Pages

Monday, September 22, 2008

KeTaWa & SeNyUmAn

Senyum seindah suria yang membawa cahaya
senyumlah dari hati dunia mu berseri
senyum membawa impian dalam kehidupan
ku tersenyum kau tersenyum kemesraan terjalin
senyum kepada semua
senyumanmu itu amatlah bermakna
senyum membahagiakan
dengan senyuman terlajinlah IKATAN..

Tiba-tiba pula saya tertarik untuk buat topik ni..kenape ye??

Sbb kadang-kala kita sampai perlu mujadah untuk senyum…bila kita mempamerkan senyuman dalam keterpaksaan, kerana apa yang dipamerkan tak sama dengan apa yang berselirat berserungkai di dalam pelusuk hati=)..tape..Tuhanku ada=)


Berbalik kepada cerita senyum tadi, dari sebuah buku Indahnya Cinta, karangan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni [pengarang buku La Tahzan]. Menurut beliau,ketawa itu ada yang tercela dan ada yang terpuji begitu juga dengan tangisan. Dan beliau membahagikan ketawa kepada beberapa jenis. Di antaranya ialah:

Pertama : Ketawa kerana kagum. Pendapat dari ahli tafsir menampilkan contoh dari firman Allah antaranya dari Surah Hud:72

Isterinya berkata: "Sungguh mengherankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamikupun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh."

Kedua : Ketawa dengan motif mengejek, menghinakan dan memperolokkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip asas atau memperolok secara umum. Akibat dari sikap ini, Allah menghancurkan mereka sehancur-hancurnya dan menimpakan kepada mereka laknat di dunia dan akhirat.

Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mukjizat- mukjizat Kami dengan serta merta mereka mentertawakannya. ” Surah Az-Zukhruf:47

Ketiga : Ketawa kerana berasa percaya diri (berasa perkasa). Perkara ini memang ada pada perilaku para tokoh terkemuka. Ketika mereka tersenyum atau ketawa, barangkali mereka sebenarnya hendak merendahkan musuh.

Keempat : Ketawa atau senyum yang bererti persetujuan. Ibaratnya anak kamu sedang bermain di dalam rumah, lalu kamu ketawa, bererti kamu setuju terhadap apa yang dilakukannya.


Kelima : Senyuman yang bererti marah. Disebut dalam Sahihain yang berasal dari hadith Ka’b bin Malik. Dia bersama kedua-dua orang sahabatnya adalah orang yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk. Ka’ab menceritakan, “Aku menghadap Rasulullah s.a.w ketika baginda, maka baginda tersenyum dalam bentuk senyum orang yang murka.”

Adapun Rasulullah s.a.w adalah seorang yang banyak senyum, akan tetapi baginda jarang ketawa dalam hidup baginda. Hanya terdapat 4 atau 5 tempat dalam hadith yang menyebutkan bahawa baginda ketawa. Senyuman bukanlah suatu yang sia-sia, bahkan ia menarik hati manusia!~

Namun begitu, jangan menganggap bahawa jika seseorang itu banyak berbicara, banyak ketawa dan banyak tersenyum, lantas orang itu dinilai tidak bertakwa kepada Allah.Kamu boleh sahaja mendapati orang yang fajir [paling banyak melakukan dosa dan derhaka kepada Allah] namun ia tidak pernah tersenyum dan tidak pernah pula ketawa.

Contohnya, ‘Amir Asy-Sya’b. beliau adalah ahli fiqih yang tiada tandingan di zamannya. Beliau ini suka berbicara, berjenaka dan lucu. Meskipun demikian, beliau adalah salah seorang di antara hamba Allah yang paling bertaqwa kepadaNya.

Diriwayatkan dari Jarir b ‘Abdillah Al-Bajali, “ Sejak aku masuk Islam, setiap kali baginda melihatku pasti melontarkan senyum ke wajahku.”

Petunjuk yang boleh diambil dari baginda s.a.w, banyak memberikan senyuman kepada sesame saudara muslim, kerana senyum adalah sedekah. Bersama memohon dari Allah supya kita bersifat lembut dan berperangai baik. Semoga Allah menjadikan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat.

p/s: sudahkah anda tersenyum untuk hari ini? =)

4 comments:

AHMAD said...

bak kate orang ganu, senyum sokmo~

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

senyumlah, kerana senyummu mampu membuat orang lain turut tersenyum=)

Brother Badr said...

ana jarang senyum..
sbb ana seorang serius..huhu..

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

tape bad
prestis make perfect
serius tak bermakna taleh senyum
[walaupun kalau anta gelak, kuatnye~]
tape2, teruskan mencube=)