Pages

Tuesday, December 30, 2008

Lembaran Baru


Assalamualaikum wbt dan Salam Maal Hijrah 1430

Sabda Rasulullah SAW bermaksud,

'Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah, tetapi hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia'

Dalam hadith ini Rasulullah telah menyatakan bahawa hijrah dengan maksud kata berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain itu sudah tiada selepas pembukaan kota Mekah. Yang hanya tinggal maksudnya kini ialah hijrah dalam bentuk niat dan jihad. Niat merupakan syarat kepada sahnya sesuatu amalan.Niat juga yang membezakan antara ibadat dan selainnya. Azam, niat atau cita-cita yang baik merupakan satu yang terpuji dan ibadat sama ada ia terlaksana ataupun tidak.


Kita rujuk pada satu Hadith Qudsi :

Sesungguhnya Allah S.WT telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa yang berniat untuk melakukan sesuatu amal kebaikan namun ia tidak dapat melakukannya maka Allah akan memberikan kepada satu kebaikan yang penuh. Tetapi sesiapa yang berniat melakukan satu amalan kebaikan lalu dia melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya 10 kali kebaikan sampai 700 kali kebaikan bahkan berlipat ganda yang banyak sekali disisinya. Dan barangsiapa yang berniat melakukan keburukan namun dia belum melakukannya maka Allah akan menuliskan satu kebaikan tetapi kalau dia berniat buruk lalu dia melakukannya maka allah mencatatnya satu keburukan disisinya

Saya menyeru diri ini khususnya dan kita semua menghijrahkan diri kita dengan memperbaharui niat, menanam azam, dengan penuh keyakinan serta melaksanakan setiap perancangan kita dengan baik, teliti, berstrategi, bersungguh, bertawakkal dan memastikan azam, niat dan cita-cita kita akan terlaksana. Jika sebaliknya kita tetap mendapat ganjaran disisi Allah S.W.T. Wallahu A'lam


0 comments: