. Atau nanti emosi kamu pula terganggu untuk buat keputusan dalam kes yang lain."

"Kalau ada seorang budak kecil, atau bayi dalam keadaan hidup dan mati...perlu dibedah kamu...Silap hari bulan kamu nangis dulu...Ha, camne?" 

Ya, dia tahu kelemahan saya.... Termenung juga saya dibuatnya. Betul jugak. Walaupun mungkin saya tak menangis bila berdepan keadaan tersebut tapi serasa ada benarnya deskripsi yang dibuat tu. 

"Tapi, kalau tu memang kerja kita, alah bisa tegal biasa," saya menjawab. Dulu saya boleh lihat darah, cuma sekarang ni macam tak boleh lihat darah banyak yang membuak-buak. Rasa pening. 

KONKLUSI dari diskusi kami semalam... "Allah sentiasa tahu yang terbaik untuk kita. Dia beri yang kita perlu, walaupun bukan semestinya yang kita mahu."

Selesai sudah konflik 6 tahun=).. Time to move on.






Kejarlah cita-cita anda=) 


Little pilot-to-be=)


Er,...Little...Mop??