Pages

Monday, February 20, 2012

Drama Pukul 7


Assalamualaikum wbt

Beberapa hari lepas sampai di rumah ketika hari hampir maghrib… lately ni memang rajin benar balik sedikit lewat daripada biasa (sedikit??).. mengejarkan due date analysis demi analysis. (Owh, dunia…)

Berehat seketika di depan tv, sempat saya menonton beberapa babak siri Akasia kat TV (yang selalu disiar time-time maghrib tu)..tak ingat pula apa tajuknya… Seorang budak perempuan menangis dan meraung di atas katil dalam wad, mintakan seorang perempuan muda carikan ibunya. Dia ingin benar bertemu ibunya. Entah apelah yang terjadi sampaikan budak perempuan itu berada dalam wad.

Watak ibunya pula dimainkan oleh Khairiah (saya suka juga dia berlakon, realistik). Bila sudah berjumpa,  ibunya tak punya sebarang expression melihat anaknya tiba. Budak perempuan itu pula muncul dengan raungan, pelukan dan ciuman di depan ibunya. Ibunya pun ada dalam wad. Ibunya cuma terkebil-kebil, dengan muka pelik dan keliru. Sesekali cuba menolak anaknya itu dari terus mencium dan memeluknya.
Beberapa watak tambahan di sekeliling menambah perisa.

“Tu anak kamu,” lebih kurang la dialognya dan pelakon tambahan. Mereka pun sama sedih dan sebak melihatkan ‘drama- dalam-drama’ dua beranak tu.  Dalam fikiran ni dah berputar-putar segala macam assumption (sangkaan). Entah-entah dua beranak ni accident, lepas tu mak dia hilang ingatan, lupa yang budak perempuan tu anak dia.

Pernah dalam episod sebelum ni, saya nampak 2 watak anak beranak ini di dilakonkan sangat mesra dan ceria sekali. Anak perempuan tu sebenarnya sakit jantung, mereka ni orang susah. Tapi kesusahan tu tak mengurangkan kasih sayang antara mereka. Walaupun ibu penat balik bekerja (ayahnya tak ada rasanya), tetapi tetap gembira melayan keletah anaknya. Walaupun makanan tengah hari itu sangatlah simplenya, tapi tetap diraikan dan disyukuri. Si ibu tak kekok menyuap anaknya yang sudah besar tu.. (There are something that money can’t buy).  Memang patutlah budak perempuan tu meraung-raung bila ibunya tak beri respon dan reaksi padanya. Selama ni ibu penyayangnya itu memang tak lepas perhatian padanya. 


*********************************************************
Bayangkan situasi yang lebih kurang sama berlaku pada kita pula. Ibu bapa yang amat kita sayang, suatu ketika itu tidak mahu memandang kita pun… tak mahu bercakap dengan kita,…bahkan tak mahu lagi mengaku kita anaknya.. haaaaa~… ataupun mungkin ibu ayah kita sudah tiada lagi di dunia ini. Tak boleh pun untuk kita yang sangat ingin untuk memanggil panggilan keramat yang menenangkan itu “Mak!”, “Abah!” Bukankah tiada suatu pun di dunia ini yang dapat menggantikannya.


Di saat hati yang sangat berkehendak untuk suatu tempat berkongsi rasa dan meluah perasaan tetapi ianya tak dapat dipenuhi, sudah pasti perasaan membuak-buak itu tidak reda. Pada siapa lagi hati sang anak ini ingin meluahkan, ingin berkongsi dan ingin mencurah??

Bila muncul semula abah dan mak di depan mata…..T_T, “MAK!”, dan panggilan itu bersahut kembali, “YA!” walaupun dengan muka selamba tanpa menoleh kita.. Seolah-olah ku menang dan membeli seantero dunia.. “Tak ada apa2^_^!” Sebenarnya di dalam hati cuma ini dengarkan suara mak lagi. Dan ketawa abah.



*********************************************************
Itukan senario yang mudah dibayangkan berlaku, bila ibu bapa si anak yang telah lama menghilang atau bepergian muncul semula, atau pun ibu bapa yang baru lepas merajuk.

Tapi tempat Tuhan pula bagaimana?? Bagaimana kalau sehari, atau seminggu, atau sebulan…. Selamanya kamu tak mungkin lagi akan mampu menyebut kalimah itu, “ALLAH!” atau “YA RABBI (Ya Tuhanku)!”

Macam mana kalau sehari ini Allah tahan kita dari sebut namaNya…. Pada siapa hati ini nak mengadu… pada siapa untuk meminta, untuk mengatakan syukur, untuk memuji bila kegembiraan, untuk menangis bila diuji musibah, pada siapa untuk berserah dan bertawakal, untuk jadi tempat bergantung, tempat memohon pertolongan, permohonan demi permohonan saban hari yang kadang-kadang kita sampai sudah terlupa doa-doa kita yang sebelum ini….


Walaupun kita punyai seisi dunia, samakah dengan keindahan rasa berTuhan itu??

Tapi, keindahan itu hanya akan benar-benar dirasai selepas terjawabnya persoalan ini… Di mana Tuhan di hati kita selama ini?? Ighfirli Ya Allah T_T....


 p/s: Ya Tuhan, jadikanlah kami sebagai hamba yang sentiasa merasai dekat dan pengawasanMu...~_~Aminn..

Friday, February 3, 2012

Aquaria Session

Assalamualaikum wbt=)


Bulan Februari tahun ini dimulakan dengan sesi berjalan-jalan sambil melihat ciptaan Allah di Aquaria KLCC sempena dengan harga tiket yang dikurangkan 30%......=P


Tank pertama ialah...piranha perut merah. Gemuknya mereka-mereka itu. Tapi sesi memberi makan dah selesai. Pukul 4 petang. Kami tiba dalam lepas Asar..sayang betul..tapi tapela.. Solat dulu=)


Berpeluang mencucuk-cucuk perut gamat yang lembutnya macam karpet di Udani Karpet (hiperbola) tapi memang betul-betul lembut. Bila gamat berada under stress condition, dia akan menggemukkan badannya dan mungkin anda terkena cecair yang dikeluarkan dari badannya. Tapi, tak bahaya pun. 

Cuit-cuit tapak sulaiman pulak. Selalunya jumpa yang dah mati kat tepi pantai. Bila mati, dia akan mengeras ala-ala batu kapur dan mereput. 


Kemudian, cuit belakang ikan yu cicak pun. Dia adalah umpama cicak yang ada bintik-bintik, lebih besar dari biasa, tapi dalam rupa seekor ikan....ha...dapat bayangkan? Hebatkan? Subhanallah...


Lepas tu, sambung jalan-jalan lagi. Tahukah anda seekor belut elektrik dari South Amazon boleh menumbangkan seekor lembu dengan kuasa elektriknya.....kagum...



Belut elektrik...macam ikan toman pun ada...


Banyak lagi yang kami tengok. Rasa nak memancing pun ada, tapi takut pun ada jugak, sebab 'sihat-sihat' ikan kat sana. Dari satu tank ke tank yang lain....ada part hutan, air tawar, hutan tenggelam, tengok memerang, katak, buaya, ular, rama-rama, tarantula, labi-labi, geako, ikan....udang, lobster,...ikan lagi.... dan lagi. 


Ikan Arapaima...sungguh besar..... dan ada ikan keli gergasi jugak.... besar..besar...besar



Ikan Arapaima...bukan gambar sebenar...


Ada tank ikan kecil-kecil (laut) yang berwarna-warni ala-ala macam kat Fish Ville (dah tak main dah sekarang..ish..ish). Ralit tengok mereka berenang-renang sambil letak tangan kat dalam air (tank ikan kecik boleh la)....


The most interesting place ialah bila lalu kat bawah kaca melengkung tu... dekat Ocean Tank (ala, yang selalu promote kat TV tu).. its so amazing dan mengujakan... seronok tengok ikan-ikan yang besar rasa macam nak panjat badan dia sambil berenang-renang. Ikan pari yang sangat besar, namanya Kudsia....macam boleh buat selimut. Dari bawah kaca tu, saiz binatang adalah 30% lebih kecil dari saiz asal....haaa sebab kaca melengkung. 




Kudsia....

Ikan jerung lalu atas kepala....kerapu gergasi besar dan gemuks yang berenang laju dan cergas walaupun kadang-kadang terfikir, bagus betul stamina ikan ni. Sambil ikan cermin (rasanya nama dia memang ikan cermin, macam pernah jumpa kat pasaraya) membentuk kawanan main pusing-pusing dalam tank tu. Tak kenal sangat pun ikan-ikan ni...tapi gembira betul tengok mereka..



Kualiti gambar tak begitu memberansangkan...


Selepas satu round berpusing dalam tu...kami bersidai dari cermin tepi tank melihat jerung pasir sedang berehat. Matanya yang kecil, dan rahangnya pun tak sebesar jerung putih atau jerung ganas yang lain. Mulut jerung pasir agak kecil dan dia aktif di waktu malam. Tiba-tiba...... ada penyu berenang-renang. ^_^


Dari jauh nampak jerung yang lalu atas kepala tadi...seriously, they are real big.. Nampak dari celah-celah batu, ada kerapu gergasi yang seekor ni sedang berenang agak statik. Rasanya ni yang paling besar sekali (penyalahgunaan tatabahasa)


"Agaknya dia besar sangat, tu yang tak gerak-gerak." Saya bersuara dengan teman-teman sambil menunjuk ke arah kerapu tu di celahan batuan.


"Tu tok nyang dia, tu yang rehat je..tu tok nyang dia." Kawan saya membalas. Kami ketawa sama-sama. 


Tak lama kemudian, kerapu tu berenang menuju kami, ke arah cermin kami berdiri....ada seekor lagi meneman...melintas depan kami, dengan kepalanya menghadap kami, lepas tu berenang ke atas menunjukkan badannya yang besar dan sisiknya yang macam boleh buat tutup kelopak mata tu......Whuuuuu~ 'Tula, dia dengar kita cakap pasal dia agaknya.'


Lama kami berdiri di depan cermin tu, melihat pasangan jerung pasir bergurau senda. Sambil buat gaya-gaya nak masuk celahan batu padahal panjang lagi badannya kat belakang yang tak dapat masuk. 


Perjalanan diteruskan dan stesen terakhir adalah kedai cenderahati kat Aquaria=).. Selamat beli mug satu... Mug yang menggembirakan=)




Moral of the trip: Sesungguhnya ciptaan Allah itu salah satu tanda kebesarannya...Subhanallah=)


Teka teki untuk hari ni: Kenapa ikan tak tinggal kat darat=P