Pages

Thursday, March 5, 2009

RINDU

Assalamualaikum wbt

berikut conversation dua orang sahabat=)

****************

Aminah : Fatimah, ada suatu perkara saya nak share dengan awak

Fatimah : Share ape? Sila2

Aminah : Saya rasa...erm...saya....

Fatimah : Awak kenapa?

Aminah : Saya rindu dengan seseorang.

Fatimah : Mak ayah awak ke? [sahabat yang husnuzhon=)]

Aminah : Bukan. Sejak saya kenal dia, saya rindu pada dia

Fatimah : Ish, Aminah. Orang mana ni?

Aminah : Jauh, saya tak sempat nak jumpa dia. Tapi setiap kali orang sebut-sebut nama dia, saya jatuh rindu pada dia.

Fatimah : ....

Aminah : Dah lama saya pendamkan Fatimah. Selalunya pada Allah sahaja saya luahkan.

Fatimah : Awah serious ke ni?

Aminah : Awak nampak saya main-main ke? Saya serious ni. Saya sayang pada dia tapi saya segan.

Fatimah : Awak segan?

Aminah : Sangat

Fatimah : Awak sayang tapi awak pernah jumpa dia?

Aminah : Sebenarnya, untuk sayang pun saya rasa tak layak la ,wak. Siapa la saya ni. Ceroi, banyak sangat kekurangan. Tak terbanding. Dia pulak, akhlak mulia, pemimpin yang baik, rajin beribadat, keluarga yang baik dan banyak lagi. Sungguh tak terbanding.

Fatimah : Banyak jugak yang awak tahu pasal dia

Aminah : Banyak la jgak. Lagi banyak saya tahu, lagi sayang saya pada dia. Lagi rindu.

Fatimah : Err...

Aminah : Saya pernah terbayang saya bertemu dia. Saya rasa mesti saya tak mampu nak mengangkat muka pun. Mesti saya sedih dan malu sangat.

Fatimah : Ea? Kenapa?

Aminah : Sbb dia banyak berkorban untuk saya, untuk kita. Tapi saya pulak masih tak sepenuhnya ikut apa yang dia ajar dan tunjukkan, bahkan kadang-kadang saya tak mampu nak ikuti teladan akhlak dia.


Fatimah : Siapa dia? Saya kenal ke?

Aminah : Kenal. Awak kenal sangat. Awak, hari isnin hari lahir dia=)

Fatimah : 9 Mac? Siapa ye?

Aminah : 12 Rabiul Awal.

Fatimah : Junjungan besar Nabi Muhammad SAW?

Aminah : Tepat sekali=). Saya rindu pada baginda

Fatimah : Saya pun. Mari selawat sama2=)

*******************

Sekadar cetusan idea yang simple. Semoga bermanfaat

0 comments: