Assalamualaikum wbt
Macam mana boleh timbul tajuk ini. Berkisar perbualan saya dengan seorang pembantu kedai ketika ke kedai tersebut di Taman Maju. Beliau seorang perempuan berusia 16 tahun. Kami berpeluang berbual panjang. Sementara cuti sekolah yang panjang ini beliau gunakan untuk mencari rezeki daripada duduk sahaja di rumah.
Perbualan kami menyingkap lagi kenangan saya semasa di sekolah. Adik ni pun bijak menggunakan peluang yang ada, cuba mengetahui kaedah belajar, subjek kegemaran dan sebagainya [walhal cara study saya dulu pun pelik jgk] huhu~ "Akak pernah fail apa-apa subjek?" tanyanya. "Alhamdulillah sehingga akak tamat SPM takda lagi." Sebelum saya melangkah ke upper form, ada senior yang cakap, "Ala, kalau fail time upper form ni biasa la." Dan adik ni pun mengakui mendengar perkara yang sama. Apa akibat kata-kata ini? Kita menjadi tidak serius dan apabila gagal,"its common to fail cause many people out there had experienced it."
Teringat kata-kata Mama Rokiah, pengetua sekolah sewaktu saya di upper form ,"Aim for the moon. If you fall, you fall among the stars." Ha, inilah bulan dan bintangnya=). Beliau selalu mengulang-ulang verse ini untuk kami.
Dipetik dari buku 135 Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia karangan Dr Aidh Al-Qarni
"Pandanglah olehmu awan dan jangan engkau melihat bumi."
"Sekiranya bukan kerana nyala api yang berasa di sekelilingku, nescaya harum kayu gaharu itu tidak akan tercium."
Jadilah engkau yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Aku berharap agar engkau sentiasa menjadi yang terbaik, aku berharap agar sentiasa berterusan. Berhati-hatilah jangan sampai turun dan terjatuh.
Ketahuilah bahawa kehidupan hanya beberapa minit, bahkan hanya beberapa saat. Jadilah engkau seperti semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan cubalah lagi. Bertaubatlah jika engkau kembali melakukan dosa dan kembalikan kepada pintu taubat.
Hafalkan kembali Al-Quran jika engkau telah lupa. Kembalikah engkau untuk mengingatnya bagi kedua kalinya, dan ketiga kalinya bahkan untuk yang kesepuluh kalinya. Yang terpenting adalah engkau tidak merasa gagal dan putus asa, sebab sejarah kehidupan tidak pernah mengenal kata akhir, akal tidak mengenal kata selesai, di sana sentiasa ada usaha dan perbaikan.
Sesungguhnya umur itu seperti tubuh yang mungkin dapat dipercantik dengan cara operasi. Sesungguhnya umur seperti binaan, ia masih memungkinkan untuk dibaiki dan bentuk semula dari awal dan diperindah dengan cat dan minyak.
Jauhilah olehmu sekolah yang bernama kemalasan dan kegagalan. Hilangkanlah bayang-bayang sakit, bencana, musibah, kesulitan dari hatimu. Allah berfirman:
"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Al-Maidah:23)
Motivasi : Meninggalkan maksiat itu adalah jihad, sedangkan berterusan ke atasnya adalah pengingkaran.
Ya Ghaffar, tumbuhkanlah dalam hati kami penyesalan andai kami melakukan dan mengulang dosa supaya kami dapat kembali kepadaMu.
Saturday, December 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yeah..
mari renovate hati...
bile hati dh baik, maka luaran akan baik...
bila hati ini sudah kuat keyakinan, maka akan kuatlah perbuatan...
kita mampu mengubahnya <-- amik dr ayat makcik yg g esq..
makcik mane la tu??
wonder~
Post a Comment