Assalamualaikum wbt
Buat revisi kita bersama...
Dishare oleh sahabat saya..
****
Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga yang harum
Tetapi merupakan jalan yang panjang
Kerana sesungguhnya antara hak dengan yang batil ada pertentangan yang nyata
Ia memerlukan kesabaran
Dan ketekunan untuk memikul beban yang berat
Ia memerlukan kemurahan hati
Pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera
Tanpa putus asa dan putus harapan
Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus
Dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya
Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijahnya
Serta buahnya di dalam hidup anda S
esungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha
Dan tidak disuruh melihat hasil dan buahnya
Kita juga tidaklah sepatutnya bersikap melampau dan cuai
Kerana bebanan kita banyak
Sementara itu pula dakwah memerlukan
Pada pendukung yang mempunyai cita-cita yang tinggi
Kemahuan yang kuat, keazaman yang tegas, tangkas dan unggul
Kekuatan yang pertama
Ialah kekuatan aqidah dan keteguhan iman
Diiringi pula dengan kekuatan tangan dan senjata
Itupun kalau sudah tidak memiliki jalan dan pilihan yang lain
[Asy-Syahid Hassan Al Banna (Jalan Dakwah)]
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerakan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi." Surah Al-Faathir:29
Monday, May 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment