Pages

Monday, September 22, 2008

[Baby adalah makhluk kenit yang ajaib]&[kanak-kanak adalah ahli syurga]

Assalamualaikum wbt

Berkaitan dengan tajuk di atas, saya menyentuh tajuk ini sbrnya bukan hanya sekadar pada baby tapi juga kanak-kanak.

Baru-baru ni, handset saya tiba-tiba mengalami masalah kebutaan. Kesian dia. Nak tukar tak sanggup rasanya. Banyak sentimental value, kenangan pahit dan manis diharungi bersamanya. Dialah PA, dialah jam, dialah penghubung dengan orang lain, dialah tempat melepaskan keserabutan [melihat2 pic yg ada], dialah reminder besday sahabat-sahabat^_^, dialah….dll.

Maka dengan demikian itu, saya tak jadi nak terasa teringin untuk tukar handset baru. Biarlah Nokia 6070 ini yg menjadi peneman serta pemberi semangat hari-hari mendatang. Cumenya, untuk mengatasi kebutaan tu, saya tukarkan skrin baru. Biar terbang wang melayang, namun kerana 6070 saya rela..

Sejak dua menjak handset tersebut rosak [ 2 or 3 hari je], senyap je hidup ini…tiada lagi bunyi ringing tone~…bunyi msg~~…dan bunyi2 tersebut serasanya familiar di kalangan sahabat-sahabat yang pernah sekali mendengarnya. Pernah seorang sahabat muslimin meremind ana untuk mengsilentkan phone bila berada di masjid. [ lupa nak silent, lepas solat je dia berbunyi,x sempat…]…bertapa beliau tahu, hanya ana yang menggunakan bunyi sedemikian.

Tatkala berbual mahupun berdiskusi bersama teman, ada masanya phone berbunyi menyampaikan alamat adanya call atau msg… “Baby dia dah panggil dah~~”

Dalam perbualan virtual group bersama- sama sahabat, ana pernah mengusik mereka bersifat seperti kanak-kanak rebina, huhu....
“slambe aje kate kanak2 ribena... tp kire ok r kot kalo jd kanak2 ribena... dr orng tu asyik "baby" aje sejak dr foundation smpi dah 2nd year.... aduh.....paling kurang pun kanak2 lebih matang dari baby kot... hahaha..... sape sokong saye,sile nyatakan pendirian anda” …balas salah seorang sahabat. Sabar jela -_-“ [sape punya ayat ni??teka2..haha]

Moralnya, kenapa baby? Orang bertanya-tanya..frenster pon baby je…kenapa2??? Sejak foundation hingga sekarang, persoalan ini sering dilontarkan. Kenapa ye? Hurm….kerana baby adalah makhluk kenit yang ajaib!!~ Ajaib apenye? Sebab dia kecik je, tak tahu apa-apa, innocent, tapi bila dia senyum, semua orang senyum. Bila dia menangis merisaukan semua orang. [pendapat saya seorang jela..lala~]

Tapi sememangnya, baby dan kanak- kanak ni boleh memberi ketenangan walau kadang-kadang tak menang tangan mak dan ayahnya melayan. Anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang berperanan mencorak dan melukiskan dengan warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam supaya kelak menjadi anak soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya..

Teringat pula kisah sirah Rasulullah, ada yang menceritakan perihal baginda terhadap kanak-kanak. Baginda tak melarang kanak-kanak dibawa ke masjid malah menggalakkan. Nabi pernah tegur sahabat-sahabatnya yang memarahi kanak-kanak yang bermain dan buat bising di masjid. Ada kanak-kanak bermain-main di bawah mimbar masa Nabi tengah sampaikan khutbah solat Jumaat lagi. Nabi suruh biarkan saja mereka kerana kata Nabi, kanak-kanak adalah ahli syurga.

Rasulullah menunjukkan sikap penyayang terhadap kanak-kanak terutama kepada Hassan dan Hussin, cucu baginda.

“Kepada Hassan, aku wariskan sifat kepemurahanku tetapi kepada Hussin aku wariskan sifat keberanianku.”

Sayyidina Hassan dan Hussin biasanya dipanggil sebagai putera-putera Rasulullah SAW walaupun mereka sebenarnya adalah cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW sangat inginkan anak lelaki karena kesemua anak-anak lelaki baginda meninggal sewaktu mereka masih kecil. Maka apabila mendapat dua orang cucu lelaki ini, Rasulullah memanggil mereka, “Anak-anakku” manakala mereka memanggil Rasulullah, ayah. Terhadap Sayyidina Ali, ayah mereka, Sayyidina Hassan memanggilnya, “Abu Hussin” dan Sayyidina Hussin memanggilnya, “Abu Hassan”.

Sabda Rasulullah SAW:

“Semua anak Adam bernasabkan ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka.”

Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencuba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain, “Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah).” Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata, “Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW diundang makan ke rumah seorang Sahabat. Ketika baginda dan para Sahabat berjalan menuju rumah orang yang mengundang makan itu, baginda melihat Husain sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Husain, maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke depan berbanding rombongannya. Apabila tiba dekat Husain, baginda membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Husain melompat kepadanya. Lalu Husain melompat ke arah baginda. Baginda tertawa sambil mendakap serta mencium Husain sambil bersabda:

“Husain sebagian dari diriku, dan aku sebagian darinya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Husain.”

Moral of the story : Didiklah anak dari rebungnya. Tak semestinya anak sendiri, anak saudara, anak tiri, anak jiran, aank sepupu, anak pakcik makcik dan sebagainya. Jangan anak tekak, anak mata, anak ikan Fara sudahlah. [ops, pinjam Nemo sat]=P

8 comments:

DIN said...

5 44 am? tulis lepas sahur ke, huhu.. Muaz sehat? Yang lain dah lupe namenye.. lalala~

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

huhu...insyaAllah sihat
[Muaz bukn ade sorang je ye..kpd sape2 yg terasa]
atiyah pon sihat, mikail pon sihat, umar pon sihat..sume2 sihat=)
uncle din sihat?

DIN said...

haha..uncle din?
rasa macam dah tua plak..
sehat2,hehe =P
kirim salam kat mereka berempat yek, wahai cik siput..
[lupe plak name siput ape tu]

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

cik siput tu jiran kami
dia da pindah da minggu lepas=p

Nurulhuda Mustapakamal said...

ziela = baby
baby = ziela...lalala~

Dari Al-Aswad bin Surayi' bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka bu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi" (Riwayat Al-Imam At-Tabrani)

Hakim Mohd Nor said...

seronok baca post nie

baby memang best.. nak2 bila dapat cubit pipi baby yang gebu... huhu

"siapa bilang bayi tidak comel,
tak menarik hati tiada menawan..."


lalala~

THINK!!! said...

Salam.. first time menjejakkan kaki, jd teringin nak meninggalkan tapak kaki.. huhu.. [sory rumet..]btw.. nemo je? bilbo cm ne? huhu...

anak2 dilahirkan dalam keadaan fitrah, tugas ibubapalah untuk mencorak mereka..

namun iman tidak dpt di warisi dr seorang ayah yang bertaqwa.. kdg2 terasa x fair utk kite menyalahkan ibu bapa sepenuhnya atas anak2 yang bermasalah.. contoh kisah Nabi Nuh a.s.. so kpada yang masih bergelar anak-anak fikir2 kanlah.. [ni dr point of view seorang anak..]wassalam

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

bilbo ke name die?
ingtkan shrek...haha [tak ingt pon sbrnye]
alfatihah buat sepat bunga and sepat merah..ntah ape la name dia..tak ingt.
kedua-duanya telah kembali ke rahmatullah sekitar hari ini..
bangkai keduanya ditemui timbul ldi permukaan air dan satu lagi tersepit di celahan bunga dalam akuarium tuannya dalam keadaan menyayat hati...huu~
dari hasil bedah siasat yg dilakukan, kedua-duanya dipercayai telah mati beberapa jam sebelum ditemui. Bernama