Pages

Wednesday, April 22, 2009

Saksi

Assalamualaikum wbt
minta maaf tak sempat nk mengupdate.
insyaAllah post kali ni simple dan ringkas.

just nak share satu lagu yang saya dapat dari seorang teman=)

*************************

Tajuk : Saksi
Munsyid : Mawi dan Rabbani

Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihitung-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya

******************

Bukan semata muzik rancak lagu ini yang didengari, sebaliknya lirik dan erti katanya yang perlu kita sama-sama hayati.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni saya berpeluang membaca sebuah buku bertajuk 'Nota kepada Diri' tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz b Nik Mat.

'Nota' ke 51 dalam buku tersebut ialah Tubuh tidak bersimpati pada diri sendiri.

Allah SWT akan membuktikan bahawa saat manusia terpaksa berbalah dengan diri sendiri pasti tiba. Setiap anggota tubuh manusia akan saling mendedahkan rahsia diri yang selama ini tidak pernah didedahkan atau diketahui sesiapa pun. Firman Allah SWT :

" Pada hari ini (Hari Kiamat), Kami tutup mulut meraka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu." Yaasiin:65



Ayat tersebut menunjukkan bahawa pada Hari Kiamat kelak, tangan dan kaki tidak akan bersekongkol dengan mulut untuk mempertahankan sesuatu, sebaliknya akan mendedahkan segala amal yang telah dilakukan, sama ada baik atau pun buruk. Firmannya lagi :

"Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa-apa yang dikerjakan oleh mereka dahulu." Annur:24

"Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab:"Allah yang menjadikan sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan." Fussilat: 21

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Anas bin Malik RA katanya: "Pada suatu hari, kami duduk bersama Rasulullah SAW dalam keadaan gembira. Kemudian Rasulullah bertanya kepada kami: "Tahukah kamu mengapa aku suka dan kamu pun demikian juga?" Jawab kami:"Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Lalu Nabi SAW memberitahu: "Aku suka kerana satu dialog lucu antara Allah Taala dan hambaNya. Hamba itu berkata kepada Tuhan: "Wahai Tuhan, tidakkah Tuhan berkuasa melindungi aku daripada kezaliman?" Jawab Tuhan: "Sesungguhnya Aku tidak melakukan kezaliman terhadap hambaKu."

Berkata lagi hamba tersebut: "Kalau begitu datangkanlah kepadaku saksi yang tidak akan menzalimi diriku." Allah berfirman dalam surah Al-Isra:14, "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghitung terhadapmu."

Lagi disebut dalam buku tersebut, orang yang berasa malang terhadap pengakuan anggota tubuhnya sendiri hanyalah ahli maksiat yang banyak berdosa. Justeru mereka menyumpah serta mengherdik tubuh mereka sendiri dengan katanya: "Pergi jahannam wahai anggota yang tidak mengenang budi. Aku bekerja keras memerah keringat untuk mendapatkan rezeki untuk memelihara anggota tubuh supaya segar, sihat dan tidak dihinggapi sebarang penyakit. Inikah balasanmu setelah segala kebaikan kulakukan untuk menjagamu?"

Sesungguhnya tiada yang boleh dimarahi kecuali dirinya sendiri.

******

Semoga bersama mengambil iktibar. Tuhanku Maha Melihat lagi Maha Mendengar
Bersedia menerima persaksian?????

0 comments: