Pages

Monday, September 28, 2009

Project 1

Assalamualaikum wbt =)...

hari ini saya nak share antara project2 puteri-puteri Tun Perak=p. Sebenarnya, ada banyak lagi project2 yang pernah dibuat sebelum ni tapi tak dapat nak diabadikan...Makanya, insyaAllah saya akan cuba recall dan share project2 mendatang.


Wut is so good or interesting in this project?
Takde apa sangat pun, but at least u may try it at home=P.

Project 'Trifle'. Saya telah diperkenalkan oleh akak-akak senior dulu yang rajin benar buat trifle tiap kali ada jamuan. Setelah hampir 3 tahun tak mkn trifle, memori ada orang buatkan trifle datang lagi. Tenkiu tu Kak Hajar yang rajin benar belanja kami trifle air tangannya=)

Tiba-tiba, dalam bulan puasa yang lepas, teringin aka mengidam plak nk makan trifle. [Biasalah, time-time puasa ni la mengidam nk makan macam-macam].

Makanya, selepas bermesyuarat akan menu berbuka puasa pada suatu petang...muncullah idea untuk membuat trifle sendiri...hmmm~
Ha, selepas berusaha beberapa ketika...akhirnya sebekas trifle berjaya dihasilkan dengan 'agak' cemerlang=P...

Untuk yang berminat untuk cuba jaya buat trifle ni di kala teringin atau kebosanan...boleh la cuba resipi kat bawah ni...[ni pun dapat dari internet..boleh di'adjust' sesuka hati mengikut selera sendiri].

*******************************

Trifle Sedap


Bahan:

1 gulung swiss roll/kek coklat/kek buah
1 tin fruit koktail
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastard
2-3 sudu gula
1 kotak serbuk jeli perisa strawberi


Cara:


Lapisan 1.

1. Buka gulungan kek gulung tu, dan letak dalam bekas yang besar sket.Nak potong and then susun rapat2 pun boleh jgak


Lapisan 2.

1. Mula2, bukak tin coktail [haha, ni nk kene masukkan sekali ke=P]. Asingkan air sirap coktail tu dengan buahnya.

2. Larutkan tepung kastard dengan air sirap.

3. Panaskan susu cair dengan gula dalam periuk dengan api sederhana.

4. Masukkan larutan tepung kastard tadi.
5. Boleh tambah juga esen vanila.

6. Teruskan kacau sehingga kastard tu jadi pekat.

7. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan kek gulung yang dibentang tadi dan biarkan sejuk.

8. Boleh susun2kan buah koktail yang ditapis tadi atas kastard.

Lapisan 3.

1. Larutkan serbuk jeli dengan air

2. Kacau atas api sederhana sehingga ia jadi jeli sikit.

3. Biarkan sejuk dalam 2 minit dan tuangkan atas lapisan2 tadi.
Tadaaa.. da siap. Untuk lebih sedap, simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum dimakan.

Sebenarnya, resepi ini juga boleh diadjust sesuka hati seperti tambah potongan buah epal ke, kekacang, tambah ais krim ke, tukar jeli straberi tu kepada jeli rebina ke...dan sebagainya.keke~=P

Kat bawah ni beberapa contoh rupa trifle..tapi bukan trifle yang ni=)



Ngap!~=P

Sunday, September 27, 2009

Post Raya

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua..
Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis selembar entri picisan mengenai raya yang lepas...

Again, neither so important, nor so interesting, tapi raya kali ini tetap ada kenangan yang tersendiri.

Warna tema keluarga yang tidak dirancang sama sekali ialah cyan dan biru...
Selesai ber'raya' dengan keluarga, kami ke rumah MakLong di Skudai. Ni lah port yang selalu saya pegi tak kira raya waima ketika pulang bercuti. Sudah pasti rumah Mak Long lebih meriah time2 raya ni...huhu..[memang meriah pun]

Ke rumah kawan kakak kejap, rumah Que Haidar [ jumpa dia, isteri (Linda Jasmin) dan anak diorg]. Balik kampung mak...rumah pakcik makcik yang dan yang sewaktu dengannya.

Another interesting story ialah pegi beraya di rumah kawan-kawan dan mini reUnion kat rumah Afzan. Walau pun berapa orang shj yang ada, tapi gembira sangat jumpa anda-anda semua=). Jangan percaya gosip2 Afzan yang melata itu..

Tak kurang juga dengan jemputan-jemputan walimah yang kedua-duanya tak dapat dihadiri~_~ [sori to Kak Wan Anis n Kak Huda. My kakaks kahwin alreadyT_T]

Tapi masih banyak lagi tak sempat nak beraya...schedule dah padat sepanjang seminggu cuti beraya....Bubye weekly report, kerja2 ofis, project etc.....

Dan kini, saya sudah kembali...dah mula kena fikir perjalanan kerja dan hidup seterusnya...tanpa cuti yang panjang...jauh dari famili...jauh dari Gemok [kuceng manje lagi kuat merajuk]....=)

Sebut tentang raya...mesti menjadi scene di setiap kali Raya, dalam keluarga mahupun bersama teman-teman, kenalan dan jiran tetangga untuk kita saling bermaaf-maafan. Walaupun, ada yang mengumpul stok salah dan silap untuk setahun.

Apapun, ada sedikit 'sharing' menarik yang saya dapat dari buku "Indahnya Cinta", karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni...

Ditampilkan beberapa contoh terbaik dalam kehidupan RasulullahSAW yang dicoretkan oleh para sahabat baginda. Antara contoh-contoh tersebut adalah:

Pertama:
Abu Dzar pernah mencela Bilal berkenaan dengan ibunya, lalu Bilal mengadukan perkara itu kepada Nabi SAW. Abu Dzar pun akhirnya menyesali perkataan yang telah diucapkannya kepada Bilal. Dia pun meletakkan pipinya ke atas tanah, kemudian berkata kepada Bilal,"Demi Allah, aku tidak akan mengangkat pipiku sehingga kamu mahu memijaknya dengan tapak kakimu!" Akhirnya, keduanya pun saling berpelukan dan berjabat tangan.

Kedua:
Hampir sahaja kaum Muhajirin dan Ansar saling berperang setelah mereka memeluk Islam. Mereka sudah menghunus pedang dan telah menyiapkan diri untuk berperang. Rasulullah SAW segera keluar menemui mereka dan bersabda,"Ada apa gerangan dengan seruan jahiliah itu?"
Mereka pun menangis, menjatuhkan pedang dari tangan mereka dan kemudian saling berpelukan.

Ketiga:
Para ahli sejarah menyebutkan bahawa para sahabat keluar dalam perang Bani Mushthaliq. Ketikka itu Umar mempunyai hamba yang bernama Juhjuhah. Dia bertengkar dengan seorangdaripada kalangan ansar yang bernama Sinan bin Wabrah. Orang yang kedua marah dengan luar biasa sehingga akhirnya kedua-duanya saling berteriak.

Juhjuhah berkata," Wahai kaum Muhajirin, tolong bela aku!"

Sedangkan Sinan bin Wabrah berkata," Wahai kaum Ansar, tolong bantu aku!"

Akhirnya, kedengkian dan permusuhnan itu merasuk ke dalam hati mereka. Kejadian ini sampai ke telinga pemimpin kaum munafik dan kaum murtad, 'Abdullah bin Ubay bin Salul. Dia pun berkata, "Benar pepatah yang mengatakkan 'Buatlah anjingmu lapar, nescaya ia akan mengikutmu. Gemukkan anjingmu nescaya dia akan memakanmu.' Jika kami asingkan mereka dari negeri kami, tentu mereka tidak akan melakukan perkara ini. Jika kami pulan gkembali ke Madinah, tentu orang-orang kuat akan mengusir yang lemah."

Kalimat ini sampai ke telinga Rasulullah SAW yang dibawa oleh Zaid b Arqam. Baginda pun akhirnya memerintahkan para sahabat agar segera pergi sehingga orang munafik tidak terus berbicara mengenai masalah ini. Ini kerana, kaum munafik itu sangat suka terhadap desas-desus. Memang ada saha di dalam masyarakat itu orang-orang yang suka menyebarkan desas-desus serta mencari kesilapan orang, lalu mereka pun melakukan perkara yang bukan-bukan, menambahkannya dan menjilat kehormatan orang seperti halnya anjing menjilat air.

Kebijaksanaan yang dilakukan baginda dengan memerintahkan para sahabat segera pergi, agar mereka tidak terus membicarakan permasalah yang terjadi, sehingga mereka disibukkan degnan perintah tersebut. Oleh kerana itu, penyelesaian yang paling besar untuk mematikan desas-desus itu serta menghindari apa yang kadang-kadang terjadi di antara satu sama lain yang saling mencintai adalah dengan menyibukkan manusia dengan kesungguhan, ilmu dan masalah-masalah yang bersifar ilmiah serta melontarkan kepada mereka persoalan umat yang besar.

Baginda SAW juga mendatangi Sa'd bin 'Ubadah untuk memberitahu masalh ini. maka Sa'd kemudia berkata. "Ya Rasulullah, jika kamu menginginkan, kami sedia membunuhnya (Abdullah b Ubay) atau kami benar-benar akan menghalang dia untuk memasuki Kota Madinah, kerana kamulah yang mulia sedangkan dia yang hina."

Sedangkan Umar berkata, "Izinkan aku untuk membunuhnya, Ya Rasulullah."

Baginda menjawab, "Wahai Umar, jangan sampai orang ramai nanti mengatakan bahawa Muhammad sanggup membunuh sahabatnya."

Keempat:
Orang-orang yang tidak ikut berperang daripada glongan kamu munafik yang berbuat jahat, meninggalkan perang, menyelisihi perintah Nabi SAW dan menderhakai Allah, datang menghadap Rasulullah SAW. Kemudian salah seorang daripada mereka ada yang memberi alasan dengan mengatakan, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku ini sakit."

Baginda bersabda, "Kamu benar." Padahal orang itu tidaklah sakit fizikalnya, akan tetapi hatinya yang sakit.

Orang kedua datang dengan memberi alasan, "Isteriku sedang sakit ketika terjadi peperangan itu."

Baginda bersabda, "Alasanmu boleh dibenarkan."

Orang ketiga datang dengan mengatakan, "Aku ini seorang miskin yang tidak mampu membeli sesuatu (untuk keperluan perang)."

Baginda bersabda, "Alasanmu boleh dibenarkan."

Allah SWT berfirman:
"Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu mengetahui orang-orang yang dusta." At-Taubah:43

Dengan akhlak seperti ini, apa yang kemudian dihasilkan oleh baginda?
Baginda berjaya menghimpun hati dengan dakwah baginda dan berjaya meyatukan roh dengan hikmah baginda. Buktinya ada salah seorang daripada mereka yang datang menghadap baginda seraya berkata, "Demi Zat yang tidak ada sembahan yang berhak disembahi selain hanya Dia, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri."

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin=)

Thursday, August 27, 2009

Terowong

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sempat lagi nak mengupdate blog yang tak seberapa ni...

telah masuk hari ke 6 bulan Ramadhan...

sambil2 menunggu loading map di Wikimapia ni,
terasa ingin berkongsi kerja buat di ofis buat kala ini...

Sudah lebih kurang sebulan, saya diberi tugas menyiapkan dan mencetak zooming map di Makkah City [betul ke tak ayat ni]..serta map utk 58 terowong yang akan berada dalam project rehalibitation...

Punyalah study pasal map Makkah...tapi tak pernah smpai lagi~_~ [semoga diberikan rezki nnt]
Apa yang mencabarnya...utk tugas ini saya menggunakan software Adobe Photoshop lebih daripada AutoCAD mahupun aaSIDRA....percaya tak??....asalnya tak percaya jgk...tapi dalam tak percaya tu, masih lagi tengah menghadap software tersebut.....


Sedang ralit2 study tentang tunnel ni, sambil menunggu wikimapia meloading imej map Mekah..
terjumpa beberapa gambar tunnel di Mekah ni di blog orang...yang menunjukkan salah satu daripada tunnel yg termasuk di dalam project tersebut...iaitu Ajyad Tunnel.


*************


Selit sikit cerita pasal terowong..=)


Tentang cubaan orang-orang Yahudi yg nak curi jasad Baginda Rasulullah.


Sultan Nuruddin Zangki
(Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.


Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.


Pernah suatu hari beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi.


Beliau merahsiakan akan mimpi tersebut, namun setelah beberapa kali bermimpikan yang sama, beliau semakin risau. "Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.
Setelah bermunajat, berzikir dan memohon petunjuk hidayah, akhirnya beliau menceritakan mimpi tersebut serta meminta pandangan kepada seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly.

Setelah berbincang, akhirnya Raja Nuruddin membuat keputusan untuk berangkat ke maqam Rasulullah di Madinah. Ketika berdoa di Taman Raudhah, tempat jasad Nabi dimaqamkan, air matanya mengalir. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”


Akhirnya, beliau memanggil gabenor Madinah dan memintanya mengumpulkan semua rakyat di Madinah kerana beliau ingin berjumpa dengan mereka. Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai.
Namun, orang yang dicari-cari masih tidak lagi ditemui.

“Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”

Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT.

Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.”
Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oleh keduanya?" Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin.

Risikan demi risikan telah dibuat tapi masih tidak menjumpai apa-apa jawapan yang kukuh. Mesyuarat dengan Jamaluddin diadakan lagi. Raja Nuruddin kemudiannya membuat rumah terbuka serta menjemput kedua orang tersebut. Setelah pasti mereka telah keluar rumah menuju ke majlis diraja, Raja Nuruddin, menterinya serta beberapa orang pengawal menuju ke rumah mereka.

Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”


Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut.

Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga.
Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW.

Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.


-tammat-


Monday, August 24, 2009

Ubat

Assalamualaikum wbt

update sket lagi..walau bukan tulisan sendiri..

tapi kredit utk sahabiah kita ini...hasil sharing sesama sahabat..

http://muharikah.wordpress.com/2009/08/22/ubat-kefuturan/

********************

Terkadang kita tak sedar yang kita sedang futur

Kita tak sedar terkadang iman makin melemah

Semangat makin merudum

Badan makin malas

ibadah makin sumbang

duniawi telah memamah hati

dan sedikit demi sedikit kita merasa jengkel dengan mereka yang semangat untuk islam dan dakwah.

Kita mula tertanya-tanya, kenapa mereka semangat sangat untuk islam ini? Kita ini dah lebih makan garam ok? Tak semangatpun ok je? Korang semangat2 sebab apa?

Mulalah kita berideologi, cuba mencari alasan-alasan melarikan diri supaya kita boleh selesa dengan kefuturan kita.

Maka alasan demi alasan diberi.

Penat kerjalah.

kerja rumah tak siaplah.

Anak sakitlah.

Husband takde nak jaga rumahlah.

Kenduri kahwin kakak/abanglah.

Dan sebagainya.

Maka di detik di mana hati makin kering dengan semangat, maksiat mula bermaharajalela dalam diri, maka di situlah perlu cepat disedari.

Perlu bangkit dan laksanakan sesuatu.

Jangan kalah dengan keadaan kita! kerana kita sahaja dapat kawal keadaan kita!

Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita

Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya

bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas

berusahalah untuk menggerakkan orang yang berdiam diri

Mulakanlah dengan kaum keluargamu apabila bertugas menjalankan dakwah

kerana mereka itu lebih utama dan lebih hampir untuk dinasihati

Allah menyuruh dakwah kepada kaum keluarga kita terlebih dahulu

dan selepas itu, urusan menjadi mudah ( petikan dari Muntalaq)

Maka di saat tiada yang menyelamatkan, maka kitalah perlu selamatkan diri kita sendiri!

Kerana itu, ajaibnya ubat kefuturan ini.

Dahulu, aku merasakan ubat futur ini adalah menghadiri majlis tarbiyah.

Namun keadaan yang mencengkam tidak selalunya ideal dengan menyajikan kita makanan ruhiyah untuk kita tiap masa.

Maka kitalah yang harus menciptakan ubat futur kita itu.

Ubatnya itulah dakwah.

Tapikan, bagaimana dapat memberi jika kita tak mendapat apa-apa?

Sedarlah bekalan itu terlalu banyak. Terkadang membuka buku dan berkongsi kefahaman buat adik-adik yang sentiasa dahagakan bimbingan itu sendiri menghidupkan cahaya yang mula malap dalam diri.

Apatah lagi ketika dapat membaca sebuah buku fiqh dakwah di dalam kereta berlatar belakangkan lagu Langkah Tercipta, cukup banyak menyedarkan nurani ini bahawa, tiada yang dapat selamatkan diri kita sendiri, melainkan kita juga!

Terkadang tiada sapa dapat menyedarkan kita. Namun kita juga yang tahu hati ini perlu dikejutkan. Maka bentanglah buku. Berdiskusi dengan ramai orang.Jangan quit dengan dakwah.Teruskan memberi, kerana memberi itu sendiri satu bekalan.

Cubalah. Antum tahu apa ana maksudkan.

Alhamdulillah Ya Rab pada hadiah hari pertama ramadhanku ini.

di sini telah kutemui kekuatanku semula.

Anak kecil pun mampu puasa, takkan tidak anda??

Monday, August 10, 2009

Saya ada gigi....

Assalamualaikum wbt

Saya ada gigi, saya sayang gigi saya..

Dah lama nak tulis entry ni tapi tak berkesempatan..


Bagaimana keadaan gigi anda?? Sihat??


Saya tertarik nak share satu artikel tentang gigi sensitif:

*************


GIGI SENSITIF

Apakah yang dimaksudkan dengan gigi sensitif?

Gigi sensitif adalah gigi yang mengalami rasa ngilu atau sakit akibat pendedahan lapisan dalam gigi (lapisan dentina) atau gusi yang menyusut. Rasa ngilu atau sakit terangsang ketika :

  • Mengambil makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
  • Memberus gigi.
  • Bernafas melalui mulut.

Kesakitan yang dirasai adalah bersifat tajam dan seketika.

Apakah yang menyebabkan gigi sensitif?

Gigi sensitif berlaku kerana permukaan luar gigi (lapisan enamel) haus yang mana boleh disebabkan oleh :

  • Pengambilan minuman karbonat atau makanan yang berasid.
  • Tabiat mengancing dan mengetam atau mengetap gigi .
  • Memberus gigi dengan bulu berus yang keras.
  • Memberus gigi terlalu kuat.
  • Muntah yang berlaku dengan kerap.

Apakah yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan rasa ngilu atau sakit?

Rasa ngilu atau sakit boleh dikurangkan dengan cara :

  • Berus gigi dengan perlahan menggunakan berus gigi yang mempunyai bulu lembut dan ubat gigi khas untuk gigi sensitif. Kesannya hanya boleh dirasai dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu penggunaan.
  • Bahan kumuran yang mengandungi flourida boleh menguatkan gigi.

Minum susu untuk menguatkan gigi~

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika rasa tidak selesa masih berterusan.


**********************

Maka yang demikian silalah peka dengan kesihatan gigi anda..
jangan tunggu dah sakit baru nak check...


Mereka berkata, gusi berdarah ketika memberus gigi juga merupakan simptom2 gigi sensitif...[tapi ni bukn daripada dentist bertauliah=)]


Mari berus gigi~

**************************

Sudah pasti ramai di kalangan kita pernah merasai sakitnya gigi ketika nak tumbuh gigi geraham.
Mau bengkak pipi, kebas lidah sampai ke telinga.

Sakit gigi juga sering digambarkan sebagai salah satu jenis rasa sakit yang amat dan mampu menyebabkan ada manusia bertukar menjadi 'serigala' kalau moodnya itu diusik2 atau terusik.


Kadang-kadang sakit gigi tu sampai tak boleh nk buka mulut. Nak makan? Nak jgak..tapi sakit..
merengek2 sakit macam budak umur 6 tahun nak tumbuh gigi...[konon2 mengimbau kenangan tumbuh gigi dulu2]

Tapi memang sakit gigi ni sakit...sbb gigi ni banyak saraf2 halus dan dekat dengan lidah yang kedua-duanya amat peka lagi sensitif..kalau sakit gigi rasa macam tak mampu nak buat apa pun...
Adakah anda mengalami situasi yang hampir sama??


******************

Mari kita merenung kembali siri peperangan Uhud yang banyak memberi ibrah kepada umat Islam. Dalam siri perang ini, Rasulullah mengalami kecederaan yang agak parah.

Lemparan batu-batu musuh mengenai Nabi SAW. beliau jatuh, dan salah satu dari gigi bagian bawah patah dan bibir bawah juga terluka. Musuh lainnya melukai dahi Beliau. Musuh ketiga memukul Nabi SAW dengan sangat keras dengan pedangnya. Akibatnya dua cincin pengikat helm Nabi SAW menembus ke dalam pipi Beliau. Darah bercucuran dari atas wajah Baginda.

Abu Ubaidah bin Jarrah RA mencuba mencabut cincin pengikat helm dari pipi Nabi SAW dengan giginya. Didalam usaha pertama Abu Ubaidah RA, Rasulullah kehilangan gigi bawahnya. Baginda kehilangan gigi bawah lainnya saat dicabut cincin pengikat helm kedua.

Semuanya ada dalam diari penyebaran Islam yang kita nikmati bergelar seorang Muslim pada hari ini.

**********************

Sudah pasti sakit gigi kita tak setanding sakit yang dirasai Baginda SAW bukan??

p/s: Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallam.



Tuesday, July 21, 2009

Ikhlas kah?

Assalamualaikum wbt

sedikit sharing lagi

Dipetik dari www.iluvislam.com

*************************


Uwais Al-Qorni

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya.

Dia adalah “Uwais al-Qorni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka mentertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya. Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.

Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. Uwais al-qorni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ?

Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditinggalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.

Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Tibalah Uwais al-Qorni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”.

Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada Sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru. Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qorni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-qorni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada Sayyidina Ali k.w. dan Sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.


Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah digantikan oleh Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-qorni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada Sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera Khalifah Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri sholatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”.

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah: “Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air.

Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! “katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu.

Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya.

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.





Friday, July 17, 2009

Hati ini

Assalamualaikum wbt

Astaghfirullahal'azhim..


Lafaz istighfar sebelum memulakan entri kali ini. Tatkala dosa zahir dan tersembunyi terus kita lakukan secara sedar mahupun tidak...

Semalam, kali pertama saya berpengalaman ke tempat kerja dengan menaiki tren.


"Macam nk pegi perang,"
Kak Norma, SV saya ketawa ketika saya sibuk kalut mahu pulang segera.
"Adalah sikit," dalam hati mengakuinya. Perjalanan pergi dan pulang sungguh mencabar. [Takut nak lintas jalan.Hu~]
Selesai isyak dan dinner, Allah kurniakan kami kesempatan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di are Bandar Mahkota. Mulai 16-19 July ada Ekstival (Ekspo+Festival) untuk konvokesyen KUIS. Walau tiba agak lewat, sempat jugak kami mengikuti forum menarik dari tuan moderator, Ustaz Dr Badrul Amin dan Ustaz Yusaini (kalau tak salah telinga mendengar). Forum bertajuk "Mahasiswa mendominasi tamadun dunia" [lebih kurang la].

Antara yang menarik ialah formulasi REMAJA yang disampai oleh Ust Badrul Amin:


R = relax. Remaja ni suka benar 'relax'2. Ajak ke masjid dengan ceramah, 'Relax la brother.' Atasilah ia dengan rajin.
E = Emosi tak terkawal. Sikit-sikit merajuk, memuncung. Remaja kenalah kuat emosinya. Disebut suatu sirah sahabat nabi, seorang remaja yang bertemu dengan raja Parsi meredah gurun pasir berbulan-bulan lamanya semata-mata ingin mengatakan kedatangannya ialah untuk mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliyah kepada keterangan dan kebenaran Islam.

M = meniru. Memang di usia ini, remaja suka meniru-niru orang lain. Tapi hendaklah kita tiru yang baik sahaja.Boleh juga jadi mental yang kuat.

A = aktif, jangan pasif. Dan kalau boleh be proactive. Aktif itu ibarat pahat dan tukul. Sekali ketuk, sekali pahat berjalan. 'Aktif betul pahat ni.' Manakala yang disebutkan sebagai proactive ialah, belum diketuk lagi pahat dah berjalan. 'Berhantu pahat ni.'=)

J = Jati diri. Remaja perlu ada jatidiri yang kuat. Biar di mana sahaja kita berada.
A = KIV. Tak berapa ingat. Agama barangkali.


Sekadar perkongsian=)


****


Hati ini gembira dan terharu dapat hadiah buku dari sahabat dari KUIS. Tak sampai 2 hari kami berkenalan, saya sudah terima 4 buah buku=)



****

Hati tiba-tiba berkata,
"Hai budak, apa amalanmu?

Yang kamu katakan ingin membawa Islam. Falsafah atau amali?

Budak, kau dengar berita orang lain kembali kepada Pencipta, sungguh baik keadaan mereka. Kau rasa kau bagaimana?

Budak, amalan kamu ikhlaskah semua?

Budak, apa yang selalu kau jadikan matlamat dalam amalanmu?

Diri, benarkah ada taqwa di dalammu?

Hati, apa yang selalu yang zikirkan?
Budak, adakah kau fikirkan Tuhan menerima amalmu?
Budak, kepada siapa kamu waqafkan dirimu?
Berapa banyak pula kesalahan dan dosa yang kamu lakukan setiap hari?
Budak, masih banyak kurang dirimu bukan??"

Aqal ,"Kau tahu juga jawapannya, hati."


Diri, kaku. Aqal terus-terus berfikir. Mencari jawapan, merancang tindakan.


************************

Tuhan, tatkala kami memilihMu, Kau pilihlah kami menjadi hamba yang dekat padaMu. dan Tuhan, tatkala kami leka dan alpa, jangan Kau terus-terusan menguji kami dengan keseronokan dunia. Allah, ampuni kami, rahmati kami, berkati kehidupan kami..