Pages

Thursday, July 16, 2009

Hartaku hartaMu

Assalamualaikum wbt

Hari ni, seperti yang disebut dalam post yang lepas,
saya nak share sket buku yang menarik lagi berguna ini...

****************

"Kemana wang anda?" tulisan Hajah Rohani bt Datuk Hj Mohd Shahir

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:


"....seorang hambaku berkata,'Hartaku! Hartaku!', padahal hartanya sesungguhnya tiga macam:


1. Apa yang dimakannya lalu habis.

2. Apa yang dipakainya lalu lusuh; dan

3. Apa yang disedekahkannya lalu tersimpan (untuk akhirat).
Selain daripada tiga macam itu lenyap atau ditinggalkan bagi orang lain."


Dalam perancangan kewangan Islam, konsep yang diketengahkan adalah Allah merupakan Pemilik harta yang mutlak dan manusia sebagai 'pemegang amanah'. Sebagai pemegang amanah, anda tidak boleh membelanjakannya dengan sewenang-wenangnya. Jangan boros serta janganlah terlalu kikir dengan perbelanjaan anda.

**************************

Hm..suatu intro yang baik.. dan renungan, kadang-kadang kita masih rasa berat untuk mengeluarkan harta untuk di'pulang' kan kepada Pemiliknya bukan?....

Seterusnya,
Bagi perancangan kewangan mengikut fasa-fasa kehidupan, selama ini saya kurang aware dan berfikir secara tersusun akan keperluan hala tuju kewangan kita. Maka, buku ini sedikit sebanyak membantu dalam perancangan kewangan kita yang seterusnya:

***************************
Fasa 1 - Awal 20-an sehingga awal 30-an
Dikenali sebagai tahun permulaan. Ramai yang mulai masuk dunia pekerjaan. Antara perkara yang perlu difikirkan tentang keperluan kewangan kita ialah:


i. Pembelian kereta

i. Pembelian rumah

iii. Memilih corak pemakaian untuk pekerjaan
iv. Membayar hutang pendidikan

v. Memberi wang ihsan kepada ibu bapa

vi. Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan


Fasa 2
- Awal 30-an hingga awal 40-an

InsyaAllah pendapatan sudah mulai meningkat. Keperluan kewangan meliputi:


i. Penyusunan semula hutang

ii. Pembelian kereta yang lebih mewah

iii. Pengubahsuaian rumah atau pembelian rumah baru

iv. Peruntukan untuk melancong/ mengerjakan haji/umrah

Dari segi perlaburan, mereka di peringkat ini masih boleh menerima risiko. Pembelian polisi takaful juga mungkin pada fasa ini (terfikir tentang kesihatan), dan mulai menabung untuk pendidikan anak-anak.

Pendidikan anak-anak amat penting..chee~

Fasa 3
- Awal 40-an hingga 50-an

Anda sudah masuk waktu senja/Asar! Keperluan kewangan:


i. Penjelasan hutang

ii. Penabungan untuk pencen
iii. Pembelian aset baru mungkin berkurangan kerana takut mengalami beban hutang berlebihan
iv. Perbelanjaan untuk kesihatan diri.


Perlaburan mungkin berkurangan tetapi lebih banyak permantauan pada perlaburan terdahulu. Mulai berjinak dengan dunia perniagaan untuk menyiapkan diri menempuh tempoh persaraan nanti.


Fasa 4
- Awal 50-an akhir usia

Alhamdulillah dikurniakan umur yang panjang. Keperluan perancangan kewangan:


i. Perancangan wasiat/ pengagihan harta
ii. Kesihatan

iii. Penjelasan hutan yang berkos tinggi

iv. Memulakan hobi baru

v. Menyertai kelab-kelab

vi. Pendidikan anak-anak untuk yang belajar di peringkat pengajian tinggi.


Alam perlaburan baru mungkin hanya yang tidak berisiko tinggi.

******************************

Ha, menarikkan [ saya rasa menarik~], sebab selama ni tak rasa pun dah cukup dewasa nak fikir pasal kewangan. Selepas merasa duit sendiri ketika intern ni serta menjalani kehidupan bujang yang bekerja, baru tau banyaknya perkara yang fikir bila tak duduk disara keluarga lagi.Hm... [dah semakin dewasa rupanya~_~"]

Ada banyak lagi yang menarik mengenai buku ni. Jadi boleh dapatkan di pasaran=) [ jadi promoter tak bergaji. Takpe, yang baik elok kita kongsi2kan]
Namun apa yang tak terselit dalam hal-hal kewangan yang patut kita fikirkan tersebut antaranya infaq dan sedekah. Bukannya kita tahu nak mati bila. Kot-kot baru nak merancang kewangan Fasa 1, Allah dah tarik nyawa.
Dan perkara yang paling penting ialah, tahu dari mana datangnya rezeki dan harta kita.

Oleh yang demikian, dalam kita menyusun kewangan kita merata-rata, mari sparekan sebahagian untuk sedeqah kita. Mari!~ [pesanan untuk diri sendiri. Masih tak dan nak cari mesin deposit cimb. Haih, berusaha!].

Semoga bermanfaat=)

0 comments: