Pages

Tuesday, July 31, 2012

Two Fine Days in Ramadhan...


Pengajaran Ramadhan…

Assalamualaikum wbt=)
Dapat pun tulis lagi… dah masuk hari ke 10 Ramadhan…~
Terus kepada point untuk hari ni, no belok-belok..

Pengajaran 1:

Di suatu petang yang damai, di bulan Ramadhan… tatkala di office sedang menghabiskan kerja-kerja dunia yang tak berkesudahan (ayat~)… saya menerima mesej daripada Kak Rafizah tentang list program-program di bulan puasa. Bersusun-susun, dan program pertama bermula pada hari itu juga dengan iftar di rumah Pak Cik Amjal.. dan macam biasalah, bukan datang makan je, pastilah ada sedikit pengisian daripada orang-orang yang berkenaan.

Kepada yang tinggal di sekitar Pantai Dalam, Universiti Malaya dan Kerinchi secara khususnya sepatutnya familiar dengan nama ni. Pak Cik Amjal ada kedai makan di berdekatan dengan pintu UM sebelah Kerinchi, bertentangan dengan stadium hoki.

Orangnya berbadan kecil saja, ala-ala TGNA. Walaupun sudah berusia pertengahan 70an, Pak Cik Amjal masih nampak cergas. Orangnya bukan calang-calang. Ini bukan kali pertama kami diajak ke jamuan makan di rumahnya. Boleh kata sebulan ada dalam 2 kali. Dan tetamu yang hadir bukannya sekerat dua, mau penuh juga ruang-ruang rumah bawahnya yang besar tu. Sangat komited dan pemurah=).. Best lagi, sebab makanan yang dihidangkan juga sedap-sedap belaka. Bukan pasal makanan yang nak dicerita sebenarnya. (Apela kamu ni Zila, easily distracted~).

Kembali ke laluan plot cerita yang sebenar. Maka pada hari tersebut, usai pulang dari office mencari sesuap rezeki, saya dan housemates lagi menunggu detik yang sesuai untuk berangkat ke rumah beliau. Lebih kurang 650pm, kami bersiap untuk berangkat. Kalau perjalanan dari rumah di Bangsar ke rumah Pak Cik Amjal, sebenarnya tak sampai 5 minit kalau traffic light tak merah.

Saya mengambil u-turn di depan masjid UM untuk ke arah rumah Pak Cik Amjal. Tiba-tiba terperasan kelibat seorang  pakcik sedang berjalan. No! Not a 'pakcik', I would say a ‘datuk’. Jalannya sudah tak gagah lagi. Niat hati nak menumpangkan walau ke mana arah atuk tersebut, tapi dah terlepas la pulak. Dia berjalan di tepi lane paling kanan. Terkedu kami sekejap, terus mata mencari-cari parking yang sesuai di tepi restoran Pak Cik Amjal. ‘Nak ke mana agaknya atuk tadi time-time macam ni…’  Hanya mampu mendoakan semoga urusannya dipermudahkan.


Bukan gambar sebenar

Tiba di ruang tamu, rumah sudah penuh rupanya.. ‘Lambat dah ke ni?’ Tetamu yang lain sedang tekun mendengar pengisian dari Ustaz Adlin tentang umat Islam Rohingya di Myanmar. Satu demi satu lagi tetamu yang kelambatan masuk mencari ruang kosong di ruang tamu. Dan, masuklah satu kelibat yang macam pernah ku lihat tapi di mana yaa…  Atuk! Atuk di tepi jalan tadi, masuk terus duduk di depan saya mendengar pengisian.

Saya membayangkan beliau berjalan mungkin dari Kampung Kerinchi, atau mungkin dari area Bukit Angkasa. Boleh tahan jauh juga, mau berpeluh juga ni. Saya pula, naik kereta, dengan air-cond… pun datang lambat~Terasa bersalah sangat sebab tak tumpangkan atuk tadi..T_T

Semoga Allah berkati atuk.. Cuma kerana atuk, saya belajar sesuatu hari ini…. Terima kasih atuk..


Pengajaran 2:

Qaswa meluncur di jalanan, selepas magrib. Kami dari Kg Setia Jaya selepas habis program amal bubur lambuk dengan IMProf menuju ke Masjid Abu Bakar, Bangsar.

“Lambat juga dah kita ni ye, agak-agak ada parking lagi ke?” Isyak sudah pun masuk. Pasti kami ketinggalan Isyak berjemaah di masjid tersebut. Terbayang juga kereta-kereta bersusun yang lazimnya berlapis-lapis walaupun datang sebelum Isyak.

“Ke nak solat Jemaah di rumah?” Yang mana-mana pun pada saya tetap baik juga. Cuma bila di masjid rasanya lebih indah lagi.

“Kita cuba try test je la dulu… kalau ada parking, adalah.” Kawan saya menyahut.

Alhamdulillah ada parking, agak tak disangka-sangka. ‘Memang rezeki la ni,’ hati mengiakan.
Kami ke saf belakang untuk solat Isyak memandangkan Jemaah sudah pun mula solat Terawih. Sedang bersiap-siap untuk solat, saya tertoleh ke sebelah kiri masjid. Penghadang bahagian perempuan tak tertutup sepenuhnya, buat saya nampak bahagian solat untuk lelaki. Dan tak semena-mena, ketika itu juga, muncul seorang lelaki berkopiah sedang mencari-cari ruang untuk solat. Kakinya cacat kedua-dua. Dia gunakan kedua tangan untuk bergerak. Terus dia ke arah saf belakang untuk solat. Terkesima lagi. ‘Sedang yang kurang upaya pun nak solat di masjid…’ 

Teringat satu cerita zaman dulu yang ada lagu dia, 'Tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini...'





Allah tegur kami lagi… Thanks Allah for the lessons.










2 comments:

Tablet Hati said...

sedihnye cerita atuk tu..(TT)

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

semoga Allah berkati atuk=)

mcm kena tembak rasa bila nampak atuk muncul masa tu.. mkn dalam...