Pages

Wednesday, April 22, 2009

Carta Lagu Menarik 1

Assalamualaikum wbt

Lagu ni dah lama, tapi baru terdengar.
Sekadar renungan.
Adakah anda bersedia?
Bersedia meninggalkan dan ditinggalkan?
Dan yang paling merisaukan, bila your next journey ialah berdepan dengan Tuhanmu.


Ya Allah sesungguhnya
Kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama

Kesihatan pada tubuh badan
dan bertambah pengetahuan di dalam ilmu

dan keberkatan di dalam rezeki

dan bertaubat sebelum datangnya mati

dan kerahmatan ketika mati

dan keampunan selepas mati

Ya Allah, mudahkanlah kami ketika menghadapi sakaratul maut
dan pelepasan dari api neraka

dan kemaafan ketika perhitungan

**********

Tajuk : Andaiku Pergi
Munsyid : Mirwana

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung

Kaku langkah kian lemah

Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja

Desir bayu membisik duka

Kealpaan nan semalam

Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa

Damba keampunanNya

Andai diriku pergi

Tinggalkanmu sendiri

Usah kau sedih

Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu

Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu

Bertarung di fikiranku

Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih

Kerna buat kau menangis

Restuiku dengan cinta

Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah

Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara

Ujian pasti setia hati

PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu

Mengiringiku, menemaniku

Saat akhir waktu

Bersaksi diriku

Tiada lain hanya Kau satu

Memiliki cintaku

Ku serah segalanya kepada Mu


0 comments: