Pages

Thursday, December 25, 2008

Kita Tak Sama

Assalamualaikum wbt

Manusia adalah alam. Ia bagaikan bintang-bintang di langit. Setiap diri ada kehidupannya sendiri, ada kitabnya sendiri, ada kisah hidupnya yang berlainan walaupun tidur sebantal.
Antara suami dan isteri, antara ibu bapa dan anak-anak, antara abang dan adik, antara teman dan teman....mereka berada di atas pentas yang sama, tapi melakar kisah yang berlainan. mereka menempuh ujian yang sama tetapi dalam wajah yang berbeza. Para sultan, menteri, si kaya dan si fakir adalah sama dalam melalui tribulasi kehidupan. Cuma, ada ujian yang dapat dilihat dan ada yang tertutup.

Abang dan adik, cerita mereka berbeza

Jika hidup tanpa ranjau dan duri, ia bukan kehidupan namanya. Kehidupan adalah perjuangan untuk kehidupan akhirat. Sesiapa yang melaluinya dengan baik, mereka adalah orang yang berjaya dan bahagia.

Jangan kecewa atau sombong dengan kehidupan dunia, ia bukannya hakikat segalanya. Ia hanya secebis kisah kehidupan diri, filemnya terlalu singkat di sini teteapi akan berkekalan di sana. Kematian bukan penghujung kehidupan, bahkan sbeenarnya kematian adalah permulaan kehidupan yang hakiki.

"Dan (balasan) di akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa.." (An-Nisa:77)


Carilah kebenaran kehidupan di sana bukannya di sini. Buatlah perancangan yang rapi agar kehidupan ini membawa kejayaan di sana. Segala perbuatan di sini akan membuahkan gambaran yang hakiki di sana.

Nabi Muhammad SAW mengajak manusia kepada matlamat kehidupan yang jelas. Daripada alam yang sempit dan sementara kepada kehidupan yang luas dan abadi. Ingatlah, manusia mempunyai ceritanya yang sendiri. Di akhirat mereka akan berjalan nafsi-nafsi, kecuali Nabi Muhammad SAW yang mempunyai kemuliaan dan darjat yang tinggi.

Ingatlah, ingatlah...Jangan kecewa dengan kegagalan , kesusahan, kecacatan, kekurangan atau angkuh dengan kejayaan, kekayaan, kelebihan atau kesempurnaan. Ini kerana segalanya hanyalah gambaran ujian, segalanya ilusi kehidupan.

Tajamkan mata hatimu kepada Allah. Perhatikan sedalam-dalamnya kehidupan Nabi-Nabi (as), para sahabat, pada auliya', ulama akhirat dan golongan yang soleh. Belajarlah dengan mereka bagaimana menghadapi dan melalui kehidupan ini.

Jangan terperangkap dengan cara, fahaman, fikiran dan budaya hidup Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan. Mereka menyangka bayangan adalah realiti, menyangka dunia adalah hakikat kehidupan, menyangka dunia adalah jawapan segala persoalan, menyangka kehidupan akhirat adalah khayalan. Sesungguhnya Allah adalah haq, firmanNya adalah haq, Nabi adalah haq, kehidupan akhirat adalah haq.

Banyakkan isitighfar, berselawat, beribadah dan berpegang teguhlah dengan aqidah dan syariah. InsyaAllah, Dia akan membuka mata hatimu dengan untuk memandang hakikat yang sebenar-benarnya.

"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi lebih tajam (dapat menyaksikan dengan jelas segala hakikat)" (Qaaf:22)

Engkau tidak akan menangis dengan kehidupan ini, engkau akan memikul segala keperitan dengan senyuman. Segalanya akan menjadi emas dan permata di akhirat.

Tukarlah tangisanmu, dari tangisan nasib di dunia kepada tangisan nasib yang akan dihadapi di akhirat. Menyesallah sebelum terlambat. Sesungguhnya Nabimu tidak berdusta dengan apa yang dikhabarkan tentang kehidupan. Nabi Muhammad SAW amat menyayangi umatnya tetapi ramai umatnya kini yang tidak menghargai kasih sayang baginda. Janganlah kamu menjadi golongan yang tidak menghargai kasih sayang baginda SAW.

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."(At-Taubah:128)


Wallahu'alam

Petikan daripada buku "Bicara Sirr" tulisan Tuan Haji Ibrahim Mohamad

Saturday, December 20, 2008

Bulan, Bintang, Bumi dan Awan

Assalamualaikum wbt

Macam mana boleh timbul tajuk ini. Berkisar perbualan saya dengan seorang pembantu kedai ketika ke kedai tersebut di Taman Maju. Beliau seorang perempuan berusia 16 tahun. Kami berpeluang berbual panjang. Sementara cuti sekolah yang panjang ini beliau gunakan untuk mencari rezeki daripada duduk sahaja di rumah.

Perbualan kami menyingkap lagi kenangan saya semasa di sekolah. Adik ni pun bijak menggunakan peluang yang ada, cuba mengetahui kaedah belajar, subjek kegemaran dan sebagainya [walhal cara study saya dulu pun pelik jgk] huhu~ "Akak pernah fail apa-apa subjek?" tanyanya. "Alhamdulillah sehingga akak tamat SPM takda lagi." Sebelum saya melangkah ke upper form, ada senior yang cakap, "Ala, kalau fail time upper form ni biasa la." Dan adik ni pun mengakui mendengar perkara yang sama. Apa akibat kata-kata ini? Kita menjadi tidak serius dan apabila gagal,"its common to fail cause many people out there had experienced it."


Teringat kata-kata Mama Rokiah, pengetua sekolah sewaktu saya di upper form ,"Aim for the moon. If you fall, you fall among the stars." Ha, inilah bulan dan bintangnya=). Beliau selalu mengulang-ulang verse ini untuk kami.


Dipetik dari buku 135 Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia karangan Dr Aidh Al-Qarni


"Pandanglah olehmu awan dan jangan engkau melihat bumi."


"Sekiranya bukan kerana nyala api yang berasa di sekelilingku, nescaya harum kayu gaharu itu tidak akan tercium."


Jadilah engkau yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Aku berharap agar engkau sentiasa menjadi yang terbaik, aku berharap agar sentiasa berterusan. Berhati-hatilah jangan sampai turun dan terjatuh.

Didiklah dari rebungnya untuk ada cita-cita yang tinggi=)

Ketahuilah bahawa kehidupan hanya beberapa minit, bahkan hanya beberapa saat. Jadilah engkau seperti semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan cubalah lagi. Bertaubatlah jika engkau kembali melakukan dosa dan kembalikan kepada pintu taubat.

Hafalkan kembali Al-Quran jika engkau telah lupa. Kembalikah engkau untuk mengingatnya bagi kedua kalinya, dan ketiga kalinya bahkan untuk yang kesepuluh kalinya. Yang terpenting adalah engkau tidak merasa gagal dan putus asa, sebab sejarah kehidupan tidak pernah mengenal kata akhir, akal tidak mengenal kata selesai, di sana sentiasa ada usaha dan perbaikan.


Sesungguhnya umur itu seperti tubuh yang mungkin dapat dipercantik dengan cara operasi. Sesungguhnya umur seperti binaan, ia masih memungkinkan untuk dibaiki dan bentuk semula dari awal dan diperindah dengan cat dan minyak.

Jauhilah olehmu sekolah yang bernama kemalasan dan kegagalan. Hilangkanlah bayang-bayang sakit, bencana, musibah, kesulitan dari hatimu. Allah berfirman:


"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Al-Maidah:23)

Motivasi : Meninggalkan maksiat itu adalah jihad, sedangkan berterusan ke atasnya adalah pengingkaran.


Ya Ghaffar, tumbuhkanlah dalam hati kami penyesalan andai kami melakukan dan mengulang dosa supaya kami dapat kembali kepadaMu.

Friday, December 19, 2008

Nak Pilih Yang Mana Satu

eAssalamualaikum wbt

11 hari di rumah, akhirnya ku kembali jua ke bumi kampus yang tercinta ini. Dengan tanggungjawab yang ada, menuntut pengorbanan seperti yang berlaku sekarang. Mengorbankan waktu cuti daripada dapat berehat-rehat di rumah, bergurau senda, bersama keluarga, berjumpa kawan lama dsb dengan pulang awal ke UTP, menyusun dokumen, siapkan persiapan meeting dan event. Kita mampu memilihkan? Dan ini jalan yang ku pilih.

Cuti Aidiladha kali ini, berziarah ke kampung sebelah mak yang miss dari list lawatan cuti Raya Aidilfitri yang lepas. Huhu~ dapat la jumpa Anas dan Sara [masing-masing 3 dan 4 bulan]. Rumah atuk dah banyak berubah sepanjang tak smpai setahun saya tidak melawatnya. Tiada lagi beranda tempat kami bercerita, berlari2 dan tempat2 persembunyian. Terpandang pokok ceri depan rumah atuk. "Ada lagi pokok ceri ni." Tempat kakak dan makcik memanjat smbil makan buah ceri. Saya pulak tunggu kat bawah je. Haha~ Padahal tak suka pun makan buah tu. Kolam ikan pun sudah tiada lagi. Pokok bunga atuk yang kami suka petik2 tu macam dah takda. Bunga kuning yang dicabut, kemudian amik getah pada pokok bunga tu dengan bunga yang dipetik tadi. Ditiup dari bahagian kelopak dan keluar bubble. huhu~ Zaman kanak2. Tak campur dengan pokok jejarum pulak. Dipetik dan cari manis bunga tu. Habis pokok bunga atuk. huhu~ But for me, zaman kanak-kanak kita tak punya pilihan yang jelas. Everything just happened. The borders are fun and dicipline. And it became our memory. Is it?

Membuat pilihan kadang-kala mampu mencetuskan konflik

Reunion batch 0105 Sekolan Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra diadakan kelmarin. Huhu~ Dah bermacam-macam ragam dan gaya kawan-kawanku ini. Walau yang sertai hanya lingkungan 50-60 orang, tapi sungguh menarik. Ada yang sudah bekerja, ada yang masih belaja, sudah bertunang. Clazmate pun ada yang sudah bergelar seorang polis. Ada yang dulunya muka nerd dan naive sudah bergaya dan dewasa. Yang dulu pendiam dan selalu dibuli dikatakan sudah jadi player. Tak kurang juga yang dulu bertudung sederhana sudah bertudung labuh. Dahulu jarang kelihatan tidak memakai baju kurung, sekarang berblous dan berseluar [ ke reunion mungkin]. Dan ada juga yang masih kekal dulu dan sekarang.


Intan, Zila dan Afzan

Saya memandang kiri dan kanan. Afzan dan Intan." Muka kita ni macam dulu je kan? Macam tade muka dewasa pun." Haha~ Lalu dibalas dengan gelak ketawa. Mereka berdua ni sahabat baik saya sejak sekolah menengah. Sama-sama di kelas yang sama, dorm yang sama untuk Form 3, kaki library yang sama, selalu escape Koko jugak [dengan permission sbb pegi sekolah agama ye]. Haha~ Dan ternyata reunion membuat saya berfikir perkara yang sama. Kamu memilih dan membuat pilihan menentukan identitimu sekarang.


Hidup punya banyak pilihan. Pilihlah jalan yang membuatmu tidak menyesal lagi. Dan Ya Allah, bantulah kami membuat pilihan supaya tidak kami menyesal dan supaya kami sentiasa dekat denganMu.


