Pages

Sunday, May 23, 2010

Bakal Keluarga dan Keluarga

Assalamualaikum wbt

Untuk yang bakal berkeluarga, a very nice and interesting article to be read taken from this link..



2 more papers to go for this semester...
wondering on when will i sit for my very final last paper...

meninggalkan itu lebih menarik dari ditinggalkan...they are leaving..
yet one day, I'll be leaving as well...[phm ke? tak paham tape]

*********************

Misi jalan ke Ipoh semalam, singgah sebentar di Petronas [bukan pantun]
sempat mencapai paper Metro [bayar dulu]

Tajuk muka depan cukup membuat diri ini tertarik + geram + byk lagi...

"Isteri dalam pantang ditendang suami"

- Sedikit ulasan, suami menendang perut dan muka mangsa yang sedang dalam pantang melahirkan anak ketiga dengan kasut but [suami seorang bomba] dan dibelasah sebab isteri nak minta guna kereta menyebabkan isterinya pengsan selama sejam. Dan kereta itu adalah kereta isteri dia [geram dah ni]...dan suami dikatakan ada hubungan dengan wanita lain dan tidak pedulikan keluarga."

Sekadar gambar hiasan

"Anak kongsi beg sekolah"

- Ulasan lagi, seorang ibu tunggal membesarkan 4 anak sendirian selepas ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu. 2 anak bersekolah. Kadang-kadang anak tak bersekolah kerana tiada wang belanja, malah yuran sekolah belum dibayar. 2 anaknya jguga menghidap asma dan lebih teruk jika demam. Sebahagian pendapatan (RM450) terpaksa disimpan untuk membeli ubat.

"Isteri dibelasah depan anak"

- Ulasan, cerita pertama oleh Kak Mawar (bukan nama sebenar) tidak mengalami masalah sebelum dikurniakan anak untuk 10 tahun pertama perkahwinan. Suami bertukar panas baran selepas anak pertama, kedua dan ketiga. Pernah dia dipukul depan anak-anak, anak menangis ketakutan dan merayu dia tidak membantah apa yang dilakukan suami bagi mengelakkan tindakan yang lebih teruk. Pernah ditumbuk sekuat hati di muka dan badan serta dibelasah semahunya hanya kerana menegur tanggungjawab yang diabaikannya selama ini.

- Cerita kedua oleh Kak Hani (bukan nama sebenar), juga sering dipukul walaupun ketika mengandung. Pada bulan kelima mengandung, dia pernah dicekik suami [layak ke nak jadi suami ni,heh~] disebabkan tidak berpuas hati dengan perbuatannya ketika itu dan pernah suami ini memukul hingga pecah bibir kerana terlalu marah. Bahkan sepanjang 9 bulan mengandung tak pernah bagi bantuan kewangan sebaliknya Kak Hani menggunakan wang simpanannya sendiri.


Sama-sama kita renungkan...Inikah bentuk keluarga muslim yang lahir hari ini. Berita-berita ini hanya ada pada paper METRO semalam..paper lain? hari lain? masa lain? yang tak masuk paper? pukul, simbah asid, parang isteri...dll


Tak terfikir nak berceloteh panjang...rasanya anda pun boleh menyumbang dalam entri ini..

Tuhanku berfirman : "Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri).." An-Nisa': 34

Kalau melihat orang pukul kucing pun kita marah, inikan pula seorang ibu....

6 comments:

Assyafiah said...

chill, kita pun rasa marah, geram #$%^&* masa baca paper tu... mcm xdak akal je bile manusia wat mcm tu, buat pulak kt isteri sendiri....

manusia xdak akal = apa?

Norzila Noh said...

sama jgk marah..

dulu kes simbah asid, cuka getah, bunuh isteri etc..
tak habis2..

for me, gaduh2 tu biasa la..
tapi sampai pukul macam pukul bantal ni...

kalau ada kisas kat M'sia ni...
baru ada balasan setimpal utk suami2 tak berhati perut ni

AHMAD said...

KISAS memang dah ada kat klang.

Qisas (Arabic: قصاص) belum.

Norzila Noh said...

Qisas..

that is what i really mean..tq Bakri

farhana said...

isk3..nauzubillah, minta dijauhkan manusia mcm ni.. TT_TT

muhasabah untuk makna berkeluarga..
[intan, 2010]
nice sharing zila =)

Norzila Noh said...

kak intan menyelit sama ke=)

apa pun back to basic..agama.

Seorang lelaki bergegas menuju ke satu tempat. Rupanya beliau ingin bertemu dengan Hassan Bin Ali r.a. dan bertanya "Saya mempunyai seorang anak perempuan dan ramai orang ingin melamarnya,jadi siapakah yg harus saya pilih? Jawab Saidina Hassan ‘ Kahwini dia dgn org yang takutkan Allah,kerana jika dia mencintai anakmu dia akan menghormatinya,jika dia tidak menyukai, dia tidak akan menzaliminya.