Pages

Sunday, November 30, 2008

Pandang sedikit ke belakang

tAssalamualaikum wbt buat semua

Lama rasanya saya tak menulis sendiri

Kenapa ye ? lesu ? buntu ? kaku ?

Hanya diri ini dan Tuhanku lebih mengetahui=)

Alhamdulillah, banyak perkara yg berlaku sejak tak terupdatenya blog ini bulan lalu. Pilihanraya kampus (PRK), study week, exam week, ziarah, projek2 [rahshia=P] dan sebagainya.

PraPRK mahupun pascaPRK ku tak dapat menulis. Sempena PRK kali ini, saya bertanding lagi. Situasi yg serba berbeza dengan kali pertama meyertai MPP. Kami perlu bertanding. PRK 2007 menyaksikan di kebanyakan universiti, kerusi-kerusi dalam MPP/JPM/MPM/SRC menang tanpa bertanding. Kenapa? Mahasiswa lesu? Gemarkan hiburan? Lupa tanggungjawab? Tidak peka? Banyak lontaran yang saya kutip dan baca. PascaPRU 12, suasana di tiap kampus bertukar. PRK2008 di sini disertai dan disedari kebanyakan pelajar di sini. Sedar? Sengit? Itu lebih baik…. Alhamdulillah, keputusan telah terputus melalui pilihanraya. Saya diberi peluang untuk kembali berkhidmat dalam MPP. “Ya Allah, permudahkan urusan kami.” Terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga, harta, idea dan sebagainya untuk perjalanan PRK kali ini.

Seusai PRK, study week bermula. Tanggungjawab selaku MPP juga bermula. Masa menjadi terhad. Merenung kata-kata As-syahid Imam Hasan Al-Banna dalam wasiatnya :

“Ketahuilah bahwa kewajiban itu lebih banyak dari pada waktu yang terluang, maka bantulah saudaramu untuk menggunakan waktunya dengan sebaik-baiknya dan jika anda punya kepentingan(tugas) selesaikan segera.”

Dan exam week pun bermula….

Memang selalu kami [pelajar civil Jan06] akan menhabiskan paper lambat dan ada gap antara paper yang besar. Berita kematian sahabat satu persatu kamu terima. Alhamdulillah, gap yang ada dpt saya gunakan untuk menziarahi 2 daripada 3 kematian tersebut. Walaupun cabaran di perjalanan tak kurang mencabar, tapi segala puji bagi Allah, kami selamat pergi dan pulang. Al-Fatihah buat Allahyarham adik kepada Asyrizul Fitri aka Mat Yie yang meninggal kerana kemalangan motosikal keduanya, Allahyarham Hasnur Haziq yang meninggal kerana kemalangan motosikal dan Allahyarham Imanuddin yang meninggal kerana sakit jantung. Kami menziarahi keluarga Mat Yie di Kelantan dan keluarga Hasnur di Taiping.

Tamat paper terakhir, Transportation Engineering, tepat jam 12.03 tengahari, Jumaat yang lepas di Multipurpose Hall. Huu~ habis dah. Dalam kegembiraan dan kelegaan, kepulangan ku kebilik tidak disambut sesiapa. Semua orang da balik rupanya.~_~Mana tidaknya, hari ni hari terakhir exam untuk undergraduate. Ish2..sabar je. Rumet pon da tade..huhu…babai rumet!~selamat menjalani internship dengan berjayenye.

Dan sekarang amanah2 seterusnya menanti. Menanti perhatian, digerakkan, penelitian, buah fikiran dan sebagainya. Semoga segalanya dipermudahkan. Yang terdekat, Mission Awareness Program di Trong, Perak. Dan program Kem Sains MRSM 2008 di UTP. Selamat bekerja semua=). Ikhlaskan hati, satukan tujuan, jelaskan matlamat, mohonkan pertolongan dan kemudahan dariNya, dan tawakal sesudahnya.

Ini siri yang disatukan untuk beberapa bulan. Sedikit rangkaian dari buku Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah karangan Ustaz Mustafa Masyhur:

“Kepimpinan membawa erti bebanan dan amanah bukan kemegahan dan kemuliaan.”