Sunday, November 30, 2008

Carta Lagu 2

Assalamualaikum wbt semua=)
terpanggil untuk berkongsi satu lagi lagu di sini...
ada sahabat2 yang tnya ana, apa maksud dari lagu ini..ana serahkan pada antum untuk mencari maksud di sebalik lagi ini..apepun..sebagai suatu testimonial..lagu rancak ni sedikit sebanyak ada mengubah mood saya untuk lebih ceria=)

Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta



Pandang sedikit ke belakang

tAssalamualaikum wbt buat semua

Lama rasanya saya tak menulis sendiri

Kenapa ye ? lesu ? buntu ? kaku ?

Hanya diri ini dan Tuhanku lebih mengetahui=)

Alhamdulillah, banyak perkara yg berlaku sejak tak terupdatenya blog ini bulan lalu. Pilihanraya kampus (PRK), study week, exam week, ziarah, projek2 [rahshia=P] dan sebagainya.

PraPRK mahupun pascaPRK ku tak dapat menulis. Sempena PRK kali ini, saya bertanding lagi. Situasi yg serba berbeza dengan kali pertama meyertai MPP. Kami perlu bertanding. PRK 2007 menyaksikan di kebanyakan universiti, kerusi-kerusi dalam MPP/JPM/MPM/SRC menang tanpa bertanding. Kenapa? Mahasiswa lesu? Gemarkan hiburan? Lupa tanggungjawab? Tidak peka? Banyak lontaran yang saya kutip dan baca. PascaPRU 12, suasana di tiap kampus bertukar. PRK2008 di sini disertai dan disedari kebanyakan pelajar di sini. Sedar? Sengit? Itu lebih baik…. Alhamdulillah, keputusan telah terputus melalui pilihanraya. Saya diberi peluang untuk kembali berkhidmat dalam MPP. “Ya Allah, permudahkan urusan kami.” Terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga, harta, idea dan sebagainya untuk perjalanan PRK kali ini.

Seusai PRK, study week bermula. Tanggungjawab selaku MPP juga bermula. Masa menjadi terhad. Merenung kata-kata As-syahid Imam Hasan Al-Banna dalam wasiatnya :

“Ketahuilah bahwa kewajiban itu lebih banyak dari pada waktu yang terluang, maka bantulah saudaramu untuk menggunakan waktunya dengan sebaik-baiknya dan jika anda punya kepentingan(tugas) selesaikan segera.”

Dan exam week pun bermula….

Memang selalu kami [pelajar civil Jan06] akan menhabiskan paper lambat dan ada gap antara paper yang besar. Berita kematian sahabat satu persatu kamu terima. Alhamdulillah, gap yang ada dpt saya gunakan untuk menziarahi 2 daripada 3 kematian tersebut. Walaupun cabaran di perjalanan tak kurang mencabar, tapi segala puji bagi Allah, kami selamat pergi dan pulang. Al-Fatihah buat Allahyarham adik kepada Asyrizul Fitri aka Mat Yie yang meninggal kerana kemalangan motosikal keduanya, Allahyarham Hasnur Haziq yang meninggal kerana kemalangan motosikal dan Allahyarham Imanuddin yang meninggal kerana sakit jantung. Kami menziarahi keluarga Mat Yie di Kelantan dan keluarga Hasnur di Taiping.

Tamat paper terakhir, Transportation Engineering, tepat jam 12.03 tengahari, Jumaat yang lepas di Multipurpose Hall. Huu~ habis dah. Dalam kegembiraan dan kelegaan, kepulangan ku kebilik tidak disambut sesiapa. Semua orang da balik rupanya.~_~Mana tidaknya, hari ni hari terakhir exam untuk undergraduate. Ish2..sabar je. Rumet pon da tade..huhu…babai rumet!~selamat menjalani internship dengan berjayenye.

Dan sekarang amanah2 seterusnya menanti. Menanti perhatian, digerakkan, penelitian, buah fikiran dan sebagainya. Semoga segalanya dipermudahkan. Yang terdekat, Mission Awareness Program di Trong, Perak. Dan program Kem Sains MRSM 2008 di UTP. Selamat bekerja semua=). Ikhlaskan hati, satukan tujuan, jelaskan matlamat, mohonkan pertolongan dan kemudahan dariNya, dan tawakal sesudahnya.

Ini siri yang disatukan untuk beberapa bulan. Sedikit rangkaian dari buku Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah karangan Ustaz Mustafa Masyhur:

“Kepimpinan membawa erti bebanan dan amanah bukan kemegahan dan kemuliaan.”

Ke mana mahu pergi akhi?

sekadar perkongsian untuk sahabat2 semua...[bukan hanya pada akhi, tapi ukhti2ku sekalian=)]
[dari iluvislam]

kemana mahu pergi akhi ?

kemana mahu pergi akhi
tika ummat ini memerlukanmu

kemana mahu pergi akhi
tika saatnya ummat ini mendambakan keringatmu

kemana mahu pergi akhi
tika saat manusia sedang memudik kolek mereka ke neraka

kemana mahu pergi akhi
andai tujuan ummat ini sedang dalam arah kesesatan

kemana mahu pergi akhi
saatnya ummat sedang bergelumang dengan maksiat

kemana mahu pergi akhi
andai manusia sedang leka untuk sebuah jawataan ke neraka

kemana mahu pergi akhi
tika manusia lain sedang mengumpul kekayaan untuk membeli tiket ke neraka

kemana mahu pergi akhi
tika iman mu sangat lemah dan lalai


kemana mahu pergi akhi
tika saat ahli agama sedang berbalah sama sendiri

kemana mahu pergi akhi
diwaktu ummat mandambakan penyelesaian darimu

kemana mahu pergi akhi
apabila ummat ini menagih kebajikan iman darimu

kemana mahu pergi akhi
tika keluargamu dalam hanyutan dunia dan maksiat

kemana mahu pergi akhi
saat palesti kini sedang dicabul oleh la'natullah

kemana mahu pergi akhi
saat ahli agama hanya berteori dan bersolek dengan solekan agama

kemana mahu pergi akhi
saatnya orang sibuk berpolitik dari berdakwah

kemana mahu pergi akhi
ketika ummat amat dahagakan tarbiyyah islamiyyah

kemana mahu pergi akhi
tika anak muda sedang leka dalam lembah maksiat

kemana mahu pergi akhi
tika ummat memilih hiburan sebagai cara hidup mereka

kemana mahu pergi akhi
tika da'i sedang terpedaya dengan duniawi

kemana mahu pergi akhi
saat ummat ini sedang dihina

kemana mahu pergi akhi
tika pada da'i sedang mencari jalan untuk keluar dari jalan ini kerana pesona duniawi

kemana mahu pergi akhi
tika tarbiyyah hanya menjadi tujuan duniawi bagi yang hatinya gelap

kemana mahu pergi akhi
tika islam hanya menjadi kata semangat bukan amalan untuk matlamat

kemana mahu pergi akhi
tika ummat sedang dimurtadkan

kemana mahu pergi akhi
tika hal anak-anak yatim dan fakir miskin tidak terbela

kemana mahu pergi akhi
tika sang binatang buas sedang memungut harta kekayaan dengan menindas ummat

kemana mahu pergi akhi
tika kotak maksiat(tv) sentiasa berputar di setiap rumah ummat

kemana mahu pergi akhi
tika iman saudara mu sedang lemah

kemana mahu pergi akhi
saat da'i sedang bertukar haluan duniawi

kemana mahu pergi akhi
tika pemimpin sedang bermewahan tanpa membela nasib ummat

kemana mahu pergi akhi
tika agama sudah menjadi rektorik manusia

kemana mahu pergi akhi
saat tarbiyyah ini menjadi lesu

kemana mahu pergi akhi
jika bukan di rumah tarbiyyah ini
kemana mahu pergi akhi, kemana........

p/s: saya sayangkan sahabat-sahabat saya semua=)


Thursday, November 27, 2008

Tolong Beritahu Si Dia......

Assalamualaikum,
sedikit perkongsian ana dengan semua.................
selamat membaca..


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…


“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa….

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..


[dipetik dari iLuvislam]