Assalamualaikum wbt
Beberapa hari lepas sampai di rumah ketika hari hampir maghrib… lately
ni memang rajin benar balik sedikit lewat daripada biasa (sedikit??)..
mengejarkan due date analysis demi analysis. (Owh, dunia…)
Berehat seketika di depan tv, sempat saya menonton beberapa
babak siri Akasia kat TV (yang selalu disiar time-time maghrib tu)..tak ingat
pula apa tajuknya… Seorang budak perempuan menangis dan meraung di atas katil
dalam wad, mintakan seorang perempuan muda carikan ibunya. Dia ingin benar
bertemu ibunya. Entah apelah yang terjadi sampaikan budak perempuan itu berada
dalam wad.
Watak ibunya pula dimainkan oleh Khairiah (saya suka juga
dia berlakon, realistik). Bila sudah berjumpa, ibunya tak punya sebarang expression melihat
anaknya tiba. Budak perempuan itu pula muncul dengan raungan, pelukan dan ciuman
di depan ibunya. Ibunya pun ada dalam wad. Ibunya cuma terkebil-kebil, dengan
muka pelik dan keliru. Sesekali cuba menolak anaknya itu dari terus mencium dan
memeluknya.
Beberapa watak tambahan di sekeliling menambah perisa.
“Tu anak kamu,” lebih kurang la dialognya dan pelakon
tambahan. Mereka pun sama sedih dan sebak melihatkan ‘drama- dalam-drama’ dua
beranak tu. Dalam fikiran ni dah
berputar-putar segala macam assumption (sangkaan). Entah-entah dua beranak ni
accident, lepas tu mak dia hilang ingatan, lupa yang budak perempuan tu anak
dia.
*********************************************************
Bayangkan situasi yang lebih kurang sama berlaku pada kita pula. Ibu bapa yang amat kita sayang, suatu ketika itu tidak mahu memandang kita pun… tak mahu bercakap dengan kita,…bahkan tak mahu lagi mengaku kita anaknya.. haaaaa~… ataupun mungkin ibu ayah kita sudah tiada lagi di dunia ini. Tak boleh pun untuk kita yang sangat ingin untuk memanggil panggilan keramat yang menenangkan itu “Mak!”, “Abah!” Bukankah tiada suatu pun di dunia ini yang dapat menggantikannya.
Di saat hati yang sangat berkehendak untuk suatu tempat
berkongsi rasa dan meluah perasaan tetapi ianya tak dapat dipenuhi, sudah pasti
perasaan membuak-buak itu tidak reda. Pada siapa lagi hati sang anak ini ingin
meluahkan, ingin berkongsi dan ingin mencurah??
*********************************************************
Itukan senario yang mudah dibayangkan berlaku, bila ibu bapa si anak yang telah lama menghilang atau bepergian muncul semula, atau pun ibu bapa yang baru lepas merajuk.
Tapi tempat Tuhan pula bagaimana?? Bagaimana kalau
sehari, atau seminggu, atau sebulan…. Selamanya kamu tak mungkin lagi akan
mampu menyebut kalimah itu, “ALLAH!” atau “YA RABBI (Ya Tuhanku)!”
Macam mana kalau sehari ini Allah tahan kita dari sebut
namaNya…. Pada siapa hati ini nak mengadu… pada siapa untuk meminta, untuk
mengatakan syukur, untuk memuji bila kegembiraan, untuk menangis bila diuji
musibah, pada siapa untuk berserah dan bertawakal, untuk jadi tempat
bergantung, tempat memohon pertolongan, permohonan demi permohonan saban hari
yang kadang-kadang kita sampai sudah terlupa doa-doa kita yang sebelum ini….
Walaupun kita punyai seisi dunia, samakah dengan keindahan
rasa berTuhan itu??
Tapi, keindahan itu hanya akan benar-benar dirasai selepas
terjawabnya persoalan ini… Di mana Tuhan di hati kita selama ini?? Ighfirli Ya
Allah T_T....
p/s: Ya Tuhan, jadikanlah kami sebagai hamba yang sentiasa merasai dekat dan pengawasanMu...~_~Aminn..
3 comments:
"Dan apabila mata IBUmu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, iaitu DOA SEORANG IBU.."
hargailah org2 di sekeliling kita, atau apa2 yang kita mampu lakukan.... sebelum mereka semua sudah tiada, atau kita sudah tak berpeluang melakukan apa2 lagi=)
Post a Comment