Pages

Monday, October 22, 2012

Read Baby, Read

Assalamualaikum wbt
Hari ini, akhirnya tamat jua misi untuk menghabiskan baca buku. Lama sudah rasanya hilang momentum membaca buku. Sejak dua menjak ni, kurang sudah saya membaca buku. Buku “Belajar dari Perang Uhud” di handbrake kereta terbiar entah sudah lebih beberapa bulan di situ. “Bertemu Janji Allah”, ku bawa ke sana ke mari, hanya dibawa… akhirnya tinggal di office. Dengan harapan kalau tak diri ini yang membaca, ada orang lain yang meminjam. Ada lagi beberapa yang lain, cukup dengan membaca isi kandungan, mencari tajuk dan topik yang menarik, dan seperti selalunya… berhenti lagi. Saya tahu tabiat ini akan sentiasa berlaku, rajin membaca yang bermusim. Atau boleh dikatakan baca buku dengan bersebab.


Malas agaknya. Konklusi mudahnya. Malas untuk berfikir, menghadam dan mentafsir. Atau juga seronok. Lebih seronok untuk menonton atau berborak atau berehat-rehat atau (what else have I done during my leisure time??... I’m repeating the same things again and again….~_~).. Tapi rasanya, bahagian yang berulang-ulang ini tidak dirasakan berat dan susah untuk dibuat berulang kali.

Boleh dikatakan blogging ialah salah satu sebab yang akan memaksa saya membaca. Setelah beberapa bulan saya cuba mulakan semula habit membaca yang semakin memudar. Mula dengan membeli buku-buku baru untuk rak buku kecik comey saya itu (I spend like RM50 and above in a financially-tight month with hope that I will appreciate it more and read it.) Tapi…. tahan beberapa ketika cuma… hmmph… Tak ingat apa yang berlaku dengan diri sendiri. Ianya bertahan dalam 2 hari rasanya ~_~..(or should I say, can’t exactly remember what is the excuse…deng!~) Saya tak rasa, saya sepatutnya memilih bacaan lain daripada buku yang baru dibeli ini, kerana ianya sepatutnya jadi sebahagian kecintaan saya, iman saya… “Indahnya Akhlak Rasulullah”.. Feel bad. The ties probably aren’t yet strong enough in me to resist anything else…T_T…Too bad.
Saya kemas rak buku. Sempit dan berhabuk. Seolah-olah tak saya perasan ianya wujud tersusun di depan mata beberapa ketika ini… (It is not even in the corner.. It is on the TV cabinet, where the TV is not there. Just imagine how visible should it be at the most centre of the house). Bersusun-susun buku di bahagian bawah rak, tak kelihatan kerana kesempitan rak comel saya itu. ‘Buku ni…baru jugak beli ni…’ ‘Buku ni, haritu sempat baca 2 hari je.’ ‘Buku ni, beli sampai ke Serdang masa warehouse sale, tapi tak baca lebih dari 4 muka rasanya.’ ‘Buku ni, berguna ni. Ada sebab beli dulu..tapi tak abes jugak lagi.’  Hmmm..
Saya pegang novel Inggeris “Winter Garden” by Kristin Hannah. Buku kulit keras setebal seinci tak termasuk kulit keras tu saya belek-belek. Terlupa rasanya yang saya pernah beli buku ni dulu. Kulitnya warna putih kebiru-biruan, gambar orang berjalan di atas salji. Hati berkata, ‘Saya patut mula dengan ini dulu..’ (At least)
Akhirnya, sudah beberapa hari saya hilang minat untuk menonton. Borak-borak saya juga mudah terhenti bila saya berborak sambil membaca novel ni.. (Powerful huh?~) Ianya novel.. bukan buku ilmiah “Hadith 40 Imam Nawawi” atau “Risalah Ta’lim”, atau “Bahtera Penyelamat”. Sejenis bentuk hiburan juga sebenarnya, cuma dalam bentuk membaca. Jadi, sentiasa rasa tertarik untuk membacanya. Tapi sekurang-kurangnya, saya tahu saya boleh mengelak untuk menonton, atau berborak, atau membelek twitter dan facebook.
Dalam lebih kurang seminggu, saya tamatkan buku novel tu (I am a working citizen, and even sometimes need to do overtime and go to the meetings after working hours. So, I just don’t have the whole days sitting and reading that book though I wish I can do that).
Secara keseluruhannya, novel itu bukan sekadar novel. Tak pernah saya baca novel tempatan sedemikian rupa. Pernah sekali saya baca, dengan gaya penulisan  dan jalan cerita yang kaya dengan ilmu dan kajian, "Bumi Cinta" novel karangan Habiburrahman Al-Shirazy. Cerita “Winter Garden” sebenarnya menceritakan tentang bagaimana perang, tekanan dan kehilangan akhirnya mengubah seorang wanita Rusia yang penyayang yang lembut, keibuan dan manja menjadi seorang yang memilih untuk menjadi diam, dingin, keras hati untuk terus hidup. Setting tempat terutamanya di Rusia dan masanya sejak perubahan pemerintah Stalin di Rusia dan perang tentera Jerman pimpinan Hitler ke atas Soviet Union.
Mungkin lain kali saja saya kongsikan ceritanya… terlalu kompleks untuk diceritakan. (Somehow, it is about something invisible inside. Feeling).
Ok, cukup untuk misi kali ini.. Kembali semula untuk misi yang lebih baik.. to my newly-bought-book =) Please Allah, guide us to You.




0 comments: