Pages

Monday, December 12, 2011

No More DOCTOR=)


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...akhirnya sekali lagi...berjaya mengepost selepas kesunyian kali yang keseterusnya pada Hasanah. 

Semakin besar umur ni, semakin banyak tanggungjawab.. banyak yang ada di fikiran, tapi tak berkesempatan menulis semuanya. InsyaAllah.... akan terus melahirkan post2 seterusnya walaupun mungkin selang masa tu tidak menentu. 
Sudah masuk bulan Disember 2011.....cukup setahun sudah bergraduasi..saya melihat belakang semula...

Mula bergelar seorang 'pekerja' bermula Februari 2011, sehingga kini. Perjalanan kerjaya ini juga tidak sentiasa tenang dan menarik.. Percaya atau tidak, perasaan untuk jadi seorang doktor tu bahkan muncul membuak semula selepas pun diri ini bekerja dalam bidang engineering. Why??

Namun, semalam sahabat-sahabat menunjukkan salah satu hikmahnya..
"Awak sesuai jadi cikgu, boleh juga seorang lawyer atau debater tapi memang bukan doktor..." Mulanya bising juga saya. Teruk sangatkah character diri ini sampaikan langsung tidak sesuai atau menampakkan gaya mahupun ciri-ciri seorang doktor. Haa~


                                                    



"Kamu berjiwa sensitif.. Doktor itu berurusan dengan kesakitan, kedukaan dan kematian setiap hari. Setiap keputusan boleh jadi melibatkan hal hidup dan mati. Kamu tak boleh terlalu larut dengan setiap kes pesakit kamu. Atau nanti emosi kamu pula terganggu untuk buat keputusan dalam kes yang lain."

"Kalau ada seorang budak kecil, atau bayi dalam keadaan hidup dan mati...perlu dibedah kamu...Silap hari bulan kamu nangis dulu...Ha, camne?" 

Ya, dia tahu kelemahan saya.... Termenung juga saya dibuatnya. Betul jugak. Walaupun mungkin saya tak menangis bila berdepan keadaan tersebut tapi serasa ada benarnya deskripsi yang dibuat tu. 

"Tapi, kalau tu memang kerja kita, alah bisa tegal biasa," saya menjawab. Dulu saya boleh lihat darah, cuma sekarang ni macam tak boleh lihat darah banyak yang membuak-buak. Rasa pening. 

KONKLUSI dari diskusi kami semalam... "Allah sentiasa tahu yang terbaik untuk kita. Dia beri yang kita perlu, walaupun bukan semestinya yang kita mahu."

Selesai sudah konflik 6 tahun=).. Time to move on.






Kejarlah cita-cita anda=) 


Little pilot-to-be=)


Er,...Little...Mop??









0 comments: